Followers

Showing posts with label Doraemon. Show all posts
Showing posts with label Doraemon. Show all posts

Sunday, 19 June 2011

Adakah ini bererti dengan kehilangan kita baru akan berubah?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera. 
Nadh kurang mood la malam ni. Bukan tak ada idea untuk entry, cumanya tak bersemangat nak update cerita yang diharapkan tu. Dan tanpa mood, tak rasa nak mencoret apa-apa pun. Jadi perjalanan malam ni hanyalah melawat-lawat folder dalam lappy sampailah terjumpa video ni. 


Adakah benar, kita akan hanya sedar yang kita kehilangan sesuatu bila kita kehilangannya?

Sama macam dalam video ni, Nobita akhirnya menjadi seorang yang berguna selepas dia kehilangan Doraemon yang menjaga dia selama ini? Tiada lagi yang menasihat dia. Tak ada dah yang nak berleter suruh dia buat kerja sekolah, tiada lagi mesin-mesin untuk menjaga hati dia dan langsung tak ada dah yang nak temankan dia waktu dia dibuli, waktu dia tak habiskan kerja sekolah dan sebagainya.

Dalam hidup, sejauh mana kita sebenarnya menghargai yang ada bersama kita, jangan ambil yang lain, since hari ni adalah hari Ayah, kita renungkan, sejauh mana penghargaan kita terhadap ayah kita? sejauh mana kita dah gembirakan dia? sejauh mana kita dan dia, hubungan kita dengan dia? selembut mana percakapan kita dengan dia? 

Sekiranya hari ni, kita terasa kita pernah berdosa dengan Ayah, mintalah maaf darinya, pohonlah agar dia maafkan kita. Dia juga manusia biasa, kekadang kita mungkin terlalu mengikut perasaan kita. terkadang kita hanya fikirkan mahu kita, sedangkan kita tak terlintas nak menyelami hati dan perasaan mereka.

Nadh bercakap sebagai seorang yang masih ada mereka. Bukan sebagai yang tak ada dah mereka kerana sayangnya ALLAH kepada mereka dan menjemput mereka dahulu sebelum kita. Kita takkan memahami perasaan itu selagi kita tak bermuhasabah diri kita, tak percaya, tanya yang sudah tiada, betapa mereka idamkan memegang tangan Ayah, mencium pipi Ayah, bersembang dengan Ayah.

Hargailah selagi kita masih berpunya dan memiliki.. 

Fikir-fikirkan, renung-renungkan.


Wednesday, 24 November 2010

Monday, 15 November 2010

doraemon dan awak..

boleh tak saya nak jadi doraemon awk?
Sebab doraemon selalu ada bila nobita perlukan.. Sebagai kawan baek..teman, sahabat..

Sebab doraemon stiasa ada waktu nobita ngs.. Sebagai tukang pujuk..pastu dia mesti kuakan alat dia untuk nobita guna..

Sebab doraemon selalu ada bila Giant dan Suneo buli nobita.. walaupun sama-sama kena buli.. tapi selalunya nobita akan dipertahankan..

Sebab doraemon ada alat2 ajaib.. Ibarat seorang y tak pernah lokek ng "senjata" bagi menenangkan nobita..

Doraemon ada pintu ajaib.. Selalu ja bawa nobita p mana nobita mau.. ni la sahabat.. kemana sahabatnya perlukan.. dia ada..

Doraemon ada mesin masa.. jadi mereka (nobita dan doraemon bisa pulang ke masa silam dan imbau kenangan2 manis depa dulu)

Doraemon ada telekopter.. Alat bawa terbang.. depa bisa terbang sebebas burung..
melawat awan nan biru.. indah sangat..

Walaupn doraemon n nobita sllu gado..
Tapi doraemon sgt syg nobita.. Dia sntiasa nk y tbaek buat nobita..
sebab tu la dia selalu marah nobita, dia tanak nobita manja sngt..

Tu juga la sahabat.. Sntiasa da ng shbtnya.. Tak penah lokek ng idea meneman sahabatnya..
Jadi.. Boleh tak saya nak jadi doraemon awk..?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA