Followers

Showing posts with label Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Ingatan. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Mereka bermotosikal.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berada didepan Nadh sekarang, sepasang suami isteri bersama 2 orang anak, mungkin 2 atau 3 tahun bersama seorang lagi bayi. Terasa betapa susahnya bila melihat bagaimana 2 orang anak dibawa bergerak dengan motor. Bayangkan cuaca panas? Berhujan demi bergerak. Terasa sebak pula dihati, kenangkan mereka didepan mata.

Sikecil yang kepanasan waktu siang harinya dibawa berjalan. Atau basah mengadap hujan. Beruntungnya hidup mereka yang punya kereta kan?dikala mereka berharap untuk mempunyai kereta untuk kemudahan, kita yang berkereta bermimpi menukar ianya menjadi harta mewah demi kepuasan satunya, kedua untuk menutup mulut manusia dengki, tapi yang lebihnya hanyalah sebagai 'penaik nama dimata masyarakat'.

Tika mereka berhati-hati dijalanan untuk mengelak sebarang kecelakaan, kita bergegas menggunakan lorong kecemasan sebaik lorong jalanan mulai penuh dikala kesesakan, langsung tiada terlintas pada yang tidak berkenaan dalam hidup kita ni. Yang kita hairankan adalah, kenapa jalan sesak, bila nk sampai rumah? Dan tersangkutkah mereka, bila hujan turun membasahi bumi.

Tika kata menjerit meroyan gusarkan aircond kereta yang rosak, merekalah yang menghadapi panas diruangan jalanan . Tidak pula mereka menjerit menghamun panas yang membakar walau hingga kedalam jaket yang tersarung ditubuh. Itu baru panas, bila hujan, kita bersedap selesa dan ber-aircond, ditambah menutup ruang jalan mereka, demi CEPAT, tapi kita lupa, mereka tiadalah berbumbung. Tiada juga beraircond, tiada juga dinding yang menahan air yang mencurah pada badan yang sudah sedia dibasahi hujan.

Sekadar peringatan buat semua yang terlalu ambil mudah dijalan raya. Renungkanlah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 7 January 2012

Tuan Umah dan Bibik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ya ALLAH, dah bersawang belog kesayangan Nadh ni. Dah berhari rupanya Nadh tak berkesempatan  nak bersama dengan dia, luangkan masa dan jari jemari menari di atas keyboard menaip meluah rasa berkongsi cerita dengan readers. Malam ni Nadh ada cerita baru. tajuk dia kan, Tuan Umah dan Bibik.


Tersebutlah kisah seorang Tuan, kaya raya dia ni, ada wang bertrillion-billion, tu belum kira lagi tanah dia yang penuh se-semenanjung, lepas tu haiwan belaan yang tersangatlah banyak sampaikan nak kira pakai bulu roma kat tangan pun tak cukup la kiranya. Dek kerana kayanya dia kan, dia disanjung orleh semua orang di sekelilingnya. Malah kekuasaannya juga besar, kerana pengaruh dia tu.

Di rumahnya, adalah seorang tukang rumah yang disayanginya. Iaitu Bibik dia. Bibik ni seorang yang taat pada mulanya, namun hari ke hari dia semakin berubah, mungkin kerana dah rasa senang kot tinggal kat rumah besar tu. Satu hari, Tuan kaya raya ni berpesan kat bibik nya.

"Bik, nanti aku balik, Aku nak makan Nasi Hujan Panaih, kaler pelangi tu tau. Lepas tu lauk aku nak Ayam masak Merah, tapi pastikan tak berapa nak pedas tau, sebab aku sakit perut makan pedas, lagi, aku nak kerabu mempelam, kalau leh kau buat sekali kat aku Somtam, pastikan sedap tau. Yang ni pastikan pedas sikit, sebab kalau tak pedas tak sedap. Air plak  , aku nak kat buat air tembikai merah letak laici kat dalam dia."

Bibik pun jawap, "Baik pak.". Tapi yang jadi nya lain, sewaktu Tuan kaya raya ni pulang, dia tak nampak pun lauk yang dia nak makan tu, sebaliknya yang terhidang hanyalah nasi putih, ikan kering dan air suam yang dihidangkan di atas meja.

Tuan pun marah kepada Bibiknya kerana dia tak buat apa yang disuruhnya. Bibik pula masa tu tak herankan kepada kemarahan tuannya, malah buat dunno sahaja kepada kemarahan tuannya itu. Samalah kita, andai kata kita berada di tempat si Tuan ini, dan kita mengarahkan bibik, tapi bibik tidak memperdulikan arahan kita, malah berani pula melawan kita, apa rasa kita?

Dari kisah diatas, sebenarnya hanyalah satu perumpamaan mudah tentang apa yang jadi seharian kat muka bumi kita ni, kita sebagai HAMBA, yang MELAWAN TUAN kita iaitu ALLAH. Sedangkan kita pun tahu marah bila Bibik tidak mendengar arahan, inikan pula ALLAH yang Maha KUASA di atas muka bumi ni. Dia suruh solat, kita tak buat, suruh tutup aurat, haram la kita wat, siap cakap lagi, "Tak pa lah, nanti aku dah terbuka hati aku buat la", banyak lagi yang kita ingkar.

Tapi itulah ALLAH, Maha Pengampun, Dia sememangnya bukan bersifat macam kita ni, bila marah bibik ja, kita sental dia dengan kayu, lovebite dia dengan puntung rokok, pastu bagi tattoo seterika kat badan dia lagi, tu belum kira kita kurung tak bagi makan dekat dia, ALLAH, masih beri kita rezeki, tak pula dia tahan air dari masuk dalam mulut kita, hentikan hujan dari atas awan, lepas tu tutup bekalan oksigen dari sampai kepada pernafasan kita.

Dikesempatan ini, ambillah masa seketika merenung, apa yang kita dah ingkar kepadanya, dan insaflah, selagi mana kita punya NYAWA, selagi itulah kita adan MASA untuk bertaubat, jangan sampai bila nyawa sudah dihujung nya, baru nak bertaubat, SUDAH TERLAMBAT!!


Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri :
" Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini ? "
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

" Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. "~

Tuesday, 28 June 2011

Nadh, Sharp Shooters, Blog dan Revolusi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh baru sudah tengok cerita The Sniper dekat TV3 ni. Mengenai persaingan untuk menjadi Sharp-Shooter terhebat sezaman dalam cerita tu. Cerita yang menarik. Teringin pula nak jadi seorang Sharp-Shooter macam ketiga-tiga watak utama dalam cerita ni tadi. Hebat sangat !! 

Tapi malam ni, Nadh nak cakap tentang sharp-shooter juga. Iaitu peranan kita sebagai Blogger yang juga adalah seorang sharp-shooter kepada readers kita. Sekiranya sharp-shooters dikira hebat dengan tembakan head-shot nya, kita sebagai Blogger juga adalah sharp shooter dan sasaran kita adalah HATI.

Sebab utama Nadh cakap macam tu adalah sebagai bloggers, yang punya readers tersendiri, kita berperanan untuk menyampaikan info, dan sebaiknya Nadh nak juruskan kepada Dakwah. Katakanlah, isi yang kita huraikan itu, dan sasaran kita itu kena tepat pada HATI, insyALLAH, kita akan berjaya menyentuh HATI dan seterusnya dengan izin ALLAH dan Nur yang ALLAH tiupkan kedalam HATI, kita dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada satu perubahan.

Katakanlah, semua Blogger mengambil peranan nya, bayangkanlah yang akan terkesan  dengan penulisan kita (juga dengan Izin ALLAH). Tak payah banyak, seorang Blogger satu sasaran, dengan bilangan bloggers yang ada di Malaysia ni, bayangkan tak betapa banyak golongan sasaran kita ini? 

Dan sekiranya diizinkan, bayangkan besarnya PERUBAHAN YANG DIREVOLUSIKAN oleh tulisan kita ni. Hebat kan? Semoga diizinkan.

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ''(Al-Baqarah:30)


"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "

Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

Wednesday, 26 January 2011

terfikir tak?

Kenapa hari ini kita berjaya?
jawapan dia sebab ALLAH izin kita berjaya, kerana dah sampai masa kejayaan tu kita capai, itupun setelah kita berusaha, kesabaran yang dah kita curah sepanjang masa sebelum kita perolehinya. setelah kita selesai menghadapi getir, pastu kena sabar, terus usaha, kemudian redha dan tawakal. setelah cukup tempoh masanya.. tibalah kejayaan tu.

apa dia kejayaan tu?
kejayaan tu adalah satu bentuk "hadiah" atau juga satu "ujian" buat kita. apa maksud dua perkara ni? hadiah tu adalah hasil dari titik peluh kita seperti kata saya diatas tu, iaitu perit, jerih perih kita, hasil kesabaran kita, hasil gigihnya usaha kita. jadi akhir sekali diberikan la kepada kita kejayaan tu. Ujian pula adalah ALLAH nak lihat, sejauh mana kita manfaatkan kejayaan yang dah dia beri kepada kita tu. sama ada kita manfaatkan untuk lebih mendekatiNYA atau kita plak dah tersasar, atau sedikit lari dari landasan perjalanan yang disukainya.

apa pula tindakan kita selepas itu?
langkah seterusnya adalah, bersyukur, sebab kejayaan tu akhirnya menjadi milik kita. bila kita makin tunduk atas apa y diperoleh..tuhan makin mmberi..sbaliknya jika kejayaan diperoleh kita smkin alpa...maka....Allah tarik semula pd bila2 ms shj..spt y saya katakan kjayaan itu sbg ujian..tiada perkataan lebih tinggi apabila peroleh kjayaan mlainkan ALHAMDULILLAH... MENANGISI DAN MENSYUKURI apa kurniaan Allah SWT.

Mari muhasabah,
di mana kita, setelah dikurniakan kejayaan ini, adakah kita makin bersyukur dan makin hebat amal mendekatinya, atau kita leka dan lalai dengan kejayaan yang diberikan tu? adakah dengan sedikit kekayaan tu, kita makin kedekut, atau makin murah hati memberikan.. adakah kita makin tunduk atau kita makin mendongak sombong di muka bumi NYA ini? sama-sama kita renungkan. semoga mendapat manfaat.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA