Followers

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Cerita belog

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi share link belog ni dengan seorang sahabat. Dah banyak kali juga dia minta kat saya. Saya alih sana, alih sini, malam ni dia tanya lagi. Saya share kan aja dengan dia. Actually rasa malu ja nak share dengan orang belog saya yang entah apa apa ni. Mungkin tak banyak informasi yang ada dalam ni, mungkin juga tak banyak menda yang bermanfaat yang saya sharekan dalam ni kan. Tapi since dia dah minta saya kasi juga la akhirnya.

Satu nya yang tak tahan, boleh di gelakkan saya lepas tahu saya tak tengok market saya layan belog.

Hihihi. lastly dengan saya sekali pn rasa nak tergelak. malah saat saya menaip ni pun rasa nak gelak juga la bila teringat menda tu. Betul juga la kan? tak layan chart, tak nampak ada menda yang menarik untuk saya wat post, saya buka belog ni. meluah perasaan sekejap kot rasanya. lepas gian yang sebetulnya. well, dah lama tak menaip, rasa ada banyak menda nak cerita. lagi seronok bila ada pape yang saya nampak tu ada ja yang nak diluahkan melalui kata dalam belog ni.

Paling hampeh rasa diri ni bila tiap kali berfikir tu ada ja yang nak masukkan dalam belog. ada ja la menda bermain di minda tu nak ditaipkan, sampai ada rasa nak rakam ja apa nak kata tu dan lepas balik tu terjemahkan kepada perkataan dalam belog. tapi at last lupa macam tu ja. tu yang lupa la, yang ingat tu saya dah wat note dalam hp. tak kurang juga yang saya taip sedikit dalam draft , dan tunggu bebila da mood baik punya nak huraikan dalam dalam apa saya fikirkan tu.

Peranan belog ni satu masa dahulu agak besar juga la. Masa saya memula berbelog dulu, saya rasa bosan, tak ada kawan nak sembang. jadinya saya gunakan dia sebagai kawan baik saya untuk share kisah kisah atau apa saja yang saya nampak dan rasa nak bercerita. Tak ada kawan  kan, jadinya dia jadi kawan saya. sampaikan ada seorang sahabat saya tu tegur la, "nanti you mesti cerita kan best fren you belog tu kan?" ehehe. tak kurang pula la kena perli, "rasa kalau belog you tu perempuan, mesti you dah kawen dengan dia kan?"

Tapi endingnya, memang saya kawen dengan belog pun, tapi tuan punya belog yang satu lagi la. hihihih.

nah.. gedebakkk kua da seketoi. buah ati Abi Ummi. Leb leb dia keketat.. hihihi


Sunday, 5 February 2012

Gath Maulidur Rasul

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

2 hari Nadh bersama teman-teman rapat. Serious seronok. Tapi kesian kat kawan-kawan. Tambah-tambah Jiran n boss, marah depa sebab Nadh gtau datang dengan 'kawan' .

Sebenarnya datang ni tak sengaja pun, ye lah, Nadh kan tak dapat balik Penang, tu yang tersangkut dekat sini. Jadinya, ajak la 'kawan' datang sini. Jadi itulah ceritanya dia sampai tu.

kata boss, dia tak perasan pun, tapi lepas duduk kat kedai Apple BesaQ, tengok muka sorang-sorang baru dia perasan.

Jiran plak, "Nadh ni gedik tau tak. Ai ata msg, tak balas pun.. "

Ada ja depa ni kan? Suma nak kata dekat Nadh la tu. umm. nak share gambar tadi leh tak?


Okeh, ini saja wat masa ni. Banyak gambar yang superdupersyiokk tau?

Nanti entry lain Nadh share lagi ye? Doakan persahabatan kami suma kekal sampai bila-bila ye? bak kata Elly, berjiran sampai ke Syurga ye dakk? ;)

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday #WW22

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang mendengar,


Sambil



Lepas tu jumpa. 


Nadh tengah wordless ni. SANGAT-SANGAT-SANGAT.
Kalau anda nak tengok lagi hasil karya TUAN TANAH YANG SANGAT BERBAKAT NI.
Silalah click dekat SINI.






Shhhhh.. Jangan kasitau tuan tanah ye?

Tuesday, 15 November 2011

Nadh vs JIRAN

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

JIRAN jiwang malam ni. Jiran jiwang malam ni. Lepas tu dia buat pantun ni kat SINI.
Bosan plak rasanya, cari gado la sat. :P

Buai laju sampai ke sana
Angin meniup terbang bersama
Apa nak heran dia dah takda
Kat sini tak jumpa kat sana kan ada

Diam-diam si anak dara
Duduk diam di atas para
Kalau rasa dah tak tentu cara
Kasi tau, Ipah dia kan ada.

Pergi memancing ikan gelama
Masak lemak pedas terasa
Dari Mimi bujang sahaja
P cari sorang wat temannya

Jalan-jalan di taman bunga
petik satu cium baunya
Kalau tak rasa nak yang Bangla
Pusing belakang, Nepal pun ada. :P

Bunga Sakura warna Jingga
Bunga Lily kaler Kuning
PhD hantaran juta-juta
Buat laki jadi pening

Kanda suka sama dinda
Tapi poket tak ada Riyal
Walau cinta gila-gila
Lama tak tahan kena tinggal

Ini Pesanan buat semua
Bukan hanya baca saja
Kalau suma nak kira harta
Lama penuh ANAK DARA TUA.

Buleh dak nak balas camni dekat JIRAN? :P

p/s : Nak gtau sebenarnya JIRAN Nadh da modify belog dia. Baru ni. CANTIK. n KEMAS. Sebab tu saja buat entry ni, nak promote. weeee~~

Friday, 11 November 2011

Imaginasiku.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh nak cerita sal imaginasi boleh? tak boleh pun Nadh tetap nak cerita juga la.

Sebenarnya Nadh ni kuat berangan. Mungkin kuat berimaginasi juga kot. Masa Nadh kecil-kecil dahulu kan, Nadh suka terjemahkan imaginasi itu melalui permainan. Bila dah masuk sekolah rendah, Nadh luahkan ia melalui lukisan-lukisan Nadh. Masa tu kan, ada 2 buku lukisan aka komik Nadh sendiri. Satunya cerita imaginasi, satu lagi coretan lawak antarabangsa Nadh. 

Masuk sekolah menengah, dah berubah sedikit, masa ni Nadh belajar untuk menulis dalam diary. Sampai sekarang Nadh masih simpan diary Nadh. Sebab sangat seronok punya sesuatu untuk meluahkan isi hati, mencurahkan perasaan. Seronok sebab masa tu, semua diluahkan dalam diary ni. Tapi jadi malu bila ada yang terjumpa artifak diri Nadh ni.


Lepas dari tu, Nadh tukarkan ia menjadi mimpi pula. Ingat lagi, sampai waktu Nadh diploma dahulu, Nadh mampu 'set' mimpi Nadh sebelum tidur. Bayangkan la, nak mimpi apa, lepas tu bila pejam mata sahaja, mimpi perkara yang diidamkan tu. memang best. tapi sekarang dah tak ada lagi menda ni. 

Sekarang. Blog Nadh adalah tempat Nadh meluahkan dan melepaskan imaginasi Nadh tu. Nadh sangat sayangkan belog ni. Dah banyak entry dalam ini, tapi hampir semua Nadh luahkan di dalam ini. Cuma sekarang, ia hanya sesuai dijadikan cerita dalam cerita tak macam dahulu masa Nadh direct dalam menceritakan semua di dalam ini. Terus terang, ianya sangat penting dalam hidup Nadh sebab dia ruang Nadh lepaskan apa yang terbuku di dalam hati ni, di dalam kepala otak ini. Bukan bererti yang berada di sekeliling tak penting, cumanya, tak semua kita dapat berkongsi dengan orang, dan tak semua orang hendak kongsi apa yang berlaku di sekeliling kita.


