NOTE : CANTIK n KACAK ITU BUKAN PADA PARAS RUPA, TAPI AKHLAK KITA. IMAN kita
Followers
Monday, 10 October 2011
Apabila bulan muncul sekali lagi.
NOTE : CANTIK n KACAK ITU BUKAN PADA PARAS RUPA, TAPI AKHLAK KITA. IMAN kita
Thursday, 26 May 2011
Makanan dan Lelaki
Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.
Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia. :
Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.
Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.
Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.
Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.
Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.
Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.
Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.

Sumber : email
Friday, 15 April 2011
Kenapa Saya Balut-balut macam ni?
balut macam apa ntah.. nak kata macam nangka tak jugak, sebab nangka kan kena balut ketat-ketat.
saya plak balut longgar-longgar. tapi berbalut kalah orang bungkus barang makanan nak import la..
lebih lagi dari barang-barang mahal nak post ke luar negara. dah la tu, macam batman pun ada. cam tutup habis kan? kata orang kan, "ee tak panas ka dia dok balut teruk-teruk macam tu?"
Napa saya membalut?
Dari Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
ehhh.. Wanita itu aurat? biar betul? ya ka?
pernah dengar tak lagu ni? "Wanita hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah wanita soleh... yang akan membahagiakan syurgaa.. dalam rumahtangga......" wahhh. kiranya saya ni adalah hiasan dunia lah ini. dasat la, ALLAH jadikan saya sebagai hiasan dunia. Dan DIA cakap lagi seindah hiasan tu adalah Wanita Solehah.
Eh, back to topic, napa saya membalut?
Kawan-kawan, pernah baca tak pasai KISAH KELAPA DAN MUTIARA? (tak penah baca ka? tak apa. sila tekan tulisan berkenaan untuk baca kisah tu.) Tapi saya ada perbandingan saya tersendiri jugak.
Kawan-kawan pernah tengok tak Ayam Masak Madu yang dimasak dan dihidangkan atas meja, sekali dengan hiasa-hiasan yang sangat cantik, nampak sangat menyelerakan, kira kalau tengok ja dah boleh buat air liur meleleh sebab sedapnya akan makanan tu? tapi kan kawan-kawan, makanan tu terhidang atas meja, tanpa ditutup dan sentiasa di hinggap sebatalion sang lalat yang juga tergoda dengan makanan tu, dah la sebatalion, pastu lepak sana plak tu, ibarat sedang bermesyuarat kat atas Ayam Masak Madu yang sedap tu. tak cukup dengan tu, habuk-habuk jalan turut mengendap makanan ni. apa sahaja yang lalu, turut menyumbang kepada "kesedapan" makanan ni yang ada unsur tambahan, KOTORAN DARI LALAT, HABUK-HABUK JALAN, tu lum saya amek kira sekali peluh-peluh yang mercik bila ada yang lalu lalang tu.
Dekat meja sebelah pn ada jugak makanan yang sama, yang ni nampak kurang sedap kawan-kawan, cumalah Ayam Masak Kicap, yang biasa aja, tak didekorasi sehebat Ayam Masak Madu, cuma biasa-biasa sahaja, tapi di tutup dengan tudung saja demi menjaga ianya rosak dari kotoran-kotoran dari kakinya si lalat yang hingga merata. Makanan ni terpelihara dari lalat, terpelihara dari kuman, dari kotoran, dan dari segala unsur tak baik, walau ianya tak nampak sesedap Ayam Masak Madu di sebelah, tapi kan kawan-kawan, ianya enak di makan, enak diratah, dan yang penting sekali TIADA PRASANGKA DALAM MENELAN NYA.
Itu cerita Makanan. baik, ini huraiannya..
Wanita itu Aurat. Tiap inci tubuh mereka adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan. KENAPA? sebab ALLAH nak memelihara, Keindahan dan Hiasan terunggul yang saya sebutkan tadi tu. Bayangkan, tiap masa DIDEDAH, DITONJOLKAN, DI HIDANGKAN KEPADA UMUM, seriously la. sedap mata memandang kan? tapi tak rasa rugi ka? harta, aset, tu tunjuk kat orang, sedangkan yang tu hanya untuk menjadi tatapan para suami yang sah. kesian Suami kita, dia nak jugak dapat menda baru kan, yang selamat dari kuman, bebas dari habuk-habuk, tapi kita bagi dia Makanan yang dah tercemar. Kesian dia, sakit perut la lepas tu.. Sama la macam diri kita, di tutup, didedah pada awam, iskh.. sayang la.. kulit comei-comei, gebu-gebu, putih-putih kena habuk, lekat habis daki, nanti nak cuci pun susah.. penat nak tonyoh bak kata orang utara.
Note :: Balut tu indah, balut itu cantik, balut itu semanis-manis, dan sesejuk-sejuk mata memandang, Manusia kata "TAK CANTIK", Syaitan kata "EE BURUK". tapi ALLAH kata, dalam surah An-Nur ayat 31
Yang tak cantik di mata kita adalah keindahan di pandangan ALLAH, kerana itu suruhannya, barangsiapa yang mengambil iktibar, maka kejayaan menanti nya. Renung-renungkan.. ;)
Tuesday, 5 April 2011
Perkataan Lazim Perempuan?
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. ni bila dia kata macam ni la. maksud da fed-up la tu. <-- nak menang jugak..
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
Note :: sapa nak komen? lalalalalalala~~
Thursday, 17 March 2011
BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL
- Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?Pernah. cinta pertama hadir sebaik lihat paras rupa la. (terus terang bagitau nih). tapi bukan makna secantik2 bidadari yang dicari, cukup sekadar sejuk di hati, buat mengisi ruang di sini. chewahh.. normally akan tertarik kepada yang bersopan la pemakaiannya, gentle cakap, lagi terkatup lagi tersuka memandang. lagi sejuk ati cheQ ni ha.. pastu baru la nak mengenali ati dan keperibadian. pastu baru wat keputusan..
- Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?rasanya la kot.. takkan la selebet sangat kan.. ahahaha.. tapi toi apa. cheQ ni kecik2 gitu, takkan nak tengok yang besaQ2.. sat cam KLCC dengan KOMTAR plak, tengok jugak la. yang kecik cket.. kira ala2 padan la.. paling tak pun cukup2 padan ka lebih cket(sikit yang sikit la tau) kira okeh la tu..
- Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?tettttt~~ tatau nak tengok kat mana.. kang tengok tak ketahuan kena penampaQ plak kan.. :P
- Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?tatau nak kata la.. bahagia la kot. baru-baru ni jmpa kawan, dulu cheQ kira setengah dari dia ja, la ni, dia dah 3x ganda besaQ. baru pas kawen. tengok senyum ja.. bahagia la tu kot..
- Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..tak berani nak kata la.. sama ja kot.. kadang tu tak kacak pn kaki perempuan jugak sebab ayat manis, pandai berkata2.. cantik yang materialistik, ada ja yang tak cantik materialistik, sama ja. suma ada dah skang ni.. ;)
- Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..perempuan idaman, semestinya la yang beragama. sebab bila dah berkahwin ni, mesti la nak umahtangga aman makmur bahagia suma kan, beragama ni penting la. sebab dia jugak yang akan dok rumah nanti jaga anak-anak, anak-anak pulak dengan adanya ajaran agama ni.. insyALLAH menjadi anak soleh dan solehah, (harta berguna tu, smpai bila2 mendoakan.) apa pun kita cuma merancang, dia menentukan, nak perempuan baik untk laki baik dan sebaliknya, kita tentukan diri kita SEKARANG untuk Masa Depan kita. ;)
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?alamak.. tadak pasangan la. camna nak jawap nih..? ahahahaha.. PASS~~
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?cukup bersyukur.. Alhamduillah dah dilahirkan tara ni.. ;)
- Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ? Perlu la. sebab kan, "Sesedap Mata Memandang" tu penting. ni bagi diri sendiri la. kang tadak dah alasan nak cari len, nak makan luar, sebab kat umah tu dah serba lengkap.. apa pun diri yang menentukan la. ;) tapi sama2 kena jaga la. bak kata boss nadh, kita jangan wat bagi ada bola tanggung kat kita. sediakan segala persiapan sebelum berperang .. ;) jangan bagi orang ada alasan nak hentam kita.. PENTING SANGAT!!
- Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..bukti tadak. mungkin berkesan. tapi leh ja nak usaha cara murah, hari2 p la jogging, bersenam, jaga pemakanan. leh aih.. duit selamat. leh simpan nak wat kawen, agaagagagaag
Note :: Ada apa2 ka nak kata pasai LELAKI atau PEREMPUAN? komen dialu2kan. tapi kena la click kat SINI
Friday, 21 January 2011
Lelaki = Kucing Jantan, ya ka?
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan dan cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan dan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia.
credit to : Nina Mazrina (Mahligai Group)













