Followers

Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Saturday, 28 May 2011

Hari Pertama Kuliah Pertama Sem baru 2011/2012

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni hari pertama kuliah Nadh. Permulaan yang agak lawak jugak tadi mulanya, Nadh sampai dalam pukul 2. Lepas tu, Nadh naik atas, tingkat 13A, lepas tu tak bertemu kelas. Jumpa kawan-kawan, tapi subjek yang depa amek tu, bukan subjek yang patut Nadh balik. Depa kata subjek Nadh minggu depan baru ada. Nadh tinggalkan depa, n Nadh turun bawah.

Sampai kebawah, Nadh tengok balik jadual, memang ada kelas tu, Nadh naik atas balik. Lepas tu dah naik atas, memikirkan nak masuk kelas mana. (ceritanya, Nadh tak daftar online sebab tak sempat hari tu, jadi Nadh terpaksa buat manual semua tu, jadi kena paksa-rela pujuk lecturer terima Nadh). Dah sampai kat atas, Nadh jumpa sorang akak tu, Kak Mas nama dia, dia tanya Nadh. 
"Adik kelas apa?

Nadh : kelas Etnik kak, Kak plak? 
Kak Mas : Sama la kita, tapi kak nak insert ni.
Nadh : ehh. sama la kita kak.

Then lalu sorang lecturer tu, nama dia Encik Mokhtar, dia kenai akak ni, akak ni kata nak duk kat kelas dia, tapi dia kata kena tanya dulu dekat penyelaras kursus. Jadi Nadh n akak ni pun berjalan-jalan cari penyelaras kursus ni. 

Sampai kat satu kelas tu, Nadh suruh la akak ni tanya. Nadh kata Nadh segan. Dia plak suruh Nadh. lepas tu tanya, Lecturer tu kata dia bukan penyelaras. Penyelaras ada dekat kelas sebelah. 

Nadh ketuk pintu dan tanya. Nadh bagi salam n tanya. lepas tu dia tanya, 
"kenapa kamu nak masuk kelas saya? kelas saya dah ramai dah ni.. "

Lepas tu dia macam susah hati plak Nadh tengok, Nadh pun cakap, 
"ehh Puan, saya nak masuk kelas Encik Mokhtar leh tak Puan? tadi saya dah tanya dia, dia kata sebelum masuk kelas dia kena tanya Puan dulu. "

Puan tu pun cakap, okeh la macam tu, kamu pergi tanya enchik Mokhtar dulu, kalau dia tak terima kamu baru kamu datang dekat saya. Nadh pun ucap terima kasih dan mintak diri. (dengan penuh sopan santun lemah lembut, ahahahaha. : )

Kemudian dah dia bagi kebenaran kan, masuk la kelas Encik Mokhtar tu. Nadh tadak pilihan la, sebab ngikut akak tu kan, kalau nak tahu dalam kelas ni ada 5 saja LELAKI termasuk Nadh. dan Nadh sorang ja budak Elektrik yang sesat dalam ni. Nak kata segan tu mungkin la, tapi wat tatau aja la. Sebab Kak Mas cakap dengan Encik Mokhtar ni senang-senang ja leh dapat A. 

Dalam kelas perempuan majority, n Laki yang pupus ni, nak kata pelik tu pelik jugak, tapi yang tatahan tu, stat ja Nadh bukak mulut, abeh,... suma dah mula tgk kat Nadh. Owhhh no... pakat kenai dah adik depa sorang ni.. Menjadi perhatian lagi nampaknya.. huuu.. tambah bila dah p depan tu, abeh dah kenai..

Thursday, 26 May 2011

Boooolat

Assalamualaikum..

Nadh nak ngadu ni.. Huuu.. T.T
ingat tak Nadh balik kampung minggu lepas? dan activity 23 May Nadh dengan sygss Nadh?
Lepas balik dari adik edit gambar ni and upload masuk dalam FB.




Satu ja yang kenot go dengan gambar ni.. Ni komen paling taleh tahan laaa.. dan sangat memedihkan, hati dan perasaan. Huuu

Bleh plak Mamat NI sokong.. kenot go okeh you.. :P 

 

2 hari sebelum kejadian ni, 22 hb, pergi umah Maklong dengan Mama. jumpa  Kak Ana, dia kata, 
"amboihh Arie, makin membulat sekarang..  "

Nadh :: oihhh.. mana ada la kak Ana. Mama kata tak pun, tak berubah apa pun.

Kak Ana :: Memang la, Mama Arie tengok Arie tiap minggu, mana nak pasan. 

Nadh :: uishhh.. camtu nak diet la.. 

Kak Ana :: camni baru okeh Arie, baru elok.. :D

Nadh :: **kembang semangkuk**

Note :: Ya ka nih? huu.. Susah hati plak.. <-- dalam masa sama nak exercise la. Maintain 6pax. Dah mula nampak perubahan ni.. Heran dah 2 hari dah muscle perut sakit..

Sunday, 15 May 2011

Yang terganggu itu aku

Untuk yang langsung tidak diketahui sebabnya...

Sebenarnya yang terganggu itu aku,
Banyak sekali dibelakangku,
Yang menarikku,
Yang menolakku,
Tak kurang yang menghentikan aku dari terus melangkah

Diriku cuma pembina reban,
Bukan daya bagiku menyiapkan mahligai,
Bukan kepakaranku menceriakan dalaman,
Tidak mampu aku menyediakan yang penuh
Bukan diriku yang layak mengatur susunan


Perasaan hairan langsung tidak mengetuk fikiranku,
Kerana aku sendiri sedar apa berlaku
Tindak ku, Langkah ku,
Segala dalam jangkauanku,
Bukan aku cuma mengelak,
Langsung bukan melarikan diri,
Cuma kesibukan sedikit sebanyak menjarakkan,
Apa yang sepatutnya dijarakkan sedikit,


Namun,
Sedikit kekok rasaku,
Tika perjalanan ini,
Mulai menjadi bosan,
Apabila perbuatan, sedikit sebanyak menyerangmu
Bukan ini mahu ku,
Bukan ini pintaku,
Tapi kekadang aku berkehendakkan kau melangkah,
Tinggallah aku,
Biarkan aku sendiri,
Aku bukan aku yang kau tahu,
Cuma si gagal yang kekal di situ.



Saturday, 14 May 2011

Apabila YB Nadh melawat kawasan.

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera untuk yang bukan Muslim yang membaca.

What a wonderful day untuk Nadh. Seharian bersama family. Rasa puas sangat. Mulanya ke Bukit Jambul, sebab Mama nak berjalan ke sana, seronok ja jejalan di sana, dapat jugak Nadh beli sandal baru, sebab Mama yang pilihkan. (kalau nak tahu Nadh sangat cerewet sebenarnya membeli, susah nak suka barang) tapi since Mama yang pilihkan, jadi ianya sangat berharga, dan cantik, dah beli pun, actually ada 2 tadi, keduanya cantik, tapi Mama cakap bazir kalau Nadh beli 2 2, jadi Nadh hanya dibenarkan ambil satu, jadi cuma satu yang dibeli. Macam biasa la kan, Putih la pilihan hati.

Lepas tu ke rumah Ibu, adui la. seronok jugak disini, dengaQ Mama, Jiah n Ibu berbicara pasal kenduri Kak Nor yang dijadualkan dilangsungkan 17 Disember nanti. Seronok Nadh dengaQ cerita ni. Bestnya kezen dah nak kahwin. Dan dalam bulan yang sama tu jugak Abg Memel akan disatukan dengan tunang dia jugak. Nadh tak ingat plak tarikh dia berapa.

Destinasi seterusnya adalah umah Tok. Happy sebab dapat jumpa Tok. Kali terakhir Nadh melawat tok adalah pada 1st Gath Kami Blogger Utagha yang diadakan dekat Tanjung Asam bulan 3 hari tu. Kemudian dah selesai dekat rumah Tok, menyinggah kat rumah Pak Cik Nan plak. Kami duduk kejap, isteri Hafiz datang dengan anak depa. Serious anak depa sangat comel dan bulat. Arghhhh.. geram3.. tengah dok sembang, slumber ja Mak Cik Mah pegang paha Jiah dan kata, "Yang ni dengan yang ni bila plak ni? kami tak sabaQ aihh nak makan nasi minyak ni.. " Apa lagi Nadh n Jiah, gelak kuat2.. macam takdak apa yang berlaku.. duii la.. soklan cepumas-Perak-Gangsa ni memang dasat.. ahahahahaha..

Selesai tu, Kami bersolat jemaah dan kemudian bergerak balik kat rumah. Kat rumah dalam kul 9 lebih tu Yaya datang. Dia demam, shian dia.. tapi serious happy dapat tengok Yaya. Yaya masa mula datang tu agak diam, lepas dah lama-lama, mula la active, lega rasa dapat tengok Yaya skali. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan NYA.. Nadh syukur dan happy sangat,. Alhamdulillah.. Terima Kasih ALLAH atas kurniaan DIA pada Nadh pada kepulangan hari ni.. :D

Tengok tu? seyes sangat comel kan? arghhh.. nak jugak.. :P ahahahahahha

Mengimbau bangun awal pagi nak pergi rombongan

Assalamualaikum dan selamat pagi pada bukan Islam yang membaca.

Nadh nak kongsi cerita Nadh kembali ke Pulau Pinang kepangkuan family semalam. 
Kalau ada yang perasan seminggu ni entry Nadh adalah berkisar kepada Family Nadh semata, sebab Nadh stress tentang kepentingan Family Nadh dalam kempen 10x10 Nadh. Hasilnya Nadh jadi sawan dinosaur kejap dan meronta-ronta nak balik kampung nak tatap muka Ayah, Mama, Jiah dan Adik.

Rentetan dari sawan dinosaur Nadh tu, Nadh terus SMS boss Nadh dan setelah sedikit soal siasat tak macam FBI, Nadh dapat permission untuk proceed balik kampung. Yang bestnya Nadh balik kampung bukan naik bus, tapi sebagai penumpang kepada team Nadh yang nak buat site dekat Penang. (nak kata Nadh amek kesempatan depa p sana pun kata la, yang Nadh tau Nadh leh balik tengok Family Nadh.hihihi )

Seawal pukul 5 pagi Nadh dah bangun, sebab kami plan nak gerak awal, disebabkan takut site tu ada problem, dan selepas sahaja selesai solat subuh dalam pukul 6 lebih, kami pun gerak ke Penang. Nak tahu, perasaan Nadh masa bangun awal tu, teringat plak dekat diri Nadh masa zaman sekolah tu, selalunya masa zaman sekolah tu, tido kurang lena ni masa nak pergi rombongan sekolah ja, rasa tidur tak lena, sebab dok tingat keseronokan masa dalam rombongan tu, tak sabar-sabar rasanya nak bangun awal pagi dan bergerak, (Sebenarnya perasaan masa bangun awal pagi semalam macam tu la, sebijik macam zaman sekolah dlu, tu yang tetiba teringat pasal keseronokan keghairahan bangun awal nak pergi rombongan tu). Hihi. Tetiba leh terimbau zaman tu kan?

Jadi bermula perjalanan Nadh tu, Nadh nak je drive tapi Apis tak mahu plak, dia drive dulu, sampai la lepas ke Simpang Bikam tak silap, Dia pass kat Nadh, dan Nadh pn mulalah memandu dari sana hingga ke Penang. Kami sampai sebelum pukul 10 kat Penang. Berhenti makan dulu, lepas tu, Nadh nak balik dah, tapi budak-budak ni pujuk ajak pergi site, mula tu Nadh memang taknak, tapi since depa pujuk, dan bagi jaminan akan habis awal, Nadh ikutkan jugak la. (walau kami balik lewat jugak dalam kul 6 camtu baru Nadh sampai rumah) 

Meh kita share apa Nadh lalui semalam la. 

 Nadh n So'od

 tangan kiri

 tangan kanan

 dekat Pipi

Lengan Kiri

Ada nampak apa yang Nadh bulat-bulat tu? Saja nak bulat-bula la tunjuk tangan Nadh yang comei lagi lawa.. ahahaha.. (ayat taleh blah kan? ) Sebenarnya Tu semua adalah hadiah Nadh dapat semalam. tu baru sikit la, ada banyak lagi kena ni.. hihi.. So'Od kata pasai Darah Manis. oihhh.. mana ada la.. :P Nadh kata dekat So'od n Apis yang ni adalah sebagai sambutan dari depa sebab tak selalu orang mai lawat depa kat site ni. :D

Apa pun yang Nadh hadapi semalam, penat, ngantuk pa suma ilang sebaik Nadh sampai depan rumah nampak Ayah, Mama n Jiah. Ilang abeh penat-penat Nadh tu, rasa lega dan happy sangat. Syukur Ya ALLAH atas segala kurniaan ini. Alhamdulillah.. :D Nadh syukur dan gembira sangat... :D

Thursday, 12 May 2011

Panggilan tpom dari sorang abg

Assalamualaikum readers.
Salam sejahtera juga buat yang bukan islam sekiranya ada membaca.

Malam ni nadh tiada apa sangat nak dikongsi melainkan mengenai nadh yang baru sudah berbual dengan abg razak melalui telefon. Saja bual mengenai hidup kami sekarang. Katanya dia akan kembali ke sini dan serah apa yang patut dan dia akan berhenti kerja. Dia sekarang dah syukur berubah idup dia. Sekarang dia kerja supervise staff biras dia kerja. Kereta pun dah dapat bayar, lepas tu nak dapat lagi Dmax sebijik, serious nadh agak kagum n bersyukur dengan perubahan hidup dia.

Bagi diri nadh sendiri sebenarnya agak tergugat jugak la dengar, bukan apa kan, perubahan tu wat nadh rasa happy, untuk dia, tapi dalam masa sama nadh terkenangkan diri sendiri, nadh tak salahkan takdir, malah bersyukur dengan apa yang nadh ada juga, cuma kekadang tu terganggu atas sebab satu kekurangan dekat company nadh sekarang ni, mungkin tu satu-satunya jugak yang downkan nadh kekadang tu ka, tapi nadh masih bersabar sebab nadh amat yakin pada janji ALLAH. Ibarat satu entry nadh pernah buat dulu pasal mengorek emas, jadi nadh pandang dari sudut tu la.

Apa pun nadh serahkan sumanya pada ALLAH. Hanya dia yang berhak tentukan apa dan siapa nadh di masa depan. Terus terang, kekadang nadh sedikit down bila membandingkan nadh dengan orang lain. Keliling nadh adalah yang hebat belaka dalam bidang masing-masing. Dalam dunia blogging, nadh dikelilingi dengan bakat-bakat hebat dan blogger-blogger yang hebat, di segi pelajaran juga, dikeliling nadh adalah yang hebat-hebat, dan banyak lagi bila dibandingkan tu wat nadh rasa rendah diri sangat. Bukan erti nadh menjatuhkan diri tapi baik juga mungkin untuk muhasabah diri tentang apa yang ALLAH dah kurniakan buat masing-masing didunia ni.

Andaikan apa yang nadh ada ni lebih dari apa yang orang tadak, pastinya dia juga akan berkata perkara yang sama. Jadi nadh syukur sangat apa yang nadh ada ni. Cuma nadh pasti akan memikirkan masa depan nadh sekiranya apa yang ada pada nadh hari ni, kurang memuaskan dan kemungkinan juga nadh akan ubah hala tuju nadh. Sebab nadh ada juga berfikir untuk kembali kepangkuan keluarga. Terus terang la kempen 10x10 ni agak mencabar diri nadh kerana kalau ada yang perasan n mengikut, nadh baru sedar yang rupanya nadh cuma nak Ayah, Mama n adik2 nadh ja.

Apa pun, nadh akan bagi sedikit masa lagi. Nadh ada juga sebut dekat abg razak tadi tentang kerja di sana. Kata abg razak, takpa kalau susah nanti mai ja la kerja dekat sini dengan abg. Hii.. Rasa macam seronok plak nak kembali dekat sana, tapi tak apalah, biar nadh bagi masa lagi dekat diri sendiri. Dan sekiranya tidak memuaskan, nadh akan berfikir kembali. Apa pun serah suma pada ALLAH, kerana dalam satu ayat dia ada berkata :
'tunaikanlah solat dan bertebaranlah kamu di muka bumi untuk mencari rezeki'
ayat yang cukup lengkap untuk mnerangkan yang rezeki ALLAH ni ada di mana-mana. Asal ada usaha, dan diizin Dia, insyALLAH ada la tu nati.

Cuma mendoakan yang terbaik untuk diri. Moga diperkenankan.
Amin yarabbal alamin.

Sunday, 8 May 2011

Day four : 10 things you want to say to one person

Assalamualaikum...

Hari keempat kempen 10x10 Nadh.
Hari ini tajuk dia
" 10 things you want to say to one person "

Harap maklum kepada pihak penaja Cik Ana Miyuki sebab Nadh tak sampai hati nak pecahkan entry ni kepada seseorang, sebab pada Nadh, Istimewanya dan indahnya dunia Nadh hari ni sebab ALLAH kurniakan Nadh yang bawah ni.. SEMUA dari depa adalah SANGAT PENTING buat Nadh.


Buat Semua yang ada dalam Photos ni :

1. Arie sayang Mama dan Ayah. Abang Sayang Jiah dan Adik.

2. Arie rindu sangat Mama dan Ayah. Abang Rindu sangat adik-adik abang ni. Nak tau dak,
- Tingat ja setiap masa ada dengan Mama, masa dok merap nak tu nak ini.
- Tingat dekat Ayah masa ayah marah Arie kuar p sana sini seronok tak ingat dunia.
- Tingat berjalan dengan Jiah dan Adik kita p jenjalan panjat bukit la, p berpotosut la, p tengok wayang la.

3. Andai kata semua kegembiraan diri perlu ditukar hanya untuk melihat Senyuman di bibir Ayah, Mama, Jiah dan Adik. nak gtau, Nadh sanggup untuk semua itu.

4. Takkan ada yang akan dapat gantikan Ayah, Mama, Jiah dan Adik dalam hati NadhNadh rasa SANGAT BANGGA SEBAB LAHIR DALAM FAMILY NI.

5. Nadh akan wat apa saja untuk buat Ayah, Mama, Jiah dan Adik berbahagia.

6. Sakit sapa-sapa dari family ni (Ayah, Mama, Jiah dan Adik), sakit jugak la Nadh. Sapa cuba nak mess with anyone from this family will have to pass me first. Im willing to do what i can to protect them, even die for them. I'll be their strongest fortification and biggest thread to you and whoever trying to seperate US.

7. Mempunyai Ayah, Mama, Jiah dan Adik dalam hidup adalah ANUGERAH TERBESAR yang ALLAH dah beri kepada Nadh. dan adalah menjadi TANGGUNGJAWAP dan AMANAH jugak nak jaga semua ni.

8. Melihat semuanya ada di depan Nadh adalah satu KEGEMBIRAAN yang langsung tak dapat nak diluahkan oleh kata, diceritakan melalui cereka, di lepaskan melalui bicara, tapi hanya hati dan jiwa memahami betapa BAHAGIANYA bila ada Ayah, Mama, Jiah dan Adik bersama.

9. (Tak doa pun, moga dijauhkan) Tapi Sekiranya satu hari, diperlukan untuk satu berkorban untuk mana-mana dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik, Nadh sanggup, sebab Nadh cuma ada satu ja Ayah, Mama, Jiah dan Adik, depa LEBIH PENTING dari Nadh sendiri. Nadh wat apa saja untuk depa.

10. Andai kata salah seorang dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik ada bersama, nak minta maaf andai Arie sebagai anak kepada Ayah dan Mama ada buat salah pada Ayah dan Mamaa. Nak mintak maaf kepada Jiah dan Adik andai Abang ada buat salah atau pernah mengguris hati salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik. Nak minta maaf andai kata Arie, sebagai anak Ayah dan Mama, dan Abang sebagai Abang kepada Jiah dan Adik tak berjaya nak buat salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik berasa bangga dengan Arie / Abang. Minta Maaf sangat-sangat untuk segalanya, Arie / Abang akan berusaha sedaya upaya untuk tu, untuk jadi salah satu yang terbaik dalam idup Ayah, Mama, Jiah dan Adik sepertimana semua dah jadi YANG TERBAIK dalam hidup Arie / Abang. Terima Kasih Semua, Untuk Segalanya. 

Mohon sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan Doa Nadh ni. Maceh.

Bismillahirrahmanirrahim
"Ya ALLAH, Alhamdulillah, Nadh panjat setinggi-tinggi dan sebesar-besar rasa syukur kerana hari ini ALLAH kurniakan Nadh Ayah, Mama, Jiah dan Adik, Nadh benar gembira Ya ALLAH, Nadh benar berbahagia bersama mereka, Mempunyai mereka adalah salah satu dari hal-hal terindah yang pernah berlaku dalam hidup Nadh, memiliki mereka adalah satu amanah yang ALLAH kurniakan buat Nadh.

Ya ALLAH, Izinkan lah Nadh, untuk menjaga mereka sebaiknya Ya ALLAH, Berikanlah Nadh kekuatan untuk melindungi mereka Ya ALLAH, Izinkanlah Nadh untuk menjadi satu sumber kekuatan juga inspirasi buat mereka Ya ALLAH. Izinkanlah Nadh untuk menjadi seseorang yang dapat berkhidmat sebaiknya kepada mereka Ya ALLAH, izinkan Nadh titipkan tiap kata, tiap hal terindah dalam hidup Nadh, tiap kegembiraan, tiap hela nafas Nadh yang tinggal untuk Nadh menjaga dan berbakti kepada tiap dari mereka Ya ALLAH..

Ya ALLAH, Berikanlah mereka kekuatan Ya ALLAH, Berikanlah mereka kesihatan Ya ALLAH, Lindungilah mereka Ya ALLAH, Rahmatilah mereka dalam tiap hal yang mereka kerjakan,

Ya ALLAH, Tiupkan cahaya Nur Mu kedalam tiap dari hati kami Ya ALLAH, Kekalkan lah rasa sayang yang diberi kepada kami hari ni, Kekalkan jugak yang kami ada sekarang ni sampai bila-bila Ya ALLAH, dan berkatilah hubungan kami sekeluarga Ya ALLAH.

Semoga satu hari nanti Ya ALLAH, kami berlima akan dipertemukan sekali lagi di dalam SyurgaMu yang akan kekal selamanya untuk kami kembali berkasih sayang. Amin Yarabbal Alamin.. "


Note :: Andai kata salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik ada kat depan ni, mesti rasa nak memeluk anda semua, sebab tika entry ni ditulis, hujan lebat sedang menimpa Subang ni.

Sayang Ayah, Mama, Jiah dan Adik sangat3.

Dari Mama Semalam dan Hari ni.

Semalam Call Mama tanya kabo Mama. Apa Mama wat semalam.
Mama ngadu la Adik Perempuan Nadh si Jiah tu kena sakit mata. Macam Nadh jugak hari tu. 
Mata tak merah, tapi berair. Mama kata la, abeh Jiah dah MC. 
Then Nadh cakap dekat Mama, laa.. beh tu nanti dia tak dapat la anugerah pekerja tanpa MC lagi buat kali ke 2 berturut-turut. 

Mama :: tu la, alaa. Jiah kata takpa la abg, dapat RM 30 ja pun, n dapat Sijil.
Nadh :: tu la Mama, tapi sijil tu mahai tu Mama, senang nak jual dekat company lain nanti masa p mintak keja.
Mama :: ha, betoi jugak tu abg. Nak wat camna, dah nak sakit kan, abg la ni bawak balik Virus dari KL. 
Nadh :: haa.. apa plak Arie, Mama yang cakap hari tu kan, kalau rindu balik ja la.. Mama yang suh balik Mama cakap Arie plak..

Keduanya tergelak. tu masa cakap call semalam. 
SMS Mama macam ni plak. Ni masa gtau dekat Mama kisah ni.

Nadh :: Mama, tadi Wai gtau bulan depan dia tunang, Arie balik la. 
Mama ::Ikut suka abgla, blan depan ke, minggu depan ke, janji balik. hi.hi.hi
Nadh :: hihihi. minggu depan balik jugak. Bulan depan balik ag jugak
Mama :: bnyak duit, pak metua tokey bus kot?
Nadh :: ahahahaha... perli nampak. x balik rindu. Mama nak anak Mama meroyan sorang2 rdu kat Mama ka..?
Mama :: Lelaki pn ada meroyan jgkke? x penah dengaQ pun. hehehe. 

Tergelak lagi. Saja ja dok usik orang Mama ni.. Rindu orang tak ngaku plak. :P 

Tadi plak.. 

Nadh :: Mama tukaQ plan,. Nak balik 2 minggu lagi la
Mama :: abg memang otak mi megi seminit bleh bertukar. oklah apa-apa pun boleh.
Nadh :: 2 minggu lagi Mama cuba tengok tarikh dia berapa.
Mama :: kalau sabtu 21 hb.
Nadh :: Ha la.. xkan la Mama nak 22hb Arie dok sana sorang2..
Mama :: o ya lupa plak birthday. ok balik2. kita wat makan2 ckit boleh?

Yayyy.. hehehe..:D tak sabaQ aih.. rindu macam apa lagi tah.. tapi saja nak budget masa dan duit balik masa hari-hari yang ada kepentingan dia. Kalau nak men balik ja, memang la boleh, tapi budget tu kena tengok jugak. ada ja kalau nak. tapi sekarang musim mula menyimpan. kalau tak pakai sampai tua la dok macam ni.. ahahahaha..  

♥♥ Mama, Selamat Hari Mama tau. Orang ucap SAYANG kat Mama depa pada hari ni, tapi Arie ucap hari2.. sebab Hari-hari adalah Hari Mama. Saaaaaaaaaayyyaaaaaaaang Mama..

Saturday, 7 May 2011

Im Touched - Tahniah Sahabat!!

Assalamualaikum..

Baru jap tadi sahabat Nadh PM kat FB.

Ni sahabat Nadh yang Nadh kenai dari sekolah rendah lagi.
Antara yang paling rapat ng Nadh ni..

Kalau ada sapa perasan Nadh penah wat satu Entry Khas untuk dia dan Bakal Tunang dia tu dalam dia tak tahu. Tapi ni lama dah la sempena ulangtahun depa yang ke-10 hari tu.




Syukurlah. Doa dimakbulkan, Akhirnya pasangan ni akan melangkah sekaki ke alam perkahwinan dengan bertunang. Nadh sendiri plak yang rasa gembira dengan berita ni. Serious.. syukur untuk kawan-kawan Nadh ni.. rasa nak terbang la, seronok sangat.. syukurlah.. Akhirnya kan.. :D 

Melihat kebahagiaan orang buatkan Nadh sendiri rasa gembira. tambah plak sahabat baik Nadh ni. Terharu sebenarnya dengan kata-kata dia kat Nadh tadi ni.


Terima kasih sahabat. Nadh akan berusaha pulang pada tarikh bahagia ampa ni. ada kelas pn lantak la. Sahabat tak leh ditukar ganti kan, tapi miss kuliah seminggu tu tadak apa.. hihihi.. <-- nak suruh kena ketuk dengan seseorang kalau depa membaca.. hihi.. apa pn.. Tahniah sangat..

Nadh mendoakan ampa akan berbahagia. dan kekal sampai ke taman-taman syurga hendaknya. Amin.

Thursday, 28 April 2011

From reality to fantasy - Thanks to You Siti Noor Atikah Samsul Anuar

Assalamualaikum..
Actually da banyak hari sangat nak wat entry ni.
As an appreciation to someone for her Doodle dalam entry bawah ni.. 


tengok tu.. Dari Adik Ika ni.. telah menukar Profile pic Nadh. 

Dia dah ubah Nadh yang bawah ni

Kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ni


Comel kan hasil kerja dia.. <-- tak merujuk langsung kepada Nadh okeh. 
Tapi pada hasil Doodle Adik Ika ni..
Pandai dia.. Actually dia bukan Artis yang dia dok isau sangat tu, tapi dia seorang Artis yang berbakat dalam seni ni. Seyes Nadh kagum.. All the besh Adik Ika

P/s : dengar cita dia nak abeh praktical lagi beberapa hari. tak silap minggu ni.. All the besh la pada dia.

Thursday, 21 April 2011

Mama, anak mama blik hari ni tau

Assalamualaikum.
Pagi yang ceria kot buat Nadh hari ni. Semalam tidur awal. Ni mesti due to kurang nya sihat. Kalau x, jenuh la cik someone akan cakap then paksa tidur. Hihi.. Hari ni Nadh terpaksa n dipaksa masuk office jugak la. dengan keadaan mata yang macam ni pun boleh kena paksa masuk office. ada ja la boss Nadh tu. hari ni dia ada meeting dengan kawan dia jual insurance,sekali dengan Nadh kena ikut. Tak apa lah. Layan ja. Hehe siap dia satgi. Nak ngengade dengan dia suruh ata pergi stesen bus la cmni.

Lupa pula nak bagitau. Hari ni ceria la. Mana tak ceria, hari ni anak mama nak balik kampung. Doakan keselamatan Nadh ya. Sangat excited ni.. :)

Harapnya tiada aral melintang n gangguan la untuk perjalanan Nadh hari ni. Seawal mungkin Nadh nak naik bus ni. Hehehe

Wednesday, 20 April 2011

KontroBesi : Nadh Pakai Rantai?

Assalamualaikum.
Baru tadi Nadh bercakap dengan seseorang. 
Katanya ada orang cakap Nadh pakai rantai.
Adui laa. agak pelik di situ, sebab tetiba plak Nadh menjadi bahan yang buat seseorang tu di bahan kawan-kawan dia. hairan jugak rasa. Nadh kenai pun tidak geng-geng tu, tapi Nadh jadi sebab untuk seseorang tu kena dengan kawan-kawan dia. 

Ni lah dia photos kontroversi tu. Ada sapa-sapa leh terangkan dekat Nadh kot mana yang wujud rantai tu?

Note :: Nadh dah pesan dekat seseorang tu. Biarkan lah orang nak kata dekat kita, nak kata dekat Nadh.Yang Nadh tau, Nadh dan kamu takdak plak nak buat cerita, nak ganggu hidup orang tu, Nadh ni kenai pn tidak dengan dia. Biarkanlah, janji kita tak buat sudah la. Manusia leh berkata-kata, ALLAH yang menilai. Kita tak rugi pn bersabar, dan berdiam diri. ALLAH Maha Mengetahui.

Tuesday, 12 April 2011

Hari Boling GSI

Assalamualaikum..

hari yang sibuk buat Nadh hari ni..
bangun pn dah lewat tadi. gila toi 9:30 baru jaga..
tu pun nasib la ada yang rajin nak kejutkan. kalau tak tatau la camna..
then, masuk opis dalam kul 10 aa.. lepas tu dok sat.. boss dah call, suruh p amek invoice kat WS.
lepas tu, boss lagi sorang plak call, dia ada kat kedai bawah tu, ajak lepak minum
so turun dan p minum2 dlu la.. lepas da selesai minum tu, baru bergerak ke WS.
amek cheque, dan lepas tu ke Airport plak, cashkan cheque dan lepas tu baru p bank in duit tu.
balik dari opis, dah nak kena keluar balik.. pasai hari ni boss tutup opis..
bergumbira sat kat tempat boling.. jum tgk sat..

 ahhaa.. semua yang hadir tadi.. Abg Shafiq, Abg Falah, Abg Madi, Jijoi, Apis, So'Od n Lynda.

 So'Od beraksi

 Pasukan engineer 

 suka plak tgk hat ni.. Jijoi beraksi

 enchik Boss beraksi. ahaha.. leh tahan jugak dia ni main.. nt leh bodek ajak p men lagi.. ahahaha

Abg ShafiQ n Jijoi.. 

Ha tu aja.. tapi syg plak la.. dah balik baru tingat.. rupanya tak amek gambaQ semua yang ada tadi.. wat gaya pegang bola boling ka.. ahahha.. mungkin tadak rezeki la tu.. moga2 len kali akan ada peluang lagi kan.. ;) berakhir sudah la cita main boling seopis tu.. lawak pn ada jugak. leh my boss, Abg Falah kata, "Nadzri, ang kalau ada customer call ka, cakap ng depa hari ni ang cuti, sok call lain.." rasa nak gelak jugak la.. buleh lagu tu noh. ahaha. tapi tatahan la kena tegur sebab dok SMS sakan. dia punya la suruh bersuka suki smpaikan customer call pn suh abaikan. camna la tak happy dapat boss macam ni. ehehe.. 

Lepas balik tu. da lewat petang. sampai umah tu dalam kul 5 lebih kot.pastu abg madi plak call. depa ada kat kedai makan. p plak kedai makan tu.. pas makan. balik umah.. rehat2.. cakap tpom (hehehe) lepas tu.. pas Maghrib, p sopping plak. hat ni mmg kritikal. nak tau pasai apa? cuba tengok ni..

leh tara tu? ahahaha.. panjang kan?

kes membeli belah tak sedaQ diri jadi lagu ni la.. mai naik moto, buat macam mai naik treler.. abeh penuh la trolley.. ni pun nasib la ada yang tak amek tadi.. Ya ALLAH, kat 200 jugak la barang dalam ni.. banyak sangat.. last kena call abg Mie mai amek kami nek keta.. tlg bawa barang ja.. :)

Apa pun, tu la cita yang berlaku tadi.. banyak pahit manis la.. gelak sakan.. ALLAH syg kita kan.. moga kita pun jaga kesayangan DIA tu.. jangan la kita lalai dengan pemberian DIA tu.. Amin Yarabbal alamin.

Monday, 11 April 2011

Sebab Apa Berblogging?

Assalamualaikum..
ehem2.. nak menjawap sat apa adik Efa tanya Nadh tadi..


Semalam dia ada bertanya, "Sebab Apa Berblogging?"
Lepas tu ramai jugak yang menjawap dalam entry dia NI
hari ni dia tag Nadh dalam STATUS ni..
Okeh. Napa berblogging? 
Baik. ni cakap jujur. Masa tu baru sangat dok KL, lepas tu berlaku la kisah paling teruk la kot masa tu.. (ahahaha), pastu tadak dah tempat nak cita, nak ngadu. kawan pun tak ramai kat cni masa tu. nak cita dekat Mama taleh sebab nt Mama isau sebab masa ni la First time berjauhan dari Mama. Masa tu la lahirnya, Cik blog Frame & Lenses atas SEBAB menjadi teman setia Nadh bercerita.. Maka sebab itu, dari awal lagi Dia just dok ja sebagai blog tertutup untuk diri sendiri bercerita perihal Suka, Sedih, Tensen, dan apa segala macam yang berlaku dalam hidup. dan tak pernah plak ada intention pun nak berkongsi dengan orang blog ni. sebab segala macam yang berlaku dalam hidup akan diceritakan dalam ni. dan rasa ny secara detail jugak la apa yang berlaku tu. Jika ianya macam Diari bagi sesetengah orang, tapi bagi diri sendiri, Dia lebih kepada seorang kawan kepada Nadh. segala macam menda ada diceritakan dekat Dia. kekadang tu bila dapat peringatan dari ceramah ka apa ka, akan dimasukkan jugak dalam ni.

Kepuasan Berblog..Blog sebagai Sahabat..
Yes. rasa puas sebab Dia tempat bercerita segala pasai hidup ni. dari zaman kejatuhan, sampai zaman kebangkitan la. banyak cita. puas sangat sebab ada kawan macam ni. Dia tak pernah plak nak tekanan sebab kena kongsi cerita ng Dia. dan Dia rasanya lebih happy (kot) sebab Dia akan diisi dengan update-update terbaru idup Nadh dan senantiasa ada yang bersembang dengan Dia. Kalau nak cerita dekat orang, terus terang dah tak harapkan sesapa lagi untuk dikongsi. sebab masing-masing pun punya masalah tersendiri. jadi lebih baik sekiranya ada Dia sebab Dia PASTI takkan tekanan bila cerita sal MASALAH, dan MALAS dengar bila keterlaluan diceritakan tentang SERONOK. rasanya Dia ni kawan paling ideal untuk diri Nadh selepas kelahiran Dia.


What happen NEXT?
selepas apa berlaku tu, Nadh langsung dah tak fikir sal lain dah. apa saja dengan Dia dan selain dari tu, diri rasa nak bkhidmat dekat orang ja. terasa nak memberi saja tanpa ada rasa nak menerima. rasa ni terbaik buat diri sendiri kot. bila memberi, dan tanak menerima, rasa diri takkan disakiti lagi, jadi atas sebab tu, Nadh lebih selesa berkongsi cerita orang, jadi yang diharap kawan-kawan, kemudian lepas tangan setelah depa dah selesai dengan masalah tu. Pergilah mana nak pergi okeh, yang tahu, kamu datanglah kembali bila rasa diperlukan sebab kamu juga tahu, Nadh akan ada waktu tu. so Dia ja akan temankan Nadh bila diperlukan. Dan sekarang, Alhamdulillah. prinsip tu dah buat Nadh jadi seorang yang happy sangat.. Alhamdulillah. ALLAH sygkan Nadh .. ;)

Last, 
blog bukan sahaja teman sekarang, malah dia dah jadi Cinta Hati (leh click tulisan untuk baca) Nadh sekarang. Serious. Sorang kawan kata Dia lah Cinta Hati Nadh. Buah Hati Nadh. Gepren Nadh, malah Cinta Nadh. sampaikan dia kata, sebab terlalu sayangnya Nadh dengan Dia, dia rasa tak mustahil la kalau satu hari nanti, Nadh akan berjumpa seseorang yang dari dunia Blog jugak. (hat ni no komen la noh.. tatau wohh.. tu masa depan). Tapi paling tatahan leh plak la kena perli, "ala.. U bawa la dia jumpa dengan Mama U. ". Tau Nadh jawap apa.. "I ingat I nak berdoa aa. kalau Enchik Papa Pinocchio berdoa patung dia jadi hidup, I nak doakan Blog I ubah jadi perempuan. leh la I kawen dengan dia. ".
Gelak la kawan Nadh tu. tapi dia pun tau that. I AM in LVE WITH MY BLOG.. ;)

Wednesday, 23 March 2011

Terima Kasih


cerita bengong dan bisu,. 
rasa kalau orang baca pun orang gelak ja..
tambah lagi dengan puisi pekak. 
tobat lagi depa gelak. 
tu suma dari saya. sebelum diisi dengan 2 penyeri.
2 karektor baru dalam idup yang saya kenali peribadi setelah selesai kisah ni.
apa pun. baik jgk kan sebenarnya bila kita dapat kenai orang dari hati mereka.
apa pn, mereka terbaik. tadak apa dari saya melainkan doa agar mereka jugak sntiasa ada dalam rahmat dan lindungan jugak sntiasa dapat y terbaik bersama y terbaik2 belaka dalam hidup mereka.. ;)

Monday, 21 March 2011

Maceh Puteri Katek

tetttt~~
kemarin blog kena review dengan Cik Puteri Katek.
Maceh sangat ya Cik Puteri Katek..
ada jugak la orang nak review blog serba buruk dan ta cantik ni.. 
kat bawah ni apa kumen2 dia sal blog nie..
 sila tekan gambaQ untuk apa dia kata pasai blog serba buruk ni.. ;)

lagi..
dia suh letak iklan Nuff. 
okeh la, mengikut arahan ni.. 
wat ja la.. tadaaa~~ dah berisi sekarang. :P
bgs jugak kot. leh check trafic yang mai kat cni pasai apa.


Sekali lagi maceh kat Cik Puteri Katek..
Jasamu dikenang. 

Tadak tajuk

sekadar menjadi pelawat senyap di ruang semua.
gembira plak rasa nya tengok memasing berlumba2 untuk ke sana.
yang mengatur perjalanan,
yang meng-apply cuti,
yang tukang delivery baju. 
tu belum lagi yang nak cerita persiapan nak buat itu dan ini.
ada nak wat stiker,
ada da test food ,
yang wat banner pn ada,
pastu wat paper bag.
rasa seronok tengok ampa semua..
jaga diri tau.. ;)

n tahniah sebab dah jadi sebahagian dari semua..
jaga diri, jaga hati, pandai la bawa diri na.
all the besh..

Thursday, 17 March 2011

Standard 4. Buleh tara tu? :P

Berbosan2 sat dipetang hari.. masa untuk bergelak..
okeh2.. apa dia bahan dia petang nih?
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Yang ini..


pasai baru sat tadi ada orang kata.. ni gambaQ masa darjah empat.. 
hahahahahaha.. nak kembang sat leh dak? gila muda la masa ni.. 
ada sapa2 nak tolong teka? sapa terer.. sapa power?

Friday, 11 March 2011

Stalker [Part II]

dah nak tidur nih.. tapi ta rasa nak tdo selagi tak p melawat kawasan jajahan orang tu..
jum2.. dapat tgk sat pn jadi la..


jenguk kiri.. jenguk kanan..
selinap masuk sat la..


hohoo,,
belek tengok apa ada lebih kurang..



dah cukup. dah cukup.. misi selesai..


Nite suma.. ;))

Buta+Pekak+Bisu=CINTA