Kita tak tahu sampai bila ianya akan berterusan, tapi Nadh dah bagitau kat seseorang tu, Blog ini segalanya buat Nadh. So dia tak boleh menidakkan blog ni sebagai salah satu yang terpenting dalam hidup Nadh. Dalam hati Nadh.

Wednesday, 2 November 2011

10 NEGARA YANG ANTI KEPADA BLOGGER

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh terjumpa sesuatu dalam email Nadh. Mari nak kongsi dengan readers.
Diingatkan, ini adalah salin n lekat bulat-bulat dari email. 

 10 NEGARA YANG ANTI KEPADA BLOGGER

1.Myanmar
Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe. Kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet. Bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang. Setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

2.Iran
Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.

3.Syria
Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan. Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi. Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

4.Mesir
Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telecom. Setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman,yang dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama empat tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak
.


5.Tunisia
Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger. Penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia


6.China
Hampir 300 juta orang menggunakan internet di cina,melebihi negara manapun di dunia. Namun kerajaan cina masih mampu mengawasi pengguna online di cina. Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di cina. Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan cina. Pada tahun 2008,pejabat kementerian yang bertanggung jawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.


7. Cuba
Di Cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet. Pada umumnya,penduduk Cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba. Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam satu dekad kebelakangan ini.

8.Vietnam
Para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan. Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger. Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai. Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahwa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam. Pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet
.


9. Arab Saudi
Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama. Kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.


10. .TURKMENISTAN
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya. Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan. Walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.


Dan kita? Ingat ya readers, kebanyakannya di tahan kerana bertindak 'menghasut' orang. Sebab itu mereka ditahan. 

Blog ini ibarat kata macam ladang ilmu, bagi yang menggunakan untuk menanam pahala, baguslah, tak kurang juga penanaman dosa dengan perkongsian yang membawa kepada fitnah, membawa kepada syahwat dan perkara lain yang tak baik. 

Kita nak yang mana? Tepuk dada tu, tanya Iman. 

Wallahualam.

Monday, 24 October 2011

Mulut JIRAN Masin.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesai buat keja ni. Masa untuk check email-email ni. Lepas tu baca komen-komen, then BW, buka belog wajib NI, dan jumpa entry NI. Tuan tanah a.k.a JIRAN Nadh dok sebut pasal mulut masin. Kata ja jadi. Macam anak sedara dia si Ecah tu. 

La ni dah mulut dia masin, apa kata dia masin sebut : 
"Tangan.. cepat baik..."

"wahai tangan.. cepatlah kau baik,, nanti leh la wat CUPCAKE kat Nadh tu...."

Pastu masin mulut dia tu cepat lah baik tangan tu... N kepada suma yang baca-baca ni, meh kita doakan sesama JIRAN Nadh tu cepat sembuh ya. Tangan dia cepat baik.. Okeh? Nak ucap maceh ciap2 sebab sama-sama tlg Nadh doa. :D

Camtu kan bgs, kan JIRAN kan? qweeeeee~~~

Tuesday, 9 August 2011

Review Blog #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

As an appreciation untuk entry NI. Nadh akan review blog-blog Tuan dan Cik yang berkenaan.

Mula sekali kita mulakan dengan akak ni ye.


Akak ni pemes tau. Nadh baru perasan belog dia ni dah tukar pakai header baru. (wahhhh.. kagum seketika.). Lepas tu sejak ber [Dot] Com, akak ni punya belog pn dah banyak berubah. (wahh kagum lagi)

Lagi, akak ni ada banyak entry. Dan antara yang telah mememeskan dia adalah entry NI. Untuk berkenalan dengan akak ni, silalah merajinkan click kat header dengan lesung batu tu, atau click ja kat SINI


Yang kedua nak review adik NI plak.

Blog bernama With Love!, entah apa yang nak berlove-love tu Nadh pun tak berapa pasti la. Tapi yang pasti belog kaler ungu ni memang menarik perhatian. Tengok header sudah la. SANGAT KREATIF kan? Seyes terbaekk.. 

Untuk makluman, adik ni dah punya kamera DiSeLaR dia sendiri. Sebab tu sekarang entry banyak tentang Photography, tengok sahajalah entry Ni, Ni dan Ni

Malah dia turut ada Belog Khas untuk abadikan Kenangan-kenangan tersebut. Apa pun,nak berkenalan dengan adik yang rasanya masih single ni, bolehlah click kat SINI.

Note :: itu sahaja untuk kali ini, akan ada lagi nanti ya, nantikan siapa pula lepas ni. weee~~

Monday, 18 July 2011

Kenapa dengan Mimpi semalam? Its 999 -

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Ada sesiapa sedar tak dengan kisah Kisah Mimpi Nadh semalam? Ngeri tak? (Merapu aja lebih kan?)
Seharian juga berfikir, apa cerita disebalik mimpi berkenaan, Nadh dapat selesaikan beberapa tanda tanya dalam hati Nadh. Berikut apa yang Nadh dapat huraikan dengan mimpi, dan hari ini.

Mungkin ALLAH nak bagitau :
1. Call police. : 999. tapi tak dapat. tapi hari ni dah dapat. (Tercapai angka ini). Alhamdulillah

2. Hati perlukan 999. Panggilan kecemasan.
Iman a.k.a POLIS- terus-terusan menjadi "Penjaga" terbaik dari perbuatan dosa.
Insaf a.k.a "Ambulans" - Panggilan kecemasan kedua, membaiki kesilapan, mengubati Iman. Menjahit kembali Iman yang carik.

3. 999 - Mangsa perlu diselamatkan. ALLAH nak selamatkan dari terus-terusan lalai dari mengingatinya.

4. Kenangan Ianya untuk dilupakan dan menjadi benteng kepada masa depan. Agar yang terbabas itu dielakkan, yang belum itu dijaga. 

5. Mati - Hidup itu InsyALLAH, MATI ITU PASTI. ALLAH sedang sampaikan, yang sebelum tibanya MATI, terbuka luas jalan ke arah kebaikan dan keinsafan. Amal Makruf, Nahi Mungkar. Kembalilah ke jalannya.

6. Punctuality - PENTING sangat !!

7. Air Mata - Satu-satunya yang mampu HARAMKAN Api Neraka dari menyentuh tubuh badan kita. Yakni yakin dan sebenar-benar bertaubat dan berniat meninggalkan perbuatan-perbuatan dosa.

Segalanya susunan ALLAH kan? Alhamdulillah.. diberikan peluang bernafas hingga ke hari ni. Moga-moga perubahan hari ke hari ini bawa diri ke arah yang lebih baik.


Opss, BTW, ini Yang buat Nadh rasa bertuah dengan tindakan menekan button FOLLOW tu. Sudi la jugak dia nak masuk belog nan kudus Nadh ni kan?


Adik baru kenai ni. Belog comei ja. Adik 15 tahun ni tahun ni nak jawap PMR. Tapi dah pandai sebut pasal SEKS. Jangan salah sangka tau, SEKS itu Solat-Elakkan maksiat-Keimanan-Selawat la.

Nak kenai lagi dengan adik yang punya identiti Kepala orang badan kartun ni, meh la lawat belog dia.
Sangat comei kan? Nak gelak guling-guling leh? Sebab comei sangat..
Nak tengok lagi tak? Leh la click kat SINI.

Sunday, 10 July 2011

Frameandlenses dah berubah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Umm. Nadh dah hilang lama kan? Hampir 2 minggu Nadh update entry pakai HP sahaja. Dapat jenguk lappy nak update tu kira bonus la. Sebab susah sangat. PLUS internet connection yang sangat tak okeh. (mana tak nya, asyik duduk dalam hutan aja, macam mana nak ada line yang okeh ka? Dah la pakai Berokbeng)


Tak apalah, dikesempatan ini, Nadh nak umumkan, Nadh menang sesuatu dari Enchik Padlie. dari belog bawah ni. Dah dua minggu dah sejak keputusan diumumkan pada 1 Julai 2011.

Nak tau Nadh dapat apa? 

Nadh dapat ni. 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Alhamdulillah, Syukur tak terhingga pada ALLAH sebab kurniakan Nadh kemenangan dalam contest Enchik Padlie. Dan bagi Nadh dapat adiah ni. Syukur sangat.. Sebab ALLAH murahkan rezeki Nadh. Masuk ni, Nadh dah menang 3 GA. Yang pertama INI, kedua INI dan sekarang INI pula.
Syukur alhamdulillah... rezeki murah sangat.. Syukur..


Special thanks to :
  • Kepada tuan tanah, Enchik Padlie, maceh banyak tau.. terima kasih sangat..
  • Dan pada semua la yang membaca. Nadh harapkan akan lebih bersemangat nak berblogging dan entry pun bertambah masyuk dan manthop. Doa-doakan Nadh ya..


Note : Sekarang ni, masa Nadh nak belajar explore dulu ruangan ini. Tak pandai la. Kena tanya sesiapa untuk assist Nadh. Diharapkan, sama-sama kita manfaatkan ruang perkongsian ini agar menjadi sesuatu yang berguna dan bermanfaat buat semua. Terima kasih.

Wednesday, 29 June 2011

Petua mempercepatkan Internet menurut Blogger.com

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah dapat jawapan kenapa internet kita problem masa kita nak BW.
Selalu Nadh baca ada orang komplen problem dengan connection kan?
Selalunya mesti sebab pakai Berokbeng kan? Nadh nak kongsi tips yang dikongsikan Blogger.com

Meh kita tengok bawah ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Rupanya Blogger.com menyokong TM Unifi.. Padan la BB selalu poblem.

Laju dowhhh.. lalalalalala~~

Tuesday, 28 June 2011

Nadh, Sharp Shooters, Blog dan Revolusi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh baru sudah tengok cerita The Sniper dekat TV3 ni. Mengenai persaingan untuk menjadi Sharp-Shooter terhebat sezaman dalam cerita tu. Cerita yang menarik. Teringin pula nak jadi seorang Sharp-Shooter macam ketiga-tiga watak utama dalam cerita ni tadi. Hebat sangat !! 

Tapi malam ni, Nadh nak cakap tentang sharp-shooter juga. Iaitu peranan kita sebagai Blogger yang juga adalah seorang sharp-shooter kepada readers kita. Sekiranya sharp-shooters dikira hebat dengan tembakan head-shot nya, kita sebagai Blogger juga adalah sharp shooter dan sasaran kita adalah HATI.

Sebab utama Nadh cakap macam tu adalah sebagai bloggers, yang punya readers tersendiri, kita berperanan untuk menyampaikan info, dan sebaiknya Nadh nak juruskan kepada Dakwah. Katakanlah, isi yang kita huraikan itu, dan sasaran kita itu kena tepat pada HATI, insyALLAH, kita akan berjaya menyentuh HATI dan seterusnya dengan izin ALLAH dan Nur yang ALLAH tiupkan kedalam HATI, kita dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada satu perubahan.

Katakanlah, semua Blogger mengambil peranan nya, bayangkanlah yang akan terkesan  dengan penulisan kita (juga dengan Izin ALLAH). Tak payah banyak, seorang Blogger satu sasaran, dengan bilangan bloggers yang ada di Malaysia ni, bayangkan tak betapa banyak golongan sasaran kita ini? 

Dan sekiranya diizinkan, bayangkan besarnya PERUBAHAN YANG DIREVOLUSIKAN oleh tulisan kita ni. Hebat kan? Semoga diizinkan.

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ''(Al-Baqarah:30)


"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "

Friday, 24 June 2011

Mood + Feel VS Entry

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Mood dan "feel" dalam berbuat sesuatu. Adakah anda memerlukan Mood dan feel untuk buat sesuatu. Adakah kehadiran keduanya penting dalam anda membuat entry dan seterusnya menghasilkan entry yang bermutu dan meletopps?

Rasanya keduanya penting dalam sesuatu. Sebab dengan ada nya Mood dan Feel, untuk blogger macam kita ni, pasti akan menghasilkan sesuatu yang berbeza dan istimewa.

Tapi hairan jugak tadi sebab sorang sahabat tegur Nadh. 


Tengok tu apa dia kata. Sebenarnya dalam menyiapkan cerita INI. Nadh tengah dok kusut. Dengan kerja dan budak wat hal. Tekanan sebenarnya. Tapi hairan pula sebab cerita ni dah jadi sangat panjang..

Hairan kan? jadi apakah yang sebenarnya menghalang Nadh dari berkarya ni? Mungkin terkadang tu, faktor masa dan kekangan harian menghalang diri berkarya kot? sebab kekangan menghalang idea diterjemahkan sebaik mungkin. Rasanya kot? Nadh akan berusaha..

Apapun, Wallahualam.. Nadh pun masih tak tahu..

Tuesday, 14 June 2011

Tutorial : Macam Mana nak buat Blockquote dalam entry

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Malam ni nak wat sedikit tutorial leh tak?
Jiran Nadh nak blajo buat macam kat bawah ni katanya..
Tapi sebelum tu, Nadh nak tanya.. 

Nadh comel kan? baik setuju, kalau tak Nadh tamo aja..
hihihi. acah aja la. :)

Baek, nak buat dia macam ni.
Click Design > Edit HTML
Lepas tu click dekat  Expand Widget Templates

Kemudian tekan button CTRL+F dan paste-kan code
b:skin 
 kemudian bila dah jumpa macam kat bawah ni
  


PASTEKAN code macam dekat bawah ni sebelum code tadi. 
    .post blockquote {
    background: #99FF99;
    -moz-border-radius-topleft: 10px;
    -moz-border-radius-bottomright: 10px;
    padding: 6px;
    Border: 3px solid #006600;
    margin:1em 20px;

Jadinya, dia akan jadi macam ni

Kemudian click SAVE TEMPLATE dan dah boleh pakai.


Cara nak pakai macam ni.
Highlightkan tulisan yang kita nak letak kotak tu. macam kat bawah ni

Kemudian tekan dekat Quote kat atas ni. 


Tadaaa.. Ciap dah tulisan dalam kotak dan akan keluar macam ni
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

ALLAH Yang Maha Kuasa, Dan DIA Maha Mengetahui apa susunannya
buat kita yang diamanahkan sebagai khalifah di Dunia ini.



Baik. Untuk edit isi dalam Code tadi. Ada kat bawah ni.

.post blockquote { background:  #99FF99; ( bold : ini background belakang warna HIJAU) boleh ubah dekat SINI contoh nak tukar color hitam tukar lah kepada #000000)
-moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; ( bold : ini border dia. kalau nak ubah la)
padding: 6px; ( tak payah kacau )
Border: 1px solid #006600; ( ini border color HIJAU GELAP. kalau nak tukar line dia tebal, tambah lagi 1 kepada 3 ka 4 ka 5 ka atau 10px. (ikut suka la nak tebal mana, ikut kesesuaian kamu)
solid adalah GARIS LURUS macam ___________
dotted adalah GARIS TITIK-TITIK macam …………………….
dashed adalah GARIS PUTUS-PUTUS macam  _ _ _ _ _ _ _
margin:1em 20px; ( tak payah kacau )
}

Sekian. Selamat Mencuba.
Mekaseh.

Wednesday, 8 June 2011

Tutorial : Update Blog Melalui Email

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca

Petang tadi Alhamdulillah.. telah sukses Nadh update blog melalui email. Tak sangka dalam dok bosan-bosan tunggu barang tu, leh plak terjumpa feature dalam Blogspot yang Nadh lum jumpa. Heran jugak kan, sebab tadi dok keluar satu screen yang menyuruh Nadh aktifkan feature Mobile Blog. Tapi lepas active pn sama jugak still takleh nak update, tapi secara tak sengaja jumpa cara update melalui email. 

Berikut Nadh kongsikan caranya :

1. Masuk ke Dashboard, dan pilih SETTINGS


2.  Pilih EMAIL & MOBILE

 3. Secara automatiknya akan masuk dalam page bawah ni. Kotak atas adalah bagi mengaktifkan Mobile Blog template, kelebihannya bila buka blog melalui nya dia akan ringan sikit la.


4. Terus scroll ke POSTING OPTIONS. Tukarkan SECRETWORD dengan kata laluan kita.
Contoh : anak.itik.tok.wi.BEDAH@blogger.com

5. Selesai sudah setup untuk Update blog melalui Email.


Itu sahaja. Selamat mencuba.


Saturday, 4 June 2011

Nadh cakap tentang Seth-Seth-Seth

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni lain sikit ya. Malam ni tak perlu baca sangat, tapi kena dengar ja. Sebab malam ni Nadh wat vlog lagi. Suma ni gara-gara JIRAN Nadh NI la.. (Hihihi saja nak salahkan dia.walau mungkin kot cket2.. :P )

Cerita dia, Nadh dah 2 hari (dari semalam nak berVlog) tapi tak buat-buat pun. Mai hari ni jadi segan plak. Sampaikan JIRAN kata camni :

Nadh jawap la : 

Ni balasan jiran : 

Maka dengan ini, Nadh pun tunduk dan patut (konon) dan ciapkan jugak.. ahahahaha (sebenarnya tak berapa ada mood nak mencoret ) . Dan ini hasilnya,

Friday, 20 May 2011

Mana Archieve belog ampa ni?

Assalamualaikum..
Dan salah sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Beberapa hari ni Nadh agak bz dengan kerja, tapi Nadh gagahkan jugak la merajinkan diri BW sebab nak ramaikan peserta contest sorang sahabat yang Nadh tafsirkan sangat hebat, dan lain dari yang contest-contest lain yang Nadh penah masuk, walapun Nadh tak masuk contest ni, Nadh rasa happy bila tiap kali dapat lihat pertambahan peserta dalam tu.

Semalam sepatutnya jadi hari terakhir Nadh wat kerja tu la, tapi tak sangka plak, Nadh dah tak larat semalam, tengah dok BW leh Nadh tertidur, apa pun tanggungjawap dan tugas tu Nadh akan sambung hari ni, cuma kan, Nadh tingin nak kongsi satu yang Nadh jumpa sepanjang aktivity Nadh tu, iaitu Archieve blog. 


Hairan betul, kenapa perlu dibuang ae menda ni? bukankah menda ni penting, (bagi Nadh penting la) sebab as a newbie cam Nadh ni, n sorang yang suka explore dan membaca, Archieve ni penting, sebab bila Nadh sampai ke belog orang, Nadh bukan hanya akan baca entry yang kat depan-depan, kekadang tu Nadh lebih suka untuk explore hasil-hasil coretan masa lepas depa, tapi hairan, napa perlu dibuang menda ni ae?

Ada sapa leh explain kat Nadh dak? seyes tak suka bila cari Archieve ni tak jumpa.. T.T


Monday, 9 May 2011

Teringin plak dah

Assalamualaikum..

Tetiba plak rasa nak berubah angin, terasa nak bertukar la. teringin nak berDotCom plak. Tadi post dekat FB pasal ni. agak menarik perbincangan diadakan dan ada 55 komen dalam satu status tu mengenai DotCom tu. Banyak komen-komen membina dari kedua blogger DotCom tegar Enchik Kirin dan Cik Sunah. Sambil di kongsikan satu blogger tegar lagi Enchik IR yang menerangkan tentang Domain dan Hosting dalam belog dia.

So far rasa cam terkenan dengan apa yang Enchik Kirin dan Cik Sunah yang mengatakan Domain tu alamat dan hosting tu adalah rumah. Jadi bila kita ada rumah, takdak orang leh nak halau-halau kita. Menarik tu selain apa pon kita wat kat blog kita,takda siapa boleh saman kita

Apa pun, segalanya masih dalam perbincangan dan penelitian. Andai kata jadi nanti jadilah. Selepas sahaja angka 666 direalitikan, akan ada la perubahan tu, (kalau jadi la). apa pun terima kasih banyak pada yang berkongsi dan memberi pendapat. akan Nadh perhatikan dan perhalusi satu persatu mengenainya. Maceh sangat.. 

Sunday, 8 May 2011

Hairan

Assalamualaikum..
Selamat petang pada semua dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.

Entry ringkas petang ini hanyalah sekadar luahan perasaan dari Nadh untuk apa yang dah berlaku kebelakangan ini. Jujurnya sejak kebelakangan ini Nadh tak tahu apa yang menimpa diri Nadh. Lama jugak Nadh memikirkan, sampailah tadi, baru Nadh bertemu dengan perkataan sesuai untuk meluahkan apa yang terjadi kepada Nadh.

Nadh rasa, Nadh telah kehilangan keghairahan untuk menulis sejak kebelakangan ini. Mungkin tiada yang perasan kot, tapi Diri Nadh sendiri dapat merasakan entry Nadh kebelakangan ini "kosong" dari apa yang Nadh selalu kongsikan. Hairan betul rasanya, selalunya Nadh akan menukarkan setiap apa yang Nadh lihat dalam bentuk tulisan dan perkongsian, (kalau tak tak ada la lagu menjadi tajuk kepada Cerpen Nadh kan, tak jugak la Tarikh menjadi tajuk kepada cerita Nadh kan ), tapi semenjak 2 menjak ni, Nadh kurang bernafsu untuk bercerita, tiada rasa untuk mencoret, tiada seronok untuk berkarya.

Mungkin Lappy majuk ni turut menyumbang kepada kejadian ni, atau mungkin jugak tekanan dan entah apa perasaan yang menyerang Nadh ni menjadi sebab untuk segalanya itu. Apa pun, Nadh akan berusaha nak memperbaiki diri Nadh. harap sangat dapat balik keghairahan tu. Nadh gembira dengan apa yang Nadh buat. Apa yang jadi sekarang ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri Nadh sendiri. Ya la, shian dekat Cik Frame n Lenses tau, dah lama Nadh tak berkongsi cerita yang Nadh suka dengan dia. arapnya dia tak majuk ng Nadh la. sebab kalau dia pn majuk, konpem la, Nadh ilang terus dari dunia blogging.. 

Nadh sayang Frame n Lenses. :D


Monday, 25 April 2011

Bicara Tengahari Nadh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kehadapan Blog sayang,
serious aku sangat rindu dekat kamu.
rindu sangat sebab aku tak dapat nak bersama dengan kamu.
sangat-sangat rindu sebab taleh nak sembang dengan kamu,
sangat-sangat-sangat- rindu sebab tadapat nak lihat perkembangan kamu dan berkongsi ceritaku sedang aku ada banyak sangat cita nak kongsikan dengan kamu.

Wahai Blog,
aku bukan tak mau nak sembang dengan kamu,
tapi kesuntukan masa, dan kemerajukan lappy tu membuatkan aku tak dapat nak jumpa kamu,
kamu tahu tak, rasa sasau sekejap la sebab tak dapat tengok kamu,
ni hati ni, tak tenang tau dak bila idea melonjak-lonjak keluar dan ianya tak dapat aku luahkan dalam bentuk tulisan,

Wahai Blog,
ni aku dok online pakai pc office dengan menggnakan broadband aku, sebab aku taleh tahan da berjauhan dengan kamu selama 2 hari.
kamu nak tau dak, tak ramai mai melawat kamu semenjak 2 hari aku tadak ni.
tapi tu bukan soalnya la, soal utama dia adalah aku yang tadapat tengok kamu,

Wahai Blog,
kemarin aku ngadu kat boss aku cakap lappy rosak,
kamu tau apa dia kata?
""Ya lah.. hg duk layan perempuan lain. laptop hg laptop betina. ha. ha."
duii leh plak dia kata macam tu? ada ka patut blog?
kalau yang nak jadi perempuan tu aku nak kamu la blog.. sebab aku selesa sangat dengan kamu..

huuu.. tamat sudah aku berkata-kata, nanti kita sembang len tau.
aku da cal angah tadi, dia kata satgi malam leh jumpa dia, aku akan pastikan lappy aku sehat seperti sediakala agar aku le tengok kamu selalu. tata blog. take care tau.

Lots of Love
Nadh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA