Followers

Showing posts with label Neraka. Show all posts
Showing posts with label Neraka. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

Kisah 3 golongan yang hampir akhirnya terkecewa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi Nadh hari ni Nadh nak kongsi mengenai 3 orang yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan kedalam api neraka.

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya.
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawap, “kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawap, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawap olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawap,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga contoh yang diceritakan diatas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

TranQuiL by SpexSphotography

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

Wallahualam.

Saturday, 28 May 2011

Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh teringin benar nak berkongsi tentang apa yang Nadh dapat masa Nadh dengar Khutbah Jumaat semalam.
Apa yang Imam sampaikan tu, Nadh simpulkan dalam beberapa patah perkataan. Iaitu "Hidup ini Pilihan, Mati Bermula Paksaan.. "

Apa yang dapat kita simpulkan dari perkongsian Nadh tu? Mari Nadh terangkan. 

HIDUP SEBAGAI PILIHAN

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" (Az-Zariyat : 56)

Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)

Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.


MATI BERMULA PAKSAAN.

Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)

Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.

Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)

Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan?  )

Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka.  )

Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.


"andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan AKU beri walau setitis air pun kepada mereka"

Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.

Thursday, 19 May 2011

Yakinlah aku menjemputmu

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Alhamdulillah, Nadh diberikan ilham untuk sekali lagi berkongsi sesuatu di petang hari ni. Pertama sekali sebelum Nadh meneruskan perjalanan entry kali ni, Nadh mintak kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah buat seorang sahabat blogger yang pergi menemui ALLAH hari ini. Sama-sama kita doakan agar dia tenang disana, dan berbahagia disamping ditempatkan dikalangan para solehin di sana.

Tajuk entry ringkas petang ni adalah " Yakinlah AKU Menjemputmu "

Sapa yang membaca pasti sesaat dari sekarang, seminit mendatang, sejam lagi, sehari, seminggu, sebulan atau setahun lagi dia akan hidup? Langsung takkan ada siapa pun dari kita yang berani mengangkat tangan, dan berjanji atau seyakinnya bagitau Nadh yang dia pasti akan wujud lagi dikala saat Nadh sebutkan tu betul tak? Ini kerana Mati itu adalah PASTI sedangkan Hidup itu InsyALLAH. 

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.. “ (Al Waaqiah : 60)

ALLAH menyebut sejelas-jelas mengenai MATI dalam ayat di atas, dan dibawah ni..

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiquun : 11)

Dan sekiranya kita paham dengan penyataan yakni ayat-ayat yang Nadh sebutkan, memang jelas sekali yang Nadh katakan iaitu Mati itu PASTI dan Hidup InsyALLAH. Walau sesaat pun tidak akan diberikan atau di tangguhkan apabila sudah tiba masanya. Sebab tu Nadh letakkan tajuk entry hari ni sebagai Yakinlah AKU Menjemputmu dan AKU dalam tajuk adalah MATI yang mana PASTI datang MENJEMPUT kita bila sudah tiba masanya.

Apa pun, Pengakhiran pasti kita iaitu MATI, tapi destinasi AKHIR kita sama ada SYURGA atau NERAKA ditentukan kita sendiri,  Sama ada kita cukup untuk dibawa ke SYURGA, atau kita masih ingin INGKAR untuk memilih destinasi NERAKA sebagai rumah akhir kita. Kerana perjalanan itu ditentukan sendiri oleh kita.

" Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " (Al-Imran : 145)

Renung-renungkan......


Sunday, 8 May 2011

Di sana Menanti, Di sini Menunggu

Assalamualaikum.

Selamat petang pada semua. Hari ni Nadh teringin benar berbicara mengenai Di sana Menanti, Di sini Menunggu, idea mengenai entry ni datang petang tadi ketika Nadh sedang bersiap hendak keluar berjumpa 2 sahabat yang kirimkan Nadh barang depa. Jadi tadi sebelum hantar tu la dapat ilham ni. 

Apa dia yang sedang menanti kita tu? 
Nadh nak tanya, apa dia yang kita yakini dalam Rukun Iman yang ke-5? Iaitu sama dengan Percaya Kepada Hari Akhirat. Yang kita dah diajar sejak dari kita bersekolah rendah lagi, penekanan mengenai Rukun Iman yang ke lima ni. Iaitu percaya kepada kehadiran dan kewujudan hari pembalasan yang akan tiba satu hari nanti. yang akan menjadi hari pemisah kepada golongan manusia. Sedar tak kita yang menanti kita ada 2 sahaja, yang memisahkan kita antara Taat dan Mungkar di dunia ni.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan nikmat, kekallah mereka di dalamnya, Demikian dijanjikan ALLAH,- Janji yang tetap benar dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana " (Luqman : 8-9)

"...Masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu dengan tinggal kekal kamu didalamnya; maka seburuk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah neraka jahanam" (Az-Zumar : 72)

Apa pula yang menunggu ni? 
Disini Nadh nak katakan sebagai Dunia yang mana kita tinggal sekarang ni. Dunia adalah ibarat pentas lakonan kehidupan yang mana kita cuma beraksi buat seketika sebelum kita kembali ke akhirat yang abadi. Dan sebijak-bijak pelakon adalah pelakon yang cuba melakonkan watak terbaik di atas pentas muka bumi dan sedaya-upaya cuba mengikut script (Perintah Amal Makruf Nahi Mungkar) yang di berikan oleh Producer / Pengarah (ALLAH Tuhan Serata Alam).

Ali bin Abi Thalib KW. berkata, ‘Dunia berjalan meninggalkan (manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput (manusia) dan masing2 mempunyai penggemar, karena itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini (hidup di dunia adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok (hari akhirat) adalah masa pembalasan bukan masa beramal.’

Bermakna, kehidupan di dunia yang sementara cuma sebagai tempat kita memaut dan mengumpul sebanyak-banyak amal yang kita boleh sebagai bekalan Di Sana nanti. Ini dah dijelaskan dalam Surah Al-Mu'minun ayat 114 dan 115 yang mana ALLAH berfirman : "Kamu tidak tinggal (didunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahi hal ini (tentulah kamu bersiap sedia, Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" )

Dengan ini, Jelas di ayat yang disebutkan diatas bahawa Di Sana sememangnya sedang Menanti, dan Di sini sedang Menunggu. Kedua janji INI adalah pasti. ALLAH telah sebut yang tiap yang kita buat akan di balas di Sana nanti, walau sekecil zarah sekalipun apa yang kita buat, bagi yang berdosa dan tidak beringat, akan dihukum, yang taat akan memperoleh balasannya.

Semoga kita menjadi yang bermanfaat dan yang bakal kekal di dalam Syurga, bukan di neraka Jahanam yang perit lagi dahsyat balasannya itu. Amin Yarabbal Alamin.


Yang Hebat Lagi Sempurna itu dari ALLAH, yang kurang dan lemah tu dari Nadh.
Semoga bermanfaat hendaknya.

Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

Friday, 21 January 2011

Tazkirah : Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA