Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam, ada futsal. Kalau selalu tu hari Rabu. Minggu ni bawa ke depan, ke hari Selasa sebab ada ahli yang tak dapat nak datang sebab kena outstation hari Rabu ni. Memula tu malam Isnin baru nak plan main hari Selasa. Saya macam biasa la, bila ada yang 'bunyi' nak main, sebagai tukang atur game saya cuba la sampaikan mesej tu dalam group. Bagi semua orang bincang nak ka tak mahu.
Lagipun minggu ni, esk lusa iaitu hari Jumaat ada game lagi, lawan dengan team yang saya lawan bola padang dua minggu lepas. Ada la wakil dari team tu whatsapp saya minggu lepas ajak main futsal pula. Bila saya usulkan pada team kami, dalam group, respon agak boleh tahan, macam nak main minggu ni friendly dengan geng tu pula.
Alhamdulillah, dipendekkan cerita, jadilah ceritanya nak main hari Selasa. Dan seronok nya kali ni masih lagi main sesama kami. Bila difikirkan, team yang hampir terkubur hari tu kembali bangkit sebab ada kemasukan ahli baru. Alhamdulillah la masih diizinkan nak terus bertapak kan. Cumanya bila ahli dah bertambah, ada pulak bunyi lain, ya la fahamlah kan, dah terlalu ramai sampai boleh main sesama kami dan bila hari friendly mai ramai ramai, ada pula yang nak tarik diri sebab tak puas bermain. Jadinya beberapa hari lepas saya ada PM dah admin group kami tu untuk hold sebarang kemasukan sebab nak 'jaga' ahli core team ni. Well, sebagai orang yang handle, saya suka untuk beri keutamaan kepada ahli utama team dari ahli tambahan ni. Bukan apa, kesetiaan semua itu sangat saya hargai, jadi saya tak nak ada terasa hati ka apa pada semua ahli, saya kena la ambil tindakan awal kan?
Game semalam, pertama kali dalam sejarah kami main dalam keadaan cuaca hujan yang teramat sangat lebat. Pertama kali dalam sejarah la kiranya.
Bila dalam keadaan hujan lebat, dengan kilatnya lagi kan. Suasana tu jadi lain sangat. Memang tak dengar apa pun. Cuma dengar hujan. Bunyi hujan. Nak berkomunikasi dengan kawan kawan pun tak boleh. Sembang pun tak dengar apa. Tapi dah dalam court nak sembang apa nya kan? Cumanya tak ada komunikasi aa. Nak panggil pun tak dengar.
Ibaratnya main macam orang bisu, pekak main. Tak ada bunyi. Lain macam aih. Bila bagi bola pun kekadang, kawan kawan tak dapat nak baca. Pelik sungguh rasa main macam semalam. Instinct macam hilang pun ada. Semua macam main sepak ja. Gerak bola pun tak macam selalu rasa saya. Cumanya, bila dah habis hujan yang lebat tu. suasana kembali normal. Baru rasa ok balik permainan tu.
Terbayang, macam tu la agaknya kehidupan mereka kan? Tiada bunyi. Hambar gamaknya kan?
Tapi itu pada kita, manusia yang ada deria tu, mungkin pada mereka, ada kelebihan lain, ada la tu keceriaan, kegembiraan atau 'happening' tu kat mana mana yang kita tak nampak.
ALLAH lebih tahu.
Apa pun, bersyukurlah. ALLAH dah beri kita.
Syukur juga kepada mereka, ALLAH tak beri mereka. Yang mana menjadikan mereka orang yang tak ada dosa pada deria yang tak ada tu.
Allahuu.... T.T
Followers
Wednesday, 22 November 2017
Tuesday, 21 November 2017
Mimpi
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Beberapa hari lepas. Terjaga dari tidur. Bermimpi sesuatu yang agak pelik.
Dalam mimpi tu, saya ssedang memandu. Memandu laju sungguh. Bila sampai kat selekoh, rasa sudah semestinya akan terbabas. Dalam hati tu memang tak sedap hati dah. (Oh well, kalau kita terbiasa memandu sesuatu kenderaan tu, kita mesti dah tahu kan, macam mana keupayaan kenderaan kita untuk berhenti, kan?)
Balik kepada mimpi, memang dapat agak dah, walau macam mana tekan brek pun sudah pasti akan terbabas. Dah mula la terbayang betapa teruknya akan cedera dengan kelajuan macam tu.
Kemudian.
Nak dijadikan cerita. Tepat tepat, sikit lagi nak terbabas. Kenderaan yang dipandu, berhenti. Serta merta. Memang cun betul dengan bahu jalan yang tadi tu.
Allahu... ni sememangnya RAHMAT ALLAH. Terselamat. Tak terbabas. Memang dengan rahmat ALLAH sahaja terselamat ni. Tanpa izinNYA tak mungkin akan terlepas. Syukurlah. Sangat sangat bersyukur denan izinNYA. BantuanNYA. RahmatNYA.
Lepas lama tersedar, dan jaga, dah petang pun, masa dok bawa motor, berfikir sejenak. ALLAH bantu. ALLAH izin. Kenapa mimpi ini?Mungkin di satu sudut ALLAH nak beritahu. Tak kira setakat mana kita dah sampai. Teruk macam mana pun... kembalilah... Mungkin ini satu 'hint' ALLAH nak sampaikan.
Mudah mudahan kita berada dalam golongan hambaNYA yang beringat. Mudah mudahan.
Amin

Monday, 20 November 2017
Friendly
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam, 19 November 2017. Aktiviti mingguan kumpulan kami. Ada friendly bola padang dekat Konpleks Sukan Hijau Kuning, Alor Setar. Sebenarnya minggu lepas ada juga, minggu lepas lawan dengan group salesman Toyota Utara. Minggu ni lawan dengan Pendang FC pulak. Minggu lepas nak pergi, bawak budak hero besar tu, since minggu ni ingat macam minggu lepas, bawa dia ikut sekali la. tapi mana tahu minggu ni plan jadi lain la.
Haa nak dijadikan kebetulan, linesman game kami tu kawan
tempat kerja lama saya. Lama tak berjumpa kan, mana tahu jumpa atas
padang. Nak tergelak pun ada. Dari jauh dia dah keloi saya, panggil
tanya khabar. Sembang punya sembang. Baru tahu yang team lawan cuma datang 5 orang sahaja. Satu kereta eksiden, jadinya short lagi 5 orang yang sepatutnya datang tu. Makanya, terpaksa rela la main campur campur. Takkan nak cancel kan, dah ramai yang datang ni. tak silap group kami aja dah ada dalam 17 orang kalau saya tak silap. Sekali referee pun dah datang masa ni.
Makanya mainlah kami. Asalnya saya patut geng merah. Tapi sebelum game mula, terpaksa salin baju biru sebab kena masuk geng lagi satu. Mujur la bawa baju warna biru tadi sebelum keluar dari rumah nak dijadikan baju salin. ahaha.
Masuk dalam padang jadi pelik sikit, tak tahu nak main kat mana, yang geng lawan bukan kenal sangat, maka nya terpaksa rela ambil position yang mana nampak kosong. Jadi lah Right Back. Untuk pengetahuan, ni kali kedua kena main position tu, minggu lepas main sana juga. Dah la tak berapa pandai main kat sana. Mujur minggu lepas main geng vereten sikit, tak la penat sangat sebab tak berapa laju. Minggu ni lawan geng sendiri, laju la ceritanya, tapi mujur jugak tak berapa nak agressive sangat. Kalau laju memang jenuh la kami. Pastu plak ada striker kami tu, hat ni memang laju la, penat weh. Nasib ada seorang brader ni, dia kata dia nak jaga striker tu, tugas saya tengok yang lain, dan dalam masa sama, bila dia dah kena, saya gantikan dia, dan juga jadi tukang clear bola.
Full time 3-8. Team biru menang. nasib baik satu lagi, masa saya main, lepas 1 gol ja. lepas tengah game saya keluar baru geng merah dapat score 2 biji lagi. Mujur la ye. tak adalah rasa ralat sangat. hihihi
Apa pun rasa lega sangat la, bila dah selalu main, rasa badan makin fit, lari dan bola kat kaki pn rasa 'lebih konfiden. Paling penting adalah fitness. Seronok woo.. Ada la juga 'sesuatu' nak di bawa ke hari Rabu untuk futsal kan?
Tapi tu la, tengok kasut semalam ada merekah dah.
adesss.... takkan kot..... kasut futsal lagi.
jengggg...
Friday, 17 November 2017
Gamer
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Minggu lepas Mama saya datang rumah. Bersama dengan dua adik saya, adik ipar dan dua anak menakan saya. Well seronok jugak ada yang datang rumah saya, dari jauh kan. Hujung minggu berisi jugak la ada tetamu ke rumah kami ni. Dari satu sudut yang lain bersyukur, ALLAH kirimkan ubat mengubati kelukaan saya sedikit sebanyak minggu lepas. Ada Dia kirimkan Mama nak gembirakan hati saya ni ha..
Haaa,. rentetan dari ada kawan tu kan, kekadang ni merajinkan juga diri tu.
Sebenarnya saya ni dulu suka main game. Mungkin lepas lepas dah kahwin ni kurang sikit. nak dijadikan cerita PSP saya pun ada masalah. Tak berapa ok untuk main game. Makanya disimpan sahajalah dia didalam kota selagi tidak dibaiki. Atau mungkin tak akan dibaiki tapi akan digantikan dengan yang baru, buat masa sekarang tak ada lagi jawapan dia..
Oh ya kembali kepada topik gamer tu, since adik dah ada sini, saya ajak dia ke satu kedai ni, nak main PS4. (Actualy dah lama aim kedai ni nak pergi main, tapi sesorang mana seronok kan? nak main menda macam ni kena ada kawan, kurang kurang kalau menang, kalau kalah buat diam aja la kan?)
Nak dijadikan cerita, maka sampailah kami ke kedai ni. Aduuu.. cerita dia seronok main tu, sampai ke hari ni, (dah 5 hari ya) masih dok teringat teringat lagi seronoknya main tu. dengan gambar hD nya kan? aduuu.. seronoknya. ralit nya daapat main tu kan? Mula dok tingat nak beli la, nak dapatkan 1 la, apa la.
Hurmm.. doa doakan lah ye.
Mana tahu nak jadi rezeki. Isteri baca entry kan, kot dia nak hadiahkan.
ehh. ahahahhaa

Thursday, 16 November 2017
Alkisah Leader
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam jumpa satu quote ni,
"If you want to make everyone happy, don't be a leader, sell ice cream.."
Hurmmm.. menung kejap saya baca quote ni. Saya rasa ada benarnya juga kan? bagi seorang yang act as leader, saya rasa quote ini betul, tapi kurang tepat.
kenapa?
Sebab macam saya sendiri, saya ada satu team, main futsal. Saya act as leader, as team manager, and everything yang berkaitan dengan team management.
Baru baru ini, saya dah tak lagi bersama dengan mereka, atas sebab yang tertentu, saya dah tak lagi kerja bersama mereka, dan lepas tu ada tournament. Ada orang lain yang take over la, boleh saya katakan semua pakat 'berbunyi'.
"Ang tak ada susah la, hat dok ada la ni, mulut ja bunyi, tindakan tak ada."
saya senyap. saya balas, "baru ampa tahu betapa bernilainya aku kan?" semua pakat senyum.
Hihi sebenarnya bukan saya nak sampaikan saya bagus, tapi apa yang saya nak katakan adalah,
"There is no good leader, without a good follower.. Good leader is determine by how good is his followers and same goes to the follower.."
Ini apa yang saya belajar dari saya punya previous boss, dia yang bagitau macam tu. Jadi saya aplikasikan semasa saya menguruskan organisasi yang ditanggungjawabkan kepada saya. Hasilnya, alhamdulillah, kat mana saya berpijak, saya akan dapat environment yang bagus dengan orang bawahan saya. Kami akan bekerja sesama. Support sesama sendiri. Tak ada salahnya kan, buat apa yang mereka buat, supaya bila sampai satu massa dan kita perlu 'menjawab' kita tahu apa yang kita nak jawabkan, sebab kita buat menda tu. Jadi sudah semestinya kita tahu macam mana nak cerita bab 'progress'.
Kan?
Cumanya, saya juga tak nafikan, kekadang kita berada di satu keadaan yang mana kita tak ada di bawah leader yang bagus. Tapi kita masih excel. kenapa? sebab kita adalah orang yang menjadi leader di bawah leader yang tak bagus tu. hasilnya, kita berjaya bentuk dan buat team kita 'perform'. Pokok pangkal, masih ada 'leader' yang ambil peranan tu kan?
Bagi kisah saya dan team saya, saya tak suka letak diri sebagai leader, bila ada apa apa perbincangan, siapa siapa boleh bagi pendapat. Dan semua akan menilai pendapat tu. kalau kata pendapat itu yang terbaik, kenapa perlu kita abaikan? betul tak? dan juga, team kami adalah team semua orang, jadi semua berhak berkata kata, dan beri pendapat. Mudah kan?
Tambahan,
Ini perkara baru juga yang saya aplikasikan bila bekerja. Saya suka beri kredit kepada semua team member. Biar mereka rasa mereka turut sama menyumbang kepada kejayaan team. Even sekecil usaha, bila mereka ada dalam team, saya suka nak beri kredit kepada mereka, dan paling saya suka kredit ni diberi depan semua, bagi semua acknowledge usaha mereka, dan semestinya kepada bos kan? bagi bos tahu mereka sangat penting untuk kejayaan sesuatu projek.
Macam sekarang, bila lepas kami main futsal, saya akan hantarkan satu message panjang sebagai rumusan apa yang berlaku untuk permainan malam ni, tak kiralah kalah atau menang, yang pasti, semua akan dapat kredit. Sebab bagi saya semua menyumbang.
dan sumbangan paling besar yang tak semua dapat lakukan adalah... KOMITMEN!!
Terima kasih team. :D

Wednesday, 15 November 2017
Manusia kreatif
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Beberapa hari ni sibuk sikit berkreatif. Ala bukan buat apa pun, tengah free ni, dalam cuti. Jadinya sesaja nak upgrade resume jadi infographic resume, supaya dapat menarik sedikit perhatian orang yang membacanya. Mana lah tahu esok lusa ada yang terkenan kenan tengok resume tu terus call panggil mai interview. hihi
Dalam dok menaip tu, pening sungguh. Nak berkreatif tu bukan senang. Bak kata isteri, kena rilex rilex, nanti hasilnya tak cun la.
Teringat kisah seorang sahabat cerita ada kawan dia dulu seorang designer. Kawan dia ni kat office, boss bagi satu bilik khas. Dalam tu ada sofa, ada game. ada memacam. Untuk dia berehat dan mendapatkan ilham tu sebelum berkreatif.
Untung lah kan? kalau ada orang paham.
Kalau yang tak paham??
jenuh dia maki, waktu keja dok men game natang apa??
kihkihkih..

Tuesday, 14 November 2017
Pengajaran Hidup
Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.
Maaf readers, hilang sekejap selama beberapa hari. Tak dapat nak masuk sebab hari hari terakhir selepas entry tu ada satu peristiwa agak besar berlaku, dan tak dapat nak masuk dan update sesuatu.
Sewaktu berlaku kejadian tu, pagi pagi lagi ada seorang sahabat beritakan kepada saya, berpesan , mungkin memperingatkan apa yang mungkin berlaku.
Katanya,
"Nadh, kekadang kalau kita buat sesuatu yang baik, tak semestinya kita akan dapat balasan yang baik, boleh jadi juga kita akan dapat balasan yang teruk, mungkin boleh jadi lebih teruk dari yang kita bayangkan.."
"... akan tetapi, hanya ALLAH lah yang dapat membalas apa yang kita dah lakukan tu, bergantung kepada niat kita, apa yang dia dah takdirkan pada kita. "
"..... bukan jadi dia tak suka, nak buat kita, tapi Dia dah takdirkan sesuatu yang lebih baik buat kita. "
Petang tu, lepas pesanan tu, ada satu kejadian besar berlaku. Saya nak kata terkedu pun tak juga, tapi menerima apa yang ditakdirkan oleh ALLAH ni. Mungkin kerana sedar saya juga yang mohon pada ALLAH pengakhiran macam ni.
Apa pun, alhamdulillah...
ada la tu Dia nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
InsyALLAH......

Tuesday, 7 November 2017
Peringatan 07 Nov 2017
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Ingatan datang bersama berbagai peristiwa.
Bak kata peringatan pagi semalam,
"Jangan kita seperti Iblis, hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam"
Bermaksud, jangan hanya melihat di dasar sahaja, tapi kaji, kenapa berlakunya satu satu perkara yang ALLAH izinkan tu. Boleh jadi ianya peringatan. Apabila ALLAH menunjukkan kekuasan nya, tak ada tangan yang mampu menahan, apabila ALLAH memperturunkan bantuan, tak ada yang bisa menepis. Ambil tiap kejadian itu dan insafi apa yang berlaku.
15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi
Ya Allah selamatkanlah kami dari bencana dan musibah.
Semoga ALLAH melindungi kita, dan menempatkan hati hati kita bersama hati para Solehin yang sentiasa merindukan kasih sayangNya.

Rentetan peristiwa:
15 oktober : oktober fest beer festival diadakan di P.Pinang setelah di haramkan di bbrp negeri. LGE kata 'pelampau' mungkin boleh halang negeri lain tapi bukanpulau pinang. Bukan negeri taliban.
17 okt : Taufan Doksuri penyebab banjir di Pulau Pinang - Bernama
22 okt : Tanah runtuh menyebabkan kehilangan 11 nyawa
29 okt : belalai air (puting beliung kecil) kelihatan dilangit berhampiran jambatan pulau pinang menggemparkan penduduk.
4 nov : banjir besar d pulau pinang
Saya harapkan ia tiada kaitannya, namun andai ia peringatan dari Allah, maka beristighfarlah dan muhasabahlah. (Sumber)
15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi
Ya Allah selamatkanlah kami dari bencana dan musibah.
Semoga ALLAH melindungi kita, dan menempatkan hati hati kita bersama hati para Solehin yang sentiasa merindukan kasih sayangNya.
Monday, 6 November 2017
Peringatan pagi 06 Nov 2017
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Peringatan pagi.
"Dalam....."
Credit: Ustaz Ahmad Nasir
Peringatan pagi.
"Dalam....."
Credit: Ustaz Ahmad Nasir
Sunday, 5 November 2017
Escape Water Park Penang Part 1
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Hari Ahad minggu lepas, tarikh 29 Oktober 2017, kami dapat jemputan dari Escape Water Park untuk review water park baru mereka yang bakal launch dalam tahun ni (insyALLAH). Terima kasih diucapkan kepada team Projek Blogger Utara, sebab sekali lagi sudi mengajak kami turut serta dalam aktiviti ni selepas aktiviti tahun lepas masa review Escape Penang..
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH, dapat peluang review tempat water park yang bakal ni pula tahun ni. Sebenarnya belum dibuka lagi ya, baru siap aja, kata Mr Sim, owner tempat ni, belum dapaat lagi CC, (rasa sijil layak menduduki ala ala rumah baru siap tu kot), sebab tu belum dibuka untuk umum.
Ni ha serba sedikit Escape Water Park yang dapat saya share dalam entry kali ini.
Ala-ala playground air kedua ini, satu lebih kepada bebudak besar
yang kedua nya lebih untuk anak anak yang lebih kecil.
Next adalah yang ini. Okay, ini untuk dewasa dan kanak kanak yang dah besar sikit la, sebab agak extreme di situ, (mau tak extreme, saya pun kecut perut)
Ini permandangan di atas Rainbow Slide dan River apa tatau nama dia saya tak ingat.
Ini antara permainan yang paling best rasa saya yang saya main kat sana. Cara nak turun dari slider ni, kena duduk atas pelampung. Boleh pilih ya, sama ada nak berduet, atau nak berseorangan. Masa saya naik tu sorang ja, cuma satu la yang tak best, masa turun tu saya nya pelampung terkebekalang. (Sadis weh turun bapak tinggi macam tu lepas tu tak nampak depan, NGERI!!)
Ohh ya, ni kira ala ala sneek peek gamaknya orang putih panggil ya? Nanti saya share lagi..
tungguuuu~~~~
Btw, gambar credit to Brader CP, kak Eyda, dan juga EL. Tengkiu guys. Jasamu dikenang. Seronok dapat bekerjasama dengan kalian.
Innalillah.
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Baru terbaca status dari FB seorang isteri kepada mangsa kebakaran kilang hari Jumaat yang lalu di Shah Alam. Dengar nya suami nya terkorban dalam kebakaran berkenaan dan sudah dijumpai kemarin.
Salam takziah dikirimkan dari saya di utara tanah air. Moga roh arwah ditempatkan bersama para hambaNya yang soleh. Dan mudah mudahan dipertemukan kembali keluarga ini satu hari nanti di taman taman syurga.
Hati menangis mengenangkan.
Allahuu...
Saturday, 4 November 2017
Deklarasi Balfour: 100 Tahun Berlalu
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam, 03 November 2017, Hari Jumaat. Bersamaan dengan14 Safar 1439 Hijriah.
Pada khutbah Jumaat pada hari ini, bertempat di Masjid Teluk Chengai, Kuala Kedah, khatib ada menyebut mengenai kisah sejarah, yang berlaku genap 100 tahun 1 hari yang lalu, yakni berkaitan tanah pusaka Umat Islam, iaitu negara Palestin, yang mana ditempatkan kiblat pertama Umat Islam satu masa dahulu.
100 tahun berlalu. Hari ni ianya kembali. Selepas 100 tahun, negara Palestin masih lagi dalam jajahan. Ianya berlaku pada 02-November-1917, satu surat, yang hari dikenal sebagai deklarasi balfour, dihantar oleh seorang individu dari Britain, Balfour, kepada satu individu yang lain berbangsa Yahudi untuk memberitahu dan memberi wilayah Palestin untuk di jadikan negara kepada kaun yahudi yang ketika itu tidak bernegara.
Ironinya, dan yang lawak sekali, surat ini dideklarasikan, malah dibentangkan di PBB dan akhirnya Palestin dijadikan tempat untuk negara Israel didirikan. Menjadi persoalan, bagaimana hanya sepucuk surat, dideklarasikan, malah lebih teruk ianya mengambil negara orang tanpa kebenaran, dan tiada siapa yang peduli malah mempertikaikan ia. Dan lebih merepek lagi, bila surat itu untuk 'memberi' negara lain, bukan negara yang diduduki, atau negara si balfour itu sendiri, iaitu tanah Britain yang dipersembahkan untuk menjadi tempat duduknya negara Israel.
Bermula dari peristiwa itulah, negara Palestin mula dalam jajahan. Hari ini, setelah 100 tahun, hanya 15% baki wilayah Palestin yang masih lagi ada pada mereka, malah saya yakin, semakin hari akan kurang lagi, kerana penjajahan ini. Tiada yang peduli, malah lebih menjengkelkan, angka 100 tahun itu baru baru ini diraikan oleh puak ini. Hari ini, satu kumpulan aktivis, berjalan kaki, dari Britain, ke Palestin, mengambil masa tak silap lebih kurang dalam 118 hari, atau 6 bulan menuju ke Palestin, menghantar permohonan maaf atas apa yang berlaku 100 tahun dahulu. Walau ianya hanyalah permohonan sahaja, tapi besar maknanya, menunjukkan yang mereka cakna atas apa yang berlaku dan kesannya ke atas Palestin.
Di mana kita wahai Umat Islam? Adakah kita masih lalai? Masih lalok?
Bangkitlah!!
Link lain:
https://malaysianaccess.com/deklarasi-balfour-100-tahun-berlalu-palestin-masih-tidak-dibela/
http://alaqsapalestin.blogspot.my/2012/09/palestin-sejarah-dan-masa-hadapan.html

Thursday, 2 November 2017
Life lesson of the day.. 02-Nov-2017
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Sambil surfing internet hari ni, jumpa satu video, seorang manusia bernama Tim Minchin bagi sharing berkenaan 9 life lesson. Apa yang di kongsikan dia, agak menarik. Ambil 'isi' nya dan aplikasikan. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tapis, dan kita masih simpan peringatan disebaliknya, supaya kita dapat menjadi lebih matang.
Berikut life lesson yang dikongsinya:
1. You don't have to have a dream
2. Don't seek happiness. (keep busy and make someone else happy, and you may get some as side effect)
3. Remember, it's all luck
4. Exercise
5. Be hard on your opinions (Identify your biases, your prejudices, your privileges)
6. Be a teacher (Even you are not a teacher, be a teacher)
7. Define yourself by what you love (Be demostrative and generous in your praise of those you admire. Be pro-stuff not just anti stuff)
8. Respect people with less power than you.
9. Don't rush. (there is only one sensible thing to do with this empty existence, and that is, fill it)
Ha.. bawah ni video dia, boleh rujuk link, dan dengar sendiri, bagaimana dia sampaikan dan elaborate life lesson ni.
https://www.facebook.com/goalcast/videos/1616965051714012/?hc_ref=ARQZoaIfbT2jNV1ei2v9rVO_9duIhGawzWsO8ubJoJLXdfLFmrQko_Eg97cBC-qZ4Ng

Subscribe to:
Posts (Atom)