Followers

Friday, 14 December 2012

Kistot : Tukang masak Master

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kistot : Tukang masak Master

Hubby : uummmmmmm... Dapnyee nasi goreng awk ni yayang.

Wife : elee. Ye ke sedap. Nak amek ati la tu.

Hubby : mana ada. betul sedap. Walau rupa dia tak cantik, tapi rasa dia sedap. Sangat sedap.

Wife : ye lahh. Ye lah. *muka tak puas hati, dengan soalan di hati "does he mean what he said to me just now?"

Hubby : Tahniah. Anda telah diterima masuk Masterchef.

Wife : n awak ke jadi juri nya?

Hubby : tak boleh n tak mahu lah.

Wife : kenapa plak?

Hubby : kalau sy jadi chef mesti awak nangis nanti.

Wife : nak buli la tu. grrrrr

Hubby : tak lah. Kalau saya jadi chef. Cepat la habis cerita tu sebab hari pertama saya dah pilih pemenang. *muka selamba


Psst : Food is love. everytime you are chewing it, U feel it, taste it. The best food will always remembered as ur favourite. Same as love. U remember every moment spend together and treasure every moment u are with LoVE. ;) not forgotten, the best food always come with LoVE in it. Cook with LoVE. Piece! ;)

Thursday, 13 December 2012

Kistot : Attracted

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Attracted
Wife : dear, orang tua tua kata kan, klu kita mengandung baby perempuan, baby laki mesti suka kat kita. Dia berlawanan

Hubby : ehh ya ka? but inside there kan twins ? Then cmna plak ?

Wife : entah.

Hubby : so that means , we need to find a baby girl and do some experiment. If that baby gurl is attracted to you, means, kita memang ada twins la dalam tu kan? *sambil senyum penuh makna

Wife : grrrrr *geram hubby x pernah serius

Hubby : i hv just discover something la. baby laki attracted to baby perempuan.

Wife : so? Ok tacing dgn awk. U want to tell me dat u might attracted to other girls kan?

Hubby tersenyum* kemudian sambung

Hubby : everything got pair. But why hearts dont? Cause there is another part of it in others. In our case my another one is in u. Dats why u r wit me.

Nw i understand why im attracted to u?


Psst : love is about attraction. Doesn't mean that u need to be handsome, cute, rich or anything to get that , u just hv to be urself. Because u r special in ur own way. ;))

Wednesday, 12 December 2012

Kistot : 10 11 12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Wife : Awak, cer list kan SEPULUH penarik yang buat awk fall in love dengan saya . Maksudnya tarikan la.

Hubby : 10? Awak nak saya list kan SATU satu ke ni?

Wife : ye la. Saya nak tahu satu per SATU.

Hubby : saya tak mampu la.

Wife : Kenapa? Awak mesti tak sayang saya kan? #merajuk dan berlalu

Lalu encik suami mengikut dari belakang lalu merangkul isterinya.

Hubby : kalau saya perlu hanya satu untuk saya kisahkan tentang awak tentulah saya tak mampu, kerana awak adalah SATU - satunya. Dan pastilah bila ada satu, semuanya adalah yang terbaik. Dan saya pasti awk juga sedang usahakan utk jadi lebih baik bukan?

Wife : (sambil senyum) ya saya. Saya pasti berusaha untuk kekalkan senyuman dibibir awk wahai suami.

Hubby : pasti. Tu yang DUA kat dalam tu. dok senyum senyum ja tengok ummi majuk ng abi. Eeuuuu maluuu maluuu...

*cubit

Hubby : wehhh sakit lahh.. Apa ni main cubit cubit?

Wife : sapa suruh mula? Padan muka.


Psst : tak perlu SEPULUh sebab untuk cinta, tak perlu SATU SATU kata untuk bersayang, cukuplah SATU dihati dan yang pasti DUA hati dah pun bersemi. Bahagia dah hadir. Moga kekal hingga akhir nanti. Dengan izinNYA membawa ke Syurga abadi ;)

Tuesday, 11 December 2012

Selamat Ulang-bulan Pertama 10.12.12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah hari ini 10 Disember 2012 bersamaan kalau dihitung hari nya samalah dengan satu bulan tempoh saya dan dia disatukan. Tarikh paling ditunggu sepanjang kami berkenalan. Hari "aku terima nikahnya".

Sepertimana semua orang tahu. Bila kit dah punya seseorang. Apa lagi yang kita mahukan? Tentulah bernikah dan punya hubungan yang sah. Sama lah juga saya dan dia.

Tempoh perkenalan kami pendek saja sebelum kami decide untuk "tanya ALLAH" dan jawapannya saya rasa anda semua pun tahun bukan, jika bukan kami sesama adalah jawapannya mana mungkin ditautkan dua hari menjadi satu. Jawapan dari persoalan hati itu saya terus panjangkan dengan satu ikatan yakni pertunangan. Pertunangan yang sesenyap boleh hingga kalau tak kerana kesilapan gambar, mungkin hingga saat kami nak bernikah baru orang tahu kisahnya.

Kurang setahun berlalu. Kurang lebih 11 bulan. Akhirnya bersatu juga kami dengan lafaz ailebiu ehh silap lafaz "aku terima nikahnya". Terus terang saya katakan. Kami tak punya banyak masalah sepanjang bertunang, cuma cabaran terhebat bagaimana hendak dijaga batas batas hubungan selagi belum sah menjadi suami isteri. Malah saya pernah cakap, kalau ada yang lebih baik dari saya silakan. Saya takkan menghalang. Tapi memandangkan ini jodoh ALLAH, kami jaga dan bendung mana yang tak patut tu sebaiknya. Alkisahnya itu dulu la. Sekarang ni saya pasti akan jadi yang terbaik walau dalam sekecil kecil hal.

Tempoh Semakin dekat dengan hari nikah saya belum pernah cerita kan? Ini saya petik sikit apa berlaku dalam jangka masa terdekat tu. saya selalu sebak tak kira waktu bila terkenang diri dan dia bakal disatukan. Tapi bukan faktor "lama menunggu" tapi sebab saya takut andai masa nanti saya tak mampu pikul tanggungjawab nya. Selain sedar yang selepas ini saya adlah ketua keluarga juga bakal menanggung dosa dosa isteri dan anak. Takut jadinya. Jadi saat sebak inilah masa saya gunakan memohon ampun dari ALLAH moga dihantrkan saya ke status baru ini dengan sebersih bersihnya dari dosa dosa agar saya bisa membina hidup baru dari titik kosong juga. Amin.

Hari nikah. Sebaik selesai akad nikah. Deme nak terus dengan sesi membatalkan air sembahyang. Tapi saya minta izin untuk kami bersolat sunat bersama. Kata makciknya, "haa dah solat sama deme batalkan je la air sembahyang kat dalam tu".

Inilah antara moment paling penting dalam hidup. Solat pertama sebagai suami. Solat pertama sebagai imam sebuah keluarga. Solat dia yang pertama saya imamkan. Permulaan yang saya doakan adalah permilaan baik yang bakal membawa yang baik baik dan diakhiri dengan baik juga. Selesai bersolat kami berdoa. Waktu ni la empangan pecah. Saya memang dah tak boleh tahan. Entah knapa moment ni ALLAH cuit hati saya. Sepanjang doa ianya berlaku. Saya toleh belakang dia pun sama. Saya tanya kenapa awak nangis? Katanya dia tak tahu. Kami bersama mengaminkan doa yang saya bacakan. Sesudah selesai, saya pusing dan bersalaman dengannya. Gayat rasa masa tu. gigil juga katanya. Orang yang diluar pula dah ketuk ketuk pintu. Mungkin lama gamaknya kami kat dalam kan. Semasa solat pun dah diketuknya. Tapi mana tak lama. Dah solat, doa yang panjang, nak lap air mata dia lagi, pujuk dia lagi? Memang amek masa. Sampaikan bila keluar ja merah merah mata. Dah kena perli denan jirang terbaik diseantero dunia belog tu. tettttt

Selanjutnya tak perlu lah saya khabarkan. Sebab rasanya dah pernah update alkisah majlis kami kan. Cuma
Masih nak panjangkan rasa syukur pada ALLAH atas kiriman kasih sayang yakni sahabat sahabat yang hadir juga pada majlis tu. walau dari jauh, bersusah dengan bus, dan memacam lagi la. Terima kasih banyak kami ucapkan. Kami x mampu bagi apa apa cuma mampu doa anda juga bertemu kebahagiaan anda. Dan hidup
Sentiasa bersama redha ALLAH dan diberkati ALLAH.

Buat Puan Nadzri,
Selamat menyambut hari ulang-bulan pertama kita. Semoga ALLAH terus limpahkan kita dengan kasih sayang, terus berkati perkahwinan kita, terus hadirkan rasa cinta kita pada DIA yang terutama kemudian pada yang sepatutnya kita cintai, moga dirahmati sentiasa perkahwinan ini dan dilorongkan kita ke jalan takwa agar kita dapat lengkapkan separuh lagi sesudah nikah yang melengkapkan separuh agama seperti kata Rasulullah. Doa saya juga andai dikurniakan kita permata hati, jadilah dia seorang soleh solehah yang taat pada ALLAH, menjalankan perintah dan menjauhi larangannya, mendengar kata juga taat juga pada kita selaku ibu bapa dan akhir sekali moga dia menjadi para tentera ALLAH yang berjuang menegakkan panji IsLAM dibumi bertuah ini.

Juga, trrima kasih buat awak yang menghadirkan perasaan yang baik tiap kali saya ada dengan awak. Menggembirakan saya, membahagiakan saya dengan munculnya awak. Moga ALLaH sentiasa pelihara awk, lindungi awk, jaga awk dari sebarang kejahatan manusia dan bencana. Amin yarabbal alamin. Ai leb yu lah awakk.

P/s : every moment counts. Tapi takkan saya nak update selamat ulang minggu , ulang hari ke ulang jam plak kang? Kang ada plak yang banned blog sy ni kan? Hihi

Friday, 7 December 2012

Cita cita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Just now tengok upin dan ipin. Tajuk apa menda entah. Cerita pasal cita cita mereka. Saya teringin nak kongsikan dengan readers. Tentang cita cita. Saya rasa murni sangat cita cta tu.

Yang pertama saya rasa murni tapi kalau kita tengok mesti kita gelak. Well rasanya kita mesti pandang rendah nya cita cita dia tu. Mungkin sebab rasanya kalau kita kata takdak standard la menda tu. Silap silap kita kutuk lagi. Cita cita dia jadi pemungut sampah.

Saya terkedu. Tapi senyum. Murni bukan. Tika suma nk hebat jd dokte, jd engineer. Dia nk jadi pemungut sampah. Dia nk bgtau betapa kita lupa memandang kebawah dalam asyik menuju kehadapan. Sebagaimana dipandang rendahnya operator dan diangkatnya engineer, dijulang dokte tapi dilupakan nurse yang sebenarnya banyak menyumbang.

Itulah hidup bukan? Sebab tu Islam pandang berat hal status ni. ALLAH kata, "semuanya sama di sisiNya kecuali yang paling bertakwa antara kita? "

Kita tahu ka sapa paling bertakwa tu? Tak bukan? Itu maknanya kita tak patut pandang rendah pada orang. Jauh sekali menghukum dan mengesampingkan peranan sesiapa pun di alam ini. ALLAH Maha Mengetahui. Sedangkan sesiapa pun diberikan peluang membetulkan diri.

"tidak mengubah satu kaum melainkan diri mereka sendiri"

Kita sentiasa diberi peluang kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 5 December 2012

Mereka yang hebat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dalam asyik berdunia semalam, ALLAH limpahkan ilham untuk kami bersama bertukar pendapat dan buah fikiran dalam hal bersifat rohaniah ni. Antara yang keluar adalah kisah manusia manusia yang hebat ni.

Antara yang timbul adalah kisah hamba tua yang menangis pada ketika dia x mampu untuk bertandang ke masjid menunaikan solat berjemaah kerana tlalu tua dan jatuh dalam pjalanannya . Terinspirasi bagaimana indahnya dan hebatnya iman. Tua, uzur tp msih cb kuat semangat demi ALLAH yang akhirnya d ampunkan dosa dia dan orang kampung dek ikhkasny dia ni jugs akhirnya iblis muncul membantuz krn x sggp jika kali ketiga dia jatuh d ampunkan semua dosa umay Adam ni.
ikhkasnya niat hingga ALLAH kurniakan keampunan buatnya.

Kedua mengenai seorang hamba ALLAH yang meninggalkan kerjanya tiap kali masuk waktu solat. SubhanALLAH. Bagaimana hebatnya dia berbanding kita? Asal boleh je kan?

Dan terakhir, penderma hebat. Yang sanggup keluarkan apa yang ada dlm beg dan derma tanpa fikir . Ada ceritanya. Seorg abg derma not besar smbil membeli kacang dr seorang adik kurang upaya. Dia cuma tinggal itu sahaja dalam beg. Sedang dia sedang makan. Byk ms dtunggu d meja due to sudah tiada duit. Akhirnya, tanpa d minta shbt muncul entah dr mana bkeras membayar. Sekali lagi kisah hebat. Kepercayaan pada ALLAH dengan sekuat kuat yakin bahawa ALLAH bersama. Dan dibuktikan ALLAH dengsn bantuan tanpa disangka. Adakah iman kita sehebat itu? Hamba yang berserah 100% pada ALLAH??

Itulah dia readers. Sedikit dari spa yang muncul tadi. Diharap sepertimana ianya menginspirasikn hari kami, ia juga bakal bantu anda juga.

"kita tak hebat tara mana selagi keyakinan kita tak teguh pada ALLAh"

Perjumpaan malam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang dari meeting dengan kawan kawan. Dari jam 8, n baru sekejap tadi (02:10) sampai ke pangkuan rumah.

Dari hal berkaitan perniagaan membawa ke cerita kehidupan, politik hinggalah agama dan masa depan.

Banyak ohh terlalu banyak yang ALLAH kirimkn buat kami malam ini.

Mudah mudahan kami bisa mengaplikasikan perkongsian malam untuk manfaat masa hadapan.

Amin yarabbal alamin

Tuesday, 4 December 2012

Cikgu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kawan tanya. "camna life pas tawen? "
Kata saya, " besa ja lah. PJJ kan?"
"Ehhh bukan cikgu ka?" Tanya dia.

Bila bab jodoh.
Haihhhh suma nak cikgu aihh.

Saya hairan. Tp lepas tu senyum.

Napa ae?Saya juga ada cikgu.
Dia kan guru cinta saya.
Guru yang aja saya pasal bahagia.
Yang guide saya apa itu gembira.
Guru yang bersama saya mengejar redha.

#ehhh

Walau dedua sedar, yang manis x mungkin kekal selama bila dugaan dtg mjelma, tapi kami juga pegang yang hakikat derita membawa bahagia, bahawa ceria kn mjelma bila mbawa ALLAH sebagai paksi, dan pasti hidup itu adalah terlalu indah bila mana DIA menjadi kiblatnya.

Kenapa perlu risau.
"hidup kita bersama hikmah"

Pasti pasti dan pasti.
"sesiapa x lupakan Dia, Dia juga terlebih mengingati kita"

Sebab janjinya,
"sesiapa hidup untuk Dia dengan menjadikn akhirat sebagai target utama, dunia akan terkejarkan dia, dan akhirat menunggu nya. "

Monday, 3 December 2012

Ohh sweet sweet

Apabila dia pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pg sebaik selesai jalankan tanggungjawab dengan menghantar si dia pulang ke negeri kerjanya. Bangun seawal mungkin untuk bersiap, lepas tu kejut selambat mungkin saya bangun. Itu perangainya.

Bila dah bangun masing masing dengan aktivity sendiri. Saya bersiap dan bersihkn diri untuk solat dan dia bersiap untuk bekerja. Last skali saya turun brsama bag si dia dan panaskan engine kereta baru bergerak.

Seterusnya menghantar si dia. Selalunya hambar ja dalam kereta tu. mungkin melayan perasaan mungkin dedua. Saya dah konpem konpem la sbb mengantuk. Kikiki. Tiba d tempat biasa. Menanti seketika sebelum housemate nya tiba.

Saat masing masing bersalaman rasa susah ja nak lepas . Ada juga la masa siap tu saya pengaruh dia. "awk ambil mc ja lah", balasnya pada saya "taknak lah. Bukan awk ada pun di rumah". Senyum sahaja saya. Dulu dia pantang saya approve. Nak aja dia mc, sekarang ni tak pula. Tak kisahlah. Betul juga katanya. Tak ada saya dia nak mc pn buat apa kan?

Saturday, 1 December 2012

Difference between u and us

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari sabtu yang indah i guess. Today got something new to me oso. Conversation with Nepal ppl .

Conversation start wen me n someone mention bout hw 'wealth' is some of the foreign workers here. Using an expensive handphone .

Then the Nepalist come. He answered,
"we dont have family here. U all got family. Mom, father , children that is why we can save money."

Actually he is right. They were alone here. Their expenses is for one person only. Then, if they choose to post money to their families, still they can manage their money. Others, house, transport all were prepared by the employer. See how save they are.?

I ask him bout one of my fren on my last company employed, bout no money sended to his wife and family but they were still managed to live. He replied, YES?! Eventhough you were in Nepal. You can still live. You hv the free supply of food. You hw ur cow, chicken, sheep and even plant yr vegetables. Save is it?

He shared hw bad is our water. At forst he's here he cannot eat food which are using our water. "air busuk" he told me. He even suffered a week withour rice due to that. But now getting better as he adapt to our water. Also he told me that cow with our price now at their place we can hv 2 bigger cows.

Then at his country. They only work from 10-5 everyday. No place there whether office or factory work after that hours plus saturday and sunday like what we practiced here.

Ahahahaha. A lot of difference huh?

I used to tell my fren,
"we (Malaysian) suppose to take the foreign worker as our role when it comes to survival"

Reason why i say that is because of the loneliness and no one around. N know matter how it is, life still need to go on. That is survival, when what u got is just to live. U'll make use of everything around you. And frm there you developed. Something that we dont have in life. When we were badly affected in life we still hv family to lean on. But not them. They are on their own.

Thursday, 29 November 2012

Perubahan nya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. Kata org. Tak pastilah betul atau tidak.

dont simply blame

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ini saya terdetik nak bebel kat medan sembang saya ni. Tak banyak hal pun tapi sesuatu yang buat saya annoy sangat sangat sejak kebelakangan ini. Sesuatu yang saya jumpa agak kerap di medan twitter dan ruang facebook. Sesuatu tentang "berlagak mulia".

Sedar tak sedar kita selalu jumpa kan, kalau bab curang, bab tak setia selalu lelaki yang jadi mangsa. Lelaki itulah lelaki inilah. Semua nak letak kat lelaki. Semacam mulia sangatlah kaum kaum wanita kat muka bumi ni. Maaf kasar betul ayat saya. Tapi itulah reality y bt kemarahan saya semenjak dua menjak ni.

Saya punya Mama, punya adik perempuan, malah isteri saya juga seorang perempuan. Tapi kemarahan saya bukan saya lepaskan pada mereka cuma saya tak puas hati pada perempuan perempuan di luar sana tu. STOP DOUBLE STANDARD! Reason : nowadays both are just the same.

Last time u can only imagine bout guys doing that. But nw girls are also on the same line. Doing the same thing , but question nw is, why the blame all goes to the guys? Do you think that u are not being rational? And blaming only one party.? One fren of mine reveals, she had a few boyfriend. And still counting. But everyone are blaming guys fr being a playboy? Think again. !!

I have fren. N this reality i guess will help you guys out there to understand the real truth. 2 person, lady and a man fall in love. Both promised to live together ever after. And they even commited sex as they were very sure that they will only love their couple. One day they breakup. That guy come and beg her to stay in the relationship because he and she had already taken their 'virginity' n guess what, that gurl refuses to return. I had found this situations 2 times. And yet ppl still trying to act like they are VERY NICE ?

You were talking bout 'mulia' now you have it. Both are just the same. Men also doing that. But they do sometimes think bout consequences n try to take
The responsibilities. But i cant deny that there are also guys who love to do but hard to stay when preggy take place.

Sometimes i do think bout putting the blame on a girls normally when guys 'down' after the miserable love story. But i cant. It is live. U nvr gonna have the best thing in live everyday, but u still can twist all those bad memories to a wonderful experience once uve found one in the future by learning to be better. That were called benefited from the worst. U gain the experience and u try not to repeat mistakes and keep the good things uve learnt before and apply in ur new life.

Remember. Both party are facing the same thing. Unfaithful. Failure And rejection in relationship.

So don't simply put the blame on one party.


Psst : my experience : falling in love after married is the best. U gv what u had , u spend what u kept fr long ago to a very special person, LEGAL one. The one who deserve all love that u got. ;)

Wednesday, 28 November 2012

Penamat The Great Doctor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa kisah kita hari ini ya? Selain dari kehidupan terlebih sibuk saya kebelakangan ini hinggakan disalaherti. Ada juga yang menariknya. Sekali lagi saya nak khabarkan pasal ending cita korea yang saya tengok semalam.

"ishhh bising betul la awak ni. Orang nak tengok pun tak senang"

Ini reaksi permaisuri hati saya semalam. Ya lah, saya kan dah lama tak ikuti cerita ni, alih alih dah nak habis, banyaklah persoalan nya bila tengok perubahan watak tu kan. Dan tukang jawab sudah semestinya lah Mama yang masih setia ada depan cerita tu kan.

Haa.. Sampai sekarang saya masih tak mensi cerita apa kan? Okeh okeh saya kasi tahu sekarang. Semalam tu ending cerita The Great Doctor. Kalau ada yang tak tengok saya nak cerita la ni kisah mengenai seorang awek dan seorang jeneral yang datang dari 2 zaman yang berlainan. Si jeneral muncul di zaman sekarang dan membawa dokte juga awek ke zaman dia sebab nak merawat permaisuri yang sakit kena takek (ehh paham ke takek tu apa?) Silap silap bukan takek lah tapi kena kelar .

Jadi dari sana lah cerita dia bermula. Si awek kena tahan dengan raja yang tak bagi dia balik ke zaman dia yang diorang gelar sebagai negara kayangan. Dan jeneral yang patuh pada perintah raja disebabkan pegang kepada janji dari raja terdahulu juga wasiat tok guru tersayang.

Ending dia tu menarik perhatian saya. Masa tu hero terserempak dengan musuh paling ketat depa merangkap si penagih cinta dokte kesayangan hero ni. Si musuh ni sebenarnya nak bawa dokte tu ke zaman dokte tu sebab musuh ni sakit. Dia bergantung kepada ubat utk terus hidup. Tapi dokte mesti la taknak ikut kan. Hero pun lawan dengan dia. Dah berjaya tikam dia. Tapi sebab dia masih ada kuasa beku, dia dah sejukkan hero ni. Hero tu dah nak mati. Da nyawa nyawa ikan lah masa tu. Masa tu musuh tarik dokte cuba lalu kot pintu masa tu. tapi since dia dari zaman lain, dia tak berjaya melepasinya. Dokte tu terlepas. Sebaik dia sampai ke zaman dia. Dia lari ke hospital, ambil apa yang patut (ubat ubatan la) sebab dia nak selamatkan hero. Lepas tu dia lari kembali ke pintu masa tu.

Tapi sayang. Dia dah kembali ke zaman 100 tahun sebelum dari itu. Yang bermakna tanpa hero. Tanpa sesiapa. Maka tinggallah dia bersendirian. Hidup diteruskan sendiri.
"Dan kenangan akan menyatukan dua hati"

Akan tetapi dia yakin dan berterusan menunggu pintu masa terbuka lagi. Dan akhirnya. Dia kembali ke satu zaman yang lain. Di sebuah restoran mungkin dia terdengar ada askar di sana. Dia tanya siapa raja sekarang? Dan sebaik dia jumpa askar yang pernah dia kenal dulu kata "jeneral menunggu di pokok itu, dah empat hari dia di sana", terus dia lari mendapatkan hero tu. owhhh saya rasa ending dia suwit sgt.

Penantian satu penyiksaan, akan tetapi penantian yang berakhir dengan penyatuan cinta adalah ending yang sangat sweet, suka suka suka.

Monday, 26 November 2012

Bila tak ada kerja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni moral down sikit la. Pelik tau dulu masa saya mula sampai sini. Punyalah saya tak suka tempat saya duduk ni sebabnya tempat ni banyak menda orang yang sengaja diletakkan disini sebab nak kasi tempat mereka clear.

Dan end up tempat ini akan jadi pusat penyimpanan bermacamlah menda termasuk benteng pertahanan sya. Ehhe saja panggil benteng pertahanan sebab kertas yang menimbun tu kan menghlang penglihatan orang pada saya. Mahu tak nya tinggi tu lepas tu banyak plak. Jadinya bila saya tak ada kerja tak adalah orang nampak direct macam saya sedang bersuka suki bukan.

Tapi pagi ini dengan perasaan pelik lihat tempat sendiri. Mana perginya benteng pertahanan. Dah diangkat lah. Terus rasa tak seronok sebab orang boleh nampak saya direct. Tambah menyakitkan hati bila hari ni sepertimana minggu lepas saya tak ada kerja. Ohh ya inilah reason kenapa saya moral down tu. tak semangat lah saya. Sebab bila ada kerja saya buat sesuatu. Tapi dah tak ada. Larat saya nak lepak aja di hadapan meja tu tanpa buat apa apa? Dah la kawan yang saya pinjam pc dia pun guna pc dia. Kalau tak ada juga lah sesuatu kan. Belek belek file dalam tu ka. Ishhh susah la bila tak ada kerja. Saya tak suka.

Dan budaya di sini sedikit yang saya tak suka. Tempat mereka semak. Jadi bila mereka nak bekerja, dan tempat kita kosong, tempat kita jadi mangsa. Cuma yang saya tak sukanya. Selesai bekeja, tempat kita pun semak. Pantang betul saya. Jadi saya buat keputusan utk biar aja ada menda atas meja saya tu. biar nampak ada dan semak supaya mereka tak buat lagi. Malas lah nak kemas. Kena plak barang orang. Igt kita opiskeeping ka apa??

Friday, 23 November 2012

Indian wedding tradition

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Indian wedding tradition.

Dear all readers, as what u all perasan. im now still in wedding mood.
Hihi and this wedding mood effect the team as they share a lots of their experience and without doing much i gather a lot of information regarding oth er people culture.

If yesterday i share bout chinese, today ill type and share some about indian culture in wedding.

For indians, once registered they were considered as married. Legally , but in their tradition it is not done until the religious part take over.

Thus they will try to finish the ceremony as soon as they can to prevent the groom or the bride to 'change mind' towards their mate before the real things take part. Normally the 'engagement' period will be very short one. Like what my colleague shared yesterday, hers was just bout 5 months. Then they will get married. And got some ppl also doing it in one day. Registered in the morning then engaged and married on the same day. Well everything depends on the bride themselves. They want it to be on the same date then they will need to be rush a bit.

She did ask me bout the wedding dress wear by us. Wether we buy or rent it. I said the akad nikah one were buy by us and fr the reception we just rent it. She said in their tradition the groom will hv to buy the sari fr their bride as the sari will be the dress wear by their wife on some big occation such as their wedding, and on 'majlis ber-endoi' which is in Malay tradition call 'lenggang perut' or ceremony that take part during their child being delivered. The baby will sleep on 'buaian' which was made from their mama's wedding dress.

That is why buying a sari fr their wedding is a must. They can choose between the very best quality to a normal quality. But depends on the budget also la kan?

Then, in an indian tradition, bride and the groom only can sleep together once everything finish which means once the ceremony finish then only they can be together. This is to
Prevent early pregnancy before everything take part. Ehhe same also with Malays right? I cant be with my Mistress on the day we akad nikah but on the next day after the reception. Can laaa~~ luckily nowadays the culture got slowered down a bit, if not they only can be together once both reception settled down. Susah huh.? Kikikiki

Hehe . Some of the info that might be useful for you guys. Im sharing it cause its a new knowledge to me. Hopefully you'll get something. And as a conclusion, wedding is not as hard as what we fought nowadays. Its easy just that our tradition restrict it from being too easy. For what reason i dont knw but well sometimes it is true base on some reasonable reason. No matter what it is. Be someone who is good to ur spouse. He or she will be with u forever. So take gd care of them. The most important thing is, share and discuss if there are any problem. We share everything right? So why shud we burden urself with it alone? ;)

Thursday, 22 November 2012

How to face morning

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa cerita kita hari ni.?

Saya suka mulakan hari dengan senyuman. Positifkan diri sepositif mampu. Yakin bahawa setiap
Hari itu adalah hari yang baik. Hari yang indah buat kita.

Nikmati tiap nafas pagi dengan penuh syukur, penuh rasa bertuah dan rendah diri. Syukur kerana masih diberikan peluang bertaubat. Bertuah kerana masih diberi nafas memperbetulkan apa yang masih belum dan rendah diri bila sedar kita hanyalah penumpanh di atas muka bumi Yang Esa.

Mudah bukan. Bila kita hidup dan mula dengan rasa sebegitu. Pastilah sedar yang kita ibarat pelakon atas pentas yang dah ditentukan role kita disini. Apa yang disusun itu kita juga tahu adalah bersama hikmah yang pastinya baik untuk kita. Dalam kita tak sedar tu. kita menangis ilangnya mentari dan hadirnya hujan. Rupany digantikan pelangi buat kita tersenyum kembali. Begitu hebatnya hikmah dari Nya.

Bila kita mulakan dengan berduka lara. Secara automatiknya permulaan hari adalah satu yang memeritkan. Kenapa perlu berduka sedang hari ini ALLAH kirimkan kita kemungkinan 24jam lagi untuk kita atur hidup kita. Lagi 24 jam utk kita leraikan permasalahan kita. Dan yang lagi indah 24jam yang patutnya kita manfaatkan untuk kita kembali ke jalan ALLAH yang sebenar benar dan selurus lurus jalan menuju redha.

Dan yang paling tinggi kedudukan org disisinya itulah orang orang yang tinggi takwanya.

Jadi napa perlu risau? Kita jalani idup sebaiknya. Jangan jadikan masalah itu penghenti jalan, tapi motivasi buat diri menjadi lebih kuat. Practice makes perfect kan? Cm adk saya penah kata, dia bebel napa mama dan papa wat rumah yang besar dan dia perlu mengemas banyak. Jawab mama, "ya lah bila banyak kamu buat, kamu lagi cepat terer".

Sama juga kita relate dengan hidup. Banyak yang kita alami, lagi tambah matanglah kita. Kan?

Jadi napa perlu berduka. Bangkitlah!!

Wednesday, 21 November 2012

Goodbye memories

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Goodbye memories.

Memories lies inside
Its what happen in past
The sweetness
The pain
What me gain
What we learn from every experience
What we remember
and what we decide it to be

Memories of now
Is what depend on us
How things get going
Whether good or bad it is
All are coming from us
If we learn from past, then we are better
If we keep on blaming the past, we're still there
Stuck in the past

Memories of future
Is the one you started
Its sweet if you sweetened it from the beginning
Its hard, if you didnt fought harder in the past
No matter what it is
Its all from you.

Forget the past. And start new. The future is what havent been written yet.

Why they dont go for early marriage

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

We were talking bout marriage again. But today it is not bout me but bout other race which is the chinese people and why they dont prefer for an early marriage.

Someone did mention to me just now. Bout how hard is marriage to them. Its bout using a very big sum of money, and purpose of using it actually are same as what we Muslim practice today which is to inform ppl that they are married.

Can u imagine, u were working so hard on ur early days just to support ur marriage?

At first she asked. How much did you spend fr photography? I told her that my beloved brother is the photographer. Then she asked, normally hw much does it cost? I estimated bout 500-1.5k. She answered. Its very cheap. For them it can go more than 3k, just fr the photography.

Then, She told me. normally in their practice, they will book a hotel
Or maybe a restaurant for the ceremony. Know something.? Some cikai cikai table with a not very delicious food will cause you RM350 per table that consume of 10 person per table.

Can you calculate if they were calling bout 500-1000 ppl, how much will that cost? And doing that were only as a 'syarat' to let ppl knw bout the marriage.

Then, when pregnant. Babies who only been taken care on working hour with saturday and sunday rest and public holiday can cause you almost 600 per month and that money will go higher as your babies got big and ready to eat porridge or rice. Another one is, maternity care services. That cost bout 3-5k for 1 month. They hv 2 option, either pay someone to come to the house daily that took bout 3k, or send the newly delivered baby and mama to the place and that surely will cost more.

Just a few example rite? But a very big $$$ to think.? And a lot of things actually. Its a burden. Now i finally realize bout why my colleague ask me when i told them that im getting married.
"very early la you want to got married?"
"heyyy u already have a baby ae? Then why want to get married so early?"

Well, all of those are because of our stupid things called "adat". I thought only us are living in it, but the real thing is they were also restricted by it.

Sad huh? Very easy thing was stopped just because of this. Unlucky them.

P/s: in the future it will be harder. I saw many ppl are trying to make it more hard to accomplish. Look at how the engagement ceremony looks like a wedding reception nowadays. Ohh my future generations. Pity you!!

Tuesday, 20 November 2012

Resepsi kami.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry lepas saya cerita pasal hari saya bergelar suami kan, hari ini saya kisahkan hari kedua. Hari resepsi saya dan dia.

Detik semalam tu masih lagi tak dapat dilupakan. Saat saya bersalaman menerima akad mengesahkan diri sebagai suami Cik yang ALLAH dah pilihkan untuk saya tu. hari ahadnya, sedikit kelam kabut juga sebenarnya.

Pagi itu saya khabarkan pada sepupu. Since kami janji pukul 130 saya akan bertolak dari rumah homestay tu, saya pun lepak lepak la siapnya. Konon pukul 12 nak pakai lens, pukul 1230 mandi dan pukul 1 bersiap. Last last menda lain yang jadi. Saya baru perasan yang saya tak ada pin nak pakai sampin dengan barut yang dia kasi tu. ahahaha tlg jgn gelak, saya pun xtau apa nama kain tu jadinya panggil barut la. Kikiki

Ha sambung balik, kelam kabut tengah hari tu, dah la tetiba Cik isteri call bagitau suruh datang kul 115. Saya gtau la. Jangan nak buat gila , semalam 130 hari ni 115, mana nak sempat siapnya . Dan sangatlah teruk sebab nak membungakan sampin pun x ada sapa reti. Mujur ada kak azza. Slumber badak dia ja buat sampin saya tu. tak kisahlaha bunga apa pun kan, janji ada cam bunga. Last last siap juga dalam pukul 135 macam tu. sampaikan enchik pengkapit saya mai jemput dirumah lah. Segak la dia hari tu. jeles tau pengantin. Kang abeh orang tgk dia dr saya. Kikiki

Elok elok saya siap, nak keluar ja hujan dah turun dengan lebatnya . Sekali lagi lah kelam kabut tu. kami mana ada payung bagai ni. Naseb la ada juga payung avon mama tu. lantak. Men pakai ja. Saya mulanya malas nak naik kereta, tapi kena paksa juga. Ayah yang bawa saya n pengkapit dengan dua bidadari kecil a.k.a flower gurl saya, Dyan Awla Umaera dan Irdina Afiqah.

Sampai saya disambut kompang dimainkan di speaker besar untuk resepsi kami. Kemudian dibawa untuk makan beradap sesama keluarga pengantin. Masa tu kan perasaan tak ketahuan tau. Ya lah. Banyak betul
Kamera yang sampai dihadapan. Saya ni tatau la nak tersipu macam mana dah. Tebal rasa muka ni. Pipi pun dah nak cramp dok senyum ja. Hihihi

Sebaik duduk, saya senyum pada permaisuri hati kat sebelah tu seraya keluar kata di mulut,
"hai .. Awak pakai apa atas kepala tu? Macam rusa lah." apa lagi..'PANG' lahhh. Kuat toi dia cubit. Sakit. Padan muka saya. Hihi nak sangat menyakat dia. Pastu kami makan. Saya ada satu yang saya rasa pelik hari ni. Beberapa kali pergi jadi pengkapit kan, rasa malu sangat nak makan. Tapi hr ni masa resepsi, sesedap hati saya makan. Tak endah orang dah. Bertambah siap tu. maceh la pada enchik pengkapit saya tu. tlg layan saya. Malu tau x, makan pn nak susahkan orang . Saya cakap taknak tapi dia bekeras nak juga buat kan.

Next , memotong kek. Lawak juga.. Dah potong orang suruh suap. Kami ni mana boleh bertentang mata. Tengok ja mata. Gelak la. Tapi last setelah mengkaver dengan penuh perasaan. Ada jugalah photos tu.

Selepas tu masuk dalam. Photography la apa lagi. Ini pun best. Ramainya lah yang menunggu. Saya tak kira dah. Saya suh PA saya hari tu a.k.a Jiah panggil suma ahli keluarga nak bergambar. Pastu paksa juga Cik Permaisuri panggil keluarga dia. Tapi tahulah kan. Tuan umah bizi. Last dekat nak habis baru dapat bergambar. Yang dengan kawan kawan jangan cakap. Banyak juga. Cuma hairan bila da masuk pesbuk tu gambar kami y kurang. Wehhhh kenduri ampa ka kenduri kami ni? Haaa? Kikikiki

Last skali. Sebelum balik. Mula la drama air mata. Saya sendiri pun sebak bila nak tgk suma balik. Tambah lagi sebak la bila ada yang menitiskan air mata. Sebab terharu dan mungkin juga terlalu gembira melihat dua hati yang sudah bersatu ini. Betul. Ramai juga yang saya nampak. Sampaikan saya sendiri pun dah sebak. Yang Cik saya tu plak tukang pujuk orang len. Pujuk pujuk jugak. Dia pun sama. Kikikiki

Tak kurang juga pada yang berpesan. "jaga abg kami leklok", "jaga kak kami leklok", "jaga adk", "jaga sesama". Saya pasti akan berusaha dan saya tahu dia juga sedang berusaha. Kami akan jadikan ini syurga kami. Syurga dunia sebelum bertemu alam kubur seterusnya alam akhirat yang abadi. Kami berusaha jadikan ia sebaik baik anugerah yang akan dijadikan batu loncatan untuk mendapat barokah juga rahmat dari ALLAH. Moga tiap kegembiraan itu menjadi semangat dan kedukaan sebagai motivasi bahawa tiap yang susah dan sedih pasti berlleh manfaat besar dari NyA sekiranya dihadapi bersama tbah dan kesabaran.

Kepada semua yang mendoakan. Adik beradik, sahabat sahabat saya, saya terharu sangat dengan semua. Air mata anda menjadi nadi semangat saya untuk bersungguh menjadi imam terbaik buat keluarga saya. Terima kasih semua. Terima kasih kerana hadir. Terima kasih kerana brkongsi bahagia kami. Saya doakan anda juga bertemu kebahagiaan anda satu masa nanti. Amin amin amin yarabbal alamin.

Sekali lagi. Andai ada salah dan silap. Saya hulurkan 20 jari dari saya dan dia memohon ampun dan maaf andai ada yang tidak disenangi disukai dan mengguris sesiapa pada hari bahagia kami. Moga suma kiita kawan sampai ke taman taman syurga. Leb leb lah anda suma..

Sunday, 18 November 2012

Aku terima nikahnya.....

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca

Apa khabar wahai readers? Maafkan saya kerana hilang dalam masa seminggu ini. Entry terakhir saya taip waktu saya dalam perjalanan ke penghujung perjalanan diri yang berstatus 'single' yang kemudiannya diubah kepada status seorang suami.

Alhamdulillah , berkat rahmat dan izinnya, akhirnya pada tanggal 10 November 2012, bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1433H, jam 12:04 tengah hari, maka sahlah saya sebagai suami sebaik menyambut lafaz ijab dr kadi dengan lafaz "aku terima nikahnya," kemudian disahkan oleh para saksi yang ada bersama.

Saat saya menerima lafaz ijab dan sayaa balas dengan lafaz qabul merupakan moment yang sangat luar biasa pada saya. Menerima tanggungjawab seorang suami bersama tanggungan isteri dan bakal memiliki keluarga di masa hadapan adalah apa yang saya dapat selain daripada keluarga baru yang bakal menguji adil kah saya dalam membahagikan kasih sayang di masa hadapan.

Kemudian, saya mohon dari semua untuk beransur seketika dan menunaikan solat sunat dua rakaat bersama isteri. Solat pertama saya sebagai ketua keluarga dan juga buat pertama.kalinya saya mengimamkan solat isteri saya. Juga inilah doa pertama kami yang diaminkan bersama. Alhamdulillah. Ia berjalan seperti yang kedua harapkan. Tapi bersama dengan perasaan sebak yang menebal kerana akhirnya. Bertaut juga dua hati, bersama juga dua jiwa, dan bersatulah satu perasaan , kami akhirnya bersama jodoh yang diizinkan ALLAH. Tiada lain melainkan rasa syukur yang setinggi tinggi dipanjatkan pada Ilahi yang mengizinkan perjalanan kami dinoktahkan dengan satu ikatan halal bersama perjalanan panjang berisi separuh agama.yang sudah lengkap menunggu takwa pada sebahagian yang lainnya.

Seterusnya, cincin disarung pada jari masing masing dan disambung dengan sesi photo bersama keluarga. Saat diri memeluk mama ayah, mama dan papa, tika inilah diri berazam, bahawa diri bakal menjadi sehebat mereka yang bersabar hingga ke saat ini menjaga dan membesarkan putera puteri mereka hingga sekarang, malah dilimpahkan dengan kesayangan yang seluas luas nya, kecintaan yang setinggi tinggi langit diatas dan kesabaran bersama ketabahan yang sehebat hebat nya tika kami hadir dalam hidup mereka dari dulu hingga sekarang. Saya bisikkan pada mereka "insyALLAH, saya akan jaga amanah ini sebaiknya" dan tiada lain melainkan senyuman kelegaan pada mereka saat mendengar hujah awal saya ketika itu.

Pada keluarga yang datang menyambut dan meraikan, juga setinhgi tinggi terima kasih pada anda. Saya hargai sangat. Serius saya sangat menghargainya.

Dan tidak lupa pada taulan yang mengindahkan pagi pagi kami. Saya terharu sangat kerana dari seluruh pelosok Malaysia anda hadir untuk kami, meraikan kami pada hari bahagia kami,hari yang menoktahkan segala yang kami simpan selama ini. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan semua perjalanan kita pada hari itu.

Buat yang mendoakan. Terima kasih juga saya ucapkan. Cuma satu pinta saya. Doakanlah kami hingga ke taman taman syurga. Saya tak mahu hingga ke akhir hayat sahaja sebab bila saya menerimanya, saya mahu dia ada bersama saya hingga ke sana, saya mahu terus dijaga 'bidadari langit' yang dikirimkan dari syurga buat sayaini. Saya juga tak mahu hingga akhir hayat sahaja kerana saya mahu perasaan ini kekal, hingga ke sana.

Terima kasih semua. Terima kasih atas segalanya. Saya doa ALLAH kirimkan kamu keberkatakan, kesenangan, rahmat yang senantiasa memayungi kehidupan. Amin yarabbal alamin.

#nanti saya panjangkan lagi entry ini ya? Ada org da panggil tu. Kikikiki



Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 10 November 2012

Journey of the groom to be - Part Akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry akhir part ini. Sudahpun berada di Perak. Tiba awal dari jangkaan. Hari yang agak mencabar ni. Pagi pagi check kereta tayar nya pancit. Saya dah susah hati tadi. Ya lah barang banyak lepas tu tak cukup kereta. Macam mana? Mula tu da pasrah habis tadi. Saya angkat ja barang dalam rumah masukkan dalam kwreta. Ternyata memang penuh bonet tu. itu belum saya masukkan sekali prop adik lagi kan. Memang penuh.

Kelam kbut jadinya tadi. Adk dah call kawan kawan dia tanya kereta. Saya plak da tatau nak cari sapa. Slumber ja saya redah ja kan. Ahaha lps tu kan, ayah bleh plak wat layan shinchan tadi. "tak apalah. Ampa p la naik kereta, ayah naik moto"

Saya cakap jangan nak gatai ayah. Kita nek ja sempit sempit pn xpa.

Sampailah pacik datang. Dia kata kereta dia pn lbh krg macam tu. dia keluarkan pam, pastu pam tayar. Tgk mcm ok ja. Kami pun redah la. Asal ayah x setuju tapi saya bkn la nak degil sgt cuma fkr bab x selesa tu saya jalan jugak la.

Smpai kat depan kami cuba cari pam tayar tu pastu pump. Alhmdllh okay.

Akhirnya sampai juga. Syukur. Slamat suda. Doakan saya ya? Sejam lagi lbih kurang. Tapi hero kena tenang kan? Steadyy. Kikikiki

Wednesday, 7 November 2012

Journey of a groom to be - Part 14

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Untuk slot ini lagi hari ini. Saya kongsikan satu lagu yang diberikan oleh seorang sahabat semalam semasa saya khabarkan kepada dia mengenai majlis yang bakal menjelang tiba ni.

Terus aja saya download lagu ini untuk tatapan saya di masa depan. Mungkin sebagai panduan juga sebagai pedoman hendaknya.

Amanat dari seorang Ayah untuk Pencuri Hati Anaknyaa.. 


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Tiap bait lagu punya maksudnya. Mendalam. Rintihan seorang ayah. Amanat seorang Ayah kepada bakal suami anaknya. Bagaimana dia berharap agar kita dapat bahagiakan anaknya.

Sebak pula terbaca bait bait kata dalam irama nya. 

Kesedihan. dalam kegembiraan.

Itulah dia Amanah berat yang bakal dipikul. Moga ALLAH memberkati usaha, menunjukkan arah terbaik untuk pelayaran menuju Syurgawi. Amin Yarabbal Alamin 

Tuesday, 6 November 2012

Journey of a groom to be - Part 13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini adalah antara entry entry terakhir dan mungkin bakal jadi yang terakhir dalam slot yang tak berapa panjang ni. ehhe. maafkan saya sebab tak sempat nak hapdet bebanyak cerita dalam slot ini.

Pesanan Seorang Abang.

Beberapa hari lepas, masa saya sedang asyik membisingkan group satu tu, dengan dok asyik mensi dia tu dan dia ini, ada lah seorang abang yang dah lama tak jumpa ni muncul . Lama benar tak kongsi cerita dengan dia. Ingat lagi masa pertama kali jumpa masa kami adakan mini gath di Taman KLCC satu masa dulu. Dia seorang yang dah berkahwin, seorang yang cool saya lihat, dan paling saya suka dia seorang Papa yang penyayang. Lhatlah bagaimana kedua anak yang rapat dengan nya itu. Saya yakin dia seorang Papa yang cool .

Owhh berbalik kepada perbualan kami semalam. Saya cuma nak kongsikan pesanan pesanan yang dia turunkan buat sama kemarin. Saya kongsikan agar kebaikannya tidak hanya jadi pedoman saya dan adik adik yang berada dalam group itu, tapi di perluaskan untuk tatapan readers budiman sekalian.

Pesan pertama dia buat saya. :

Ini apa yang saya belajar dari kisah kisah chenta kembeng zaman sekolah ni. Orang ada pesan tau. Waktu bercinta ini adalah waktu kita berlakon sehebatnya, sebab nak buktikan bahawa dia adalah segalanya, kemudian bila dah kawen, kambeng tuko jadi singa, merak jadi ulo sawa, banyaknya lah yang berubah, sebab bila dah bersama, masa itulah terdedah lah segalanya. Bak kata kakak saya, Adik kena sabar bila dah kawen ni, sebab bila dah bersama, kita dah pun menerima dia seadanya, tak kiralah seburuk mana pun si dia. 

Pesanan kedua dia. 
Untuk TIPS AKAD NIKAH DENGAN JAYANYA. ehehe. TIPS Lawan rasa gugup ni.

Dalam dari dok pesan tu, sempat lagi dia melawak dengan saya. Ehh lawak kah ini. Ehehe gugup tau ai bila dia kata camtu. ehehe. InsyALLAH kot saya tegar dan berusaha agar tak gugup sangat masa hari tu.

Paling penting, ini yang disampaikan olehnya. Benar kan? Lagi kita fikir, lagi kita serabut, tekanan perasaan la itu lah, ini lah, jadi buat slumber ja. Sampai masanya kita redah dengan penuh perasaan. Setel. kan? kikikikiki
 

Dan akhir sekali, dia tinggalkan saya dengan ini. 

Semua yang dikongsikan adalah ibarat permata permata yang disampaikan buat pedoman seorang adik yang bakal melangkah ke alam yang baru. Pada readers sekalian, doakan saya ya? Moga impian ini merupakan impian Syurga buat kedua dari kami yang mana perlu dilengkapkan separuh lagi darinya iaitu Takwa. Moga diberkati semuanya hendaknya. Amin

Mr business

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hai readers. Alkisahnya pagi ini saya kongsikan apa yang saya dapat semasa bekerja dengan dua orang staff yang dikira 'senior' di tempat keja ni.

Yang pertama berkongsi, malah menuntut saya mengikut cara orang cina berfikir. Katanya, apa yang dipelopori orang cina yang belum ada orang melayu buat patut saya buat. Dia ambil contoh perniagaan makanan dan perniagaan orang mati. Satu yang mengejutkan saya juga yang, perniagaan orang mati yang dipelopori mereka terhadap kaum mereka tu dari sekecil hal sampai ke besar. Dari A ke Z, yang penting punya wang.

Kedua adalah moving car wash. Juga merupakan idea yang sangat brilliat bg saya . Dan terakhir perniagaan makanan. Yang mana dia sifatkan melayu adalah yang paling untung andai pandai memainkan peranan dalam bidang ini kerana kata nya, makanan orang melayu senang dijuai kepada 3 bangsa dan blawanan dengan makanan cina dan india yang susah juga disasarkan kepada semua.

Saya tersenyum. Sampai
Macam tu dia bagi pendapat dan cadangan kepada saya. Cadang suruh saya buat in the future.

Beruntung saya kan.? Bukan mudah mereka hendak buka mulut. Alhamdulillah. ALLAH punya kerja ni. ;)

Sunday, 4 November 2012

Dia kirimkan kerinduanku

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

ALLAH kirimkan saya satu lagi kegembiraan hari ni. Saya sebak lagi. saya sebak lagi. Selepas dia kirimkan bantuan dari arah yang tidak saya fikirkan, satu lagi berlaku sebentar tadi.

Dapat panggilan dari seorang yang agak lama juga saya cari. Seorang cikgu yang dah lama benar saya tak jumpa, seorang cikgu yang sangat baik pada saya. Cikgu yang ntah la tatau saya nak khabarkan macam mana pada readers sekalian.

Dapat panggilan dari dia. Dia berterima kasih kepada saya. Saya terkejut tadi. Sangat terkejut sebenarnya. Dia ucap terima kasih. Terima kasih Nadzri sebab mencoret sesuatu tentang dia . Saya sangat blurr tadi. Kata dia satu hari tu suami dia suruh dia google nama dia sendiri. Pastu dia pun buat, dan dia jumpa entry yang saya penah buat untuk dia ni. Katanya lepas orang bawa entry ni, ramai lah yang mencari dia balik katanya. Kawan kawan lama semua lah. Katanya dari sini mereka jumpa dia. Dan dia berterima kasih sebab entry ini, yang mana berburuk sangka kepada dia selama ini berubah.

SubhanaALLAH. saya sangat terkejut juga. Sebab ini bukan kes pertama, tapi kes kedua orang yang saya bercakap tentang mereka berjumpa saya di alam maya. Sangat terkejut bila ada kes macam ni tau.

Masa tengah cakap tu kan, saya punya jari liar menekan hp saya tu, google juga apa yang saya coretkan tentang dia tu. Alih alih jumpa entry sendiri. Mana tak terkejut. Sebak pn ada juga. ahahaha. ALLAH sampaikan kerinduan saya kepada mereka dalam bentuk tu. Saya terharu sangat pasal tu. SubhanaALLAH. Benar kan katanya, bila kita nak sesuatu, kita berdoa. Dia makbulkan rupanya doa saya walaupun saya tak tahu pun menda tu. Terima Kasih ya ALLAH. Terima Kasih Ya ALLAH. Saya gembira sangat.

Last sebelum letak tu cikgu kata,
"Jangan lupa tau nanti bawa menantu jumpa mak num dua kamu. Kita jumpa la di mana mana nanti. CIkgu belanja . "

Saya cuma tersenyum. Dalam hati , puas sangat. Dia kirimkan kerinduanku rupanya. Alhamdulillah.. ~~ :)

Friday, 2 November 2012

The wonderfulness today.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

The wonderfulness today.

Good day everyone. Nothing. Just want to share my highest thanks n syukur to ALLAH, the one who give everything to us. The Only One who have the power , The Almighty, who ONLY with his WILL the earth is spinning in its orbit, the one who never give up on us eventhough we are continuously sinned and forgotten bout how powerful He is.

Im very happy today.

First, im given a chances to really use my every moment this morning. Eventhough i have only half the day to settle many things, but He had helped me a lot by sending me his help. Then going to the intervw. Again, i am very happy for the chances and opportunities He had gave to me. Believing in Him make me smile and smile and smile. When we choose to only rely on Him, He will send us the help.

It was nothing. For some ppl, this might sounds annoying, but i dont care bout all that. just using my online diary to share thoughts and happiness that ALLAH send to me.

I went for an intervw, fr 1 post, but in the middle of it, He had send me 2 opportunities and chances. Guess what? i applied for one, but the interviewer want to repeat for the second session cause she found me 'fit' one post that they had been looking for so long for someone to be at that position. Can you imagine my feeling at that time?

it happens when she did ask for me to explain bout my experience when she suddenly asked me to wait.
"can you wait? "

"Sure."

"It might takes until 20 mins cause i want my subordinate to come, and we intervw you together. We have one position, and it has been empty for so long. "

"No problem."

She went out, and come back few minutes later.
"im sorry, i cant find her, but can we arrange fr the second intervw? "

"Sure can"

"Can you come next week?"

"Next week?" *smiling.* "Actually its not easy for me to take a leave, cause im still new there. huuu but if the week after i think i can. "

"Umm.. sure can. Opss. the week after is the week with Deepavali and Awal Muharam right?"

"Yes"

"Opss. cannot as we were off on that week. Umm can you come on next week?"

"Umm. i try to ask for another leave."

"Or can we arrange for time after your working hours? what time is your working hours?"

"Until 5:30"

"Ohh then we did it on 6 o clock. What say you? Only 1 km from here right? i think its okay for you?"

"Ehhe. sure can. But one what day?"

*thinking*

"At your convenience time. It will be okay for me as we already set the time after my working hours."

"ok. i will call you back nadzri. "

*smiling* Thanks to ALLAH.
for this opportunities. 1 intervw with 2 chances of getting job. Meeting with some friendly person with the warm welcome, make me feel very comfortable . Again. a relieved.


Hopefully He'll help me on the second intervw.

Alhamdulillah.

Tuesday, 30 October 2012

Kisah hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers sekalian? Berhari saya tidak sempat berentry kan? Siangnya tak sempat kerana batasan kerja, jadinya malam jadi masa untuk saya berkata kata melalui medan entry ni.

Apa yang nak dikongsikan kejadian seharian hari ni. Tak ada apa, tapi rasanya banyak sangat apa yang ALLAH sedang cuba sampaikan pada saya sendiri. Sebagai contoh, tadi sebelum pulang, saya sedang dalam usaha hendak berjumpa boss, tapi tak sangka, tindak tanduk diperhatikan seseorang. Lepas tu saya mendekatinya dan berbual dengannya sampai boss masuk ke dalam biliknya.

Selesai berbual dan berurusan, disebabkan sebelum itu saya minta diri untuk berurusan, saya kembali berbual menyambung kembali topik yang terhenti seketika tadi. Yang dibualkan, akan saya kongsikan sekejap lagi, apa yang pada saya besar benar maknanya, dan wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Kawan kongsikan tadi, dia seorang yang bekerja, kemudian dia cerita lah perihal anak yang degil dan menjawab. Sampai satu masa tu dia marahkan anak nya. Tahu apa jawab anaknya? Anaknya itu baru sekolah tadika tak silap saya.

"Asal balik ja marah, asal balik ja marah. "

Dengar kata kata anak dia tu. Terkedu dia. Dan titik masa itu adalah masa perubahan fikiran dia. Dia tersedar apa yang anak dia katakan itu. Tersedar yang betapa sikitnya masa yang dia ada bersama anaknya itu, kerana sibuk dengan urusan hariannya, dari tugasan di office, hinggalah tugasan tambahan yakni kerja sebagai agent insurans hinggakan masa bersama anak sangat sedikit. ya lah, pulang pada jam 8 ke 9 malam, waktu tidur anak pun pukul 10 - 11 malam. Berapa jam sangat kan yang ada?

Apa yang keluar dari mulut anak menyedarkan dia.
"Aku dah keluar kerja seharian, masa bersama anak pun tak banyak, takkan aku nak bazirkan masa dengan memarahi mereka? kan bagus jika digunakan untuk berbual bual dengan mereka, mengeratkan hubungan, menggunakan sewajarnya untuk ambil balik hati anak anak? "

Sejak hari tu dia kurang marah anak anak dia. Dia tak marah walau anak dapat result kurang. asalkan dia nampak mereka usaha.

Pengajaran buat kita sebenarnya, adakah apa yang kita praktikkan sekarang itu betul atau salah? Dan bukankah perhatian itu merupakan langkah awal kepada satu kejayaan? Sepertimana perhatian ALLAH pada kita, jika kita adalah hambanya yang taat? Dan kejayaan awal itu merupakan kejayaan dan ketenangan juga kebahagiaan diatas dunia yang pastinya jika benar jalannya membawa kepada kejayaan di akhirat yang kekal abadi?

Dan saya nak juga kongsikan apa yang ALLAH beri pada saya hari ni selain pengalaman berharga dari seorang bergelar kakak. Iaitu kemudahan yang ALLAH kirimkan sekali kepada saya petang tadi. Saya gunakan masa balik awal saya untuk berbual dengan seorang kakak, saya dapat pengalaman, dapat nasihat percuma, amanat amanat yang wajar saya ambil berat dan kemudiannya ALLAH kirimkan pula pada saya kemudahan lain, saya baca sebab saya teruskan berbual tadi, kalau saya terus pulang kan nampak sangat tak manis di mata , balasannya, saya pulang di masa hujan dah berhenti, hujan yang saya sendiri tak sedar tadi. Indah kan?

Subhanallah. Kuasa ALLAH. Alhamdulillah. Tanda syukur kepadanya. Astagfirullah hal azim, moga kita diampunkan ALLAH.

Friday, 26 October 2012

Kisah Khalifah dan Gabenor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam Aidiladha saya ucapkan pada readers belog buruk saya ni. Hari ni saya nak kongsikan tentang kisah yang saya dengar semalam dalam tv dalam rancangan 30 Min bersama Ustaz Don. Apa yang dia kongsikan malam tadi buat saya kagum gila dengar. Terdiam seketika saya dengar apa yang dia ceritakan tu. Tapi maafkan saya sebab saya tak ingat siapakah nama watak wataknya sebab saya memang betul lupa.

Alkisahnya bermula bila satu hari ada seorang rakyat tu datang dan berjumpa dengan Amirul Mukminin Khalifah untuk mengadu tentang Gabenornya yang di katakan tidak menjalankan tugas dengan baik. Amirul Mukminin yang mendengar tentang aduan itu terkejut. Yang lebihnya adalah dia rasa bersalah dan berdosa sangat sebab dia dah tersilap memilih seorang gabenor yang ditugaskan untuk rakyat.

Satu hari, Amirul Mukminin memanggil gabenor itu dan menyoalnya.
"Wahai gabenor, aku telah mendapat aduan dari rakyat mengatakan bahawa kau telah buat sesuatu yang dipandang buruk pada mereka., lalu di panjangkan soalannya itu.

1. kata mereka, kau adalah seorang yang lambat masuk kerja hari hari.
2. kata mereka lagi, kau hanya mendengar dan akan berjumpa rakyat pada waktu Zohor hingga Asar sahaja.
3. Kau langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun bila tiba waktu malam, kau arahkan suma orang  balik dan tunggu hngga waktu zohor esok untuk mengadu.
4. dan akhir sekali, kau tidak akan berjumpa sesiapa pun satu hari dalam seminggu.

Lalu Amirul Mukminin bertanya, "Adakah kau punya jawapan untuk aduan aduan tersebut wahai Gabenor.?"

Lalu Gabenor menjawab, "ya saya ada wahai Amirul Mukminin. lalu dia pun menjawab. "

1. Untuk yang pertama wahai Amirul Mukminin, aku ini adalah seorang yang amat miskin sekali wahai Amirul Mukminin, malah miskin hingga aku tak mampu untuk pnya seorang hamba yang mampu membantuku melakukan tugas tugasan di rmah.  Bukan itu sahaja, aku juga punya Isteri yang sakit yang tak mampu buat apa apa, jadinya aku tiap hari sebelum datang jadinya setiap hari, bila aku bangun, aku perlu menyiapkan isteriku, mengemas rumahku, dan selesaikan semuanya sebelum aku pergi ke tempat kerja.

2. untuk yang kedua Amirul Mukminin, aku hanya berjumpa orang pada waktu zohor hingga asar kerana aku perlu pulang awal wahai Amirul Mukminin, aku perlu siapkan isteriku untuk menyelesaikan solat Asarnya, Maghribnya dan Isya' nya wahai Amirul Mukminin, dia kan tak mampu nak siapkan dirinya sendiri.

3. Yang ketiga. wahai Amirul Mukminin, aku merasa malu untuk aku kongsikan jawapan untuk yang ketiga ini tapi jika kau berkeras, aku terpaksa jugalah menceritakan kepadamu. Lalu dia pun kata, "Aku telahpun bahagikan hari hariku kepada 3 wahai Amirul Mukminin. 1/3 daripadanya untuk isteriku. 1/3 lagi untuk rakyatku, dan aku telah gunakan bakinya untuk aku beribadat kepada ALLAH. Atas sebab itulah aku menolak untuk berjumpa sesiapa kerana aku perlu masa utuk aku mengadap Tuhanku wahai Amirul Mukminin. "

4. Dan yang terakhir, "Amirul Mukminin yang terakhir. aku ini adalah orang yang sangat miskin sekali. untuk pengetahuanmu, aku hanya ada satu helai baju yang betul betul menutup auratku. Seminggu sekali aku perlu mencucinya. untuk aku pakai di minggu kemudiannya. Bagaimana untuk aku berjupa orang sedangkan aku sedang dalam keadaan yang kurang sempurna auratku wahai Amirul Mukminin? "

mendengar kata Gabenor, Amirul Mukminin terus berkata. "Wahai semua, dia inilah yang paling layak menjadi gabenor." 

Kisah ini buat saya rasa sangat terharu. nak menangis pun ada mengenangkan betapa susahnya kehidupan dia sebagai seorang Gabenor. sesuatu yang sangat mengejutkan semasa kita di zaman sekarang ini. Bagaimana bezanya kehidupan seseorang dengan pangkat di zamannya. Dan bagaimana zuhudnya dia dengan kehidupannya. Bagaimana ALLAH menjadi tempat dalam kehidupannya, isteri menjadi tanggungjawabnya, dan rakyat sebagai amanah yang dijaga, dan habuan untuk dirinya sendiri dah diabaikan entah di mana. Saya sangat kagum. Sedangkan kita sekarang. Entah di mana tempat ALLAH kita letak sedang sepatutnya itu yang paling atas dijaga.

Dan satu lagi yang saya belum masukkan dalam kisah ini, satu hari, setiausaha negara membentangkan senarai orang orang yang boleh menerima zakat, dan setelah di teliti Amirul Mukminin, dia sendiri terkejut kerana nama Gabenor merupakan salah seorang penerima zakat. SubhanaALLAH. saya sayu lagi. T.T

Saturday, 20 October 2012

Entry pagi sabtu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yng membaca.

Entry pagi sabtu

Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita bnafas di pagi yng indah ini . Syukur pada ALLAH kerana di pagi ini masih kita bpeluang untuk menikmati segarnya udara, mendengar tiap hembusan bayu , melihat indahnya alam ciptaan yang ALLAH berikan ini.

Takwa. Apa itu takwa. ? Ini apa yang dibincangkan dalam masjid dalam khutbah jumaat semalam.

Antara sifat orang bertakwa ini adalah Org y stiasa mdgr pkataan Allah. Menurut ulama tafsir, ada dua juga orng yang sentiasa mendengar perkataan ALLAH . Satunya melalui zahir dan satuny secara batin.

Zahir : org y stiasa dedahkn pdgrn pd peringatan ALLAH, Nabi dan Ulama' malah hidup ibarat kosong sekiranya sehari tidak terdedah kepadanya.

Batin : Sentiasa mendengarkan kata kata ALLAH.

Ibarat spt mn seorang ayah yang punya 6 org anak. Dari anak dari 6 itu, ada seorang yang paling bagus. Dia itulah y mdgr kata kita. Iaitu anak y taat sgl perintah, jaga segala larangan. Maka pastilah dia yang paling disayangi. Jika kita kaitkan dengan ganjaran, yang inilah yang bakal dapat perolehan terbanyak dalam keluarga disebabkan 'kesayangan' dia itu. Tapi ini bukanlah kerana ganjaran, tapi sebab taat dan ikhlasnya dalam hati. Kerana jika hanya atas sebab ganjaran, pastimya jika satu hari tiada yang ditawarkan dia akan hilang meninggalkan tanggungjawabnya.

Samalah dalam hidup. Kita sebagai hamba, dalam semua, yang paling mendengar kalam Nya, menjaga y patut n meninggalkan yang tak perlu itu yang paling DiA kasih . Pastikan kita jaga supaya setiap yang banyak kemungkaran itu dijauhkan agar kita berlapang hati. Bersungguh sunghuh mencari redha supaya kita stiasa akan diberkati n drahmati. N terbesar sekali, kita sanggup bermatian untuk cari keredhaan ALLAH, menjauhi kemurkaan ALLAH.

Tiada yang tak boleh. Sepertimana Rasulullah bsabda:
"setiap sakit ada penawarnya, kecuali mati."

Bmaksud, selagi kita hidup, msih ada peluang. Jadi berusaha lah!!

Friday, 19 October 2012

Journey of a groom to be Part 13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tentang rasa

Bangun pepagi ni, lepas da selesai mandi, saya teringat sesuatu yang saya bualkan dengan work mate saya semalam. Bab hati dan rasa ni lah. Dia ada tanya saya, berapa lama saya go on dengan bakal isteri saya tadi, saya jawab pada dia setahun, walau sebenarnya kurang dari tempoh itu pun kami berkenalan sblm saya ambil langkah untuk perjelaskan hubungan kami.

Reaksi dia seakan terkejut, katanya cepatnya you. Saya hanya tersenyum.

"berpada padalah dalam menyayangi seseorang, kerana takut kelak bakal membenci, dan berpada pada membenci kerana takut satu hari nanti sayang.

Saya pegang pada menda ni. Sebabnya. Inilah pusingan hidup kita yang berada dalam naungan ALLAH SWT. Hati, walau milik kita, tapi kuncinya bukan ada pada kita. Rasa itu apa yang ALLAH berkuasa padanya.

Sepertimana dulu saya bersama yang lain. Sayang nya lah pada dia, sampaikan kawan dia menangis melihat bagaimana saya melayan si dia. Ibarat 'fairy tale' kata sahabatnya. Last last, sekejap ja perasaan itu hilang. Kami tak ditakdirkan pun untuk bersama, tapi masih lagi saya punya rasa sayang, hingga satu hari, mendapat khabar bahawa saya dihina dengan teruk dihadapan sahabat saya yang lain. Mulai dari hari itu, yang tinggal hanyalah perasaan marah yang masih berparut hingga ke saat ini. Saya akui, saya marah. Sedangkan saya ini, walau dah tak sama, saya marah kawan saya yang burukkan dia. "itu masa silamku, sedang aku tidak menghukum, jangan kamu berani menghukum".

Begitulah singkatnya kisah tentang ras yang bila bila masa sahaja dapat memaut emosi yang berlainan.

Dan bagi saya satu masa dulu, ketika saya punya pilihan, bagaimana ALLAH dah salurkan saya pada impian yang mana bakal jadi milik saya tak berapa hari lagi. Bagaimana rasa tu ALLAH twist. Percayalah suma, kita mungkin suka pada hari ini, tapi kita belum tahu masa depan macam mana. Cumanya mampu dan bisa mendoakan yang terbaik. Begitu juga saya mendoakan yang terbaik dalam phubungan ini. Hingga ke jannah. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 18 October 2012

Sedikit VS Banyak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Duhhh. Akhirnya baru berkesempatan menaip. Padahal tadi saya dah pun ada depan lappy nak menaip, pastu skali kawan datang panggil tadi. Hurmmm. memandangkan tadi idea lain, dan sekarang keluar idea lain, rasanya malam ni biarlah saya kongsi tentang "sedikit yang menguntungkan dari banyak yang akhirnya menjerat."

Sebenarnya tadi berjumpa tok guru saya dalam bidang trading ni. Dia yang memperkenalkan trading kepada saya. Dan perjumpaan tadi lebih kepada perjumpaan biasa dan seperti biasa la kan, bila dah jumpa, menda yang satu , iaitu minat dalam bidang ni turut jadi hal perbualan. Yang lawaknya dia ada cerita dekat saya, ada anak murid dia tu boleh untung tapi dia yang rugi. Rupanya dia dah tersilap pakai senjata. huhu. kesian kan. Dan satu lagi, saya akan cuba la sedaya upaya jadi anak murid yang baik dengan belajar sebanyaknya sebelum benar benar bersiap sedia masuk dalam dunia live trading.

Haa. sambng balik kisah tadi. Kami ni sebenarnya ada akaun live dah sekarang, tapi kan, dengan amaun yang kecil la. Dan sekarang akaun tu pun dah tak guna lagi sebab kami masing masing pun dah rugi sampai tak boleh nak trade lagi dah. Itulah kisahnya bila nak yang besar tu. Dan sebenarnya bukan atas sebab besar sahaja ya, tapi sebab membaca hal yang akan jadi kemudian, tapi lain yang jadi, dia dah mainkan kami. hihi..

Last sekali, sama sama buat keputusan, mulai sekarang kami nak cuba dengan kecil, dan usaha besarkan, bukan mula dengan target besar lagi. Sebab katanya masa dlu masa dia baru hendak bermula, dia berjaya jadikan 1000 kepada 1800 dalam masa seminggu dengan bermain kecil. Pokoknya itulah, kecil kekadang mendatangkan hasil dari besar yang menjerat. Benar bukan?

Orang tua tua selalu kata,
"kecil kecil lama lama jadi bukit."

Penghargaan buat dia

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai saya mandi tadi mama tegur. Mama tunjuk dan beritahu saya apa.dia beli dekat tesco semalam. Mama merungut la sebab kemarin dulu kami beli mahal, tapi semalam dia beli murah.

Alkisahnya, saya keluar dengan mama, dia kata menda tu habis tau, lepas tu saya pun nak beli. Dia tak kasi sebab katanya mahal. Dia suruh.saya cari yang murah, tapi saya plak bantah. Jawab saya,
"takpa Mama, mahai pun takpa, Arie beli yang ni juga, sebab kesan nya lagi teruk, tengok tu, Mama nak beli cream pun dah 10hengget kan? " sambil tangan angkat dua nak pakai. Mama hangguk, tapi lepas tu kna lah saya,
"beli satu dah laaa".

Hihi. Okeh sayaa kena balik. Ummm entry ni saya buat sebagai penghargaan pada Menteri Kewangan Rumah tangga yakni Mama sayaa yang bersusah payah menjimatkan wang supaya dia leh guna untuk.peruntukan barang lain plak.

Saya sangat terharu sebab dia terlalu fikir nak jimat sampaikn tangan dia yang jadi mangsa. Dan masih ingin berjimat walaupun dia sendiri paham hakikat tu. (Fyi, jari tangan Mama tu sensitive dengan sabun. Jadi bila kna yang tak sesuai jadi dia akan jadi merekah. Dan ianya sakit! Tu saya keras sikit. )

Tapi kan readers, bila dia sebut harga yang dia beli tu, saya pn tensen. Jimat banyak tu. Hihihi tapi tak apalah, mahal ka murah ka, saya da tekad, hanya itu yang akan Mama gunakan. Demi Mama, demi Cinta hati saya. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 16 October 2012

Journey of a groom to be - Part 12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah bantal gemok dan bantal penyet.

Apa yang saya nak kisahkan hari ni rasa saya agak kelakar jugalah bagi saya, dalam saya sedang asyik bersiap sedia nak setelkan hal majlis kan.

Masa saya beli tilam hari tu, saya ada dapat dua biji bantal baru. Jadinya bila dah bawa balik tu, kita pun, mencuba lah. Saya ni kekadang macam bebudak pun ada juga rasanya, bila dah dapat menda baru kan, mulalah, nak rasmi la apa lah, jadinya bila sampai rumah tu, kita pun cubalah. Padankan, masukan dalam sarung bantal yang saya belikan untuk jadi penyeri ruang tidur saya tu. Cuba punya cuba, tak padan , sebab bantal itu agak kecil saiznya. Saya kemudiannya, keluarkan bantal penyet saya. Sebaik ja dia keluar dari plastik, dia pun mulai menggemuk. Ohhh menakjubkan. *kagum seketika.

Tapi masih juga tak berapa cun sebab bantal penyet tu ada satu ja. Alkisahnya mula la ni, masa minggu lepas Mama cadangkan suruh cari juga bantal baru sebab nak padankan dengan bantal penyet tu. Jadinya, keluarlah dua anak beranak sampai satu tempat tu, ada orang buat sales bantal. Mula tu memang nak cari bantal penyet ja tau. Tapi tak pasal ja kena pengaruh beli bantal yang lain. Saya ni kan, tahu ja lah, guna bantal penyet tu kan tak selesa, dah terikut apa yang dia kata suh beli bantal tu. Mama plak, tak kata apa dah, sebab awalnya dia macam bantah juga, ya lah, bantal macam mahal sangat ja kan, tapi bila saya cakap, saya nak tidur, terus dia tak kisah. hihi. Dah la tu, beli la plak bantal penyet dua. Satu untuk macik nanti. *sila cakap saya sweet. Pastu ada lagi la cover dia lah apa lah. Doihh banyak benor nak dikisahkan ni.

Ha.. dipendekkan cerita, bila dah balik rumah tu, kita pun semangat waja lah cuba kat sarung bantal tu kan. Tengok tengok tau apa jadi? TAK MUAT. doihhh.. tekanan perasaan betul la. yang penyet tu sebab penyet dia tak berapa muat. dapat yang gemuk plak dia terlebih muat. Macam sarung nangka melekatnya tu. #pitam

dah bergelak anak beranak masa tu. "Maaa. yang penyet tak muat, mai yang gemuk plak macam terlebih sudaa". Mama pun gelak. Apalah nasib. Pastu terus kena berleter ng Mama sebab beli hat mahal. ahahahaha


Bila dah selesai mencuba tu kan, saya khabarkan la pada beberapa orang. Tau apa mereka komeng?

"Ooo kami sejak kawen tido berbantal lengan je..pelik pulak kamu sibuk cari bantal. Ahahahaha"

"Alaaaa bantal tu hiasan je...nnti dh pas akad nikah gna bantal satu ja... Yg lain tendang kebawah...kakakakakaka" 

Tu dua komen orang yang da kawen. ciscisciss.. pelik betul la saya. #HatiSuci.  

Monday, 15 October 2012

Istana Kaca dah habis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi ending satu lagi kisah yang jadi tontonan Mama saya n adik perempuan saya. Kisah Glass Castle. Ohh maafkan saya andai readers rasa saya ni melampau sgt sebab tengok kisah korean ni banyak sangat kan, tapi itulah yang jadi saban hari, bukan tanak tengok kisah lain, tapi entah, cam bosan la nak ikut kisah kisah yang saya rasa kekadang melampau dan membosankan.

Owhh ya bercerita tentang kisah tadi tu, ending dia lain juga bagi saya. Akhir sekali hero dan heroin tak bersama. Jawapan akhir yang bagi saya agak mengejutkan sebab masa kisah ni keduanya tu macam leh terima ja apa sahaja walau dari dua keluarga yang berbeza. SI lelaki kaya dengan keluarga yang mewah lagi berkedudukan tinggi dan perempuan dari keluarga biasa yang tetiba disogokkan dengan wang dan kekayaan.

Saya tak suka betul bila family lelaki tu gunakan wang untuk kuasai segalanya. Dari pada kakak, kepada adik. semuanya nak dikawal. BF kakak tu, bapa dia beli syarikat yang laki tu kerja, sebab nak kuasai lelaki tu. Tapi end up laki tu benti keja.

dan Isteri adik laki dia plak, bapa dia kasi segalanya kat family dia, kerja, rumah yang mewah, dan tak perlu buat apa lagi, hanya sebab nak jaga status depa. Owhh saya memang tak suka. Lagi, mereka perlu berdiam diri walau tak suka apa yang family laki tu buat, sebab nya nak jadi standard, jaga nama baik keluarga tu. Sangat tak setuju la bila kerana wang, kerana ada kuasa, semuanya depa betul. Sangat tak suka.


Sesuatu y saya paham dr kisah ni : perbezaan itu bkn sesuatu y baik kekadang. Mcm Islam da gariskan, cari lah y sekufu. ;) Kisah ini mengingatkan saya pada pesanan Rasulullah yang mana berpesan, nak kahwin kita kena cari yang sekufu. Betul bukan? Inilah bila beza antara dua tu, gajah ng kancil, apa yang kancil nak buat sangat kan? Memang kena sepak sewenang wenangnya la kan? Perbezaan status itu kekadang menyusahkan. Lihat bagaimana keduanya tadi. Yang miskin kena duduk diam aja, sebab nak jaga nama si kaya, dan si kaya berhak buat apa saja , demi mengawal segalanya.

Pengajaran : tak suma kisah akan berakhir dgn baik kan? N x semestinya y kita rasa paling baik tu pengakhiran terbaik. Yang saya maksudkan, bila dah kawen dia rasa semuanya akan jadi lebih baik, tapi worst, mak mentua yang jahat, pak mentua yang terlalu pentingkan status, dan semuanya di kawal, sampaikan ibu dan ayah dia pn kena kurung sebab nak jaga nama baik. Itu kah yang terbaik?

Ending kisah ni : tak semestinya cinta y kita agp cinta tu akn mbahagiakan kita. benar bukan? Kita rasa cinta itu segalanya. Tapi tak semestinya ianya yang terbaik, yakni kebahagiaan yang kita dambakan tu sangat. sebab tu saya hairan, orang terlalu agungkan cinta, kekadang, sampai habis semua dia buang.

 Itu aja yang saya rasa nak kongsikan. Apa pun, pengajaran yang baik itu kita simpan, Yang buruk kita jadikan sempadan. Kan?

Bekenan kat makwe ni

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni macam nak kongsikan apa yang saya jumpa beberapa minggu yang lepas. maafkan saya sebab lambat. sebab baru hari ni teringatkan dia. apa dia la agaknya kan tu?

ha ni dia...


Saya kenaikan.
Nama awek ni Peugeot 2008. Cantik bukan , walau hanya bontot yang saya tunjuk. Sebenarnya memang dah lama minat spesis kereta nama ni, Tapi belum mampu untuk mengorak langkah kerana banyak yang menghalang saya dengan niat mendapatkannya, sebab kata mereka maintenance la apa la susah untuk continental car macam ni, jadinya saya tak berani sebab takut bakal jadi mangsa "beli dan simpan dalam peti kaca ja".

Apa pun dia memang sangat cantik kan? *idung kua darah

Tuesday, 9 October 2012

Sangat tak suka lah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya ada satu kemusykilan la. Semenjak saya jadi tunangan orang ni, timbul hal yang saya rasa sangat tak suka. Antaranya bila sebab status ni ada lah pula kawan yang cuba menjauhkan diri. Masa mula mula saya bagitau status, ada yang terus pangkah saya. "saya tak boleh nak kawan dengan kamu lagi. Sebab kamu dah ada tunang. "

Menyampahnya saya sebab saya rasa sangat tak patut sebab status ni saya perlu dijauhi.

Kemudian adalah pula. Bila plan sesuatu, masa tu mula la letak saya ditepi. Saya diasingkan. Ya lahh, tak.boleh ajak la apa la sebab status saya tu. Saya sangat hairan lah, kekadang rasa cam terhina pun ada tau, ye lah, pasai status ni, semua dah tak macam dulu.

kenapa ya kenapa? Saya sangat tak suka lah. . . .

Ada yang kata kan, darah manis ni cepat cemburu. Betulkah? Kenapa saya yang tak ada perasaan apa apa ya? Tak ada lah pula saya terasa apa apa sebab hal hal macam ni. Cemburu tu mungkin perlu. Tapi bila ada skali penyakit buta kat belakang tu, pasti jadi teruk.

Saya selalu pesan pada dia. Waktu saya mula.ingin jadi milik.kamu, saya kepunyaan sedunia, janganlah bila saya da mula hampir dimiliki, saya dikongkong untuk hanya jadi milik kamu saja. Jangan risau tentang pilihan. Sudahpun saya buat iaitu kamu, jadi tak perlu wujud rasa tak penting tu. Jadi lepaskan saya dengan dunia kamu dan kamu juga saya bebaskan sebaiknya, saya tak risau sebab pilihan saya ni pilihan ALLAH.

Saya yakin saya takkan dikecewakan.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 8 October 2012

Tok GBS dah kawen. Tahniah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hai.. siangnya ada aja yang nak dikongsikan. Malamnya. mati kata. apa pun tak keluar dari buah fikiran ni. Apa pun cuma nak mengucapkan selamat pengantin baru buat Tok ketua Geng Blogger Sengal yang telah selesai dengan majlisnya semalam.

Ni la dia Tok n Nenek / Opah ? #ehh buleh ka pgl camtu? ahaha

Tahniah pada tok atas kejayaan anda mengahwinkan diri anda. hihi. Moga kekal sampai ke taman taman syurga.

Berikut  gambar dari mereka mereka yang terlibat memeriahkan majlis semalam.


Terima kasih semua. Maaflah tak sempat nak lepak. Sebab kekangan masa dan beberapa perkara lain. Apa pun suma memang Sssssssenggggaallllll~~~

Tuesday, 25 September 2012

Penghinaan itu datang dari kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SubhanaALLAH. lamanya tak baca sini tengok tengok dah berubah interface nya. terkejut tu tak juga sebab ada dengar orang berkisah kisah mengenainya, cumanya rasa lagi semak pula macam ini. Sebelum ini kan semuanya di susun dengan baik. Rasanya ada juga pengasingan antara tulisan tulisan tu. Ada border kan, tapi sekarang macam tak wujud ja? pening juga jadinya.

Dalam asyik kita membebel mengenai perubahan ni, suka plak rasanya nak cuit sedikit hati kita masing masing.

Kita asyik komplen, perubahan yang jadi kat timeline ni, tapi kita masih belum sedar yang perubahan lebih besar sebenarnya sedang menyerang kita kebelakangan ini. Antaranya, ada yang kita lihat, umat Islam marah dengan kewujudan satu movie yang bagi saya juga sangatlah melampau sebab menghina Rasulullah SAW.

kita marah dengan dia sebab dia menghina junjungan agung Rasul kita. tapi kita sebenarnya tak sedar yang dalam pada dia menghina , kita juga turut dalam tak langsung menghina apa yang Rasul kita bawa sebelum ini. Tak percaya? lihat lah di keliling kita, ramai bukan yang menolak untuk bertudung? Apa kata mereka, saya belum bersedia. Adakah sedia itu titik mula untuk perubahan? semestinya lah tidak sebab ianya bukan satu pilihan untuk mengikut apa yang ALLAH suruh.

Ada pula yang menjawab, suka hati saya lah, dosa saya, saya lah yang tanggung, kamu apa nak sibuk. Ini jawapan yang sangat bernas. bernas hinggakan paling layak kita tuju ja dengan batu, atau nak ja kita buka kitab, sedarkan yang apa yang dia kata tu sangat lah salah. Ada satu kisah, seorang sahabat tak silap saya, dia terpandang aurat, menangis dia sebab aurat tu melembabkan penghafalan dia, terlupa dia sebab ternampak aurat tu. sedangkan itu sangat lah sedikit dan itupun TER. kita zaman sekarang ni, slumber, malah ada yang tak kisah dah tentang tu.

Minggu lepas juga ada satu kes, mengenai seorang pengarah yang buat filem. Filem ala ala lucah ini bila dikecam kerana kisahnya . Dia menjawab, dia sedang ikut sunah Rasulullah lah tu. Rasa saya la, patut dia ni kena rejam atau kena pancung saja. Jawapan superbangang. Kau nak ikut sunah bukan itu yang perlu kau ikut, kau tahu tak apa yang kau cakap ni? Bagi saya, ini satu lagi yang kita kena bantah, yang dok asyik melawan yahudi hina islam tu, ini islam hina islam. bagi saya ini lagi keji. keji dan sangat keji. Bodoh sangatlah keromantikan tu kononnya nak diikut, padahal, aurat tak jaga, itu tak jaga, ini tak jaga, tu pun berani lagi sembang sal Sunnah. rasa patut ditapak ja orang ni kalau kita jumpa. teruk ! 

Dan terbaru semalam. Seyes saya pandang hina terus kat dia sebab kenyataan dia bila ditanya pasal keburukan yang dia buat, iaitu berpelukan antara lelaki dan perempuan. Katanya normal. Kenyataan ni bagi saya menghina sekali. Sedangkan dah disebutkan dalam Al-Quran, di tekankan Rasulullah bahawa HARAM perbuatan tu, tapi standard bagi dia. Geram saya yang mendengar. Ini ke yang mengaku Islam. Padanlah Islam dipandang hina oleh masyarakat dunia. Sebenarnya bukan Islam yang patut dihina, tapi umatnya yang patut dikeji, sebab sangat tak menjaga nama Islam yang mana ALLAH sebagai matlamat pertama.

Pokoknya, kita marahkan orang yang menghina Rasulullah, menghina Islam, yang semuanya merujuk pada menghina ALLAH yang Maha Besar, tapi dalam masa sama, kita muhasabah diri kita ni, patut tak semuanya di hina? memang tidak bukan, tapi dah kita lemah, mesti la dipandang rendah. Tengok zaman Rasulullah dulu, macam mana Rasulullah di angkat dan dijulang kerana bukan sahaja ajaran yang dibawa, tapi peribadi nya yang unggul. Itulah yang kena kita ikut, agar orang hormat kita, ini tidak. Sambil lewa. Macam mana lah orang nak pandang? Pastilah tidak bukan ?



Sunday, 16 September 2012

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Saya pernah satu masa, terkeliru, dengan apa yang dipanggil kejayan ini. Seringkali kita tersasar dalam menilai apa sebenarnya kejayaan, dan mula mengukur kedudukan diri bila perbandingan dilakukan.

Yang menghairankan, hidup kita memandang, yang hebat itulah kejayaan. Mudahnya, kita mengangkat setingginya manusia yang berkereta mewah, kerana kita memandang mereka sudah semestinya insan yang kaya, yang senang dan berpangkat, kita puji menjulang insan pintar yang menggulung ijazah setinggi langit bak kata kita, kerana pandangan mata kita itu.

Dalam masa sama, yang kurang kedudukannya kita caci, kita keji, kononnya merekalah insan insan gagal dalam hidup, dan atas sebab itulah mereka ini semua padannya hidup dalam penghinaan, direndahkan martabat, dan mungkin lebih dahsyat, ditidakkan hak yang sepadannya jadi milik mereka.

Sebenarnya, inilah hidup yang kita cari selama ini. Dalam kita tak sedar. Kita lebih dambakan kejayaan mata manusia selain dan cuma berharap akan diberikan kejayaan lebih besar yakni.kejayaan ALLAH. Kita idamkan SPM 10A, tapi kita lupa yang pelajaran sembahyang itu sebenarnya lebih besar dari pengertian kita itu. kita lupa, yang belajar ilmu dunia saja tidak membawa ke mana. Sedang akhirat yang kekal abadi.

Lihat sahajalah contoh sembahyang tadi. Kita belajar untuk 10A, tapi kita lupakan ilmu sembahyang, sedangkan, sembahyang itu adalah pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Kita abaikannya, dan akhirnya ia memakan diri kita. Bukan hanya kita tapi membawa ke masyarakat. Benar bukan, pelajaran dunia kita telah memakan kita. Kita idamkan rumah besar, kereta besar, hidup yang mewah, sampai ada yang tidak mampu pun terpengaruh, dari yang tidak cukup itu dicukupkan juga, tapi dari sumber tidak sah seperti rasuah dan sebagainya, alasan, tak cukup.wang. Bukankah itu satu kesalahan? Kita belajar dunia dan sana tunjukkan kaya dimata manusia.

Tapi lain ceritanya untuk y sedar kisah sementara ini sebagai token utk abadi yang mengasyikkan. Tidak perlulah berlbih, tapi kesederhanaan dijaga. Kita sedar, yang pmberian yang terkurang bagi mata manusia inilah kelebihan kita. Malah kita cintakannya, dan masih mampu untuk berbakti pada yang memerlukan. Kita bersedekah. Kita bantu mana yang patut seikhlas mungkin daya linkungan daya kita. Dan kita juga mampu bergembira. Kerana bila ALLAH redha, dia rahmat dan berkati kita, kurniakan juga ketenangan pada hati kita.

Pesan saya. Check balik impian kita. Di mana hala tujunya. Dunia kah? Atau akhirat yang abadi. Kerana di sanalah letaknya kejayaan. Inilah yang diukur. Kerana jawapan akhir yang saya pasti berkumandang untuk soalan, "kamu ingin ke syurga atau neraka?" hanyalah satu. yakni "syurga", cumanya sejauh mana kita bersedia untuknya? Adakah sekadar YA, tapi berat bergrak atau Ya bersama usaha berterusan dan istiqamah mengejar rahmatnya?

Apa pun, tanyalah hati, hanya dia.punya jawabnya. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 14 September 2012

Qada' dan Qadar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini saya kongsikan kisah saya bersama ustaz tengah hari tadi. Ilmu yang buat saya rasa amat bersyukur kerana telah dpertemukan tadi juga dipintas di saat saat akhir sebelum berjumpa ustaz.

Ustaz berkongsi tadi selepas ustaz tanya saya pasal rukun Iman ke enam, iaitu Percaya Pada Qada' dan Qadar.

Ustaz tanya , apa dia itu qada' dan qadar tu? Saya pasti yang kita faham dari perkataan.itu adalah ketentuan ALLAH. Betul tak?

Tapi bila diperincikan ustaz tadi saya tersedar yang qadar iaitu takdir itu datang selepas qada yang mana apa yang kita lakukan sebelumnya.

Sihat sebelum sakit. Kahwin dan cerai. Hidup dan mati. Semuanya berkait dengan apa yang kita kerjakan. Yang ustaz tegaskan tadi adalah MUHASABAH DIRI.

Qada, masa kita sekarang. Waktu kita sihat ni. Apa yang kita buat? Amalan kita. Kita buat tak? Ke kita tinggal. Siap ada juga yang sediakan alasan, "saya akan buat selepas dah tua lah, selepas pergi haji lah". Macam macam alasan. Last sekali jatuh sakit, masa itu baru insaf, tapi dah tak guna lah. Tu pasal amalan. Sakit plak, bila dah kna sakit jantung, sakit kencing manislah, dah tak berguna bukan?

Ustaz tegaskan tadi kan, ALLAH dah janji, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. KITA PASTI DIBALAS. Tak kiralah, tak sekarang, esok ka lusa ka, tulat ka? Minggu depan, tahun depan? 10 tahun akan datang? Pokoknya kita pasti terima apa yang kita buat sekarang. ALLAH bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, boleh jadi dia tangguh semua kerana mahu kita insaf dan kembali.ke jalan NYA.

Lagi, apabila kita dah mula kufur, pasti akan 'muncul' balasan tu. Kita elok elok ada gaji tiap bulan, tetiba diberhentikan, kita elok elok sihat. Tetiba kemalangan, mati. Itu kan apa yang kita buat. Dibalas kemudiannya. Dan ganjaran baik pastilah pada yang berbuat kebaikan. Pada yang mengikut ajaran ALLAH pasti akan ALLAH pelihara dia bebaik.

Yakinlah pada apa yang ALLAH janjikan tu. Buatlah semua kerana ALLAH. Jangan kerana nak dipuji, diangkat dan dipuja orang. Apa yang kita buat balasannya adalah dari ALLAH Ya Rabb, bukan manusia yang balas. Kerjakan dengan ikhlas. Tak guna diendah redha orang sedang yang memberi semuanya adalah ALLAH.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Journey of a groom to be - Part 11

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Syukur. selesai sudah part saya

Alhamdulillah. Syukur ke hadratnya sebab akhir nya selesai juga urusan saya. Dan selesai juga tugas saya yang akan kemudiannya di serahkan pada dia untuk diuruskan. Syukur sangat syukur.

Mula tu rasa macam risau sangat, ya lah, ada masalah negara, lepas tu macam macam pula yang saya tertinggal. Mujur, ALLAH mudahkan segalanya dalam kekalutan tu.

Yang meresahkan pun sudah saya selesaikan, cuma nak menanti saat ijab dan kabul pula lah. Dan berharap tak ada kawan yang nak buat lawak yang tak kesampaian masa majlis akad sahabt saya minggu yang lalu.

Tahu apa dia? Ada pula la sahabat yang bermurah hati nak approach pak kadi tu, khabarkan kesedapan suara sahabat tu, konon mendayu lah dia dengan asmaul husna yang dialunkan sampai menangis nangis yang mendengarnya. Ohh susah betoi la kalau kena macam tu.

Tapi tak kan? Depa buat siap depa. Hihihi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA