Followers

Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

Mimpi Tsunami - Gempa Bumi - Ingatan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Kemarin, (semalam punya semalam), Nadh dapat mimpi yang agak pelik.
Masa tu Nadh, Mama, Jiah n Adik pergi rumah Nenek Nadh dekat Teluk Kumbar. Buat yang tahu, Teluk Kumbar ni dekat sebelah laut, masa nak ke sana akan lalu tepi pantai, dan di sana juga ada jetty (tempat Ayah Nadh pernah letak boat dia dulu.)

Okeh la, dipendekkan cerita, masa perjalanan balik, Nadh nampak ombak sangat lah tinggi, (macam dalam kes tsunami kat Jepun tu). Lepas tu kan, air mula memenuhi jalan. Nadh decide nak tinggalkan kereta dekat rumah pakcik Nadh yang ada berdekatan di sana sebab nak Jiah suruh tinggalkan kereta dia kat sana, sebab kereta dia rendah.

So kami pun pergilah nak ambil kereta Nadh (entah macam mana la kereta Nadh leh ada dekat sini). Lepas tu masa nak letak kereta Jiah tu, kawasan tu macam semak sikit, jadi Jiah tak puas hati, suruh ubah kereta dia letak kat tempat yang kurang semak, n di bawah pouch kereta (pun hairan sejak bila rumah pakcik jadi rumah kampung).

Sebelum perjalanan diteruskan, naik ja kereta Nadh, tengok-tengok ada ular. Lepas tu terus Nadh terjaga dari tidur. Heran kan? agak pelik di situ..

Lepas tu tengok-tengok semalam ada gempa bumi kat Sumatera dan kat KL terasa gegar (walau tempat Nadh tak rasa apa-apa).

Adakah ALLAH sedang sampaikan sesuatu buat Nadh? Apa pun Nadh pasti, kejadian gempa ini, untuk ALLAH beri pengajaran kepada kita, semoga kita sedar yang kedudukan kita kat DUNIA ni tak tara mana nak dibandingkan kedudukan di Syurga ALLAH nanti, sebab apa ALLAH gegar kita? sebab ALLAH nak kita sedar yang kita tak berhenti berbuat binasa dan kerosakan di muka bumi ni.

Contoh terbaru adalah konsert Akademi Fooltasia kat Putrajaya minggu lepas?? Yang SEDAR menasihat sebab tak sesuai, tapi yang HERANNYA, ISLAM plak yang teruk-teruk menghentam si penasihat ni. Apa kejadahnya suma ni?????

Sebaiknya direnungkan semua ni.. Nasib baiklah ALLAH tak bagi gempa bumi kat Putrajaya hari tu, kalau tak mau beribu MATI KATAK kat sana.. Hambikkk kau... nak gumbira sangat kan? TANAM SUMA DALAM TANAH. SETELL~~~

Masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah al-’Ankabut: 40)

Renung-renungkanlah...

Thursday, 2 June 2011

Mimpi

Mimpi,
Suatu masa dahulu, 
Kau yang mengaspirasikan perjalananku
Yang terkandung padamu hanya Manis, manis dan manis
Tiap babak perjalanan itu, bagaikan nota-nota manis dalam lagu
Yang sentiasa memperelokkan bibit-bibit kejadian 
Ibarat babak cerita indah didalam novel

Mimpi, 
Saat kau bersamaku, 
Tiap yang hadir itu cita, 
Yang indah lagi terkenang-kenang,
Nak melupakan langsung tidak, 
Menghapuskan dari ingatan semestinya bukan perkara terakhir yang bakal kulakukan

Tapi, 
Tiba saat nya,
Kau bukan lagi mimpi yang terindah
Kau menjadi igauan terburuk 
Paling ngeri dalam sejarah malamku,
Sepertinya diriku lebih hinanya dari sampah yang kau humbankan,
kemudiannya kau pijak-pijak 
Dan kau cerca semahunya,

Aku benci, Aku benci, Aku benci,
Sampai bila-bila pun tak mungkin aku melupai nya
Sebab sampai kesaat ini, 
Kejadian itu masih menghantuiku,
Bukan bererti aku tak berani melangkah,
Tetapi, langkahku menjadi terlalu berhari-hati,
Kepercayaanku, terlebih-lebih kucatu,
Kesayanganku, dan segalanya aku simpan hingga tiba satu hari itu
Akanku luah,
Itupun sekiranya diizinkan,
Berdoalah, Berdoalah agar aku tak jadikan manusia terkemudian darimu sebagai mangsa
Pusat melempiaskan kenangan yang dah kau palit dalam hati nan suci ni. 

Aku tahu ini mungkin, 
Tapi andai satu hari nanti, 
Tiba hari dan ketikanya, 
Aku mohon sangat pada Tuhan, 
Dijauhkan aku dari kamu, lemparkan aku kemana saja, 
Asal aku tidak melihatmu lagi,
Nyah kau dari ingatanku,
Nyah kau dari hatiku,
Nyah kau dari segalanya yang pernah ada dalam lipatan sejarahku


Alhamdulillah, cerita ni menenangkanku.. :)

Thursday, 13 January 2011

Mimpi

hari ni serba hitam masuk opis..
apa hal aku pn tatau. dari bawah smpai atas.
dari kasut, stokin, baju n suar pun hitam.
apa kejadahya suma ni?
hari kabung kot.. da itam ni..
tapi dak jugak.. itam itu kan keunggulan.
chaitt..

semalam la.. dok fikir banyak sangat kot..
sampai terbawa dalam mimpi la..
dok tingat kat seseorang..
orang yang sombong, yang da tamo kawan ng kita..
sms da ta dibalas (hp da off, rasa tukaQ number da ni)
Inbox pn ta balas (mungkin tak online)
so selesai la. hari tanpa contact dan balasan. da 3hari da ni..
pastu kan.. mimpi. pas mimpi tu terjaga plak.
sebab.... excited..
lawak. n bodo plak rasa..
hahahahah..

tu baru satu.. ni ada satu cita mimpi ag..
ni mimpi abg razak plak..
dia cita da semalam. tapi tak detail.
hari ni dia cita lagi..dia kata da 3 malam da mimpi sama ni.
dia mimpi, dia kerja ng janda kaya tu sorang..
kira dia loaded la kerja ng janda tu..
sebab bulan2, dia leh ata duit 2k kat kak..
pastu kan, aku cakap la.. whaaa.. amin2..
smoga la dapat abg.. senang abg..
pastu aku kata ag. abg nanti jangan lupa saya.. hehe..
tau abg kata apa?? abg kata, ehh.. memang la.. kita suma kerja dengan dia..
abg, hang, abg shafiq pa suma la..
ang pakai honda civic tau dalam mimpi abg tu..
aku aminkan ja.. smoga la.. hehehe..
amin2..

Thursday, 16 December 2010

3 mimpi pelik seminggu

whoaaa.. seminggu ni.. dapat 3 mimpi.
y aku igt la..
3 3 ny pelik la bagi aku..

yang 1st ny..
ni dapat semalam punya semalam punya semalam. chaitt.. kemarin la tu..
haa.. yang ni aku mimpi.. aku ng abg ayim..
kami sama2 amek muet..
ntah camna la leh kua muet ni.. pelik toi..
masa nak masuk dewan tu..
aku y mgelabah tahap gaban..
cari dalam beg ketas tu la ini la,. pen la.. pensil la..
kad matrix pa suma.. kalut kot..
y abg ayim.. slumber ja.. masuk depan lenggang kangkung ja..
padahal dia y takut ng BI ni.. nak p tgk wyg cita bI pn tanak..
ni aku y kalut..
haa.. tu yang pertama..



yang kedua plak.. ni pagi tak atau semalam tak silap aku..
yang ni sempoi siot..
aku jadi hero..
aku ng abg ayim.. sama2 masa ni zaman perang..
kami 2 ni kira penentang tegar la kepada pihak musuh ni..
tapi satu hari tu.. kami 2 kena ugut..
kami kena tangkap ng kaum2 kuarga suma..
tapi kami sama tak melawan kali ni..
sebab takut depa diapa2kan..
hurmmm.. apa maksud dia ae? pelik3..



ni y number 3.
ni lagi la dasat..
ntah camna my ex leh muncul dalam mimpi aku..
tapi pelik la..
dia sgt sexy.. slumber ja da ta pakai tudung skg..
tak cukup ng tu.. gle open kot kat public..
masa kua ng aku dalam mimpi ni..
sgt dasat..
aku heran toi la..apa la petanda mimpi ni..
tadi dok pk2..
adakah ni bermaksud dia semakin open la ni..
da tu mula membuka apa y tak dibuka sebelum ni??
wallahualam.. dia da bkn aku ny..
so none of my biz..

tu la ketiga-tiga mimpi pelik y aku dpat minggu ni..
heran toi aku.. mungkin ada maksud tersirat kot..
apa pn.. aku doa dilindungi la family aku, my ex ng abg ayim..
semoga tade pape jadi kat depa..
Amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA