Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Hilang plak lagi dua hari. ehehe. Alkisahnya kena demam selesema dah beberapa hari. Kemuncaknya adalah pada 24 hari bulan lepas. Sungguh tak laratnya la rasa. Nak buat apa pun tak berapa selesa. Mujur la ALLAH kurniakan juga kekuatan untuk saya layankan anak anak, hantar ke sekolah apa semua. Alhamdulillah.
Bila dah sihat semalam, mula beroperasi kembali la. What a hectic day omputih kata. ehehe. Sibuk kemain semalam. Pagi siapkan anak, sedia semua, hantar anak kecil ke rumah mengasuh, kemudian hantar yang besar ke sekolah. Lepas hantar, tunggu dia sekejap dekat sekolah, konon nak tengok dia menari nari, menyanyi nyanyi la sebab hari Khamis selalunya dia akan ada aktiviti tu, hari sukan la katakan. :D
Next saya hantar isteri ke tempat belajar dia. Plan asal tu nak test bawa uber kat area tempat belajar dia la, tapi yang jadi nya kat screen tu keluar error, cannot drive in Penang. Mula tu pelik juga la, frust pun ada sebab memang ingat ikut isteri ke sini pagi ni sebab nak test market kat sini, tapi nampak gayanya kecewa la. Tak dapat la cerita dia nak cuba buat uber kat sini. Jadi terpaksa rela la saya cari tempat nak melepak. 2 jam juga ni nak tunggu dia siap dan habis kelas tu.
Target pertama, masjid la, apa lagi. Selesaikan apa yang perlu diselesaikan dahulu. Sambil mencari tu saya nampak ada muzium. Dan plan dalam hati, siap tu, saya akan ke muzium la, layan bahan sejarah pn macam menarik juga ya. Makanya nak dipendekkan cerita sampai la saya ke muzium. Masa tu dalam 1030 juga lebih kurang. Sesampai nya kat muzium tu macam amazed sedikit la tengok kat sana ada air terjun. Suasana yang cantik, sejuk, rasa macam pergh.. lepak kat gigi gigi air sambil layan ketenangan kat sini pun memang seronok.
Tapi akhirnya lain yang jadinya. hihi. mana tidaknya, dalam muzium yang rasa saya tak la besar mana tu pun saya dah ambil masa satu jam lebih. Tu belum kira lagi menelaah artifak yang ada di luar muzium, tengok jam dah 11.45, kelam kabut la saya. Orang tu keluar jam 1200. Maka terkuburlah impian dan harapan nak suka suki di gigi air tadi.
Balik dari tu dah ambil isteri, terus meluncur laju balik rumah. Jam 1:00 anak habis sekolah. nak dijemputnya budak tu pula. Ni pun sampai lambat dari biasa, jam 1.05 baru dapat ambil anak. Dah ambil hantar ke rumah mengasuh dulu, baru la kami berdua bergerak. Niat asal saya hari ni nak buat uber di petang hari. Perkara pertama adalah keluar makan dahulu. Selesai tu baru saya aktifkan uber tu. Mula tu isteri suruh hantar dia dulu, tapi saya kata kat dia sebelum ni, kalau boleh 1st trip saya nak la dia ada bersama, saja nak bagi dia merasa dan hati saya pun sebenarnya suka nak dia jadi orang yang pertama bersama saya dalam trip ni. Jadi saya redah dulu la, tengok macam mana, kalau memerlukan, saya kena la hantar dia ke mana mana sekejap dalam tempoh tu kan.
tapi, Alhamdulillah, dimakbulkan, elok on ja dah ada orang yang ping. Kami la yang mengambil orang tu, mujur juga yang datang tu bedua, kalau tiga kacau juga ya dah isteri ada kat sebelah, nak letak dia kat mana pula kan? ehehe
Selesai hantar orang tu, baru kami bergerak ke masjid, solat sekejap, lepas tu ambil anak. Ingatkan dah habis, belum lagi tahu, bawa pula anak keluar mencari kasut dia. Bab kasut ni nak kecewa ni, saya belikan anak kasut murah rm5.90 ja kot tak silap harga dia, dah dua tahun pakai. Rilex ja tahan ja, beli yang mahal rm29.90 kot, pakai tak sampai beberapa bulan dah putus. Official souvenir brand plak tu, bleh tak tahan, merepeek sungguh, padahal punya la dok 'pedo' anak pakai, tak boleh lari, tak boleh pakai main, tak boleh itu, tak boleh ini, last last itu yang meniggal dulu. Hampess. ahaha
Opss back to cerita, lantak la kasut tu, nak wat macam mana nak, dah umur dia takat tu ja, nak buat macam mana kan. Dua kedai juga yang kami pergi cari kasut tu, kedai pertama tu kasut tak berapa cantik, plus ada masalah teknikal sikit la, masa nak membeli tu staff tengah buat kerja, kami cuba masuk area tu, tapi tak diendahkan, jadi ambil tindakan sendiri la, cari kedai lain.Alhamdulillah, kedai kedua ada la pilihan sedikit, jadi dapat la anak teruna tu seorang dua pasang kasut.
Lagi satu, tu la kan, nanti dalam entry lain saya cerita la bab inflasi ni, beli tak banyak mana pun dah dekat seratus. 94.10 semua sekali. ahaa, budget tak banyak la nak membeli kasut sahaja, tapi tudia. pelan liur sekejap. tapi layankan aja la. anak anak kan? :D
Habis tu, baru la dapat balik rumah. Penatnya la hai.. macam nak pengsan. sakit kaki kaki. (tu mungkin juga tambahan sakit la lepas 2 hari berturut bola padang dan futsal kan?). Tapi alhamdulillah, bila ALLAH nak lorongkan kesempatan, banyak perkara yang nk dibuat semua dimudahkan, berjaya diselesaikan. Alhamdulilah, terima kasih pada Maha Pengatur. Syukur , semua selesai.