Followers

Tuesday, 18 April 2017

Diari Abi 17 April 2017

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Such a busy day. Tu ja yang boleh cakap. Saat entry ini tertaip jam 12:05 AM (18 April 2017). Baru sahaja tiba di rumah dari tempat Futsal. 

Bermula hari ini jam 1 pagi. Terjaga di tengah malam. Pastu ada setel menda sikit diluar bilik dan terlelap. Jaga balik jam 4:30 pagi bila mana hero seorang tu buka pintu bilik cari Abi dia. Bila dia nak merap. Cuba layankan. Nak susu la, ajak dia tidur balik sebab nak pergi kerja awal pagi ni. Sampai 5:15 AM tak ada tanda tanda dia nak lena. Terpaksa bangun dan bersiap nak keluar. 

5:30AM bergerak keluar ke tempat kerja. Tunggu officemate sampai dekat jam 6 baru bergerak ke Taiping. Tiba di sana dalam jam 8:05 AM. Selesai kerja apa semua patut sampai dalam jam 9:15 AM baru keluar dari sana. Singgah kedai untuk sarapan. Dalam jam 9:45 AM bergerak pulang ke Alor Setar. Tiba dalam jam 11:20. Itupun lewat dalam 12 minit kerana berlaku kesesakan tadi di atas lebuhraya. Sakit plak rasa hati sebab dah target sampai lebih awal. Tapi apakan daya. 

Setibanya di Alor Setar, asal plan terus balik, tapi dah berlaku pertukaran plan. Kerana ada tugasan terpaksa rela siapkan. Maka, ambil moto dan terus ke Kepala Batas untuk bertukar kenderaan untuk ke Perlis pula. Dalam jam 12 lebih, bergerak setelah ketibaan officemate yang seorang lagi. Mula ke Alor Setar kembali untuk ambil barang. Kemudian terus ke Perlis.

Lokasi awal adalah di Kangar. Selesaikan kerja kerja mengukur untuk kerja konkrit kemudian terus ke Ulu Pauh. Di Ulu Pauh tak lama dalam jam 2:30 tiba, makan dan ambil barang kemudian bergerak ke Pekan Pauh untuk kerja inspection manhole. Selesai semua bergerak pulang ke Kepala Batas untuk ambil balik kenderaan sebelum singgah ke Masjid untuk tunaikan solat dalam jam 5 petang. Kemudian barulah pulang ke rumah. Dalam 5:45 petang tiba di rumah. 

Ini lubang manhole. Air tak berapa nak jalan. Ada la sebabnya tu. kena oastikan sebab nak buat report pada customer

Hati gembira tak terkata dapat lihat dua ketoi budak tersenyum tunggu dihadapan pintu. Selesai simpan semua barang kerja, beg apa semua barulah boleh main dengan anak anak. Seorang demi seorang. Nak berat yang kecil pun payah, berat yanga besar pun payah. Keduanya nak perhatian. Main dan bergelak dengan keduanya sampai dekat jam 7 malam. Baru ambil seorang demi seorang, mandikan dan siapkan keduanya. Barulah si Abi boleh mandi dan siap diri sendiri pula. Jam 8:04 siap semua. Mandi solat dan anak anak. 

Masa ini minta izin dari isteri nak lelap mata sekejap. Sebab malam ni ada futsal tiba tiba kawan ajak main. Asal macam tak mahu main. Tapi bila isteri cakap badminton esok batal, terus rasa nak main. Sebab nak ganti sehari yang rugi tu. alhamdulillah. Dia bagi kebenaran. Tapi dia tanya juga, "larat ka abg tu? Dari pagi ni..". Sebab tu saya minta izin nak lelap. 9:30 dia kejut. Bangun dan jamah sedikit kueh yang dibelinya, solat dan siap. 9:50 gerak ke futsal. 

Mula main memang letih. Sampai keluar tu baju bleh perah. Terpaksa minta maaf dari team mate. Main tak cun langsung. Peluang goal tu kata depa kalau tadi cun. Boleh menang 5-6 biji bola yang saya tak dapat score tu. tapi mujur juga la goal terakhir saya juga yang buat kami seri tadi. Maaf ya semua. Letih amat,. Dn mungkin juga saya bukan pemain yang bagus. Mudah mudahan saya bisa buat lebih baik lepas ini. 


 
Bestfriend baru. Musim ni dia sibuk. Sebab saya pun sibuk dengan beraktiviti. Alhamdulillah. Dia masih sihat nak berkhidmat

Saturday, 15 April 2017

Beginning of the new chapter (Maybe)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lama sungguh tak menaip. Almost a year ive been stop doing what i love the most during my early days ni. Banyak faktor kejadian yang memisahkan minat dengan aku. Tapi apakan daya. Minat sahaja tanpa ada kesempatan pastinya tak berjaya juga diterjemahkan kepada tindakan. 

Banyak faktor. Tapi antara nya adalah 'putus' dari nama belog kesayangan yang buatkan aku 'ilang' dari radar dunia blog ini sendiri. Entry entry yang satu masa dahulu 'bawa' reader ke sini pun sudah tiada. Sebab, nama bertukar dan diambil entah malaun mana tatau dari luar negara. 

 

Ini buktinya. 

Sekarang cuma berharap dia gagal menyambung nama ini di masa depan, kemudian expired dan dapat semula ke tangan ku. 

Berharap ni. Berharap. 

Nama ni aku guna sejak aku dibangku sekolah lagi. Masa tu belog pun aku tak kenal. Tapi aku guna ia sebagai nama folder untuk fail fail peribadiku. 

Moga moga dapat kembali padaku. 

Oh aku rindu..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA