Followers
Tuesday, 24 September 2013
Lelaki Hebat
Saya terbaca isteri semalam.
Tak ada yang lain. Cuma berdoa dan berharap bahawa saya mampu jadi LELAKI YANG HEBAT tu.
Moga ALLAH perkenankan.
Amin.
Monday, 10 October 2011
Apabila bulan muncul sekali lagi.
NOTE : CANTIK n KACAK ITU BUKAN PADA PARAS RUPA, TAPI AKHLAK KITA. IMAN kita
Thursday, 28 July 2011
Nadh, Lelaki Melayu ?
Thursday, 26 May 2011
Makanan dan Lelaki
Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.
Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia. :
Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.
Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.
Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.
Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.
Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.
Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.
Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.

Sumber : email
Wednesday, 27 April 2011
Wanita SILA BERHATI-HATI dengan LELAKI
Nadh terbaca sesuatu dalam blog orang ketika sedang berBW tadi.
Satu yang sangat mengejutkan. dalam surat khabar Metro hari ni.
Mengenai serbuk Setan, yang memperdaya Wanita.
Nadh da mula risau dan takut. memikirkan perempuan-perempuan diluar sana, jadi dengan sepantasnya Nadh punya jadi pun mula berkata-kata, dia tanak apa-apa jadi kepada yang ada di luar sana, di sini dia nak memberi sedikit peringatan.
Apabila ada date dengan LELAKI yang tidak dikenali, atau dikenali pun, sila amek tahu tentang TIPS di bawah ni.
1. Pastikan tidak keluar dengan LELAKI berdua, sebaiknya ada TEMAN bersama kita
2. Pastikan tidak meninggalkan MAKANAN atau MINUMAN bersama LELAKI sendiri ketika kita hendak ke tandas atau ke mana, sebaiknya pergi la tandas setelah selesai atau apa sahaja, ini untuk mengelakkan mereka punya peluang untuk buat apa-apa kepada makanan kita.
3. Jangan keluar ke tempat-tempat yang tidak ramai orang, Sebaiknya ke tempat yang ramai orang, agar mereka tiada peluang mengapakan kita. ELAKKAN berdua bersama mereka.
4. Sebaiknya gunakan transport awam. Bagi mengelak mereka bawa kita ke tempat yang kita tidak tahu di mana, demi keselamatan, gunakan transport awam.
5. Pastikan mereka tidak meniupkan asap rokok atas apa-apa kepada kita, berjaga-jaga kerana ada juga kes pukau melalui asap rokok ini.
Dan paling baik sekali, TAK PAYAH LA NAK GATAI, KELUAR DENGAN LELAKI YANG TIDAK SAH MILIK NI, SEBAB KITA TAK TAHU MEREKA MACAM MANA KAN? DALAM ISLAM SENDIRI ADA MENYEBUTKAN, EVEN TUNANG PUN TAK BOLEH KELUAR BERDUA MALAH MESTI DITEMANI OLEH YANG SAH TARAF IAITU MUHRIM KITA.
Kesimpulan yang boleh dibuat, ISLAM dah susun comei dah untuk kita, bagi yang mengikut, Alhamdulillah aa, yang tidak, pun tidak salahkan juga, mungkin kurang ilmu pengetahuan, atau mungkin terlalu open, BERJAGALAH DENGAN LELAKI, BERHATI-HATI DENGAN MEREKA. Kerana ditakuti apabila satu sudah menguasai sembilan, memang habis jahanam la.
Sekian. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.
Thursday, 17 March 2011
BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL
- Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?Pernah. cinta pertama hadir sebaik lihat paras rupa la. (terus terang bagitau nih). tapi bukan makna secantik2 bidadari yang dicari, cukup sekadar sejuk di hati, buat mengisi ruang di sini. chewahh.. normally akan tertarik kepada yang bersopan la pemakaiannya, gentle cakap, lagi terkatup lagi tersuka memandang. lagi sejuk ati cheQ ni ha.. pastu baru la nak mengenali ati dan keperibadian. pastu baru wat keputusan..
- Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?rasanya la kot.. takkan la selebet sangat kan.. ahahaha.. tapi toi apa. cheQ ni kecik2 gitu, takkan nak tengok yang besaQ2.. sat cam KLCC dengan KOMTAR plak, tengok jugak la. yang kecik cket.. kira ala2 padan la.. paling tak pun cukup2 padan ka lebih cket(sikit yang sikit la tau) kira okeh la tu..
- Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?tettttt~~ tatau nak tengok kat mana.. kang tengok tak ketahuan kena penampaQ plak kan.. :P
- Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?tatau nak kata la.. bahagia la kot. baru-baru ni jmpa kawan, dulu cheQ kira setengah dari dia ja, la ni, dia dah 3x ganda besaQ. baru pas kawen. tengok senyum ja.. bahagia la tu kot..
- Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..tak berani nak kata la.. sama ja kot.. kadang tu tak kacak pn kaki perempuan jugak sebab ayat manis, pandai berkata2.. cantik yang materialistik, ada ja yang tak cantik materialistik, sama ja. suma ada dah skang ni.. ;)
- Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..perempuan idaman, semestinya la yang beragama. sebab bila dah berkahwin ni, mesti la nak umahtangga aman makmur bahagia suma kan, beragama ni penting la. sebab dia jugak yang akan dok rumah nanti jaga anak-anak, anak-anak pulak dengan adanya ajaran agama ni.. insyALLAH menjadi anak soleh dan solehah, (harta berguna tu, smpai bila2 mendoakan.) apa pun kita cuma merancang, dia menentukan, nak perempuan baik untk laki baik dan sebaliknya, kita tentukan diri kita SEKARANG untuk Masa Depan kita. ;)
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?alamak.. tadak pasangan la. camna nak jawap nih..? ahahahaha.. PASS~~
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?cukup bersyukur.. Alhamduillah dah dilahirkan tara ni.. ;)
- Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ? Perlu la. sebab kan, "Sesedap Mata Memandang" tu penting. ni bagi diri sendiri la. kang tadak dah alasan nak cari len, nak makan luar, sebab kat umah tu dah serba lengkap.. apa pun diri yang menentukan la. ;) tapi sama2 kena jaga la. bak kata boss nadh, kita jangan wat bagi ada bola tanggung kat kita. sediakan segala persiapan sebelum berperang .. ;) jangan bagi orang ada alasan nak hentam kita.. PENTING SANGAT!!
- Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..bukti tadak. mungkin berkesan. tapi leh ja nak usaha cara murah, hari2 p la jogging, bersenam, jaga pemakanan. leh aih.. duit selamat. leh simpan nak wat kawen, agaagagagaag
Note :: Ada apa2 ka nak kata pasai LELAKI atau PEREMPUAN? komen dialu2kan. tapi kena la click kat SINI
Friday, 21 January 2011
Lelaki = Kucing Jantan, ya ka?
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan dan cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan dan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia.
credit to : Nina Mazrina (Mahligai Group)














