Followers

Monday, 23 December 2013

Selamat Pengantin Baru Dear Adinda

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat pengantin baru adinda Nadzli dan pasangan Fatin Farzana.

Kami doakan berbahagia sampai ke syurga.



Wednesday, 30 October 2013

Last episode : Master's Sun

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni dah akhir episode cerita yang saya dok ikut semenjak berbulan yang lalu. Cerita Master's Sun.

Kisah mengenai seorang makwe yang ada kelebihan bercakap dengan roh, Ala-ala ghost whisperer la ni cerita ni, tapi rasanya dalam korea yang lain sedikit iaitu ada seorang lelaki yang tiap kali tersentuh dengan makwe ni, hantu akan hilang dari depan mata dia. Seronok juga la melayan cerita ni. Macam mana seorang lelaki yang sombong sangat boleh berubah hanya sebab 'kelebihan' makwe ni. Seorang lelaki yang kedekut yang hanya berfikir tentang duit boleh berubah jadi seorang yang murah hati, dan selalu bantu orang.

Ending dia, agak seronok juga saya rasa. Bukan bab romantis tu yang saya nak ambil tapi saya nak sampaikan apa yang dia cuba sampaikan tadi.

Makwe ni tinggalkan lelaki ni sebab dia pernah buat laki ni hampir mati sebab nak selamatkan dia, jadi dia berfikir nak berubah (iaitu cari cara untuk jadi normal tanpa hantu), tapi dia tak jumpa cara nak buat menda tu. Lelaki ni plak masih lagi menunggu dia. dan akhirnya bersatu juga mereka. cuma yang istimewanya makwe ni masih ingat kata kata lelaki tu satu masa dahulu.

"saya akan pandang awak kalau awak memiliki rumah ni"

atas sebab kata kata tu ja waktu perempuan ni hilang dia kerja sampai cukup wang nak beli bangunan rumah tempat dia tinggal satu masa dulu tu. Dan akhirnya setelah rumah tu dimiliki dia pun amek keputusan nak berterus terang dengan lelaki tu walaupun sebenarnya lelaki tu pun dah tahu, dan makwe itu memang mengaku, cuma dia nak capai juga apa yang di katakan oleh lelaki tu. Saya suka tu. Capai sesuatu dan akhirnya dapatkan apa yang kita mahu. kan?




Sunday, 27 October 2013

Pagi Ahad

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam pagi ahad. Currently kami ada di Banting. Bawa papa mama datang berjalan. Tunaikan janji bawa mama papa jalan lepas ummi selesai berpantang. Seronok berjalan tapi letihnya. Tak tahu nak cerita.

Bayangkanlah dari awal pagi sampai ke sebelum maghrib baru sampai Banting. Anak kami ni la yang seronoknya. Abi bawa ummi opah n tok jalan, anak lena dalam dukung. Hihi macam macam hal. Tapi lagi lawak bila terkenang silap pilih stroller bapak beso tu la. Beli memahai akhirnya tinggal juga sebab tak boleh nak bawa.

Malam pun okeh, anak tidur sampai ke pagi. Jaga kejap kejap ummi kasi susu dia pun lena balik. Bangun ja tadi, saya kejutkan, nak salin pampers dia. Hai la anak.. Sambung tidur balik ni.

Bagi kekawan, kami minta maaf ya? Tak sempat nak bergath sebab kekangan masa ni. Mungkin di lain kali dan di trip yang lain ya?

Thursday, 24 October 2013

Rumah.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi saya dapat call dari seorang agen menjual rumah. Ceritanya semalam saya ada tanya kat dia tentang satu rumah yang saya rasa cam agak berkenan juga. hari ni baru dia call saya. saya layankan juga. cuma nak share apa yang agak merisaukan juga la tentang rumah ni.

Saya sesaja tanya dia macam mana caranya nak dapat kan rumah tu. dan apa yang dia share dengan saya macam merisaukan ja. Dipendekkan cerita, untuk sesuatu yang berharga 130k, sekurang kurangnya saya kena sediakan dah dalam 20k dipermulaan ni. Telan liur sekejap tadi. Saya beritahu kepada isteri. Telan liur juga dia. hihihi.

Mengejutkan kan? tu baru 130k. Boleh bayang tak untuk sesuatu yang lebih besar? Bagaimana agaknya kan?

Itulah realiti di masa kini.

Harga rumah tu dah satu, bayangkan tak nak kena 'tahan' dengan bank pula selama berpuluh tahun. membayar satu rumah samalah macam beli dua secara cash. saya tak nafikan bank berperanan membantu, tapi itulah realiti dunia. sebenarnya mereka sedang menindas para pembeli. Dahsyat kan?

Saya selalu ingatkan isteri saya, doakan saya. kita takkan terikat dengan bank lagi selepas ini.

Noktah.

Wednesday, 23 October 2013

kami.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bila dah berjumpa bertiga macam ni la. dari Sushi, lepas tu keringkan tekak dua jam, last sekali berhenti dekat kedai makan lagi sekali lepak minum. sampai rumah, 2:30 am. 3:00 am baru nak jengah katil, masuk tidur.

Itu apa yang berlaku bila dah lama saya tak berjimba dengan adik adik. rindunya suasana tu kan? itu yang berlaku semalam.

kekadang kita takkan sedar kepentingan apa yang ada depan mata sehinggalah ianya mula renggang dari kita kan? ia tak berlaku pada kami sebab kami rapat. cuma saya mengingatkan.

ohh ya, sebelum saya tutup entry malam ni, ada sesapa nak jawabkan tak?

 Tahukah anda kenapa air ais yang dihidangkan dalam bilik karok dan bukan ayaQ suam? 

kihkihkihh~~

Tuesday, 22 October 2013

Nanti jawab ya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam ada ber-SMS dengan ex boss saya satu masa dahulu. Asalnya cuma nak kacau dia. tapi lama lama ter-SMS pula. Yang saya tertarik dengan perbualan semalam adalah tentang rumah dia tu. yang dahulunya dia beli, sekarang mungkin terpaksa di jualkan kembali atas faktor nak melunaskan hutang hutang tertunggak.

Kesian kan? Projek di hujung nyawa sekarang mengganggu gugat dia dan kehidupannya. Betul betul kesian. tapi yang best part nya, rumah yang dahulu dia beli dengan nilai 250k dah meningkat nilainya lebih dari setengah M. yang ini memang sangat terbaik la.

Tapi itu untuk dia la. Untuk saya. Mula terfikir panjang. Kenaikan yang menggila tu, adakah mampu untuk saya memilikinya satu hari nanti? Makin lama makin melampau. Buat saya termenung juga lah. Tak percaya, pergi tengok harga rumah rumah di kawasan AS , tempat isteri saya bekerja tu. Minta maaf saya cakap ya, yang tahap buruk pun boleh sampai harga 180-200k nilainya, padahal kalau tengok kan, rumah buruk gila, tapi mahalnya tak tahu nak cakap. Itu belum yang baru yang nampak cantik, mahu capai 500-600k. Bagaimana nak beli rumah?

Lagi saya teringat, apa lagi alasan yang nak diberikan? Bukankah yang berkuasa punya kuasa nak halang menda menda macam ni dari terus berlaku.

Terus terang. Saya tak percaya depa.

Takpa, ALLAH ada. nanti jawab ya?

Monday, 21 October 2013

Jangan masuk nanti kesian.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kalau readers ada baca entry saya sebelum ini mengenai perjalanan kami anak beranak , pasti ada terbaca bagaimana saya dan dia menghadapi waktu waktu itu ketika khalifah nak lahir kan.

Sampai di kilang, ada yang bertanya pada saya. "Hang masuk ka? ". Saya jawab ya. saya ada di sana dari awal sampai dia keluar. Lantas berkongsi ada sahabat yang pesan pada dia, "jangan masuk nanti kesian."

saya senyum juga  bila mendengar. Pesanan ringkas sahabatnya tu kan. tapi dia saya tahu kenapa tak masuk sebab dia seorang yang tak boleh tengok menda macam tu. dia kesian, dan tak sampai hati, tapi saya keras sikit, tu masuk jugak tu.

Okeh berbalik pada apa yang saya kongsikan di atas tu. Jangan masuk, nanti kesian.

Adakah benar keberadaan kita di dalam akan menyebabkan kita ada lebih belas ehsan pada isteri, atau sebabkan kita akan lebih bagi muka pada mereka atas sebab kita lihat betapa susahnya saat mereka melahirkan khalifah?

Ini pendapat saya.
Mungkin juga. kita akan lebih kasihankan isteri kita selepas kita melihat betapa peritnya mereka di dalam itu. tapi itu juga bukan bererti kita dah tak macam kita yang dahulu. Kasihan bukan bererti bagi muka untuk perkara perkara yang tak masuk akal. Itu saya pasti. Ada kalanya kita akan terkenang juga kesusahan itu dan bersama sama cuba untuk masukkan diri kita dalam situasi situasi yang memang sepadannya kita ada bersama mereka. Contoh terbaik, waktu anak kita sedang 'ganggu' waktu tidur isteri yang kita tahu dah satu hari berhempas pulas menjaga anak, takkan kita nak tengok saja? Ambil la peranan kita waktu tu. adilkan suasana. siang dia dah susah, malam kita pula ambil 'baton' ganti dia dan berjaga.

Dan tahukah anda bila saya melihat situasi itu didepan mata, hati saya lagi jelas memikirkan betapa saya perlu lebih banyak memikirkan Mama saya yang dahulu dah bersusah lahirkan saya. ditambah dengan membesarkan saya sampai tahap ni.Itu pengajaran yang paling besar saya dapat waktu itu selain dari fikirkan tentang penghargaan yang patut diberikan kepada dua super woman saya ni.

Moga ALLAH berikan saya bantuan. Moga saya dapat berikan mereka yang terbaik.

Sayang mereka.

Friday, 4 October 2013

Cerita kambing semalam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerita kambing dan serigala semalam tu seakan mengganggu saya pula tetiba. Kenapa ya? ada rasa rasa nak jadi kambing atau serigala ka? ehhe tak juga. Sebenarnya dah lama tak rasa seronok menunggu cerita kat tibi tu. Asyik asyik jumpa cerita biasa ja, tetiba jumpa yang luar biasa sikit rasa seronok la nak menengok.

Smpaikan buah hati saya tu yang mula takut takut nak tengok pun boleh tunggu di waktu tayangan dia.

Rasa nak senyum. Seorang manusia yang ego agak tinggi, lama kelamaan berubah. Beri hint banyak kali, lepas tu cuba nak korek rahsia hati, dan akhirnya menyerah kalah dengan mengaku apa yang terbuku di hati dia.

Menarik bukan? Atau saya yang fefeeling sesorang ni?

ehhh~~

Thursday, 3 October 2013

Cerita kambing dan serigala

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Status saya di facebook malam ini berkisar mengenai kambing dan serigala. Tapi banyaknya disebutkan mengenai kambing lah. Sampaikan seorang sahabat bertanya pada saya.

"abi neh asek pos psl kambing apsal nehh?? nk aqiqah budak uwais ke"

Senyum baca komen tu. HIhihi. meh saya nak jelaskan. sebenarnya tadi ada tertengok satu cerita tu. Watak dalam cerita saya dan isteri tengok tu cerita mengenai kambing dan serigala. 

Kisahnya macam ni. 

Tersebut kisah ada kambing dan serigala tu. Mereka macam tengah terperangkap di satu tempat tu berdua. SI serigala tu tersangatlah lapar. Terlalu lapar sampai kalau dia tak makan dia mungkin boleh mati. Masa tu la kambing serah diri dia buat serigala tu. Disuruhnya serigala tu makan dia. Tapi serigala tu cakap dia taknak makan kambing tu. 

Dan terdedahlah alasan sebenarnya, yang serigala tu dah suka kat kambing tu. Sebab tu dia taknak makan kambing tu. Sebab dia tak sanggup nak makan sebab bila dia nak makan dia terpaksa bayangkan kambing tu sebagai makanan. Dalam masa sama rupanya kambing pun dah suka kat serigala tu. sebab tu dia paksa serigala makan dia sebab dia taknak tengok serigala tu mati. 

OK the end. ehehe. itu ja kisah nya tentang serigala dan kambing. 

Saya nak relate dengan kehidupan boleh? 

Macam tu kehidupan kita kan? Ada ketikanya bila kita bersama yang tersayang, kita sanggup untuk korbankan segala galanya. Macam kambing dan serigala tu, serigala sanggup mati sebab tak makan dari makan yang dia sayang, dan kambing pula sanggup mati demi menyelamatkan yang dia sayang. dua karektor yang membaca mesej yang pada saya agak besar jika di fikir sedalamnya. 

Kan? 



dan akhirnya kambing pun menyerah diri untuk dimakan. selepas serigala yang memalu nak ngaku lapo dari tadi. hai la serigala. byk kali da semawa ang tamauu~~ opss. hihihi

Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada pernah terbaca orang kata yang anak pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Mungkin ada benarnya juga kan, ada terbaca juga kisah kisah kejatuhan rumah tangga namun anak menjadi penyelamat. benar kan?

Bila dah ada dalam situasi seorang yang dah berkahwin ni, saya rasa penyataan itu mungkin ada benarnya.

Macam situasi sekarang, ada yang kata lari balik sebab nak tengok anak , tapi lain rasanya pada diri sendiri, satu balik sebab tanggungjawab. Mana taknya, saya tahu macam mana susahnya nak lepas dia seorang yang bersusah jaga anak, sampaikan Mama dia pun dah macam susah hati tengok mereka berdua, sebab tu saya ambil keputusan pulang sebab nak jaga hati Mama nya. Walau saya tahu sehari tak cukup, tapi cuba juga sedaya upaya meringankan beban tu walau sehari.

Kedua. Pengikat kasih sayang gamaknya kan. Mungkin ada yang terbaca pengalaman saya tunggu di dalam tu nak jaga dia. Susahnya nak sampai besar macam sekarang ni. Saya ada sana, saya tahu susahnya. Saya cuba juga nak jaga hati dia. Iya mungkin tak tara mana apa yang sedang dilakukan ni, tapi apa lagi yang mampu dilakukan nak menggembirakan hati kan. Ambil peluang.

Yang ketiga, ini Ayah dan Mama. saya bawa nama baik mereka, macam mana mereka membesarkan anak mereka. Macam inilah saya. Belajar jadi bertanggungjawab sebaik mungkin memikul amanah yang diberikan kepada saya ni. Isteri sendiri ada sebut pasal lelaki hebat hari tu, cuba menjadi yang terbaik, cuba jadi lelaki hebat yang diimpikan dia tu. Sambil menjadikan dedua 'malaikat dunia yang dihadiahkan' ALLAH ni sebagai role model untuk saya aplikasikan kejayaan mereka dulu. Saya pernah kena leter hari tu, sebab lambat sikit ja selesaikan hal anak. Padahal ada menda yang menghalang, tapi itulah ceritanya, bagaimana mereka didik saya untuk buat terbaik dan jadi imam yang bertanggungjawab kepada keluarga.

Seterusnya, baru sampai kat Khalifah Fateh Uwais punya cerita. lambatnya kan,  entah number berapa dia dah duduk. tapi itulah hakikatnya. Dia perlu patuh perkara ni juga satu hari nanti. dan sudah tentulah diatas semua yang disebutkan dia atas adalah ALLAH dan Rasulullah. Kan?

Wednesday, 2 October 2013

Karat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Karat.

Ini yang boeh saya katakan pasal kondisi diri ketika ini. Ehh nak kata ketika ini tu tak juga la. Ianya adalah sejak kami bersama. tapi dia jadi makin kritikal semenjak menjak berjauhan seketika ni. (bunyi hampess ja padahal sebelum ni pun bukan hari hari dapat jumpa kan? :P )

Itu hakikat yang boleh di simpulkan baru baru ini. Ada ja selagu dua yang ada terselit sesuatu antara kami, mesti tingat. Dah la tu, ati mula la tacing tacing kat dia. Banyak yang boleh dikisahkan bila bercerita tentang lagu ni. sampai kan si dia punya satu playlist yang dalam nya terkandung lagu lagu yang pernah saya kirimkan. senyum saya masa pertama kali saya tanya kepadanya, ehh apa ni? jawabnya ini semua kan lagu lagu yang pernah diberikan kepadanya? senyum saya masa tu.




psst: tengah menaip ni, tetiba keluar satu lagu. lagu kami. sobsss


Ianya hanya pinjaman.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru sebentar tadi saya dan isteri tengok satu cerita tu, walau dari jauh tapi dalam masa sama tu WeChat tak benti dari awal cerita. (hari ni WeChat kau, sebelum ni, SMS tak benti, sama juga la tu kan?)

Dalam cerita yang kami tengok tu, hari ini mengenai satu pasangan yang belum mampu melepaskan. Si suami yang ada isteri menguruskan segala galanya, dan si isteri yang pergi tanpa sempat diucapkan selamat tinggal. Dari cerita ini, si suami yang terlalu cintakan isterinya, setiap hari akan pergi 'melawat' isterinya. Berharap agar isteri akan 'bangun' dan kembali padanya.

Sedang si iseri setiap hari memerhatikan suaminya dari jauh. hinggalah satu hari berjumpa peluang, untuk dia kembali ke pangkuan isteri, walau perlu 'mencuri' dia sanggup berbuat demikian. Namun, nasib baik isteri bukan seorang yang bercita cita untuk 'tinggal', tapi kehadiran kembali digunakan untuk dia sampaikan pesanan kepada si suami yang penuh kecintaan tu. 

Dalam masa sama, tengok cerita ni, ada terlepas satu msg ni masuk dalam telefon. 
"Kita orang Islam kan, mesti kita terima qada'dan qadar kalau salah sorang antara kita jadi pape kan?" 

Benar kan apa yang kami bualkan tu. Walau sedaya mana kita menyayangi seseorang, sehebat mana rasa cinta kita pada dia, kita perlu sedar yang ianya hanyalah sebuah 'pinjaman' untuk kita, dan kita kena jadikan 'pinjaman' yang kita dapat tu seboleh bolehnya pinjaman yang dapat kita manfaatkan untuk simpanan amal kita sebanyak banyaknya sebelum tiba masa kita kembali kepadanya nanti. 

Masing masing sedar dan mungkin ada sedikit rasa terkedu bila keluar menda macam tu kan, tapi kami pun percaya, walau kata satu masa dedua akan berpisah, tapi dengan amal yang dikumpul, moga moga satu masa nanti disatukan kembali, di kehidupan abadi. 

Semoga ALLAH permudahkan. 

Amin.

Tuesday, 1 October 2013

Bank?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hajat di hati nak update menda lain, tapi tetiba saya terpandang dan teringat satu menda lain yang muncul dari dalam beg saya tu. terus tukar topik nak dibicarakan.

Soalan mungkin pada yang pernah berurusan dengan Bank Islam.

Saya ada pengalaman yang rasa saya agak bangang dan sakit hati bila dikenangkan dengan kakitangan bank ni.

Yang pertama, kes hari tu masa saya nak beli rumah. saya ada berhubung dengan kakitangan bank nak tanya mengenai kelayakan dan bagaimana untuk saya memohon pinjaman untuk membeli rumah. dan entah kenapa, sampai ke sudah saya tak dapat makluman tentang apa yang saya hajatkan tu. at the end kan, rasa rumah tu pun dah selamat ditandatangan orang lain yang berminat dan 'cepat' dalam urusan pembelian tu.

keduanya, baru baru ni, saya berhajat nak 'pindahkan' kredit kredit saya ke Bank Islam. sama juga lah ceritanya, dah berminggu kot saya buat urusan tu , jangankan kata nak call, apa habuk pun tak dapat. buat saya terfikir. adakah kakitangan yang macam HARR atau adakah bank yang macam tu? heran saya, kekadang bila kita cuba nak dekatkan diri dengan perbankan 'islam' ni macam ni yang jadinya. saya tak persoalkan mungkin ada 'ujian' disebalik nya tapi hairan dengan pengalaman bersama kakitangan bank yang sama ini yang saya dapat.

dan yang paling saya rasa tepat. sebab depa MELAYU. dan melayu tu KAYU. itu kot yang berlaku. banyak pengalaman saya dengan bank, tapi pengalaman pahit bila berurusan dengan melayu ni la. betul saya cakap. ini pengalaman kedua saya nak beli rumah . yang pertama pun macam tu juga. sebab LEMBB depa tu lah saya terlepas rumah tu.

hurmmm.. dugaan dan cabaran betul . sebab tu saya kasitahu dekat Ummi. sabarlah sayang. tahun depan ja lagi. tahun depan. saya memang sedang usahakan untuk tak bergantung kepada depa depa ni lagi.

Yakin Boleh.

Saturday, 28 September 2013

Selamat Hari Lahir Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tanggal 28-September-2013.

Ambil sedikit masa taip sesuatu buat awak.

Selamat Hari Lahir Dear Darling.
Mendoakan segala gala yang terbaik buat awak.
Moga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa sukses dalam apa jua yang awak buat dunia dan diakhirat.

Moga ALLAH sentiasa menjaga awk, melindungi awak, memberkati tiap hela nafas awak, merahmati tiap perbuatan yang awak lakukan.

Menjadi si 'pemegang amanah' kepada awak sesungguhnya adalah antara menda paling bernilai yang saya ada dalam dunia. Moga ALLAH, memberkati kasih sayang kita, cinta yang kita semai ini hingga ke taman taman syurga.

Seperti yang saya selalu pesan dekat awak, percayalah yang andai dikumpul kumpul segala cinta dalam dunia takkan mampu lebih dari kasih dan cintanya saya pada awak.

Lebleb Ummi.


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu


 Dedicated this one for you. only you. the song that will forever known as our song.

Thursday, 26 September 2013

Mudah dan susah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tengah tengah bosan tak tahu nak buat apa menjelajah ke pelusuk pesbuk ja la kerjanya. Sambil sambil tu terkeluar status masta masta trader dengan ss mereka. Popit 2-3 ratus hari ni. Alangkah indahnya saya rasa if i were one of them. Ehehe seronok nya dapat banyak macam tu.

Macam yang saya kisahkan kelmarin la kan, 2-3 hari pegang 4k. Mahu tak goyah jiwa dan raga. Kawan kawan study kita mai jumpa balik kawan kawan dengan keta sport ikut ceritanya. Memanglah seronok.

Bukan senang nak senang. Dan bukan susah nak susah. Faham kenyataan saya tu? Bukan senang nak senang. Ibarat kisah semalam, bukan mudah nak dapat ilmu dan kefahaman macam kawan sahabat semalam tu. macam mana dia study, usaha, berjaga, tahan mata, dan paling menakutkan RUGI dah berapa baru nak dapat apa yang dah dapat tu.

Pengalaman saya sendiri, kumpul kumpul kumpul sampai akhir sekali tewas juga. Dan tewas banyak tanpa diduga, tapi kenangkan dari berapa ianya di besarkan dengan kadar untung hampir 4000% dengan peratusan rugi yang hampir kosong dan analysis tepat menjadi sebab saya teruskan usaha dengan harapan selepas ini saya lebih berhati hati.

Saya tak nafikan apa yang berlaku sedikit menggusarkan masa tu. tapi selepas saya fikir fikir balik dan semestinya si penyokong kuat saya, buah hati sorang tu buat saya rasa lebih gagah.

Ayat saya mudah, "saya pernah buat beberapa kali, kenapa kali ini saya tak dapat buat lagi, saya mesti boleh!"

ALLAH pasti bagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang. Berjumpa dengan 2 sahabat. Seorang dah lama kenal dan seorang lagi juga tidak asing sebenarnya sebab kami berkenalan sebab futsal sebelum ni. Seorang datang dengan harapan belajar macam mn saya trade forex, manakala seorang lagi peneman sahabatnya.

Menarik pengalaman tadi. Bagaimana si peneman, seorang pemegang Masters Degree dengan pengalamannya bekerja dan merupakan bekas forex trader juga.

Saya rasa kagum bila dceritakan kisah d alam belajar dia dahulu. Ada seorang kawan yang asyik dengan forex sampai terabai pelajarannya. Dfahamkan sahabatnya itu asyik dengan graf sampaikan disuruh sahabat lain tolong beli kertas graf, semata mata untuk dia kaji chart. Bukan itu sahaja, study graf sampai penuh meja dengan buku berkaitan forex. Bayangkanlah apa yang dibuatnya. Lagaknya jika buku itu adalah pelajaran kini, pasti 4.00 dalam gapaian.

Waktu bermula tiada yang peduli sampai satu hari diajaknya pergi ke bank. Dikeluarkan 10k. Terkejut kawan kawan, rupanya ini untung. 3-4 hari 4k. Maka mula teruja kawan kawan untuk turut serta. Sampaikan bersama sama dipanggil ke court sebab dah tinggal kelas dan pelajaran. Sahabatnya kembali ke pelajaran, tapi dia tidak.

Akhirnya, semasa melawat rakan rakan, dia bersama kereta mahal. Ini habuan kerana telah berjaya dalam bidangnya. yang saya nak kongsikan adalah usaha dan bersungguh tu. bagaimana dia usaha untuk mencari ilmu dan kefahaman tu. saya sangat respek dia walau kami saling tak berkenalan. Kagum saya kagum.

ALLAH mesti bagi pada yang dah usaha. Yakin!

Tuesday, 24 September 2013

Lelaki Hebat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya terbaca isteri semalam.


Tak ada yang lain. Cuma berdoa dan berharap bahawa saya mampu jadi LELAKI YANG HEBAT tu.

Moga ALLAH perkenankan.

Amin.

Monday, 23 September 2013

Cerpen : Sketsa Sebuah Cinta

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. "Awak..Minggu depan ja lagi ni kita akan bersama." Gembira. berkenaanlah reaksi Mya Zahra ketika itu. "Aah kan, dah 6 bulan kita bertunang kan. Akhirnya. Hampir bersatu juga kita kan." "Alhamdulillah. Saya gembira sangat awk. Awak akan jaga saya bebaik kan awak?" "Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak percaya yang saya akan jaga awak kah? "Awak macam tak paham, kekadang perempuan ni kan dia suka tanya soalan macam tu. Walau dia tahu tapi dia masih nak tanya. "Dah tahu masih nak tanya?" *panggilan diputuskan. "Merajuk la tu. Aduh. Susah nya lah dia ni.." Gumam Rizz. ****************************************** Ayuh kupimpinkan tanganmu Menuju mahligai bahagia Kitakan bersama Mengecap nikmat cinta Hidup bagai di syurga "Hai seronok nampak.." Usik Yeop. Sengaja disakatnya Rizz yang sedang menyanyi ala ala karaoke dengan earphone di telinganya. "ehh mana ada. biasa saja. " Rizz senyum. Tiap bait irama lagu ini ibarat menceritakan betapa gembiranya hati dia mengira hari yang bakal datang tak berapa hari lagi. Dia begitu gembira mengenangkan nya. Dari pertemuan yang tak disangka sangka, membawa kepada perkenalan. dan seterusnya pertunangan tak berapa lama selepas itu. Mudah. Dia pun tak berapa faham kenapa dan bagaimana ianya berlaku. tapi dia pasti, yang ini ketentuan sebaiknya dari yang Maha Kuasa. Yang mencatur segala gala yang ada dimuka bumi ni. Apa pun biarlah ALLAH yang menentukan segalanya. Air yang semudah itu dia lalu di atas tapak tangan, jangankan hendak digenggam, nak ditahan geraknya juga tak mampu. begitulah hebatnya ALLAH mengatur semua. Biarkan ia berlalu seperti air. Yang pasti akhirnya tak ada yang lain melainkan yang indah indah sahaja bila jalan yang di ikut itu adalah jalan Redha. ****************************************** Banggg~~ *bunyi hentakan pintu Hoi kenapa tu Mya? Tu si Rizz tu. Suka betul sakitkan hati aku. Betul kah aku nak bersama dengan dia ni? Hoih kau jangan… seminggu ja lagi kot. Takkan kau dah serender kot? Tak adalah. Kekadang aku terasa juga. Dia ni takkan tak reti reti tak faham faham lagi aku. Ala. Biasalah tu. Lelaki. Aku ni, dah 5 tahun dengan Zack. Tak adanya dia faham aku pun. Logic la kau yang baru setahun jagung tu. Ehhh kau dengan Zack bila ni? Ternanti nanti aku. Zzzzzzzzzzzzzzzzzz ****************************************** Cantik tak ni? Lawa juga tu. Tapi kan. Tapi apa? Kan ke terdedah tu. Tak nak saya isteri saya tayang tayang depan orang tubuh dia. Tayang menda apa awak ni. Kan ke tutup ni? Awak tak Nampak ke? Tutup memang tutup sayang, tapi bukan ka pakaian yang awak pakai tu hanya lace yang menutupi pakaian yang di dalam tu. Jarang. Nampak tubuh. Tak adanya orang nak jelling saya sampai ke dalam dalam ni. Awak tu yang semacam fikir bukan bukan. Orang lain biasa ja pakai macam ni. Awak ja yang melebih lebih. Kan saya dah kata awak. Its final. When it comes bout aurah, I need to be firm. We cant simply change what our Prophet had told us long ago. Ahh. Whatever. Sekali lagi awak dah sakitkan hati saya. Dah. Nyah awak dari sini. Saya taknak jumpa awak. *Mya Zahra mengherdik Rizuan Danial sekali lagi. Bukan sahaja mengherdik dengan kuat, malah meninggalkan Rizuan Danial terkedu di dalam butik pengantin itu. Itulah perangai Mya Zahra, anak bongsu dari sebuah family yang agak berada. Apa sahaja yang tidak menepati kehendaknya selalu akan ditinggalkannya. ****************************************** Petang itu situasi menjadi kelam kabut. Rizz dikejutkan dengan berita yang Mya telah kemalangan dalam perjalanan dia tadi. Maksudnya ketika dia bergaduh tadi di butik itulah ketika Mya berjalan keluar itu dia telah ditimpa kemalangan. Rizz yang telahpun pulang masa itu dengan perasaan bercampur baur telah melajukan kenderaan. Hari ini bukan nasib mereka, Rizz juga kemalangan. Dia tak dapat diselamatkan. Kemalangan itu meragut jiwanya. ****************************************** Maafkan saya awak. Kita tak dapat bersama seperti janji kita. Tapi sekurang kurangnya awak dapat juga hidup demi saya kan? Berbekalkan yang saya ‘hadiahkan’ pada awak tu. Maafkan saya awak. Saya tak dapat nak jaga awak macam kita janji sebelum ini. Saya serahkan SELURUH CINTA<3 yang ada buat awak. Jagalah ianya sebaiknya. Hingga satu masa nanti muncul seseorang yang akan menyerikannya, meneranginya dengan cinta yang lain. Maafkan saya. Saya tak sempat lagi nak memujuk seperti mana awak mahukan selama ini. Percayalah. Bukan saya tak tahu yang awak akan jaga saya sebaiknya. Dan saya juga nak beritahu awak yang saya akan jaga awak sebaiknya, tapi saya lebih sayangkan mulut dari berucap kata kata itu kepada awak sebelum sampai masanya. Saat di mana awak adalah isteri saya yang sah. Awak ingat tak lagi iklan Petronas yang anak Tanya kat ayah dia “burung apa” berkali kali tu, kalau masa tu awak nak cakap tak berhenti sampai terlena pun saya pasti akan layan. Tapi sayang… kita tak berkesempatan. Oh kekasih hatiku selamanya Keindahan maya itu milik kita Terciptalah sebuah cinta, Jiwa sama bergelora Kau lah satu dalam hidupku ini Penawar dikala rindu Kan ku serahkan seluruh cintaku , Padamu ohh kasihku. Akanku bina istana untuk kita Dan menikmati gelombang cinta Didadaku dan didadamu Degupan seiring irama *Mya terduduk.. Air mata tak berhenti turun dari kelopak matanya. Nota : Ringkas. lepas geram saja ni. lama tak menaip seseronok ini. tapi tak lengkap rasanya. tak berapa larat nak menaip banyak. sayangnya idea ni terkubur macam ni sahaja. maafkan ambe para readers.

Monday, 16 September 2013

Diari Abi Ummi Uwais : Baby berwajah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini, memandangkan ianya adalah hari akhir saya di Ipoh, kami pilih hari ni untuk selesaikan anak tu, iaitu cukur rambut dia. Patutnya saya dah buat dari Jumaat lepas, tapi Jumaat tu agak sibuk dengan aktiviti lain antaranya bawa Ummi buat pemeriksaan dan petangnya ada hal dengan bank. Jadi memang tak sempat buat.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga saya Ummi Mama dan Baby Uwais tadi. Dari berambut sampai botak anak saya kerjakan. Tapi dalam keadaan yang sangat berhati hati. Mulanya saya gunting kuku nya. Takut jangan cerita sebab si kecil ni tak mahu duduk diam. Mujur ada Ummi. Pandai betul pujuk anak dengan menyusu. Tu pun saya ni kekadang nk cepat aja. Ummi la yang suruh berhenti bila ank mengeliat manja tiap kali ketip kuku hinggap di jari.

Kemudian kami mencukur kepalanya pula. Pandai budak ni. Saya puji. Diam ja dia sepanjang saya bekerja tadi. Risau sebenarnya. Kulit dia kan lembut, saya takut luka ja. Tambah dekat ubun ubun nya tu.

Bila mencukur ni banyak yang saya kena tengok. Adakah cukup saya cukur tu. takut ada yang x sama rata nanti tak elok pula kan? Mana taknya, masa cukur dibasahkan kepala untuk extra licin, baru tak luka. Tu belum kira lagi pisau cukur baru satu plastik saya reject sebab saya tak seronok guna. Jadi tak la saya guna dekat anak. Last last pisau cukur saya lah yang jadi ganti. Tak apalah. Demi anak.

The best part is, bila da siap, saya jadi seronok pula, berkali kali puji anak saya comel dekat Ummi n Mama. Lawak rasa diri ni.

Friday, 13 September 2013

Diari Abi Ummi Uwais : Ummi' checkup

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Currently saya dan Ummi berada di Day Care Unit di Hospital Ipoh untuk Ummi jalani checkup. Pertama kali keluar ni sebagai Abi dan Ummi berdua. Tinggal pula sikecil dirumah. Kesian Mama kena tunggu Uwais. Tapi kalau bawa pun nanti macam susahkan baby sebab tu taknak bawa. Jadinya tinggal bersama susu yang dah Ummi pump stok hari ini di rumah.

Dalam pada menanti ni teringat saat saat saya menjadi Abi hari tu. sebak pula melihat ada para para ayah baru mengikut katil yang ditolak nurse bersama isteri yang baru lepas berjuang bersama anak disisi. Melihat juga para bakal ibu yang ditolak kedalam untuk pemeriksaan. Saya betul rasa sebak. Peritnya masa tu pada mereka. Moga selamat la mereka hendaknya ya.

Yang sebenarnya masa selepas bersalin tu Ummi dikesan demam. Jadinya di ditahan juga hari tu dalam dua hari. Mujur hari kedua saya berkesempatan nak jaga sendiri selepas saya request tukar ke wad first class. Itu pun macam tak dapat jadi hari tu sebab bilik tak ada. Tapi akhirnya termakbul juga. Mungkin juga berkat niat saya kot nak tengok sendiri kedua nya sebelum saya pulang kerja. Alhamdulillah.

Yang dapat saya kongsi, jikalau Ibu menghidap demam, memang dia akan jaga dengan rapi sebabnya ketika bersalin, badan dalam keadaan yang sangat lemah, jadi ditakuti ada dijangkiti apa apa kuman. Betul, saya tanya hari tu, sampai ke kuman apa yang bagi ummi demam pun dia nak check. Rapi sungguh kan?

Apa pun alhamdulillah. Hari tu Ummi dah pulih demam. Dan baby Uwais pun tak kena jaundice. Kalau tidak mahu seminggu saya unpaid leave. Hihi tak apalah. Sabar sekejap. Saya memang tengah berusaha untuk tinggal bersama Ummi dan Baby Uwais. Saya sendiri tak harap nak biar mereka berdua jaga diri sendiri. Macam saya terlepas cakap hari tu, buat sama sama, sorang ja yang dapat? Tak adil kan? Memang la tak adil. Tapi saya niat nak jaga dedua sebab deduanya kesayangan saya. Amanah saya. Doakan kami ya?

Wednesday, 11 September 2013

Diari Abi Ummi Uwais : Menyambut Baby

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah ada yang bertanya. akhirnya saya punya sedikit masa lengang untuk saya kongsikan kisah bergelar Abi.

Malam tu, 30hb August Ummi dah hantar SMS, minta saya pulang, sebab katanya dia dah mula sakit sakit. Mula tu saya refuse sebab saya cakap ada banyak hal yang perlu saya selesaikan di sini. Itupun saya tanya pada dia bagaimana rasa sakitnya dia tu. Bila saya dengar macam belum nak sampai sakit bersalin tu saya suruh dia berehat dahulu. Tapi lama kelamaan rasa tak sampai hati pula. Masa tu pun dah pukul 11 lebih dan saya masih lagi di dewan tempat majlis sepupu esok harinya. Jadinya saya decide nak pulang juga juga malam ni.

12:00 am. Saya sampai dirumah. Mama tolong saya siapkan apa yang patut untuk saya bawa untuk pulang ke sana. Macam berat mereka nak lepaskan saya balik sebenarnya. Saya kerja sepanjang hari, malamnya pula ke majlis membantu apa yang patut, tapi saya gagahkan  juga diri masa ni. Seriously tak rasa gagah nak balik pun masa ni. tapi mengenangkan Ummi saya kuatkan juga hati, tahan juga mata demi pulang memberikan sokongan dan apa yang mampu andai ada apa yang perlu saya buat masa ni.

2:00 am. saya sampai di hadapan rumah. mulanya tak rasa nak kejutkan Ummi, tapi tak dapat membantu, saya call juga kejutkan dia minta dibukakan pintu. Katanya macam mimpi ja bila dapat call dari saya, ye lah, call call dah ada depan rumah. ehe. saya senyum aja. saya katakan, yang saya patutnya buat magic ja, bagi dia jaga lepas tu tak sampai rumah lagi. Saya kucup dia. Rindunya pada buah hati saya ni. Lama tak jumpa kan. 

4:00am. Ummi dah panggil saya, katanya dah mula sakit kuat. saya bangun, dan bersiap, dalam 4:30am macam tu kami dah sampai di perkarangan hospital. Terus masuk ke dalam dan check. Lama juga dia check. Sampailah dalam pukul 6 macam tu Ummi keluar. katanya nurse cakap baru 1cm. boleh balik la. sebab rumah dekat. tapi kalau sakit nanti kami kena datang lagi. Saya tak kata apa. Cuma mengiakan sahaja. tapi sempat juga saya tanyakan pada nurse. agak agak berapa lama lagi dia akan 'buka habis'? jawab nurse, selalunya 1cm untuk setiap jam. 

kami pulang kerumah. Sempat lagi masa tu Ummi request nak makan  roti canai telur. dan seperti biasa, saya akan cuba bagi sahaja apa yang diinginkan Ummi. sebab ianya tak susah pun, cuma berhenti di mana mana kedai dan makan. Sesampainya di kedai, saya kurang gembira sebenarnya, Ummi tak lalu makan pun, sekejap sekejap dia akan genggam tangan saya. sakit. risaunya saya. Bila sampai dirumah, kami buat lawak lagi. berdua mengira masa masa kelahiran bakal khalifah ni. buat kira kira yang tka tahan tu, satu jam satu, jadi ikut kira kira kami, dalam pukul 4 ka 5 nanti kami mesti ke hospital lagi sekali, sebab masa ni kami rasa dah sampai dah masanya. 

4:30 pm. Ummi dah tak tahan sakit. saya laju ja gerak ke hospital. Sekali lagi dia masuk untuk check. Sakit katanya bila mereka cucuk ctg (tak silap saya namanya; mesin ni digunakan untuk melihat kadar denyutan baby). Puas check, dan hasilnya baru 2cm. Saya nak aja tinggalkan dia di hospital, tapi degil dia kata nak balik juga. dan mengenangkan yang rumah tak berapa jauh dan baru sedikit bukaannya, kami pulang lagi .

7:00 pm. waktu ni Ummi dah sakit teruk. rasa kalau genggamannya tu betul betul kuat mahu pecah urat urat di tangan saya kali ni. Ohh Ummi sakit lagi. kali ni memang teruk. sampai berpusing pusing dia sakitnya. Duduk tak boleh, baring tak boleh, berdiri tak boleh. semua tak kena. Kali ni saya nekad, hantar dia ke hospital, dan jika dia nak balik pun saya akan tinggalkan dia di hospital. 

8:30 pm.Waktu ni dalam perjalanan ke hospital. saya berhenti di Petronas demi membelikan Ummi sedikit makanan untuk dia kuatkan dirinya sepanjang perjalanan, dua tin Milo beserta sedikit roti. Masa ni pun Ummi sempat lagi request dengan saya coklat Snickers tu. Katanya nak makan. Saya beli juga. Masa ni la dia kontraksi teruk. Ditarik tarik tangan saya yang sedang memandu tu. Mamanya akhirnya suruh dia alihkan kepada tangan Mama sebab saya tengah memandu. bahaya tu. 

Sesampainya di hospital, saya park kereta di ruang kecemasan, saya berlari naik ke atas dan dapatkan kerusi roda. Ummi memang dah flat. Sakit sampai tak boleh bangun. Saya tolak dia masuk ke dalam dan saya disuruh keluar tunggu di luar.

10:00 Pm : Nurse panggil saya. serahkan kepada saya borang untuk didaftarkan admit Ummi. Saya tanya, katanya dah 5cm ni. Jadi Ummi dah mereka tahan, dan saya perlu selesaikan urusan pendaftaran tu cepat dan hantarkan borang tu pada mereka. Saya terus ke kaunter pendaftaran tu. Saya tanya kan sekali, andai boleh saya masukkan Ummi ke kelas satu, senang sebab di kelas satu saya boleh jgaa Ummi sendiri. Selesai daftar saya berikan kertas pada nurse. Saya tanya pada dia, adakah saya boleh masuk untuk temankan Ummi? dia jawab boleh sangat. tapi nanti dia panggilkan saya . 

12:00am : Nurse panggil saya, diberikan kepada saya baju putih untuk dipakai sebab nak masuk dalam. leganya saya rasa sebab akhirnya saya boleh juga temankan Ummi hadapi saat saat penting ni. Sebaik saya masuk, saya lihat muka Ummi. Sebaknya saya. dia dalam kesakitan, mukanya nampak penat dan sakit. Ohh luruhnya hati melihat kecintaan saya dalam keadaan ni. Masa ni la semuanya bermula. SubhanaALLAH, saya sangat risaukan Ummi masa ni. Setiap kali berlaku kontraksi mesti dia akan genggam tangan saya kuat kuat. Masa ni macam macam dia minta dari saya. Antaranya ialah, dia nak pergi mandi. tapi saya halang. kata saya jangan la macam ni. dia akur dengan arahan saya , tapi meminta saya basahkan dia dengan air setiap kali dia sakit. saya turutkan. 

2:30am : berlaku kontraksi yang agak kuat kali ni. saya ingat hampir hampir Ummi nak bersalin, rupanya belum masanya. 9cm dah masa ni. Tapi belum tiba lagi masa kelahiran  Khalifah kecil kami. kami terus bersabar. saya cuba nak tenangkan Ummi masa ni. tapi kekadang saya rasa saya gagal. Ummi terlalu sakit. Saya faham sakitnya, tapi rasa gagalnya diri sebab dengan kehadiran masa ni pun belum mampu menghadirkan kekuatan buat Ummi, apatah lagi kejayaan besar tu. 

3:30am. Kali ini berlaku lagi kontraksi. tapi gagal. Ummi semakin lemah. Saya minta izin untuk gunakan tandas masa ni, tapi tak dibenarkan , jadinya saya keluar. dan sebaik keluar saya tak dibenarkan masuk kembali. saya lebih risau kali ini. Bimbang andai saya tak ada diwaktu Ummi memerlukan saya. Tapi alhamdulillah, tak lama lepas tu saya dibenarkan masuk. Saya nekad kali ni, bawa masuk air untuk Ummi.

4:30am : kontraksi kali ni yang benar benar kuat. dua nurse berada di dalam kerana ingin berikan support dikala Ummi memberikan sepenuh kekuatan untuk mengeluarkan Khalifah kecil, tapi elum berjaya kali ni. Rasanya nurse rasa kali ini sangat dekat untuk berjaya. Saya request dibantu Ummi kali ni, tapi mereka kata Ummi mampu menyelesaikannya. Bacaan ctg yang menunjukkan bacaan yang baik lebih menguatkan rasa nurse untuk biarkan Ummi selesaikannya dengan 'cara biasa'. Mereka 'benarkan' Ummi berehat untuk pulihkan tenaga sebelum berjuang lagi. 

5:00am : masa ini benar benar saya ingat Khalifah akan keluar. Dua orang nurse sudah berada di dalam. mulanya saya di berikan masa untuk terus menyokong Ummi. tapi bila melihatkan kepada keadaan , saya akhirnya akur bila ditunjukkan jalan keluar. Seorang lagi staff nurse masuk untuk membantu Ummi. Saya dapat dengar dari luar mereka memberikan sokongan kepada Ummi. "pandai, dah betul dah tu, macam tu la." "teruskan, puan boleh, pandai.". 

tak lama selepas itu saya dipanggil masuk, saya lihat sendiri, bagaimana akhirnya Khalifah ini keluar dari sana. SubhanALLAH.. saya memberikan sokongan pada Ummi kali ni. saya pegang dia sekuat kuatnya. Alhamdulillah, akhirnya jam 5:17 pagi, Khalifah kami dilahirkan. 

Akhirnya, setelah 25 jam Ummi berjuang. akhirnya Khalifah keluar melihat dunia. 

Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih atas kurniaan ini. Terima kasih juga kerana akhirnya satu lagi buah hati saya iaitu Ummi, akhirnya terlepas dari menanggung sakit tu....

Ini first look Khalifah selepas keluar dari bilik. Hai anak Abi~~



Psst : satu lagu sedang mengganggu saya. Adakah ianya bakal jadi kisah kelahiran Khalifah?
Jengjengjengg~~






Rabu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuknya saya. Nak berbloging pun tak sempat. Semalam kononnya nak 'buka kedai' pun tak sempat juga. Sibuknya saya.

Kerjaya turning upside down sekarang. Tak ada semangat, hilang tumpuan, fokus jangan kata la. Langsung tak ada. Masalah, komplen suma ada.

Doakan saya ya? Nak selesaikan entry utk slot Kami bertiga ni. Tapi tak sempat sempat.

Cerpen kah? Entah..

Thursday, 5 September 2013

Welcome to the family Dear.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuk sikit kebelakangan ni. saya bakal updatekan entry mengenainya nanti.

Sebelum itu, saya perkenalkan.


My dearest Fateh Uwais.

Welcome to the family dear.

Abi janji akan sayangkan awak. Membesarlah sebagai anak yang baik tahu. Anak Soleh!

Sunday, 25 August 2013

Syawal

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat Hari Raya puasa 6 pada diri sendiri, dan juga pada semua yang juga selesai menunaikan tuntutan tu pada Ramadhan dan Syawal kali ini.

Lama saya tak update kan, menghilang seketika sebab baru baru ini sedikit bertambah perkara yang perlu dilakukan. Salah satunya isteri dah sarat mengandung, tunggu masa sahaja, baru baru ini saya hantar dia balik kampung selepas sahaja selesai pulang dari kerja.

Cun cun ja sampai, terus suruh dia siap dan terus gerak. Tapi sempat juga la saya trade sementara tunggu dia siap. ehehe.

Sampai kampung, buka puasa, mandi dan rehat kejap, dah terus sambung gerak balik Penang. Penat la juga sedikit, tapi tak apalah, demi kemudahan dia kan, apa sangat penat tu kan?

Doakan kami ya? selamat semuanya..

Thursday, 8 August 2013

Salam syawal

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Di kesempatan ini, saya, owner belog ini ingin menyusun 10 jari memohon maaf andai sepanjang readers ke sini, ada terasa atau marah atau ambil hati dengan entry entry saya. Mohon dimaafkan.

Saya ucapkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saya doakan moga university Ramadhan yang baru pergi ini bakal menjadikan kita graduate yang benar benar patuh pada ALLAH. Moga kita bukan buat ibadat bermusim, tapi ibadat lekat dalam hati. Ikhlas Lillahi Taala.

Moga moga. Amin yarabbal alamin.

Tuesday, 6 August 2013

Cerpen : Aku Yang Tersakiti

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini sabtu, aku bangun awal hari ini, sangat bersemangat. Mana tidaknya, dah sebulan kami tidak bertemu. Aku cepat cepat bersiap. Kalau selalunya aku bangun dan tidur selepas solat subuh, hari ini aku bangun awal dan berjogging demi mengisi masa yang masih berbaki ini. 

Tepat jam 11, kami berjumpa di tempat yang telah ditetapkan. Aku dan dia, berdua, di ruang istimewa kami selalu bertemu di hujung minggu. 

Tika kita terlalu mendambakan matahari mengisi ruang pandangan kita dengan cahayanya, ketika inilah dia kabur meninggalkan kita dengan awan kelabu yang hampir pasti memuntahkan air matanya sebentar lagi. Lebat atau tidak aku tak dapat pastikan, tapi yakin yang bukan sahaja hujan, tapi ribut, malah mungkin tornado sedang melanda hatiku bila tiba tiba di luahkan apa sebabnya dia memanggilku petang ini. 

"but why? we dont have any problem " kataku.

"no, ive decided to stop this."


Pernahkah kau merasa , Jarak antara kita
Kini semakin terasa , Setelah kau kenal dia

Aku tiada percaya, Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita, Yang tak ingin ku akhiri

*********************************

Hari hari baru ku memang teruk selepas itu. Waktu sepatutnya di abiskan dengan menelaah aku habiskan dengan cucuran air mata yang bukan ku pinta, tapi dia datang dengan sendirinya, tambahan pula bila aku bersendiri. Walaupun aku cuba tapi ia tak mampu ku tahan. 

Azhad, kau ok tak ni? Aku tengok kau frust teruk ni. 

Ya, aku memang tengah down teruk ni. Kenapa Jang kenapa? 

'Ad, jika redha dunia ini di tangan kita, tak akan ada sesiapapun yang akan merasa derita. Kerana memasing punya impian memasing, dan tak mungkin sesiapa mendambakan kesedihan dan perkataan susah dalam hidupnya."

"Tapi Jang."

Tanyalah iman di hati, kenapa kau disini, apa tanggungjawabmu di sini, apa sebabnya kau di sini, maka kau pasti jumpa jawapan kenapa. tiada tapi 'Ad. Langsung tak ada 'tapi' disebalik kejadian kejadian ni. Kerana dia lah yang lebih Maha Tahu, sedang kita tak mengetahuinya.

Jang meninggalkanku bersendiri petang itu. Ku lihat dia yang tenang dan bersahaja. Berkopiah putih , berkain pelikat, dan berselipar jepun. Berjalan meninggalkanku.

*********************************

Lama aku ambil masa untuk kembali bertenang. Sesungguhnya apa yang berlaku amat dahsyat benar bagiku ketika itu. 

Bro, cuba kau lihat ni. 

Apa tu bro? 

Luqmanul menekan nekan dada tetikus hijau miliknya untuk menunjukkan sesuatu kepadaku. Aku yang begitu naif petang itu hanya menantikan apa yang ingin ditunjukkan kepadaku. Seingat aku, Luqmanul ini seorang yang 'power' bab IT ni, selalu juga dikongsikan tips tips yang menarik denganku. jadi aku hanya menunggu. 

Rupanya, dia telah berjaya 'hack' akaun seseorang itu. 

Hancur luluh hatiku membaca satu status di halaman seseorang itu. sebuah status yang besertakan sekeping gambar si dia bersama seseorang, sedang bersuap mesra.

"AKU SAYANG KAMU, AKU CINTA KAMU, AKU PERLU KAMU. AKU DAN KAMU. "

Aku gugup. Terkedu. Langsung tak sangka ini yang bakal di hidangkan buatku. 

Luqmanul berubah wajah. Mungkin puas kerana sudah berjaya menunjukkan sesuatu kepadaku. di usapnya belakang aku dan dibisikkan kepadaku, 

"maafkan aku bro, tapi aku tak sanggup nak tengok kau masih berharap kepada seseorang yang padaku langsung tak patut bersama kau bro..  Maafkan aku."

tak pernahkah kau sedari aku lah yang kau sakiti, 
engkau pergi dengan janji mu yang kau ingkari, 
oh tuhan tolonglah hapuskan rasa cintaku, 
aku pun ingin bahagia, walau tak bersama dia..

*********************************

Hayya Alassolahhh. 
Hayya 'Alal Falah.

Azan petang itu menyedarkanku. Panggilan azan itu membuka jalan baru buatku. Mari menunaikan Solat. Marilah menuju kejayaan. Ringkas tapi dalam maksudnya. Bagaimana solat itu didekatkan dengan kejayaan. Apakah rahsianya? Aku mulai berfikir lantas bangun, tanpa menyalin pakaian, aku bergegas menuju ke Pusat Islam. Nama yang diberikan kepada Masjid di sini. 

Nasibku baik petang ini. Petang ni ada dibuat tazkirah petang oleh Ustaz yang berbahagia Ustaz Adam. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
 
Ustaz menerangkan tentang ujian petang ini. Katanya, kita pasti akan diuji ALLAH. Lagi kuat iman, lagi kuat ujian ALLAH beri kepada kita. bukan itu bererti ALLAH tak sayang, tapi sebab dia sayangkan kita lah dia kirimkan kita dengan ujian. 

Tazkirah petang ini diakhiri dengan ayat dari Surah Al Baqarah ayat ke 286 yang berbunyi, 
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"

*********************************

Hampir setahun berlalu. Petang itu aku dapat panggilan dari suara yang sudah sekian lama meninggalkanku. Aku cuba menahan diriku dari sebarang perasaan yang cuba menyerang, malah berusaha menjadi setenang mungkin untuk menjawab panggilan dari nombor yang sudah ku padam, tapi masih tersimpan dalam memori ku walau ku cuba buang ia juga sejak sekian lama. 

Awak.. I need you. 

Im sorry. You are not suppose to come to me like this. Im just not the one u've known before. Everything had changed.

Perlahan dia ku tinggalkan petang tu. 

Memang tak mudah, bagiku tuk lupakan segalanya.
Aku pergi ... Untuk dia...

*********************************
Semua yang dah berlaku dah berakhir. Aku takkan beralih ke belakang lagi. Aku akan bangkit dan buktikan aku mampu jadi 'seseorang'. Aku pasti buktikannya. Begitulah kehidupan selepas itu, tiada yang dapat menghalang jalan aku lagi. Aku nekad. Dan semangat yang aku hadirkan selepas itu benar benar berhasil. Aku tak pernah tak 'score' sepanjang aku di sana. Setiap semester, aku memegang sijil penghargaan atas usaha yang aku dah berikan .

Maka berlalu beberapa tahun sejak kejadian terakhir kami berhubung. Aku dengan hidupku. Sukses sudah akhirnya. Aku bergelar seorang Jurutera dalam bidang telekomunikasi. Bidang yang masih agak baru diterokai dalam negara ni.

Segalanya berjalan lancar buatku sehinggalah satu hari, Ummi mengejutkan aku kerana telahpun menjodohkan aku dengan seseorang. Aku mulanya membantah keputusan itu kerana ianya bukan pilihanku, tapi bila akhirnya kenangkan permintaan Ummi yang mahu melihatku berumah tangga, aku bersetuju. 

Nyata, pilihan Ummi sangat tepat. Orang yang dipilihnya sememangnya seseorang yang sudah sekian lama menjadi impianku, wanita impian dalam acuan yang lama ku idamkan. Muslimah sejati, yang menjaga tiap bait kata, yang menjaga tiap gerak langkah, tiap perbuatan dengan cara yang sangat sangat aku dambakan. .

Akhirnya aku sedar yang berlaku semuanya yang dikatakan hikmah dalam setiap kejadian.

*********************************

Dunia, kadang kadang kita rasakan ianya sangat besar untuk kita lengkapkan pusingan di atasnya, tapi kekadan gdia juga bisa jadi ruang yang sangat kecil, yang tanpa kita sangka sangka. Satu hari. tika berjalan kami terserempak. Dia bersama seseorang, nampak agak rapat juga, berpimpinan tangan sebagaimana aku dan isteriku yang tercinta.

Aku tersenyum melihat si dia. Wah sudah berbahagiakah dikau tanpaku di sisimu? Aku tak peduli lah semua tu, Aku dah jumpa kebahagiaan ku. ALLAH rupanya sedang sediakanku sebuah mahligai yang aku tak sedar kerana mengejar sebuah kasih yang bukan milikku. Aku tersenyum. Syukur lah pada mu ya ALLAH. ini mungkin hadiah dariMU. yang sangat bererti. Dia, aku dan sikecil yang bakal keluar nanti. :) Love till Jannah. Kali ini, aku gunakan perkataan ini tepat pada tempatnya.



Monday, 5 August 2013

Sehingga ke akhir hayat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca .

Beberapa hari mengira untuk meninggalkan ramadhan tahun ini. Aadakah cukup amal kita tahun ini? adakah kita berjaya meninggalkan nya dengan amalan amalam soleh yang bakal membantu menjamin ruang kita di dalam syurganya? hanya iman bakal memberi jawaban pada soalan berkenaan kan?

Hari ini saya macam biasa . masih lagi bekerja. seperti biasa saya suka bila bekerja saya akan berbual dengan operator operator yang ada. alhamdulillah mereka juga sangat friendly dan melayan aja saya ni.

hari ni saya bertemu dengan seorang kakak yang menhidap kanser rahim. pada mulanya saya tak berapa tahu, tapi lama kelamaan rasa bersalah pula sebab sebut pasal anak dengan akak tu.

satu yang saya kagum, akak tu cerita, dia ada offer pada suami dia agar cari isteri baru andai si suami benar berkehendakkan kepada zuriat, tapi tahu apa jawapan suaminya? "hingga ke akhir hayat saya nak bersama awak". sebak pula bila kenangkan mereka kan?

siapa yang tak mahu ada anak kan? tapi mereka di berikan ujian macam tu. buat saya berfikir, betapa dalam nya kasih si suami dan akak tu juga. walau dia sakit tapi masih lagi sanggup nak hidup sendiri hanya kerana inginkan si suami dapat yang terbaik.

solute awak berdua. ALLAH aja mampu beri anda kegembiraan di duunia dan akhirat. dan saya, mendoakan. Moga ALLAH pelihara anda berdua akak.

di kesempatan ini, sama sama bantu saya aminkan doa ini, agar ALLAH panjangkan umuur akak tu. katanya tadi, ikt ilmu kedoktoran, dia cuma ada lagi 2 tahun aja. Dokte ada tanya dia, anda tak mahu buat kimo kah? tapi dia menolak. tak mahu katanya.sedihnya.

Sunday, 4 August 2013

Ramadan? Syawal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hai readers.. apa khabar? sibuknya saya minggu ini. banyak kerja yang perlu diselesaikan. serangan dari pihak customer susah nak diselamatkan. terkejar ke sana ke sini sepanjang minggu ni. sampaikan saya punya 'perniagaan' pun dua hari lebih kurang tutup sebab sibuk sangat.

Ohh ya. saya baru perasan yang kita dah nak sampai ke syawal. rasa sedih nak meninggalkan ramadhan. seyes saya rasa sedih bila kenangkan haya tinggal beberapa hari sahaja lagi nak habis bulan ni.

anda bagaimana?


oh ya, by the way, nak ucap tahniah kepada sepupu saya kerana baru dikurniakan cahaya mata pertama.

Selamar datang ke dunia Benjamin Ramadhani.

jadi anak soleh tau?

Monday, 29 July 2013

kita dan sesuatu yang nak berakhir

Assalamualaikum. Dan selamat sejahtera pada yang membaca.

Kita di trimester akhir . (adehh terguna trimester plak, mentang mentang la Ummi selalu guna untuk kita berapa lama dia preggy).

Ehhe, di trimester akhir ni saya rasa pelik plak. Bukan pelik sebab tak pernah kena tapi rasa pelik tengok manusia yang begitu seronoknya nak beraya ni. Rasa sedih pun ada juga. bukan untuk depa la, tapi untuk diri sendiri ni ha, posa tak tara mana dah nak raya. ruginya rasa berlalunya bulan ni tanpa ada satu yang 'boom' nak upgrade diri jadi yang lebih baik.

tapi realitinya kan, memang betul kan? bukan hanya saya. tengok la kat luar tu.

"seronoknya nak raya. seronoknya nak raya. "

"cari baju raya. "

"ehh baju dah ada itu dah ada, nak kasut raya plak la. "

itu antara status yang kerap kali jumpa di akhir akhir ini.

rasa pelik dengan keseronokan umat manusia menunggu hari raya sedangkan bulan yang lebih baik dari seribu bulan ni .

kesian kan kita?

Sunday, 28 July 2013

Abi, Ummi, Baby n Pacific Rim

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

We were just finished watching our first movie. After 35 weeks of pregnancy and and 8 months plus of marriage, this is our first.

Ehhe. First experience with my wife going to cinemas. Before this we had plan a few but all cancelled due to many reasons.

Pacific Rim. Supposedly we watch Ummi's request ; Despicable Me, but to wait until 8 pm is just not worth it. Thus, we decided to watch this.

Let me just talked bout the movie. At first im hoping that this will be a superb one, but it is not. Slow and steady, not even a single 'strike' that we caught my interest.

The only thing i like is how the mind, neuron, memories connect the Ranger and the machine.

How memories, the connected mind actually 'kills' someone's future. Well if i were in his place also i would never forget the moment where my beloved were 'killed' beside me while i am connected to him, knw how afraid he is at the moment, his pain and finally just vanished .

Talked to Ummi, wondering if we were the one operating those machines. Me and you beside. Are we really are that 'connected'. I am able to see your memories, everything from the past, what you are thinking. And she start to say "haaa abi dah mula dah bayang bebukan".

It is something you knw? Two people connected, And those two will understand better of the other one. Learn bout their past, read what they were thinking. Something that create a bond between those two.

Do we have that? Me and ummi? I guess we have one, it is called LOVE. Ehhe. Eventhough we dont knw bout what happen in past, but we will wrote something together for the future. Make it something special, and live happily. And whatever come in between will be settled by us both, plus no matter what we benefited frm that 'challenge'.


Psst : If we were really doing that, operating the Jaegar, how does it be huh? #imagine #imagine

Saturday, 27 July 2013

Kisah baju melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alkisahnya semalam saya berbaju melayu. Macam biasa la kan, Jumaat memang saya akan berbaju melayu. Bukan nak melaram, tapi alang alang ke masjid, mahu juga tampak kemas sedikit.

Lain plak minggu ni. Selalu orang macam tak berapa kisah sangat tapi semalam ramai pula yang tegur. Baju cantik lah, mahu kawen la. Sampai ada yang tahan saya pula nak tanya.

Hari ini yang tanya semalam tanya lagi.

Semalam you pakai baju apa?

Saya jawab baju melayu lah.

Dia tanya lagi, baju melayu apa?

Saya jawab tu baju melayu biasa ja.

Dia tanya lagi, takkan nama dia baju melayu biasa? Takkan tak ada nama lain. Macam baju cheongsam ka apa ka?

Saya jawab, ehhe saya tak ingat la. (sebenarnya ada idea nk jawab tapi takut salah).

Dia kata, lain kali mahu pakai apa kena tahu la nama apa, nanti cina macam saya tanya kan susah nak jawab.

Saya senyum. Kemudian jawab, nanti saya reconfirm. Lepas tu saya bagitahu balik ya?

Sambil jalan dan senyum lagi.

Adoihhh jadi tumpuan juga saya rupamya bpakaian camtu. Sampai dapat tarik minat orang nak tahu itu baju apa.

Thursday, 25 July 2013

Thank You. Thank You.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Watching you sleep while listening to this.


And I want to thank you 
For giving me the best day of my life 
And, oh, just to be with you  
Is having the best day of my life




 THANK YOU.

Thanks Dear

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Looking at my beloved dear sleeping make me smile. Suddenly feels like want to cry.

how she had doing her best to gv me the best today.

Look at what she prepared to me today.


She's just coming back frm work. Arrived quite late. but still doing this. Tired but still want to cook this for me.

Thanks dear.

Thanks a lot.

Nobody can replace you.

nothing to gv, but a promises that i will do my best to make u smile, and if theres a reason why you cry is because i've 'touched' you with a very very best treatment, something that i rarely do for someone.

I LOVE YOU.

Kalah?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam kita kalah lagi. Saya tak kata apa. Saya senyum. Menjadi ya durian runtuh yang konon menjaga manusia sejagat kawasan tu.

Tapi dalam kekalahan tu saya teringat cerita seorang sahabat awal minggu ini.

Zaman Nabi Nuh dahulu, seribu tahun dia berdakwah, dan pengikut dia tak sampai seratus pun.

Kita ni, baru kalah yang ke 13, kalau kira 1000 tahun tu banyak kali lagi ni. Jangan putus asa. Teruskan usaha.

Saya senyum.

benar kan? nak jadi baik itu susah, nak buat jahat itu mudah.

renungkanlah. ;)

Wednesday, 24 July 2013

Impian masa depan.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak bekerjaya ni, makin banyak dalam fikiran ini yang sedang dilaksanakan. terbaru ummi minta izin nak berniaga. saya kata boleh. kalau itu yang ummi mahu, saya usaha carikan modal dan saya akan assist kot mana yang saya mampu.

Sebenarnya bila dah ada keluarga ini, banyak yang perlu difikirkan, terlalu banyak bagi saya. Sampaikan hari tu Mama tanya saya, ini buku apa ni? (merujuk kepada buku insurans yang saya pinjam dari pakcik saya). Ya ini adalah salah satu lagi yang sedang diusahakan. Sebenarnya tak ada lah nak usaha sangat pun, cumanya, saya sedang berfikir bagaimana saya mampu memaksimakan apa yang saya ada, supaya mudah saya nak gunakan bila saya perlukan. Conthnya sekarang, saya adalah trader kan? jadinya tak mustahil kalau saya ada 'lesen' saya boleh jualkan pada kenalan traders yang ada bersama saya. Mudah kan?

kemudiannya, mengenai impian ummi, rasa gembira juga bila tahu dia sedang cuba untuk sesuatu. Saya tak nafikan, di masa hadapan, saya memang ada berfikir untuk buat sesuatu, mungkin berniaga, dan alhamdulillah, buah fikiran buah hati saya sangat menyenangkan hati saya. dia punya idea. best!. saya pasti usaha membantu dia. Even sekarang pun saya sedang usahakan bertanya kenalan kenalan apa yang mampu mereka berikan pada saya dalam usaha ummi dan saya.

dan sudah tentulah pendapatan saya dalam trading ini saya sedang cuba gandakan. Alhamdulillah, bulan lepas angka nya sudah hampir menemui 4 figure. Saya jangkakan, dan sedang usahakan, andai ALLAH izin sudah semestinya 5 angka dalam paling lewat setahun akan datang. Saya memang sedang usahakan.

Selalu saya pesan pada Ummi, kita takkan terikat dengan bank lagi. Ya saya tak mahu, sedang cari jalan lari dari bank. Si penipu besar dalam kewangan. sedih bila fikirkan bagaimana mereka merompak rakyat marhaen macam kami ni. tak cukup bank la. tu lagi besar dok ada tu. bagi sikit ambik tak hengat.

rasa anda tahu kot? lalalalallalalala~~



apa pun mendoakan yang terbaik buat kami, buat anda semua. Moga ALLAH redha pada tiap usaha kita. INGAT, titipkan impian membangun ummah dalam usaha anda, membangun IMAN tu juga jangan lupa, kelebihan itu sepatutnya jadi kekuatan, lebih lebih lebih lagi hebat pegangan kita, bukan melemah kita ya. Moga diberikan kekuatan, dijauhkan dari lupa kepadanya. Amin Yarabbal Alamin..

Tuesday, 23 July 2013

story bout one of the memorable moment in our life.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.



gambar ini kisah dua hari lepas. Ahad malam Isnin. dalam perjalanan kami pulang dari rumah mentua di Ipoh ke rumah saya di Penang.

story bout one of the memorable moment in our life.

Awal minggu lepas, isteri ada minta sesuatu dari saya. Katanya, kalau boleh sekali pun tak apa dalam Ramadhan ini, dia ingin sekali satu hari kami berdua berbuka bersama, ala ala dating di waktu berbuka berdua dan kami bersama berbuka di satu tempat.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu ALLAH dah bukakan jalan untuk kami. saya dan dia, akhirnya dapat satu masa untuk kami berbuka berdua bersama sama.


saya juga ingin menunaikan impian si dia, tapi apakan daya, hanya ini yang mampu saya beri. berbuka berdua, dalam kereta, berlampukan cahaya lampu di hentian juga lampu kereta, tiada udara segar melainkan aircond yang terpasang dalam kereta. saya dan dia. berdua berbuka puasa.

manisnya difikirkan, satu bekas yang dikongsi berdua, dia dan saya, dengan satu pasang sudu dan garfu, makan bersuap kami berdua. terasa indahnya saat saat yang berlalu itu, walau tidak semewah makan di hotel, tak sehebat masakan berbagai di rumah, tapi itulah yang saya rasakan terlalu indah untuk dikenang.

mungkin ini tak lah sehebat apa yang dibayangkan, tapi ini aja yang mampu difikirkan at the moment. dan saya terlalu gembira untuk ini.

terima kasih awk.

terima kasih ALLAH.

Monday, 22 July 2013

hari isnin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca ..

Hari isnin yang baru. hari penuh makna bagi yang mencari maknanya. hari yang penuh teka teki bagi yang berteka teki. Hari yang suram bagi yang tak ingin mencari sinarnya.

Begitulah hidup sehari hari kan? ada jatuh bangunnya kita ni. kekadang di puncak dan kekadang berada di dasar. namun apakan daya, bukan kita yang menentukan takdir yang bakal berlaku pada kita kan? macam juga saya, mengharap yang terbaik dalam apa yang sedang diusahakan, tapi makin lama makin rasa demotivated pula.

hari ni, awal awal saya dah khabarkan pada kesayangan, saya kata saya dah tak ada hati di sini. dan responnya saya pasti agak risau kerana saya sangat susah nak demotivated ni, tapi bila dah jadi maksudnya pasti situasi sangat sukar .

bagi saya agak teruk. mungkin kurangnya hari ini tak ada orang orang tu yang mengganggu, tapi tak juga, datang yang lain cuba menghiruk pikuk situasi yang saya rasa dah agak tak tenang kebelakangan ini. susahnya rasa menguruskan menda ni sejak kebelakangan ini.

saya akui saya ada juga salah dalam setengah hal, mungkin satu masa bila menyimpan sesuatu terlalu lama, tapi tak juga kekadang terpaksa ambil tindakan ini demi menutup sesetengah belah pihak.

macam tadi, ada orang suruh saya agresif dalam bertindak. tapi takut juga nak agresif sangat sebab yang bakal berurusan dengan saya ini, yang saya kenal, kurang dari segi tolak ansur ini, dan pemarah.

ohh saya sangat dah malas nak buat menda ni. saya perlukan ganti sesuatu yang mungkin kurang tekanan seperti ini.

Saturday, 20 July 2013

Perlu meneruskan tradisi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Trringat apa yang mama cerita minggu lepas masa saya dan isteri di kampung. Mama dan Tokmak bercerita perihal suami masing masing.

Kata Mama, Ayah satu masa dahulu, waktu kami kecil, dialah yang mengasuh kami di malam hari. Dialah yang akan bangun tiap kali kami jaga dan mahu susu misalannya, dialah yang akan melayan kami.

Tokmak menambah, arwah Wan pun macam tu. pepagi bangun punya awal mencuci lampin anak. Dialah yang ngasuh anak anak kecil.

Kemudian saya kata pada Mama, alaaaa. Jangan la disebut dihadapan dia. Nanti dia tuntut.

Ummi plak, dok la senyum senyum kat saya. Nk jugak lettewwww.

Ohh ya. X lupa, Papa pun sama juga. Kata Ummi nya dulu tok akan simpan kuku di jari kelinking tu. habuan nak korek idung anak .

Ehe bersyukur datang dari kalangan Ayah Ayah solehah dalam keluarga saya ni. Mereka bakal saya jadikan semangat, jadikan pengajaran, teladan untuk sama sama buat yang trrbaik buat keluarga.

Friday, 19 July 2013

my new experience

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

its kampung time.

we were at her kampung. goin back fr the first time in this Ramadhan. yesterday i was about to cancel my leave due to my workload, but this morning, i decided to continue.

asked Mama bout her opinion also, she want me to come back here. actually its not that i dont want to come back here, just that i asked dear Ummi to go first, and i will come later after i finish my work. might be on tomorrow morning or late night today.

new experience, fast as a husband, as new 'menantu' in this family. well not bad.

Alhamdulillah. thanks ALLAH for giving me this. i will do my best to take care of this harmonies and make everyone happy. insyaALLAH.

Thursday, 18 July 2013

Obsession

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

i've used to like this so much.

well, this is for you.

Well it's early in the morning
And my heart is feeling lonely
Just thinkin bout you baby
Got me twisted in the head
And I don't know how to take it
But it's driving me so crazy
I don't know if it's right
I'm tossing turning in my bed
It's 5 o'clock in the morning
And I still can't sleep
Thinkin bout your beauty it makes me weep...
I'm feeling hopeless in my home
I don't know what to do I think I'm in love
Baby...




Oh well , when we talk bout u. 

I AM OBSESSED. 

Obsessed with you, LOVE. 

Wednesday, 17 July 2013

Thanks dear friend

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

When i was so down with what happen today, someone send me this.


Thanks dear sahabat. May ALLAH bless you. Amin.

Curang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada yang membaca.

terbaca satu status kejap tadi.

"sekali curang , banyak kali akan curang. "

betul ka macam tu? bercakap bab curang. saya pun rasa nak sekeh ja kepala manusia manusia yang pernah berlaku curang ni.

kenapa perlu curang? why oh why?

adakah kerana kurangnya perhatian buatkan diri berlaku curang? kononnya kerana ada orang ketiga yang 'menjaga' lebih dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga apa yang perlu dijaga tu?

apapun, saya nak sebut yang kekadang yang berlaku tu ada sebab musababnya, satu, bila nak menghukum, tanya diri, apa yang kita buat salah sampai ini yang terjadi kepada kita?

keduanya tanya diri lagi kenapa jadi macma ni, adakah kita yang sebabkan keadaan jadi macam ni.

dan ketiga, tanya diri lagi, adakah kita telah menjadi manusia yang tak bertanggungjawab sampai kita mengabaikan apa yang tak sepatutnya kita abaikan?

barulah bertanya pada si curang, kenapa jadi macam tu.

apa pun tetap ada salah kita dan salah dia. ya benar, pokok tak goyang kalau tak ada angin, pokok juga tak goyang kalau tak ada orang yang mengoyangnya.

dalam perhubungan, bukankah sepatutnya ada sesi 'perkongsian' dia mana keduanya jika ada salah faham atau yang tak kena, di luahkan supaya ianya dapat diselesaikan.

bagi saya mudah, IMAN. bila ada IMAN, akan ada ALLAH. ada ALLAH, walau sekelumit dosa pun kita takut nak buat. mudah bukan?

ingat lagu Raihan?
"Iman adalah mutiara, didalam hati manusia, yang meyakini ALLAH, Maha Esa, Maha Kuasa. Tanpamu Iman bagaimanalah, menjadi hamba ALLAH yang bertakwa, "

"ia tak dapat di warisi, ia tiada di tepian pantai."

betul bukan? Iman dalam hati, tak ada tepi pantai. :)

Jaga Iman, sebab bila ada Iman. pasti dunia indah seindah indahnya.

Percayalah..

oh work

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Life is getting harder and harder for me. Projects fr me now is finding the word worst when it were near to the end. All 3 parts were having a different problem. from dimensions to the cosmetic problem.

Yesterday, got complaint from customer not just that, they even treaten me that if we were already overload, they are willing to find a new supplier to do the job. and seriously this demotivated me.

its not that we were not trying to solve the problem, but, when u talked bout rectifying the mould, its not easy to settle things in a second. you need time to rectify it.

and know what, this pressure is starting to make me boring n feels like want to ignore it.

ohh work. please be nice to me.

ohh sweet lah sangat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam macam hari baru buat saya. Entah dari mana hadir satu lagu, lagu yang dah lama juga, entah bagaimana boleh keluar lagu tu dalam fikiran saya pun tak tahu. Lantas saya jadikan lagu itu sebagai pemangkin semangat saya buat seketika.

Pemangkin semangat utama sudah semestinya buat si dia , dia dan dia dia dia tu. Bagi seorang anak semestinya si dia itu Mama dan Ayah termasuk lah sekali Mama dan Papa. Untuk seorang abang, semestinya dia dan dia tu adik adik saya, untuk seorang adik, semestinya untuk kakak kakak dan abang saya dan bagi seorang isteri, semestinya dia itu isteri yang tercinta.

Perlahan lahan saya terbayang siapa saya pada masa masa dahulu.

nak bersweet sweet aja kononnya masa tu. Konon manusia paling manis dalam dunia lah untuk seorang manusia tu pada satu satu masa tu. Well saya tak nafikan ini tahu, ada orang pernah menangis sebab katanya "sweet sangat" lah konon masa tu. ohh ya dan orang ini bukan manusia tu, tapi manusia lain bergelar kawan kepada kawan.

sampai la ke hari ini, baru terfikir, ohh man, itu lah antara menda paling bodoh saya rasa saya dah commit sepanjang saya hidup.

tahu kenapa? ive giving what i shouldnt give to someone who are not mine, someone who finally pick someone else n i dont knw whether they live happily ever after or not, but what i regret is , i am actually using few of my "sweet sweet kungfu for someone who does not deserve it"

n now, need to think of something more special for that someone.

ohh dear.


Pesan saya pada yang belum halal, "keep it for the best for you, your wife or hubby."

For You.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca ..

ohh ya, entry ini khas buat Ummi.

dah lama juga saya tak hadiahkan sesuatu buat dia semenjak saya sibuk ni. Pagi ni saya hadiahkan ini buat dia.

hopefully u'll like it dear.



Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Tuesday, 16 July 2013

Ummi Abi dan Baby

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi tadi lepas ummi kejut, suruh hantarkan dia pergi kerja. saya pun iktkan aja. Macam biasa la kan. pepagi kalau ummi kerja memang kena hantar ummi ke kereta sebelum dia ke tempat kerja.

Masa masukkan barang dalam kereta tu, si kecil anak mengasuh mama sampai. saya biarkan aja dia dalam kereta dia tunggu ibu dia keluarkan dia, sambil tu saya hidupkan enjin kereta ummi.

Selepas tu perlahan lahan saya ambil dia dari ibu dia tu. Senyum sampai ke telinga si kecil tu. dan tatahan tu lepas duk atas dukung saya tak peduli dah kat ibu dia. ibu dia lambai nak pergi kerja pun dia buat tak tahu. dah tu tak reti duduk diam atas dukung plak tu. hai lahh si kecil ni..

sebaik ibu dia bergerak, saya terus ke kereta. tengok tengok Ummi dah sedia nak keluar. saya biarkan dia bersiap, pakai stokin dan kasut tu, sambil saya bawa si kecil ni duduk kat kerusi pemandu, bagi dia main dekat stereng tu.

Kemudian Ummi pun keluar. Macam biasa, sebelum pergi kerja, kami mesti akan cipika cipiki dlu. masa tu la si kecil ni saya tengok terpegun gamaknya tengok apa kami buat, lepas tu dia tengok ja dekat kami. Selesai kami bercipiki cipika, Ummi cium cium plak pipi dia. terus jerit. seronok lettewww.. nak jugak gamaknya. hihihi.

Mengenang apa yang berlaku tadi buat saya terfikir, begini agaknya kami satu hari nanti kan? bila ummi pergi kerja, atau abi pergi kerja, salah seorang menghantar dan mendukung baby, cipika cipiki sebelum pergi kerja. 

senyum saya dengan situasi tadi. Ummi Abi dan Baby. :)

Demi Cinta

Assalamualaikum . dan salam sejahtera pada yang membaca.

kekadang saya rasakan, saya dah lama tak ada kisah kisah dikongsikan dalam ini. mungkin salah satu sebabnya kerana 'kebahagiaan' yang ada.

saya tak nafikan, kekadang kisah kisah yang saya kongsikan sebelum ini, sedikit sebanyak ada 'saya' di dalamnya, mungkin kerana itu kekadang apa yang saya sendiri coretkan itu merengkam jiwa sendiri ketika mencoretkannya.

tapi hari ini, segalanya berubah, cahaya yang hadir itu menceriakan segalanya.

buat saya merindu pula karya sendiri yang dibuat sebagai hadiah pada diri.

mungkin saya perlu ubah dia jadi kisah kebahagiaan kami kan?

dari terjelepuk jatuh hingga ke atas menggapai awan. :)

ALLAH ALLAH ALLAH... Semua nya dari Mu.

Baby pun akan rindukan abi kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru sudah menghantar ummi dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Sedihnya mengenangkan pulang saya nanti tak ada lagi bebear saya kat sebelah. Tapi apakan daya. Sobsss

Semestinya rasa kurang bila tiada kesayangan disebelah kan. Tapi itu hakikat yang kena ditempuh kami bersua, ujian rumah tangga kami berdua. Atas sebab itu saya cuba terbaik utk setiap kali dia bersama cuba untuk gembirakan hati dia tu. dan dia jangan cakap, terlalu menghiburkan saya.

Sedang dia pejamkan mata, saya rapatkan diri kepadanya, lantas tangan memegang erat perutnya, konon mencuba untuk berkomunikasi dengan anak didalam kandungan.

Tangan diusap sambil hati berbisik. Dan amazingly dia respon. Ummi terus tegur, anak abang dah bangun. Dan saya , senyum. Kerana memang tepat pada tempat saya sentuh itulah berlaku respon itu.

Baby pun akan rindukan abi kan?

Monday, 15 July 2013

Happy Birthday Dear Sis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada adinda yang tercinta pada hari ulang tahunnya hari ni.

Semoga panjang umur, murah rezeki n sukses di dunia dan diakhirat.

Moga di permudahkan segala urusan, di berkati , dirahmati dan sentiasa dalam rahmat ALLAH.

Jadilah anak solehah dear, kerana itu sahajalah harta yang tak akan putus putus memberi manfaat pada Mama dan Ayah selagi mereka ada dan insyALLAH berkekalan sampai lah ke bila bila.

jaga diri bebaik. Abg n Akak Love U.


Pendapatan baru saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ummi dah lena tu. di ajaknya saya tidur sama, tapi saya masih belum mahu melelapkan mata ni. Ada menda yang nak diselesaikan juga. salah satunya, selalu selepas sahaja waktu kerja adalah waktu untuk saya berniaga. dari jam 7-8 sampai 12 tengah malam, waktu berniaga. waktu itu sahaja yang saya ada untuk saya bekerja selepas pulang dari tugasan harian saya, demi menambah pendapatan keluarga.

Bukan mudah berada dalam kedudukan sekarang. saya kekadang gayat juga, tapi alhamdulillah, ALLAH senantiasa memudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga. Betul saya cakap, gaji yang saya dapat tu cukup untuk kami semua, lepas untuk saya tanggung family saya ini. walau tak sehebat pendapatan orang lain, tapi alhamdulillah semuanya bebaik sahaja untuk kami.

Ohh ya bercakap soal berniaga ni, ssaya ingin sangat berada bersama sahabat sahabat yang hebat berniaga ini, ingin sekali belajar, apa tips tips dan pengalaman mereka sewaktu berurusan tu, tapi sayangnya saya ni kekadang ada juga penyakit M dalam diri, lantas saya cari perniagaan yang sesuai dengan diri yang lebih memilih meringkuk dalam bilik selepas waktu bekerja.

Alhamdulilllah ALLAh pertemukan dengannya. Harapan saya, moga walau tak banyak, ia dapat juga meringankan bebanan kami sekeluarga. Dan dalam pada tu ada jugalah niat moga satu hari nanti mampu berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan sifu sifu tanah air. Tapi tak macam sifu pun tak apa, janji masyuk.

Saya doa sangat. amin.

Ohh dunia Ohh Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin saya tonton cita kat tv. Macam biasa lah kan, cerita korea lagi.

Dalam cerita tu dikisahkan seorang yang ditinggalkan suami untuk perempuan yang suami dia suka. tapi dia sekarang sudah berjumpa juga dengan cinta yang diharapkan dapat menjaga dirinya. Lantas diambil keputusan untuk tegar dalam ujian yang menimpa dan kekal dalam perasaan untuk bersama hero yang telah membahagiakannya.

namun akhirnya, lelaki itu minta untuk berpisah kerana dia sudah di tekan tekan oleh perempuan jahat yang satu masa dahulu merampas suami si perempuan itu.

saya tertanya tanya, wujud kah pengorbanan itu? meninggalkan yang di sayang hanya untuk mengelakkan bala lebih besar berlaku pada yang tersayang? sedangkan si dia terlalu menginginkan kita untuk sentiasa ada, dan hanya kitalah kekuatan yang dia ada buat masa ini?

ehhe.. itu cuma permulaan kisah sahaja. di mana kita memikirkan adakah kita sanggup meninggalkan cinta hanya kerana inginkan dia berbahagia.

tapi..

dalam kehidupan akhir yang bakal kita tinggal selamanya nanti tu. bagaimana?

sebagaimana kita tinggalkan kerana kebahagiaan dia, adakah kita berani meninggalkan kebahagiaan dunia hanya untuk kehidupan selamanya kita nanti? kita tinggalkan dosa dosa yang kita biasa buat sekarang, tinggalkan sifat sifat buruk kita hanya untuk ALLAH Yang Berkuasa?

kenapa kita tak sanggup.? ada sesiapa nak jawabkan? :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA