Followers

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Kita buat sama-sama ye?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sepanjang hidup, Nadh penah jumpa 2 spesis manusia yang tidak menunaikan solat. (AMARAN :: ini adalah entry peringatan, tidak berniat mengaibkan sesiapa)

1. Tidak bersolat, tapi aware dengan waktu solat. Golongan ini, bila masuk waktu, akan menyuruh kita pergi menunaikan solat,ciap berleter lagi bila kita melengahkannya.

2. Golongan tidak bersolat, tapi bila kita hendak kearah itu, (kita cakap kita nak bersolat), tapi diabaikan permintaan kita tu. Boleh plak bawa kita pergi tempat lain untuk elak dari solat. (terjadi semasa kita menumpang mereka).

Beza keduanya adalah, ALERT dengan waktu dan menyuruh dari bw kita turut memonteng macam mereka. Nadh hormat yang pertama. Tapi dalam hati Nadh tersangatlah sedih, kerana mreka punya hidayah, tapi sayangnya tidak berganjak untuk menunaikannya. Nadh pernah soal golongan ni dulu.

"awak, saya selalu awak ingatkan untuk solat, bila masuk waktu, awak suruh saya pergi, tapi kenapa awak tak turut serta?"

**Terdiam.**

"saya minta maaf andai pertanyaan ini buat awak tidak selesa dengan saya, tapi saya rasa sayang. In fact saya rasa sedih sekali bila satu berada dalam situasi ni. "

"sebenarnya kan, dulu saya solat. Lepas tu mula terkurang waktu, mula satu dan dua, selepas tu saya hanya tunai subuh dan maghrib sahaja, lama-lama tidak terus."

"jadi dah sedar kenapa tidak buat?"

"entahlah, saya rasa berat hendak tunaikannya sekarang, malah seminggu sekali pun susah. Tapi kekadang tu lama lama sekali saya buat jugak".

Nadh pula terdiam. Selepas lama berfikir,
"kalau bersendiri itu tidak kuat, maksudnya kita kena ada pendorong, lepas ni kita buat sama-sama ye?"

Keduanya tersenyum. Dalam Nadh mengamin doa, Nadh yakin dia juga sama, berniat menggapai redha ALLAH dengan menuju jalan yang dah disusun. Moga dia dimudahkan jalan n berusaha.

Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 1 October 2011

6 perkara Allah sembunyikan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Note :: Yang tersangat taatnya kepada ALLAH juga ALLAH tak berikan kelebihan sebesar kelebihan yang ALLAH telah berikan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW, menunjukkan betapa SAYANGNYA ALLAH kepada kita, tu pun kita masih tak sedar diri. Terpulanglah kan, syurga neraka atas diri yang memilih, andai kata punya kesedaran, tindakan akan diambil sekarang, bukan menanti dan memberi alasan konon, "nanti baru nak buat.. "

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Sumber : Email

Monday, 15 August 2011

Sembahyang Akhir Waktu

Assalamualaikum. Atau salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang
kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di
setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.
Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan
tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat
sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat
posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan
langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat
hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan
amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar
amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita.
Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.
Seolah-olah kita tak sembahyang juga. 

Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah
tu takde nilai, kena azab lagi nanti.
 
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal
waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di
dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.

Amin. 

Note :: Copy paste dari FB. Apa pun, kita amek contoh lagi mudah. Makanan yang panas dan makanan yang sejuk. Mana satu jadi pilihan? Mesti yang panas dan terbaik kan? Camtu juga la amalan kita. Takkan ALLAH da bagi segala hasil yang terbaik, kita kasi yang buruk kat DIA? malu weyh.. 

Saturday, 6 August 2011

Ikut satu, tapi tinggalkan satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Di pagi Ramadhan yang ke-6 ni, meh kita sesama renung-tenungkan kisah yang Nadh kongsikan dari petikan entry INI.

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Selesai kongsi cerita.

********************************************

Sebenarnya Nadh nak kongsi mengenai cerita "Ikut satu, tapi tinggalkan satu".
Apa dia? Macam kisah di atas ini, BERPUASA, tapi MEMBUKA AURAT.
Sahabatnya diBODOHkan sebab bertanya, tapi bila disoal tentang AURAT, sahabatnya diTEMPELAK pula.

Sama juga kesnya dengan BERPUASA TETAPI TIDAK BERSOLAT. Kita BERPUASA demi menunaikan IBADAH YANG DIWAJIBKAN buat kita di Bulan Ramadhan, tapi kita lupa pula mengenai POINT KEDUA TERBESAR selepas LAFAZ SYAHADAH iaitu, SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM.

SEDANGKAN, Allah berfirman didalam Surah al-Muddatstsir, ayat 4 bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."

Juga disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Dari kedua di atas SANGAT JELAS yang KETENTUAN PERTAMA YANG HARUS DIBERATKAN ADALAH SOLAT, (bukan bererti yang lain ditinggalkan), Cuma persoalan sekarang, sekuat manakah sesuatu binaan itu, sekiranya TIANG BINAAN UTAMAnya tiada?

Renung-renungkan..


Terima kasih kerana membaca.


P/S : Meh ramaikan, rajin-rajinkan jari anda melawat

 
Bak kata Tuan Tanah
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat''

Wednesday, 3 August 2011

Si Pengukir Senyuman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahai sayang,
Si pengukir senyuman
Kau pengisi jiwa,
Kau bagai ruang mengadu lara

Si pengukir senyuman,
Kau jambatan cinta,
Kau penghubung sayang
Melalui mu aku bertemu Tuanku
Melalui mu aku berjumpa Tuhanku

Si pengukir senyuman,
Kau kunci, kau tutupi
Jalan-jalan dosa bila kau ditepati 
Kau jagai , Kau warnai hidup dengan rasa bahagia
Tenang yang tiada terperi

Si pengukir senyuman,
Moga satu hari nanti,
Perjumpaan kita setiap hari
Dibalasi, 
Ditunjuki ruang-ruang redha
Sebagaimana kau menjadi pelengkap kepada tiap amal 
Sebagaimana kau menjadi tempat pertama dilihat sebelum yang lain

Moga ALLAH menjadikan aku dan kau kian rapat 
Saling sayang menyayangi, Saling rapat,
Sebagai ruang utama memohon, meminta, berharap redha Tuhanku.

Amin Yarabbal Alamin


Nadzri
05:02pm
03-Aug-2011


Note : ditaip dalam keadaan basah kuyup kena hujan.(di office mengambil lappy sebelum pulang)

Friday, 18 February 2011

Duduk Iftirash ketika solat = reflexology

Aku melihat Nabi Muhammad SAW.. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.

2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)

3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasulullah SAW dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT

4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.


Apa kelebihan duduk Iftirash?
Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...



Note :: Hebat betul apa ajaran ISLAM ni.. kita buat satu, kita dapat banyak. Darab dengan 5 kali sehari (yang wajib) bayangkan la.. manfaatnya.. betapa sayangnya ALLAH pada kita ni dalam kita tak sedar.. Allahuakbar..


Credit to : Mahligai Group

Wednesday, 1 December 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.


Hebat.. nak menangis pn ada la..
betapa hebatnya kan apa yang DIA da susun buat kita..
rasa betapa lalainya aku..
aku berazam nak buat sesuatu.. nak ubah menda ni..
YA ALLAH.. izinkan aku untuk perubahan ini..
bantulah aku.. bantulah keluargaku, bantulah sahabatku..
semua yang ada yang terikat ng SyahadahMU ya ALLAH..
berilah kami kekuatan..
Amin Yarabbal alamin.


Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Credit to: | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Buta+Pekak+Bisu=CINTA