Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Life Reshuffle.
Entry terakhir saya adalah pada 28 Januari 2018. Hari ke 2 saya berkhidmat sebagai staff part time kat satu tempat tu. 29 dan 30 Januari, saya masih di sana, selama empat hari berada di sana. Masuk hari terakhir bulan Januari, saya terpaksa ambil langkah, berfikir, adakah akan ada jalan lain. Saya ambil langkah yang sepatutnya saya ambil, bertanya pada Yang Menentukan, Yang Maha Mengatur. Ambil masa juga beberapa hari, 31 Januari dan juga 1 Februari untuk saya akhirnya dapat buat keputusan.
Berat, ya memang berat. Sekali lagi, harus bermula dari bawah. Kosong. Tak ada apa apa. Dan tak ada yang mampu saya lakukan untuk mengatasi nya.
Bermula semalam, selepas jenuh berfikir, dan ditenung tenung langkah sana dan sini, saya ambil tindakan ini. Biarlah saya bermula di tapak baru ni. Mungkin ada kebaikan yang kita tak nampak di sini. Bukan bererti di sana itu buruk, tapi saya memilih kebaikan yang lain yang tak nampak di mata, tapi berasa di hati. Dan dalam ruang yang lain, memuaskan hati semua yang ada, termasuklah diri sendiri.
Allahu.. kali ni, saya berasa lain, sangat lain dari apa yang pernah kami mulakan sebelum sebelum ini. Kali ini efek dan momentumnya sangat besar. Lebih besar dari yang pernah saya berasa sebelum ini. Sehinggakan semalam, saya tak mampu lagi. Dan saya terlajak. Bukan apa, tapi kerana saya marah dengan kapitalis yang mengambil kesempatan atas kesempitan.
(Moga ALLAH ampunkan saya).
Amin. Yarabbal Alamin.