7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.
Followers
Friday, 30 September 2011
Khutbah Jumaat : 7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.
7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.
Friday, 1 July 2011
Trend Jumaat baru LELAKI-LELAKI mengaku ISLAM
Cukup dengan 3 Hadis diatas Nadh rasa dah membuktikan betapa RUGI NYA yang meninggalkannya.
Saturday, 28 May 2011
Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN
HIDUP SEBAGAI PILIHAN
Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)
Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.
MATI BERMULA PAKSAAN.
Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?
"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)
Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.
Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)
Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan? )
Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka. )
Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.
Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.
Friday, 8 April 2011
Khutbah Jumaat :: Menggunakan Jumaat untuk Memperbetul dan Memperbaiki Umat Zaman Sekarang
Friday, 1 April 2011
Khutbah Jumaat :: Amalan Pembaziran
Tajuk : Amalan Pembaziran
Assalamualaikum..
Khutbah Jumaat hari ni adalah mengenai pembaziran. Di dalam Islam, segala bentuk perbuatan yang membawa kepada kerugian adalah dikira sebagai pembaziran. maksudnya tiap apa yang kita buat, belanjakan segalanya adalah tertakluk dalam pembaziran sekiranya ianya hanya dibuat dengan sia-sia tanpa mengambil kita apa yang hilang dan rugi dengan perkara berkenaan.
Dalam skop yang luas, pembaziran leh dipecahkan kepada tiga.
1. Pembazian Harta
2. Pembaziran Masa
3. Pembaziran Tenaga
Akan tetapi, jika kita perkecilkan skopnya, inilah dia , Pembaziran dari kaca mata Islam.
1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan. - seharusnya ianya diguna untuk memperbanyakkan amalan kepada ALLAH, bukan semakin banyak, semakin banyak masa terbuang untuk hal-hal tidak berkenaan yang tak menyumbang kepada ALLAH.
Saturday, 26 March 2011
Khutbah Jumaat :: Kekuatan Umat Islam
Berikut beberapa langkah. untuk meningkatkat Kekuatan Iman kita.
1. Letakkan ALLAH sebagai matlamat utama kita. hanya dengan cara ini, kita akan lebih cintakan kepada kebenaran, kebaikan dan amal soleh, dan membencikan maksiat dan perkara mungkar.
3. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Nabi Muhammad pernah berpesan,
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-selamanya iaitu kitabullah (Al-Quran) dan sunnahku." Riwayat Imam Malik
jangan takut untuk Mati kerana ALLAH, ini kekuatan paling hebat sebenarnya, berperang, kaum2 kafir takut untuk mati, tapi kita yang mana Jihad dalam hati, tak takut malah berani berjuang kerana kita percaya dan yakin bahawa perjuangan menuju jalan ALLAH. dan besarnya ganjaran sekiranya Syahid di jalan NYA.
Kesimpulannya :: Kekuatan Iman ini sangat penting dan amat perlu dititikberatkan kedalam hati para pemuda kita sekarang kerana kekuatan ini kian tandus dalam diri kelompok muda kita yang kebanyakan sekarang ni terlalu disogokkan dengan hiburan, dan keseronokan dunia, mereka bukan lagi takutkan akan balasan, tapi semua itu tidak diambil berat dengan slogan, "kita masih muda". apa pun ,semua perlulah berusaha untuk kearah ini, sekira nya kita semakin longgar dengan perkara ini, makin lama semakin hanyut dan tenggelam lah kita didalam alam fana ini. kerana itu diibratkan kita umat islam seperti si gergasi yang tidur.
wallahualam. smoga mendapat kekuatan. dan bersatu memperkuatkan jentera ALLAH. amin.
Friday, 18 March 2011
Khutbah Jumaat :: Tuntutan Amal Makruf Nahi Mungkar.
Tajuk :: Tuntutan Amal Makruf Nahi Mungkar.
Makruf adalah kebaikan dan ketaatan. Manakala mungkar adalah keburukan dan juga kemaksiatan. Hari ni khatib menegaskan tentang Mencegah Kemungkaran yang semakin hari semakin ditinggalkan orleh umat zaman sekarang.
Saturday, 12 March 2011
Khutbah Jumaat :: Kekayaan orang yang ingkar
Tajuk hari ni adalah : Kekayaan Orang Yang Ingkar adalah Istidraj
ALLAH memberikan kurniaannya kepada yang dikehendaki. Antara kedua pemberian yang diberikan adalah antara dua, sama ada pemberian sebagai untuk kemuliaan, atau pemberian diatas ketelanjuran dan sebagai kehinaan kepada hambaNYA,
Jika satu hari kamu melihat bahawa ALLAH memberikan kekayaan dunia kepada orang yang ahli maksiat, janganlah kamu berasa duka, dengan melihatnya, kerana itu adalah Istidraj. dan apabila mereka dah terlalu suka akan nikmat pemberiannya iaitu harta dan pangkat, ALLAH akan sentap segalanya dengan sekelip mata, sama ada mereka akan jatuh terus terjelepok ke tanah, atau mungkin ALLAH tarik dengan nyawa.
Istidraj adalah, pemberian yang diberikan ALLAH yang tidak diredhainya, iaitulah pemberian yang diberikan untuk menghancurkan dan mengalpakan orang berkenaan. ibarat umpan yang diberikan kepada haiwan untuk memerangkapnya, dan haiwan berkenaan tidak sedar yang dia sedang diperangkap sedang dia berseronok berkenyang-kenyang dengan umpan yang diberikan,
Persoalannya, kenapa kita diumpan dengan kekayaan? pasti ALLAH punya sebab NYA tersendiri. INGAT, ALLAH tidak akan berbuat aniaya kepada hambaNYA kerana DIA itulah YANG MAHA PENGASIH. pokoknya beginilah, kenapa kita perangkap haiwan? sebab depa perosak, sama jugak ALLAH berikan kepada mereka itu, kerana merekalah manusia yang tidak sayang kepada diri sendiri, ALLAH MAHA PENYAYANG, jika tidak, takkan diutuskan Rasul seluruh alam, Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada semua, kemudian dilahirkan pula para Ulama' sebagai menyambung ilmu yang dari Nabi Muhammad SAW, juga punya Ibu bapa yang mentarbiah anak-anak, diberikan persekitaran yang mana masjid ada disekeliling kita, juga para rakan yang mengajak kearah kebaikan, tapi masih tidak hiraukan hidayah yang di berikan sedang jalan yang dibuka tu terbentang luas, tapi masih juga mereka memilih diri kejalan itu.
"Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Al-Imran : 117)
Malah ALLAH berfirman lagi,
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (Al-An'am : 44)
inilah yang dikatakan Istidraj ini, apabila sudah diberikan peringatan, tapi manusia masih lagi ingkar dengan peringatan berkenaan. iaitu apabila manusia terlalu alpa dengan harta, pangkat dan kekayaan yang diberikan itu, kerana kemudian nya nanti, ianya akan ditarik oleh ALLAH dengan serta merta.
PERINGATAN : oleh itu, kita janganlah terpengaruh sangat apabila melihat harta kekayaan itu, kerana mungkin ianya untuk ALLAH berikan peringatan kepada kita, atau mungkin adalah istidraj. bermuhasabah lah diri kita, dan bersyukur atas apa sahaja pemberian dan beramal dengannya, supaya jika ianya ditarik pun, kita redha kerana sedar, bahawa ianya adalah pemberian dari ALLAH, malah kita wujudkan rasa takut dengan pemberian tu agar kita sedar dan berhati-hati dengan nya, redha kita mungkin akan buat kita takut dengan penyelewengan kerana sedar ianya akan ditanya di akhirat nanti.
Akhir kata, persiapkan lah diri kita untuk hari itu nanti. hari di mana di hitung tiap apa perbuatan kita di sini dulu. Berhiaslah kita dengan perhiasan takwa, dan bersiaplah untuk hari pertanyaan besar itu nanti, yang mana amal soleh dan kemungkaran kita dipertontonkan di semua orang nanti, yang mana hari kita
Friday, 4 March 2011
Khutbah Jumaat :: Insan Paling baik dan Keji
Tajuk hari ni mengenai : Insan Paling Baik dan Insan Paling Keji.
Yang Paling Baik
1 Adalah Hamba NYA yang panjang Yang Panjang Umurnya dan Baik Amalannya.
yang Tidak Baik
2. Panjang Umurnya dan buruk Amalannya..
Kita renung sat. kita yang mana? seberapa banyakkah kita da gunakan masa kita untuk beramal? Kualiti amalan kita? ada tak kita fikirkan pasal amalan2 kita selama kita hidup dan bertanggungjawap keatas perjalanan hidup kita ni? (selepas Baligh). Kata Ustaz Kazim dalam salah satu ceramah, sejenak berfikir tu lebih baik dari 70 tahun amalan. Maksudnya, bukan kita kena fikir ja n kita dapat amalan 70 tahun dan orang yang beramal tu 70 tahun tu hampeh, tapi dia nak gtau yang, jika Amalan yang salah, then tanpa kita amek langkah nak perbetulkannya adalah tidak berguna la. sebab sejenak kita berfikir tu, akan bawa kita kepada perjalanan melengkapkan dan memperbaiki amalan kita ni.. dalam erti kata lain, Muhasabah diri.
Untuk memperbaiki amalan ni.. ni lah antara yang dikongsi oleh Khatib sebentar tadi.
1. Menuntut Ilmu. kerana tanpa Ilmu, amal kita tidak diterima ALLAH. maksud nya, kalau apa yang kita wat tu salah, tade makna la.. saya simpulkan seperti atas tadi la.. mengambil contoh pula, kalau kita wat matematik contohnya, dan jalan kerja kita salah, apa markah kita dapat? tobat la KOSONG kan? takkan nak dapat markah pree, tu baru amek Math, kalau beribadat? tetttt~~ pikir tgk.. ;)
2. berDamping org y mampu tgktkn ilmu kita. dan memperbetulkan kita. ni penting la.. dalam pemilihan kekawan tu, kita kena titik beratkan menda ni.. manusia, kalau tidak ditegur, dia takkan sedar kan? suma igt betoi ja.. awasilah pergaulan kita..
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
3. Segera bertaubat. kembalikan haknya kepada empunya Hak.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?"
Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sesuatu benda apapun."
Baginda S.A.W. lalu bersabda:
"Orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar). Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi.
Mangsanya yang lain pun diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut dilemparkanlah ke dalam neraka". (Riwayat Muslim)
Maksud di atas adalah kita bertaubat kepada ALLAH.dan jangan berbuat aniaya kepada orang lain. mungkin hari ni seronok la kita, tapi astu hari nanti, segalanya akan dituntut kembali dari kita. ibarat satu kata tu, ALLAH akan membalas kebaikan walau sekecil zarah sekalipun. jadi beringatlah kita sementara kita masih muda, dan berpeluang untuk memperbetulkan nya.
4. Bdoa n harap bantuan n bimbingan dari ALLAH. berdoalah kita kepada Pemunya Diri kita nih. Pemilik segala-gala dalam dunia nih.. mintak lah kita dilindungi dari perkara- yang dapat merosakkan amalan kita kepadanya. dan kuatkan kita dalam mendekati NYA, dan jauhkan hati kita dari perkara yang menjauhkan kita daripada NYA.
Penamat nya, bersyukurlah kita dengan apa yang ALLAH beri kepada kita. sentiasa lah jadi orang yang berakhlak mulia. kerana yang "Akhlak yang mulia ini ibarat bunga yang mekar harumnya, sekalipun bunga itu sudah berguguran dan ilang baunya, tapi tetap dalam hati baunya sudah terpaut dalam jiwa yang pernah membaunya". bermaksud, akhlak kita sntiasa menjadi "trademark" kita dalam pergaulan dengan masyarakat, sekalipun satu hari nanti kita tidak lagi ada bersama mereka, kita masih lagi akan dikenang kerana baiknya akhlak kita, dan mungkin juga kebaikan diri kita jadi ikutan yang disekeliling nya.
“Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, niscaya engkau akan disayangi oleh mereka yang di langit”
Saturday, 26 February 2011
Khutbah Jumaat :: Bertakwa
khatib kata :: inilah ungkapan yang paling kerap diulang.
setiap Jumaat akan diulang 2x.. tidak kira lagi bila kita dalam majlis Agama, pun akan diulang berkali2.. tandanya betapa pentingnya kita ini bertakwa ke jalan ALLAH SWT.
ini adalah kerana, hanya dengan jalan Takwa sahajalah akan dapat membawa kita ke arah yang lebih baik , juga dengan Takwa jugalah kita akan dapat mendidik, Anak-anak kita, ahli keluarga kita, jugak jiran-jiran dan masyarakat untuk bertakwa kepada ALLAH.
mula nya mengenai Mukjizat Rasulullah SAW yang dikurniakan ALLAH , di mana Rasulullah mempunyai mukjizat untuk bercakap mengenai masa depan yang kita tidak tahu. dibuktikan apabila pada ketika itu, Rasulullah berkata yang Rome akan jatuh. pada ketika itu, semua pakat dok kata dekat Rasulullah yang dia adalah pendusta kerana pada ketika itu, ROme berada pada zaman kemuncaknya. (Surah Al-Ruum)
hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.
Dari Abu Hurairah :: Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.
Pertamanya mengenai golongan pemimpin yang kejam. mentadbir dengan akta, dengan segala undang-undang kononnya sedangkan perkara2 berkenaan tidak sama sekali bertepatan dengan Hukum Hakam yang termaktub dalam Al-QUran yang mana ini yang ditetapkan dan dimahukan oleh ALLAH. samalah seperti lembu yang mengibaskan ekornya sedang dia pun tidak tahu ekornya itu dilibaskan ke mana.
kita, sebagai hamba yang mengaku cintakan Rasulullah, adalah dilarang menyokong orang yang zalim, mendekati mereka, malah cenderung kepada golongan ini. sesungguhnya ALLAH melarang kepada kezaliman, dan mengharamkannya, maka siapa dari kita yang menyokong atau cenderung kepada golongan ini, adalah sama seprti mereka dan ditakuti akan turut sama disambar api neraka dek kerana itu.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa hendaklah dengan mulut(menegur), jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
kata khatib, yang disebutkan dengan hati itu, bukan setakan mendiamkan diri, tapi itulah dengan menjauhi mereka dan tidak menyokong mereka.
Pkara ke2.adalah mengenai golongan perempuan yang berpakaian , tapi bertelanjang, iaitulah golongan yang memperagakan tuuh buat tatapan orang. berpakaian, tapi pakaian yang KETAT, yang menunjukkan bentuk tubuh, (ayat kasar saya, nampak abeh yang mana toek, yang mana tegang yang mana kendur, abeh nampak la,,)
dalam hal ini, seperti yang diatas tadi jugalah, tidak akan berlaku jika AL-Quran dan As-Sunnah dijadikan pegangan dan dititikberatkan dalam mentadbir, juga atas kata Takwa tadi juga, kita akan lebih "alert" dalam hal ini. sebab, kita dapat lihat sendiri sekarang, ada sahaja fesyen Muslimah (kononnya), tapi fesyen yang mendedahkan aurat, ada fesyen muslimah, tapi tangan baju pendek jugak, tudung atas dada judak, tudung tu men tekup atas rambut ja, sama ja la macam yang lain, kat cni, leh tgk sendiri la, yang mereka sendiri tidak serius dalam usaha memuslimahkan pakaian wanita.
Ibu bapa juga mempunyai kepentingan yang besar dalam hal ini. pemikiran, "depa muda lagi, depa kecik lagi, takpayah tutup aurat lagi" ini perlu dibuang jauh-jauh dari pemikiran. kerana dari ibu bapa sebenarnya soal takwa dan hal aurat ini bermula, sebaiknya adalah dipaksa dalam menjalankannya, (tapi bukan secara membabi buta la, tapi secara berhemah) . Kalau tidak, sampai bila pun kita akan jumpa, ibu yang bertudung, ayah yang berkopiah, tapi anak, masih dengan pakaian yang ketat-ketat yang tidak menunjukkan muslimah yang sepatutnya menutup aurat seperti yang disyariatkan.
apa jalan kita, apa perbuatan kita di dunia ini akan dipertanggungkan di akhirat satu hari nanti. sekira nya masih lalai dan tidak ambil kisah perkra ini nanti, kita akn ditanya dan dipertanggungjawapkan atas hal ini. "Setiap org tidak akn dbebankn kcuali dari hasil usaha depa sndiri. Hasil dari amalan dan usaha depa sndiri." , dan tidak menjadi tanggungjawap mereka lagi seteleh mereka telah berusaha untuk berdoa dan menegur keluarga yang berada di bawah tanggungjawap mereka, hal ini dapat dilihat dari kisah Nabi Nuh dan anak-anaknya yang menolak ajaran ALLAH yang dibawanya. Nabi Nuh telah dimaafkan dan dilepaskan dari kesalahan anak-anaknya kerana telah mengambil tanggungjawap menegur mereka.
Moral dari diatas adalah, sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak tersangatlah penting. maksud saya dari segi hal Pendidikan Agama. WAJIB kita melengkapkan mereka seawal permulaan mereka, dan dari diri kita sendiri juga, jika kita pn Haru, camna kita nak bagi depa jadi baik kan.
ibarat kata dia bawah .
"anak adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, jika hijau yang kita letak, maka hijaulah dia, biru dari kita, maka biru lah dia.. segala bermula dari kita"
Friday, 18 February 2011
Khutbah Jumaat :: Amalan kita
Hari ini khatib berkhutbah pasal Amalan Dalam Hidup .
Pantas betul hari ni khatib menghabiskan Khutbah Jumaat.
tak berhenti diingatkan kita mengenai amalan kita dan pilihan dalam hidup.
Diciptakan kita dengan segala bentuk kemudahan, kelebihan dan keistimewaan.
semua dapat segala kelebihan dan keistimewaan ni..
suma dapat merasa air yang dia jadikan buat kita,
semua dapat bernafas dan mendapat Oksigen.
segala nikmat dah dia berikan..
pancaindera dia kasi lengkap dekat kita,,
semua ada mata --> untuk melihat
dapat jugak telinga --> untuk mendengar
tulang 4 kerat --> untuk bergerak, buat segala kerja
otak dan akal --> untuk berfikir,
tapi yang paling penting itulah dia Roh.
baik roh kita, baiklah amalan kita,
buruk roh kita, buruklah amalan kita.
inilah dia Aset paling berharga yang ALLAH da bagi pada kita..
inilah peranan ROh ni..
kita diberi pilihan kan..
untuk menentukan siapa kita di dunia sementara ni..
apa amalan kita..
ALLAH tu kira sangat baik la.. dia tak kira apa kita wat sebelum kita baligh, DIA tak kira jugak apa kita wat masa kita tidur, kalau kita gila, kalau kita ni da nyanyuk..
amalan kita tu dia kira waktu kita tengah waras ni..
satu masa nanti, DIA akan tanya...
samada kita pilih :
nak solat atau tak?
nak pilih makanan yang halal atau tidak?
nak sokong islam ka tak?
suma dari kita..
dan satu hari nanti,
terpaksa rela la kita ke Syurga, (tu kalau amalan baik la)
atau terpaksa rela ke Neraka, (amalan kiat yang tidak baik, x solat dsb)
semua sekadar ingatan pada kita..
moga-moga kita bukan dari golongan Neraka, tapi dari golongan yang menjadikan hidup sementara ini untuk mendapat redha ALLAH.
wallahualam.
Friday, 11 February 2011
Khutbah Jumaat :: Islam Agama Addin
bercakap pasal menerima n mengamalkan islam sbg addin. Iaitu cara hidup.
Khatib menegaskan bahawa HARAM mymbt hari kekasih.
sebab tidak pnh danjurkan pada islam. kerana mempunyai nsur kristian. N ada unsur maksiat.
Kiriman kad, bunga, hgga parti tari menari. Smpai zina. Dmi bktikan rasa syg n cinta depa.
selain itu, melanggar susila islam,.
Namun ada juga y meraikan, suka ria n mgikut2. Xdak istilah hari kekasih dalam islam, xleh smbt. Sertai. atau apa saja yang berkaitan.. Islam tidak menghalang berkasih sayang antara manusia, malah menyuruh berkasih sayang tapi menegah ksh syg antara laki n ppn yang bkn mahram dan tidak terkawal.
Dan DIAlah y menjdkan hati mereka mesra atr satu sma lain. Andai diguna semua kekayaan dalam dunia pn xdpt bg suma tu, melainkan ng izin ALLAH.
kisah bagaimana berlaku Hari Valentine ni..
Ada seorang paderi ni. nama Valentine.. tukang menyampaikan ajaran.. lastly dia ditangkap dan dimasukkan dalam penjara.. Tp dlm tu masih smpaikan ajaran dlm tu n tlg bbskan banduan. Last jth cnta ng ank pegawai penjara. dan dibunuh. sebelum dibunuh, dia ada tulis satu surat tu buat kekasih dia la. dan kejadian ni la camna berlaku hari valentine tu..
tengok balik pn da tau.. memang tadak kaitan langsung ng ISLAM. dan masih nak sambut, sedangkan hari Malidur Rasul pn tidak menyambut, nak sambut makhluk ni watpa? sesat lagi menyesatkan..
Dr Abu Hurairah, Sabda Nabi Muhammad SAW..
"demi ALLAH y nyawaku dlm gengamannya. Pasti kmu akan mgikut mereka sehasta demi sehasta, selangkh dmi selangkah hgga dpa msk dlm lubang pn kamu ikt.."
Tnya sahabat,
"adkh depa tu yahudi n nasrani..?"
Rasulullah menjwp, "Ya.."
Malah, dalam Al-Quran sendiri ada menyebut bahawa :
Buktinya, apa yang berlaku sekarang, 28,000 anak tak sah taraf dilahirkan setahun secara puratanya sejak 9 tahun yang lalu. dapat kita lihat sendiri la.. bahawa yang kita kebanyakannya terikut ni adlah budaya bebas yang sesat lagi menyesatkan.. malah ada sesetengahnya berbangga kerana mengikut pandangan mereka, ni la yang dikatakan peredaran zaman, malah sekiranya kita menegur, kita boleh diherdik pula, dan dikutuk pula sebagai kolot, ni lah apa yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini, pergaulan bebas tanpa sekatan dan tanpa kawalan, menda dianggap normal, dan bukan lagi seperti zaman ibu bapa kita dahulu, yang mana perkara ini dianggap memalukan.. nauzubillah.. diharap kita tidak akan berada dengan orang-orang macam ini.. bersama kita berfikir dan merenungkan..
Friday, 28 January 2011
Khutbah Jumaat :: Orang Paling Cerdik
mari sama-sama kita jadikan dunia yang sementara sebagai tangga untuk mencapai kejayaan sebagai warganegara akhirat di dunia akhir lagi kekal kita iaitu akhirat ALLAH. dengan memanfaatkan tiap saat hidup untuk tunduk dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangannya.
ketika kita mula melangkah ke alam barzakh, ada tiga perkara yang akan datang bersama dengan kita, itulah dia Anak Beranak kita, kemudian Harta benda kita, dan akhir sekalilah amalan kita. namun setelah selesai kita ditaklinkan, 2 (dua) yang berkenaan akan meninggalkan kita itulah dia 1 . ahli keluarga kita, anak-anak menjadi anak anak tiri orang lain, isteri akan tinggal dan menjadi isteri orang lain, 2.harta pula pergi meninggalkan kita, dan diwarisi kepada anak-anak, kaum-kaum kerabat, atau menjadi milik orang lain, akan tetapi, yang kekal tinggal bersama kita itulah dia 3. amalan-amalan yang telah dikerjakan oleh kita sepanjang kita hidup di muka bumi.
kta Nabi Muhammad SAW, tiada satupun yang akn kekal dan tiada satupun yang akan terkecuali dari mati, sedang Nabi Muhammad sendiri pun meninggal, inikan pula kita, cuma persoalannya bilakah akan tiba masa ini, dan dimanakah kita ketika itu? mahukah kita mati dalam keadaan berdosa, dan pergi diibaratkan kosong tanpa isi, sekirannya kita terus terusan menunggu dan menunggu masa-masa sesuai (kononnya) untuk kembali kejalan NYA.
ALLAH berkata, akan diuji kita ini di dunia dan DIA nak lihat siapa kita di dunia ini, sama ada menjadi orang baik atau pun orang yang jahat. sama ada kita mengerjakan perkara-perkara yang baik atau berbuat perkara yang tidak baik.
berterima kasih dan bersyukurlah kita kepada NYA, kerana diberikan kita nikmat tanpa kita minta pn, diizinkan kita bernafas, diberikan pula kita makan dan minum (rezeki) tanpa dia minta pun balasan. sama-samalah kita menjunjung tinggi pemberian NYA tu dan bersama-sama taat kepadaNYA. semoga menjadi hamba-hamba soleh dan solehah di muka bumi NYA ni.
amin yarabbal alamin
Friday, 3 December 2010
Iklan dan Hiburan
Iman bercakap mengenai satu iklan di TV mengenai satu program hiburan.
dalam iklan tu, pelanggan baru order air, dan si peniaga mahu tutup kedai.
sebab nya, peniaga itu mahu ke program itu. dan si pelanggan pn akhirnya turut sama dengan si peniaga untuk sama-sama ke program itu.
dari iklan ni.. boleh kita lihat betapa tercemarnya fikiran rakyat kita dengan satu elemen ciptaan kita sendiri diberi nama sebagai "hiburan". betapa mudahnya kita terpengaruh dengan hiburan, sehinggakan kita meletakkan perkara fitrah, iaitu makan di sebelah dek kerana terlalu taksub dengan hiburan.
dalam islam sendiri, menurut satu riwayat, Rasulullah dan sahabat, ketika baru masuk waktu solat isya' tak silap saya, masa tu makanan turut siap, Rasululllah menyuruh sahabat makan dahulu kerana lapar. dari sini leh kita wat kesimpulan bahawa, perkara fitrah ini, diberikan kelonggaran kepada solat, tapi dalam iklan ini, meletakkan perkara fitrah ni lebih besar dan atas kedudukannya..
malah, dapat kita lihat, hiburan sekarang sudah menjadi seperti nadi kepada kaum-kaum muda kita, dan agak memalukan, kerana, dari sini la kita melihat, didalam kaca TV sekarang, golongan muda, (perempuan lazimnya) terkinja-kinja kerana terlalu asyik dengan artis-artis pujaan mereka.
bagi saya sendiri, perkara ini perlu diambil tindakan, dari kita dan pihak-pihak berwajib.. unsur-unsur hiburan ini perlu di-"tune" dan direndahkan "volume" nya , kerana ianya sekarang sudah terlalu berlebihan. anak-anak muda lebih kenal para artis pujaan mereka, dari kenal tokoh-tokoh Agama, dari kenal Alim-alim ulama' yang ada, cerita kisah cinta artis lebih diagungkan dari cerita para solehin yang memberi keinsafan. Malah, golongan ini terlalu diikut dan dicontohi, sehinggakan kadang-kala, pemakaian mereka, perangai mereka ini, di ambil sebagai iktibar dari para muda kita. ini adalah satu kerosakan yang jelas memberi kesan buruk kepada masyarakat kita dan seterusnya menjadi penyumbang kepada gejala-gejala tidak baik dalam masyarakat kita.
di sini, saya menyeru agar kita semua dapat menganjakkan diri kita jauh dari elemen ini.
ISLAM sendiri tidak menghalang dari berhibur, tetapi, ada batas-batasnya.. dan inilah yang perlu kita amik peranan dalam memperbetulkan perkara ini. kalau dibiarkan. percayalah kata saya.. tiada apa ag yang dapat kita lakukan nanti, setelah nasi menjadi bubur.
sama-sama la kita berdoa, sama-sama la kita mengambil tindakan, kerana kesalahan tidak hanya jatuh pada yang diatas, tapi kita juga kerana tidak menegur para pemimpin.
semoga dijauhkan kita dari gejala-gejala tidak baik ini.
Amin yarabbal alamin.






