Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 28 April 2017

Cara buat Link Whatsapp

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers?

Hari ini, whatsapp merupakan salah satu medium penting dalam kehidupan kita. Kalau dulu kita SMS, tapi semenjak perkembangan teknologi, whatsapp jadi penting kepada kita. Kerana, memudahkan, dalam paling penting adalah JIMAT. kan?

Hari ini saya nak share cara untuk buat link direct kepada whatsapp kita.

Well semua dah guna whatsapp, tambahan para peniaga yang menggunakan agar mudah customer nak berhubung dengan kita tanyakan mengenai produk kita. Tapi jadi maslah pula bila nak kena save number baru nak dapat berhubung dengan kita.

Jadi saya sharekan tips nak redirected terus ke acct kita tanya perlu save number.

Formatnya mudah sangat.


Format 1 : Nombor Telefon Sahaja

www.wasap.my/60123456789

Tukar kepada no telefon anda
Pastikan ada no 6 kat depan
6 merujuk kepada kod negara. Since kita dari Malaysia, makanya jadi 6 la.
Untuk kod negara andai anda berada di negara lain boleh rujuk SINI.

Selamat mencuba. :D

Saturday, 18 February 2012

Tips | Menyemai Perubahan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam ada kawan tegur Nadh, 
"Ang ni memang ganas la ang boleh buat dia sampai jadi macam ni. " 

Nadh senyum saja. Tak kata apa. Kalau nak diikutkan, apa yang berlaku, yang jadi, yang dilihat di pandangan mata orang tu bukan apa yang Nadh buat pn, tapi adalah rahmat ALLAH yakni nur yang dititipkan dalam hati sahabat Nadh sorang tu. Nadh tak buat apa-apa pun, serious. Nadh mungkin jadi speaker besar yang buat dia semak kepala, kemudian layankan je apa yang Nadh nak tu kan, dan akhirnya, dia sendiri buat menda tu dengan hati yang ikhlas. Dan yang menarik nya, buat Nadh rasa sangat gembira, bila dia pn sama-sama ingatkan Nadh nak buat.

Oleh itu, dalam entry kali ni, Nadh nak kongsikan beberapa perkara yang boleh diaplikasikan dalam mendidik, rasa macam tak sesuai kan, dalam sama-sama saling memperbetul diri yang tak berapa nak betul ni. Moga-moga bermanfaat pada semua.

1. Inspirasi - Dalam mendidik ni kita kena menjadi aspirasi mereka yang sedang kita cuba untuk ubah ni. Perubahan itu bukan mudah, sebab itu kita kena jadi aspirasi mereka. Oleh itu, kita kenalah jadi ketam yang berjalan betul, baru betulkan anak ketam yang berjalan serong. Apa yang Nadh tekankan kat sini adalah, MENJADI CONTOH YANG BAIK.

2. Semangat - Membuat sesuatu itu tidak semudah yang kita sangka kalau kita tak berasa nak buat, jadi , kita kenalah jadi semangat mereka untuk buat. Seperti contoh, nak mengajak orang habiskan makanan, kita pun kena la sama-sama dengan dia, menemani dia makan kan? Begitulah hidup, manusia yang berkumpulan ini selalu lebih kuat, berbanding yang berseorangan, sebab nya? Sentiasa ada orang nak bimbing semangat mereka , bakar semangat mereka untuk berusaha lebih.

3. Mendalami - Ini elemen yang Nadh aplikasikan dalam berusaha. Nadh akan lebih dahulu mendalami situasi sebelum bermula. Sebabnya Nadh tak suka nak mintak sesuatu yang orang tak suka. Jadi, Nadh akan kaji dulu apa yang Nadh sedang hadapi ni, kemudian barulah Nadh fikirkan kaedahnya. Ada ketikanya kan, dalam menegur kita suka nak wat cara perlahan, dan ada ketikanya kita kena keras sedikit, jadi Nadh bila dah kenal dengan situasi semasa orang tu, mudah Nadh nak kawal volumenya. 

4. Dorong - Ini pun penting. Kita tak suruh mereka, tapi kita dorong mereka nak buat. Nadh suka guna cara ini, Kalau suruh, susah sikit orang nak buat, tapi kalau kita dorong, kita pun buat sama-sama, mesti dia lagi semangat nak buat kan?

5. PAKSA - Opss. bukan seperti apa yang readers faham ye. Ini apa yang Nadh guna. Macam Nadh kata tadi bab dorong, mendalami, semangat dan contoh. Nadh gunakan ini sebagai penyatuan kepada empat elemen atas tadi. Nadh akan jadi contoh, kemudian bila ada peluang, mendalami, kemudian dah tahu situasi Nadh akan mendorong, memberi semangat. Dan Nadh suka nak guna PAKSA . Selalunya Nadh akan buat mereka berjanji dengan Nadh nak buat kemudian Nadh PAKSA sebab mereka dah berjanji. Dan hasilnya memang berkesan. Akhirnya Nadh berjaya.

6. DOA - Terakhir sekali, berdoalah. ALLAH kata, mintalah, dan aku akan makbulkan permintaanmu, bermakna dia akan beri juga satu masa nanti, oleh itu, puas berusaha, kita berdoalah, akan tiba harinya nanti kita melihat sinar perubahan itu. ALLAH punya perancangannya. Percaya kepada NYA. :)

Apa pun macam readers sedia tahu, 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra'd : 11)

Seperti Ayat ALLAH di atas ini jelas mengatakan yang "ALLAH tak ubah kaum melainkan mereka yang mengubah diri sendiri". Jelas apa yang Nadh nak tekankan, memang Nadh tak buat apa-apa. ALLAH yang mengizinkan bukan? Dan barisan kedua kata yang "Apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya" juga jelas mengatakan yang ALLAH izinkan perubahan ini kerana DIA SAYANGKAN KITA.


Sebagaimana ALLAH izinkan air yang merupakan cecair itu berubah kepada pepejal yakni ais dan kemudian kepada cecair semula bila berdepan dengan suhu biasa, begitu jugalah diri kita dan perubahan, ianya bila diizinkan pasti bertemu juga. Yang penting USAHA!!



Cuma sekarang, Nadh mendoakan perubahan yang terjadi itu akan kekal, dan akan selalu tersemat dalam hati, dan moga-moga ianya akan terus diperkemaskan, di perindahkan, dan dibaiki agar menjadi lebih baik. 

Doakan Nadh ye?

Sunday, 29 January 2012

Tips Menjauh Bosan Dalam Perhubungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ntah kenapa ye, pagi ni Nadh terasa nak berkongsi buah fikiran Nadh. Mengenai sesuatu yang rasanya kan penting dalam satu perhubungan.

Dari pembacaan, perpisahan bermula dengan perkataan ini iaitu BOSAN. Percaya atau tidak, semua ada merasa perasaan ini, kekadang tu bila dah lama mula lah, timbul rasa ni. Menda paling kecil pun boleh cetuskan ketidakgembiraan.

Berikut beberapa tips lari dari perkataan BOSAN dalam perhubungan.

1. Wujudkan perubahan.
Yang dimaksudkan adalah lari dari kebiasaan. Kata orang hari-hari dah makan ikan, apa kata tukar selera makan ayam pula. Bukan tukar pasangan ye macam sesetengah orang faham. ;)

2. Abai.
Cuba abaikan perasaan itu. Buang jauh-jauh. Kita pun tahu kan, hati itu kekadang dengan rasa yang berbolak balik mudah menjadi permainan syaitan untuk buat kita rasa ragu-ragu. Dicucuk pula untuk makin hebat rasa itu. Jadi kena la jauhkan.

3. Mendekat.
Salah satu bila bosan kita menjauh. Oleh itu kita ambil perkara berlawan. Dekatkan diri dengannya. Bila dah dekat, hati makin sayang. Bukankah dari mata jatuh ke hati?

4. Imbas kembali kenangan.
Dahulu, kentut pun bau kalah sejambak bunga ros, kenapa kini tidak semanis itu? Imbau kembali kenangan indah bersamanya. Paling manis bila dibuat bersama, ambil masa berdua sebelum tidur ka, jenguk-jenguk album kahwin tu, sama-sama bercerita tentang masa tu. Best tak?

5. Jadi luar biasa.
Yang dimaksudkan dengan luar biasa ni, kita belajar jadi yang lebih baik setiap masa. Percaya atau tidak, menjadi lebih baik ni tidak mudah, sebab tu Nadh kata luar biasa. Orang yang TERBAIK sapa yang sanggup tinggal kan?

6. Buat dia jatuh cinta sekali lagi.
Ingat tak satu masa dahulu apa yang istimewanya kita pada pandangannya? Apa kata kita pikat dia sekali lagi? Suwwitttttnya bila dapat dimulakan kembali perasaan tu. Buat dia jatuh cinta sekali lagi. Bukankah rasa itu yang buat kamu bersama kini?

Apa pun, Nadh paling suka nak tekankan. Menjadi Hamba ALLAH yang paling dekat dengan ALLAH itulah yang paling bagus. Sebab hamba ALLAH yang taat pada suruhan itu buat dia jadi lebih bertanggungjawab, kalau yang paling susah, solat boleh jaga, nk jaga yang lain tu pasti mudah. bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?

Banyak, tapi biar ini yang jadi perkongsian kita tengah hari ni. Moga-moga bermanfaat ye.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 14 January 2012

Tips Menangani Kebiasaan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru pagi tadi, masa Nadh dok BW terjumpa satu readers belog ni, katanya bersedih atas sebab terputus di tengah jalan. Baru masuk sebulan tak silap kisah dia ni. Masih bersedih. Nadh dah pun tinggalkan pesanan kat dia, if dia perlukan tempat nak ngadu, dia boleh add ja facebook Nadh. Malah to all readers, if you need someone to share, u can find me, Nadh ni tak ada pape pn, tapi Nadh rasa, mungkin hari ni depa perlukan seseorang untuk cerita, tak salah kan, Nadh ada kat sana untuk membantu. 

Since dia sedang down , jadi Nadh rasa tak salah kan Nadh nak share beberapa 
" Tips Menangani Kebiasaan. "

Maksud Nadh dengan kebiasaan ni adalah, bila satu masa dulu, ada seseorang yang menemani kita, sekarang dah tiada, jadi sekarang masanya untuk kita belajar tips mudah yang Nadh aplikasikan sendiri. 
(Note : Perlu diingat ya, bukan bab cinta saja, tapi ianya untuk semua, mana tahu kamu kehilangan kucing kesayangan ka, sahabat ka kan? Apa sahaja..)

1. Jangan bersendiri. Ini yang selalu dibuat orang bersedih ni, dia gemar sekali bersendiri. Kononnya untuk mencari ketenangan, tapi tindakan dia ni sedikit silap, sebab bila bersendiri, kita akan lebih banyak mengingati orang tu sebab tiada teman. Biasakan diri kita bersama orang, at least ada tempat sembang kan? 

2. Isi masa terluang dengan aktiviti. Salah satunya yang buat kita sendirian adalah sebab kita tak ada aktiviti, apa kata kita isikan masa yang kosong itu dengan sesuatu yang bermakna. Jogging mungkin. Tak pun tolong Mama n Ayah berkebun ka, bukan sahaja badan sihat, minda akan sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan seketika kita tu.

3. Semangat. Kuatkan semangat kita. Ada ketikanya kita rasa down, tapi cuba bayangkan yang lebih teruk dari down kita tu. Terbaik jika kita ambil semangat orang. Kumpul semangat tu dan jadikan pemangkin. Nadh suka nak sebut, kita tengok yang kurang bernasib baik dari kita, kemudian kita bandingkan dengan kita, maka dengan mendekati mereka, kita akan rasa diri lebih baik dari mereka. BTW, takkan kita nak tunjuk kita lemah depan orang yang lemah kan? Semangat dan kekuatan mereka bakal menjadi inspirasi kita. 

4. Fikir buruk. Maaf ya, bunyinya tak berapa baik kan, tapi lebih baik bila kita fikir buruk dari down sangat. Maksud Nadh adalah, waktu ada bersama dulu, fikirkan buruk yang dah kita buat bersama. Atau. dalam cinta, senang kita fikir buruk si dia, atau buruknya ketika bersama. Contoh : si dia yang melawan kita masa berkawan dulu. Untuk kekuatan diri, tanamkan dalam hati "sekarang pun dah melawan, nanti dah kahwin macam mana la kan?" . Mungkin tak baik la fikir macam tu, kaitkan dengan HIKMAH ALLAH pula, takkan la dia nak takdirkan dengan orang yang TAK SESWAI dengan kita?

5. Kesayangan. Nadh selalu sebut dalam belog ni. Ujian itu adalah tanda kesayangannya. Kita takkan rasa indahnya pelangi kalau kita belum bertemu mendung dan hujan kan? Hargailah segalanya itu. Kita sedang belajar sesuatu sebenarnya. 

Sebenarnya kesimpulan apa yang Nadh cerita kat atas tu adalah satu ja, iaitu MUHASABAH. Setiap satunya adalah pecahan dari perkataan itu. Semuanya berkait dengan itu. Kita akan sedar semua itu bila kita berfikir panjang. Hidup hanya sekali ja, takkan selamanya nak terikat dengan kenangan? Bangkitlah. Hanya satu garis sahaja di hati, hanya satu parut sahaja, mungkin ia takkan hilang, tapi bukankah parut tu yang ajar kita lebih berhati-hati dalam hidup selepas ini. 

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah ini sahaja buat masa ini yang menjadi peneman readers. Nadh akan perincikan lagi mungkin satu hari nanti, atau, Nadh akan kongsikan apa lagi yang Nadh rasa selepas ini. Mungkin ada yang lebih baik dari tu, tapi percayalah, ALLAH Maha Tahu setiap apa yang jadi. Kita cuma berserah saja pada DIA, yakin pasti yang kejadian setiap satunya bersama HIKMAH yang entah bila akan dirungkaikan, tapi bila tiba masa satu persatu didedahkan, kita akan tahu betapa untungnya kita sebenarnya.

Tuesday, 6 December 2011

Tips Agar Selalu Dicintai

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
 
Di dalam hidup sering kali kita ingin dicintai oleh orang lain, pasangan hidup kita, saudara, kerabat, teman sepejabat, sang buah hati kita dan juga tetangga dimana kita tinggal. Rasulullah memberikan satu tip agar kita dicintai oleh orang lain sebagaimana Sabda beliau, 
"Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian melainkan karena wajah yang ceria dan akhlak yang mulia." (HR. al-Baazar)

Katakan satu hari, kita muncul dengan muka yang sememeh, waktu mereka sedang sedih, kepala otak fikir yang bukan-bukan, muka kita turut buat mereka berasa tak selesa, mungkin bertambah sedih. Tapi seandainya kita ceria, bukankah mereka akan turut terpanggil untuk berasa ceria. Macam orang selalu kata, senyum tu virus paling dahsyat. Satu senyum semua pun senyum.

Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia itulah kunci agar kita dicintai oleh orang lain bahkan juga oleh Allah dan RasulNya. Pernah Nabi Muhamad ditanya, ''Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?' Beliau menjawab, 'Yang paling baik akhlaknya.'' (HR. al-Tirmidzi). 

Macam Nadh baca semalam, ALLAH itulah sumber segala kebaikan, dan DIA mencintai kebaikan. Jadi untuk jadi terbaik dan disukai oleh hamba-hambanya, kita kenalah baik dulu dengan ALLAH. Kemudian barulah yang berada di samping turut akan mencintai kita. Macam yang kita belajar dari kisah Rasulullah dulu, bagaimana dia senantiasa bersangka baik, walaupun dengan orang yang melayannya macam musuh. Diterjemahkan melalui perbuatan kita, tuba yang dibalas susu satu hari nanti bakal pulangkan kita dengan kebaikan.

Dan Nabi juga bersabda, "Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).

Jadi, kuncinya agar kita dicintai adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia.

"Senyum, tak perlu kata apa-apa. :D" by GempakGile

Tuesday, 11 October 2011

Pengajaran cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entah kenapa malam ini hati teringin pula berbicara mengenai cinta, sedang sudah lama Nadh menjauhkan diri dari topik ni.

Sekadar berkongsi ilmu yang ada, agar kita tidak tersasar dari matlamat asal mencari cinta. Yang cumalah hanya satu dari 100 cabang kasih sayang ALLAH kepada kita. Semoga peringatan ini menjadi benteng kepada kita.

1. Jangan berubah kerananya . Tetapi ikhlaskan hati agar perubahan itu untuk diri, kerana ALLAH. Bimbang jika kerananya, kelak bila kehilangan, kamu kembali ke "rupa" asalmu. Jadi apalah gunanya perubahan itu? Bukankah ia sepatutnya terus menjadi milik kita?

2. Jangan berani berjanji. Kita memandang sepi, tetapi seperti kata pepatah Melayu, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang kepada janji. Begitu kuat janji hingga ada yang menuntut-nuntutnya walau sudah berakhir hubungan, kerana apa? Kerana perjanjian dengan hati itu berat. Ada juga yang tidak berani meneruskan masa depan dek kerana berpegang pada janji. Oleh itu, berhati-hatilah.

3. Pastikan sayang n kasih itu berada pada tempatnya. Janganlah ia melebihi batas. Kesayangan utama adalah pada ALLAH, kejar dahulu cinta sufi, dan cinta fitrah akan tiba juga jika sudah ditakdirkan. Bukan bererti melawan fitrah, tetapi kerana takut dan gusarnya cinta fitrah itulah yang menyamun habis- amal yang dikumpul.dek kerana taksub kepadanya.

4. Cinta itu adalah mengenai izin n restu. Sepertimana diketahui, selagi mana tiada halangan dari ibu dan ayah, teruskanlah, ingat pesan yang selagimana mereka tidak memberi arahan yang membelakangkan syariat, selagi itu mereka WAJIB ditaati. Satu air mata gugur kerana kedegilan kita, selagi itulah ALLAH tidak meredhai kita.

5. Cinta itu hati. Bila cinta yang berputik itu menuntut body, silalah melupakannya. Sedangkan kita sudah dipesan, jauhilah zina. Yang membawa maksud dijauhi bukan saja dari segi perlakuan, malah zina hati juga dijauhi. Kerana dari hati itulah bermulanya perlakuan.

6. Cinta menuntut diri belajar susah n menghargai senang. Jika berkeinginan untuk senang lenang sahaja, itu tidak dinamakan percantuman dua hati. Kerana apa, hati yang benar tidak mengizinkan si dia susah kerana kita dan sama bagi pihaknya. Yakni dia bersenang n kita bersusah. Ia adalah mengenai satu hati n penyatuan ikhlas dua jiwa. Susah yang dituntut dijaga itulah susah didunia n senang diakhirat. Saling menegur n memberi nasihat itu perlu. Moga dosa dijauhkan dan iman makin kuat.

7. Bermenung memikirkan targetnya?? Cuba lihat rancangan masa depan nya. Jika sekadar menolak memikir masa depan n cinta tanpa hala tuju. Lupakanlah. Memilih untuk bercinta itu adalah untuk jiwa yang dah bersedia untuk rencana rumahtangga Yang lebih besar kerana memahami saranan Rasulullah, "apabila kamu berkahwin, maka sudah lengkap separuh dari agamamu, bertakwalah pada separuhnya lagi".

Terlalu banyak.jika dihuraikan. Tapi biarlah semua mendidik hati mengejar cinta sufi dahulu. Cinta sufi adalah cinta abadi. Cinta pada ALLAH yang PASTI TAKKAN DIKECEWAKAN. Cinta sufi itu adalah merindui syahid kerana Syurga itu LEBIH HEBAT berbanding dunia ini. Maka, cinta fitrah itu sebagai hiasan hidup yang harus dibatasi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 12 September 2011

Info : Panduan Pemakanan Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.
Nadh tertarik nak berkongsi info kat bawah ni. lepas Nadh baca email Nadh pagi ni. Mungkin Nadh lambat lagi nak sampai kat situasi ni kan, tapi mungkin readers Nadzrie.com ada dah dalam situasi ni, jadi tak salah Nadh nak kngsi info-info dalam ni kan? 


Berikut merupakan Panduan Pemakanan kepada Ibu-Ibu Hamil.

Trimester pertama (1 hingga 3 bulan):
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan
pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yang seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh
anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, ibu hamil perlu elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini kerana hati mengandungi vitamin A yang tinggi, dan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat.

Protein berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimumkan perkembangan otak janin, menambah susu ibu, dan sebagainya. Protein biasa didapati
dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kekacang, biji-bijian, tempe, tauhu, dan lain - lainnya).

Zink penting untuk mengoptimumkan perkembangan otak, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.

Zat besi (Fe) diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa
diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang.


Trimester kedua (4 hingga 6 bulan):
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein,
kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Kalsium (Ca) berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.


Trimester ketiga (7 hingga 9 bulan):
Masa untuk mengoptimumkan pertumbuhan otak janin, dan ibu perlu bersiap sedia untuk proses bersalin dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asid lemak omega-
3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

Vitamin B terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Vitamin B boleh diperoleh daripada daging, telur, susu, keju,
kacang-kacangan, biji - bijian, bayam, tomato, pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi.

Selain dari di atas, Ibu-Ibu hamil jugak perlukan :

1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang, menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi, vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomato, nenas, dan sebagainya.

3. Vitamin DPenting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.

4. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,

5. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau, gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.

6. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, dan lainnya.

7. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (untuk pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.

8. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.
 
 
Dan makanan yang perlu di elakkan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan adalah:
  • Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodiumGlutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu perkembangan janin, khususnya perkembangan otaknya.
  • Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, daging salai, ikan salai, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung, sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat menyebabkan barah dan mengganggu perkembangan janin.
  • Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya.
  • Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek, dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.
  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman. Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang tidak dimasak dengan betul, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal dunia. Atau, ayam dan telur yang dimakan mentah atau setengah masak dihinggapi oleh bakteria Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.
  • Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual dan loya pada trimester pertama, disamping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. 
     
     
    Sumber : My Bundle of Joy, setbersalin.com

Tuesday, 5 July 2011

Bahasa kita identiti kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Alhamdulillah hampir selesai tugas Nadh disini. alhamdulillah ALLAH hantarkan bantuan kejap tadi. Dan dipermudahkan selepas itu. 

Apa yang Nadh dapat hari ini adalah kita perlu belajar untuk bercakap dengan orang. Maksud Nadh adalah communication skills kita kena mantapkan. Bukan apa, dari percakapan orang dapat serba sedikit kenal dengan kita. PR yang baik bermakna, mudah lah kita hendak uruskan hal yang punya kaitan dengan manusia ni.

Antara yang perlu kita tengok adalah :
1. Nada suara. Tak kira kita tekanan ka apa, nada suara penting semasa bercakap, terutama ketika bercakap menggunakan telefon. Apabila tertinggi suara, orang mungkin akan salah anggap, sedang mereka tak tahu mungkin masa itu kita tengah ditempat yang bising ka apa ka.

2. Loghat. Agak penting juga loghat ni. Dalam kita tak sedar, kita sebenarnya lebih cepat mesra dengan orang yang sama daerah atau sama loghat dengan kita. Akan tetapi jika kita bukan dari kawasan atau loghat itu, tak payah la gatai nak cuba-cuba. Buruk la bunyinya. 

3. Rendah diri. Bila bercakap biarlah kita jadi seorang yang merendah diri. Ini penting untuk keselesaan orang diseberang talian itu. Apabila kita rendah diri, dia akan lebih selesa dan mudahkan perbualan.

4. Maniskan sedikit mulut tu. Nadh tak ajar membodek tau, tapi maniskan mulut juga dapat mudahkan kita. Orang berkenaan akan lebih terpikat untuk mendekati. Contoh : dia batuk, kita tegurlah, suruh makan ubat. Dia buat yang hebat sikit, pujilah sikit. Tak lokek aihh air liur tu. 

5. Yang terpenting adalah salam. Nadh pernah hadapi situasi yang mana diseberang sana dalam keadaan marah, tapi bila Nadh lembutkan suara dan bagi salam, dia jadi cool balik. Nadh akan panjangkan mengenai salam ni nanti.


Kesimpulan : Perbuatan kita menentukan balasan yang akan kita dapat. Ikhlaskan hati insyALLAH yang lain datang kemudian. Sebenarnya tadi Nadh dapat ilham ni selepas sorang Abang dari PDH team datang nak lihat Nadh buat kerja. Dia datang sebab nak bantu sekiranya Nadh ada masalah. Syukur sangat. Ada orang datang nak bantu. Siap ajak minum lagi. Walau ianya sekadar lawatan, tapi Nadh sangat syukur. Alhamdulillah..

Note :: Fikir macam ni sudahlah, bukan erti kita ni fake ka apa, tapi semua adalah manusia, siapa yang ingin tiba-tiba dimarah? Semua tak mahu kan? Jadi berlembutlah, bukankah itu pernah jadi salah satu senjata Rasulullah ketika berdakwah? Lemah lembut, ikhlas menarik orang mendekati kerana itu salah satu akhlak yang baik.

MENCIPTA SEJARAH BARU

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik pagi Nadh hari ni adalah SEJARAH. Ada sesiapa tak yang minat subjek ni masa dekat sekolah dulu? Setahu Nadh kan, subjek ni antara yang paling dibenci di kalangan student sebab kena hafal dan ingat fakta yang banyak tu. Subjek ni dikira sebagai subjek paling menyampah, dan selalunya nak naikkan semangat ada 1 ja, cikgu yang cantik atau cikgu emsemm yang mengajar. (hihi.. :P )

Aduii, Nadh da melalut dah ni. Okeh, sambung balik, mengenai SEJARAH. Apa yang anda paham tentang SEJARAH? Kisah lalu yang menunjukkan asal usul kita. Betul tak? Apa lagi? sila tambahkan. Tapi Nadh nak sebut tentang MENCIPTA SEJARAH BARU. (Note : INI ADALAH ENTRY CHENTA CINTUN)

Siapa tak ada sejarah silam kan? yang manis, yang terlebih manis macam ladang tebu, yang pahit, yang tak best, semua ada la. Sejarah ini baik, tapi tak kurang juga mendatangkan keburukan kepada kita. Contohnya, sejarah menghalang perjalanan kita. Selalunya sejarah tak baik akan menakutkan kita untuk kedepan, tak kurang juga sejarah baik yang akan menjadi titik perbandingan untuk kita kepada masa depan. 

Keburukan sejarah dan kebaikan sejarah lama ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan kita sebenarnya, Kenapa perlu dikenangkan sejarah lama? Bukankah sejarah tu telah tercipta. Sekarang sejarah tu dah berlaku, dah masuk dalam ARKIB HIDUP. Bermakna sekarang KITA PERLU CIPTA SEJARAH BARU.

Tips Mencipta Sejarah :

1. Keluarkan yang terbaik dalam diri kita. Mungkin satu masa dulu kita pernah jadi yang TERBAIK pada pandangan kita, Tapi, BUKANKAH PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA. Jadi itu merupakan BUKTI TERBAIK yang kita sebenarnya DAH JADI LEBIH BAIK DARI DULU. 

2. Sejarah baik dijadikan BENCHMARK kita. Cuba pastikan yang kita jadikan yang baik itu sebagai SEMANGAT UNTUK JADIKAN KEHIDUPAN SEKARANG BAIK DARI DULU.

3. Sejarah silam adalah hasil tapisan fikiran kita. Adalah baik sekiranya yang tak baik itu kita jadikan sempadan, agar ianya tidak berulang di masa depan. NOTE : PASTIKAN KITA TAK JADI BURUK MACAM SEJARAH KITA DENGAN MENGULANGINYA. 

4. Belajar melupakan. Terbukti, kita takkan dapat melupakan sejarah, sebab dia pernah jadi sebahagiaan dari hidup kita. TAPI melupakan yang Nadh maksudkan adalah, ANGGAP IANYA TELAH BERLALU. Ingat, "Kita tak hidup untuk masa lalu, tapi kita hidup untuk masa depan. "

5. Belajar memaafkan. Dalam tak sedar, tidak memaafkan ini merupakan salah satu penghenti kepada perjalanan kita. Belajar memaafkan, mungkin si dia bersalah tapi tak erti semuanya perlu dia tanggung, mungkin juga dari kita juga yang menyebabkan perkara berkenaan berlaku. 

6. Muhasabah diri. Kenal pasti kekurangan, silap kita sebelum menyalahkan orang lain. Selalu buat macam ni. "ALLAH tak hilangkan matahari saja-saja melainkan dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


NOTE :: Tinggal dengan mengimbau sejarah? sila lupakan.. Dalam hidup, nak mula baru itu yang susah, tapi sebaik bermula, ianya akan jadi menarik. Bermulalah sekarang, kalau tak mula sekarang, bila lagi kita nak bermula? All the best semua.

Monday, 4 July 2011

Memandang dari pandangan sudut yang lain

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca satu entry sorang sahabat Nadh. dia kata dia tak suka tengok atau baca watak jahat. Pernah juga Nadh jumpa readers yang bagi pendapat mereka sukakan happy ending. In fact dalam dunia ni, semua orang nakkan happy ending, sesuatu yang manis, dan indah-indah sahaja dalam setiap yang menjadi hidangan mata mereka. Contoh dalam novel, drama, filem, even komik pun kebanyakan readers nakkan "happy ending".

Bagi Nadh sendiri, Nadh lebih sukakan sebaliknya, contoh melihat kepada happy ending tu, Nadh lebih prefer ending yang lain dari yang dimahukan, contoh Cinta yang tak kesampaian, kehancuran, hero mati, heroin mati ka, macam tu la yang Nadh suka. Bukan apa kan, asik dihidangkan dengan keindahan ja, buat hidup selalu akan terbayang yang indah-indah.

Mungkin akan tiba satu tahap kita semakin tidak endah dengan "Consequesces" yang bakal menjelma sekiranya kita "terjatuh" dalam hidup kita. Sebabnya sentiasa melihat yang indah-indah kan? 

Nadh taknak macam tu, bersedia untuk segala kemungkinan, (nanti mesti orang kata Nadh negative kan? ) Sebab asyik nak yang disebaliknya ja kan? Tapi itulah kehidupan, Kita mengatur, tapi yang mengizinkan dan membenarkan tiap sesuatu itu adalah ALLAH Yang Esa kan? 

Nadh sediakan sedikit TIPS buat kita dalam bersedia dan tidak keterlaluan :

1. Sebab itu always expect the least, jangan keterlaluan, sebab kita tak tahu apa akan jadi di masa depan. 
2. Merancang boleh, tapi wujudkan Plan sokongan. Sekiranya Plan A, Plan B tidak berlaku.
3. Muhasabah diri kita. Sedar yang diri adalah HAMBA YANG TERTAKLUK DI BAWAH KUASA ALLAH.
4. Jangan sekadar melihat yang indah-indah, persiapkan diri untuk saat jatuh kita nanti. Ibarat kata orang, "jangan keterlaluan tinggi diatas, kelak jatuh lebih teruk"
5. ALLAH uji sebab DIA sayang, jadi jangan mengeluh, tapi syukur kerana Ujian menunjukkan yang DIA sayangkan kita.

Wallahualam. Sekadar pendapat dari Nadh yang lemah lagi berbuat salah. ;)

Wednesday, 8 June 2011

Tutorial : Update Blog Melalui Email

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca

Petang tadi Alhamdulillah.. telah sukses Nadh update blog melalui email. Tak sangka dalam dok bosan-bosan tunggu barang tu, leh plak terjumpa feature dalam Blogspot yang Nadh lum jumpa. Heran jugak kan, sebab tadi dok keluar satu screen yang menyuruh Nadh aktifkan feature Mobile Blog. Tapi lepas active pn sama jugak still takleh nak update, tapi secara tak sengaja jumpa cara update melalui email. 

Berikut Nadh kongsikan caranya :

1. Masuk ke Dashboard, dan pilih SETTINGS


2.  Pilih EMAIL & MOBILE

 3. Secara automatiknya akan masuk dalam page bawah ni. Kotak atas adalah bagi mengaktifkan Mobile Blog template, kelebihannya bila buka blog melalui nya dia akan ringan sikit la.


4. Terus scroll ke POSTING OPTIONS. Tukarkan SECRETWORD dengan kata laluan kita.
Contoh : anak.itik.tok.wi.BEDAH@blogger.com

5. Selesai sudah setup untuk Update blog melalui Email.


Itu sahaja. Selamat mencuba.


Thursday, 26 May 2011

Makanan dan Lelaki

Sebaik terjalinnya satu perhubungan, banyak perkara akan bermain dalam minda yang terlibat. Banyak yang ingin diketahui dari karektor pasangan mereka, dibandingkan wanita yang lebih terbuka, lelaki biasanya lebih tertutup, terutama sekali bila berkaitan dengan soal peribadi mereka.


Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.

Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia.  :


Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.


Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.

Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.

 

Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.




Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.



Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.




Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.



Note :: Kalau spesis pencinta makanan macam Nadh ni camna ae? Semua ciri-ciri ni ada kot? lalalalalalalalala~~

Sumber : email

Buta+Pekak+Bisu=CINTA