Followers
Wednesday, 31 August 2011
Merdeka tahun ni owyeahhh
Tuesday, 30 August 2011
Berkenaan dengan dia
Owhhh letihnyaaa la. Nadh otw nak balik rumah da ni. G umah mcik jap tadi. Ramai betoi kat sana tadi. Smpai ja kezen smpai, bawa tunang dia. Tetiba tingat sembang dengan mama kemarin.
''depa suma modern-modern punya, freehair, kaler-kaler lagi''
''Arie x dapat la Mama, biasa-biasa saja. Arie dah pesan ciap-ciap dah Arie nak macam mana..''
''abang ni, baru kawan ja kot, takpayah la nak control, dia tu muda lagi kan abang, bagi la dia nak bergaya cket, nak tudung gaya-gaya.. Nanti dah kawen baru la nak kontrol ka apa ka..''
tetttt~~ tu Mama yang kata ye. Nadh tatau pape.
Pastu tadi jumpa Kak Ana, dia tanya.
''sapa dia tu? sapa dia tu? S ka?''
''ehh mana ada. Mana ada..''
''ala, u bagitau la dekat i.. I nak bagitau u sesuatu ni''
''ya, dia la ni..''
''okeh la tara tu Arie, sesuai, macam pinang ng buah kelapa. Kelapa muda n kelapa tua..''
''adehhh.. Ramai orang kata muka sama tau..''
''ha memang pun, sesuai wat bini..''
''erkkk..? Nak kna p raya uma ni, bakal MIL da tanya tu..''
''nak p ka? P sorang ka?''
''dak aihh igt nak p dengan Mama. ''
''ha.. P lahh. Amek gambaQ bebanyak tau. Nanti update dalam belog tau?''
''belog? Ehhehe''
P/s:: sejak bila kezen Nadh tau Nadh ada blog ni? Hadoihhh segannyaaaa..
Sentapp sat
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir n batin ikhlas dari Nadh.
Mohon anda memaafkan diri andai ada tersalah bahasa, terkasar bicara bila mana readers membaca.
Hari ni Nadh jumpa spesis kawan baru dalam hidup Nadh. Kita punya la semangat nak msg dia, leh plak dia reply,
''adaApa?''
''tgh msg bf''
sentappp kejap. (bukan pasai apa, sebab Nadh x pernah kena lagi wohhh)
okeh la. Tak kesah la macam mana pun kan?
Kawan-kawan kan? Moga berbahagia la nohhh.. :p
Sunday, 28 August 2011
Pasni Nadh tunggu anak menakan plak
Semalam Nadh ada program Berbuka Puasa bersama geng kelas Diploma Nadh dulu.
Seronok dapat jumpa ni. Macam-macam hal seorang-seorang. Dan semestinya, kecoh sangat.
Bawah ni nak share sikit.
Ozil VS Villa
Saturday, 27 August 2011
Hujan tangisan
Kita diambang berbuka pada hari ke 27. Lagi 3 hari untuk berakhirnya bulan Ramadhan Al Mubarak.
Nadh terbaca satu status tadi. Mengenai bumi menangis kerana bakal ditinggalkan Ramadhan.
SubhanALLAH. Bila difikirkan, mungkin ada jugak benarnya kan.? Hujan tak berhenti sekarang kan? Seperti mengiringi dukacita para solehin yang mendambakan kecintaan ALLAH yang dikirimkan melalui bulan barakah ini.
Kita macam mana? Silap-silap bergembira plak kan? Ye lah, nak berakhir dah bulan ''cuti makan'' kan?
Akhir bulan kita ni diisi dengan apa plak? Amalan yang makin bertambah, makin kalut nak beraya sebab melipatgandakan kemeriahan dengan persiapan yang berlebih-lebihan?
Kita mana satu ya?
Tepuk dada tanya hati. ;)
Jiran dah sedar. Alhamdulillah.
Tolong doakan Jiran Belog Nadh - Iffah
Dari belog Boss Sunah :
Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.
"Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis."
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.
Kita + Lappy + Online = Hidup?
Friday, 26 August 2011
Owhh hujan.. Owhh hujan..
Hujan.
Lebat kau turun menemui bumi.
Tibamu satu isyarat yang ALLAH menurunkan rahmatNYA..
Turunmu bersama barakah ALLAH buat hambaNYA.
Hujan.
Saat kau terjatuh,
Bumi merekah kau basahkan.
Bumi yang panas kau sejukkan.
Tanah nan gersang kau legakan.
Hujan.
Pada yang berterima kasih,
tidak terkira syukurnya dengan tibamu.
Namun ada juga yang merungut
tapi biar apa pun, kau tetap muncul
Sebagai pemberian tanda besar kasih Illahi.
Note :: berapa ramai antara kita turut ''hujan'' saat dilimpahkan rahmat tanda syukur kepadanya? Berapa ramai pula yang ''berhujan'' bila tiap kali memohon ampun dan maaf atas khilaf dimuka bumi??
Tepuk dada, tanya iman.. :)
Seseorang n someone
Currently masih dekat site ni. Berbuka dengan seteguk air saja jap tadi.
Masih dengan mood pelik. Malam tadi call someone, cakap dengan dia, hari ni nak wat kejutan dekat seseorang. Lepas tu tak sangkat plak yang seseorang bagitau someone tentang tu. Sebaik saja berlaku kejutan tu kan. (ehh terkejut ka? Ehhe)
Seseorang sangat gembira dengan someone tu, sebab seseorang tengok someone tu sedang berbahagia. Nadh nak tumpang happy ja untuk seseorang n someone tu. Alhamdulillah, bagus la kan, bukan senang kita nak senang ati kan?
Bak kata someone, kerana dia telah menemui jalan yang bawa dia kembali kejalan NYA yang sebenar-benarnya. Seperti telah menemui pintu masuk untuk satu perubahan.
Kita tumpang gembira saja ye.
Syukur alhamdulillah.. :)
Panjat tinggi-tinggi
Tahu apa dia ni? Ini namanya tower.
Nampak tak ada 2 orang dekat atas platform menda ni? Mungkin x nampak kot sebab terlindung dengan platform n kaki tower.
Anda berani ka buat kerja ni? Memanjat n buat kerja dekat atas sana? Walaupun ada peralatan keselamatan macam body harness etc, tapi still ngeri kan?
Ada sapa nak ikut Nadh memanjat tak? Weeee~~
note :: Nadh x memanjat la, orang yang buat. Cuma memerhatikan sahaja.
Berbahagialah!
Thursday, 25 August 2011
Anda sememangnya tidak paham kan?
Segmen Miss Nadya :: Selamat Hari Raya
Cik belog comei kat bawah ni buat Segmen Hari Raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
p/s : jum la join sekaki, kasi ramai. Jika nak, leh la click kat SINI.
Ketika Cinta Terluka
Cinta itu indah namun juga rapuh. Manis tetapi pahit. Bahagia tetapi derita. Semakin dalam cinta, maka semakin sakitlah akan luka kerana cinta. Sehingga kita memerlukan kekuatan dan kesabaran. Ketika kita terjatuh, dan berada di tahap "lemah", tika itu diri mudah menyerah kerana tidak memiliki kesabaran dalam menghadapi kesulitan. Cahaya yang dianggap indah selama ini menjadi redup dan terpaksa-rela menerima kenyataan yang bertentangan dengan harapan.
Cinta yang hakiki bukan semata-mata pujian dan sanjungan, ianya dibentuk dengan berbagai peristiwa ujian dan bermacam lagi hal yang bisa membuatkan hati itu terluka dan menderita. ALLAH membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan atas seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan dan kesabaran yang kita miliki untuk menjalani luka itu.
Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuat bahtera rumah tangga anda seindah impian sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk keluarga anda.
Sebagaimana Sabda Rasulullah,
"Seorang suami apabila memandang istrinya dg kasih sayang & istrinya pun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari-hari tangan keduanya." (HR. Rafi'i).
Note :: Sebab itu lah Kahwin itu satu yang indah. Kerana di dalamnya terselit banyak sangat rahmat ALLAH. Pun begitu, belum bersedia jangan cari pasal ya. ;D
Credit to: M. Agus Syafii
Wednesday, 24 August 2011
SAGONG NYOR
Tak dak kerja hari ni. Berjalan-jalan FB-ing. Jumpa ceramah ni dari Ustaz Azhar Idrus.
Tajuk dia mengingatkan Nadh akan team Futsal Nadh dulu masa dekat tempat belajar.
Tapi isi ceramah ni bab akad kahwin, meh la tengok, mendalam maksudnya tu.
Kita amek kisah sikit ya bab kawen-mawen ni ya?
Wordless Wednesday #WW16
Buatlah sendiri
Tuesday, 23 August 2011
Menjauhi A.L.P.A
Dalam diam, dok buat itu dan ini, tetiba terlintas dalam kepala Nadh mengenai ALPA.
Terus susah hati, dan nak beri peringatan pada semua tentang ALPA.
Apa dia ALPA? Kenapa ALPA itu perlu diingatkan?
Semua nya bila :
Bila tiap kali aku diberikan NIKMAT. Aku lupa untuk BERSYUKUR
Bila aku diberatkan dengan UJIAN, aku pula membebel, "kenapalah aku diuji sedemikian rupa"
Bila aku SENANG, aku tak ingat pula kepada yang SUSAH, aku berat untuk menolong, yang aku tahu, aku nak lagi dan lagi dan lagi.
Aku lupa bila aku ada AYAH dan IBU, aku MARAH mereka sebab menegur aku yang tengah asyik dengan dunia ku.
Aku bila dah jumpa kawan-kawan, aku tak teringat akan keluarga aku yang menunggu aku di rumah
Aku teringin merasa nikmatnya CINTA, bila diberikan, aku lalai dan aku jana dia sebagai SAHAM NERAKA terbesar dengan keterlaluannya aku kepadanya
Aku diberikan pangkat dan kedudukan tinggi, tapi aku tindas orang bawahan aku tanpa kasihankan mereka
Aku diberikan AMANAH. Tapi aku nodainya dengan RASUAH.
Lagi, lagi dan lagi.. terlalu banyak perbuatan ALPA kita.
Beringatlah semua, yang kita ini hanyalah HAMBA atas muka bumi ALLAH ni. HAMBA SAHAJA semua. HAMBA seperti mana yang kita tafsirkan di dunia adalah yang TERTAKLUK SEPENUHNYA KEPADA TUANNYA. Pergantungan sepenuhnya kepada tuan tanpa mampu berkata apa, melawan, walaupun ditindas, dibuli sesedap rasa tapi TIADA KUASA LANGSUNG. Tu dengan manusia. Bayangkan kita dengan ALLAH? Segalanya dari kisah kejadian, nafas kita, sumber udara, air, rezeki, malah hati walau berada dalam diri, tapi KUNCINYA ADA PADA ALLAH yang mengawal segalanya.
Note : Semesti dan TERLALU PASTI bila tiap perkara dilakukan dengan ALLAH berada di atas, TIADA KEMUNGKARAN atau PENYELEWENGAN bakal berlaku, tapi sejauh mana kita beringat akan ini? Intergrity dan Intergrity. tapi mana Dignity?
Takkan kita masih nak keras kepala?
Segmen | Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI
Segmen : Camana nak tinggi trafik tanpa PING entri di FaceBook ?
Minat? Sila click kat SINI.
Bicara Petang
Bosan plak hari ni dengan kepala otak seolah terstop dari mengeluarkan kata-kata untuk ditukarkan kepada entry hari ni. Bukan bererti tiada mood cuma entah, seperti tiada tajuk besar untuk dihebahkan kepada semua melalui hasil penulisan hari ni.
Tinta petang ini rasanya nak meluahkan saja kot. Bagi yang mengetahui perkembangan terkini kat FB sekarang ni tengah dok panas dengan gambar-gambar yang dikontrobesikan la. Hairan, pakat dok tanya sokmo, iyolah, tau la jarang ada gambar macam tu masuk kat dalam FB Nadh kan? Tu jadi panas lebih tu. Tak kurang juga yang mendoakan, tanya itu, tanya ini.
Apa pun, maceh atas doa anda semua la ye. Kalau ALLAH kata ada, tu akan ada la, kalau DIA dah takdir tiada, takkan kita nak paksa-paksa kan?
Note : Nak kata harap sangat tu tak berani, biar masa ajalah yang menentukan..
Monday, 22 August 2011
Sedetik Lebih Dari Yang Lain
Segmen | Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL
BW pagi ni jumpa plak blogger cumil ni nak wat bloglist.
Nadh join " Bloglist Afiqah Ismail " .
4 blog akan dia review nanti, 2 blog laki, 2 blog perempuan. cubalah, mana tau terpilih ka. hihihi
p/s : Sapa minat leh click kat SINI.
Kisah pagi Nadh n Lagu
Selamat pagi semua. Apa khabar iman? Pagi 22 Ramadhan ni, lagi lebih kurang 8 hari untuk pemergian bulan mulia ini.
Pagi yang hening mungkin, pagi yang syahdu juga memandangkan pagi ini Nadh dengan lagu-lagu kenangan dalam hp ni. Mendengar saja kan? Yo lahh, sambil menanti bus. Apa lagi nak buat kan? Nasib ada hp, smbil dengar lagu boleh update entry kan?
Meh Nadh nak cita lagu apa yang berbicara pagi ni. Lagu yang membawa Nadh untuk berfikir dan berfikir.
Demi waktu.
Waktu sepanjang bulan ni. Apa isi kita dekat diri? Sejauh mana diri kita ditarbiahkan oleh bulan ALLAH ni?
Percaya Padaku.
Sejauh mana kita percaya pada ALLAH. Kita berpegang padanya dengan berserah sepenuhnya kepada dia. Seperti lirik dia juga. ''Percaya padaku, ku kan menjagamu, hingga waktu menjemputmu''.
Muhasabah Cinta.
Mengenai rintihan setelah mendapat ujian. Pasrah kita dengan ujianNYA. ''kini ku harapkan cintamu, kata cinta terucap indah, mengalir berzikir dikidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku''. Biarlah sakit kita hari ini, menjadi penawar dosa kita. Moga kita kuat, dilindungi dari putus asa.
Sebelum Cahaya.
Tahukah kita? Yang amalan sebellum cahaya itu (solat tahajud dsb) itu sebenarnya memberikan kita kekuatan. Tapi kita buat tak? Mari kita buat, kita cari kekuatan dari amalan soleh ini. 8 hari yang tinggal ini, mari maksimakan sebaiknya masa yang ada ni.
Cahaya.
Iaitu Nur. Nadh nak kongsi pasal ni. Semalam Nadh terfikir masa dalam bus. Kita dapat dah 'nur' tapi tubuh masih berdiam diri dari bertindak. Sedihnya. Kita tak ambil kesempatan dari kelebihan kita ni. Rugi sgt. Ayuh semua.
Istikharah Cinta.
Kita selalu rasa tindakn kita betul tapi akhirnya kecewa. Dan kita bebel mengenai tindakan kita tu yang kita rasa salah, kenapa tidak kita TANYA ALLAH sebelum bertindak? DIA kan Maha Mengetahui?
Note :: mungkin sekadar tajuk dan bait tertentu dalam irama lagu, tapi setiap yang kita amati itu juga mampu memberi janaan kepada iman yang mkin hari makin lesu dibadai ombak hidup. Bermuhasabahlah setiap masa, ucapkan 'lailahaillallah', moga setiap nafas kita sentiasa bersama redha Yang Maha Pencipta hendaknya.
Sunday, 21 August 2011
Segmen | Angah ini blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada Anda?
Golongan manusia-manusia yang marah
Selamat petang semua. Sekarang dah diambang berbuka kan? Nadh nak berkongsi tentang "Manusia-manusia yang Marah" dengan readers hari ni.
Ada beberapa golongan ''Manusia-manusia yang Marah'' ni..
1. Golongan Cepat Marah Lambat Sejuk
Spesis paling TERUK. Si telinga nipis jugak ni. Hangin satu badan. Tapi satu bezanya dia ni, marah tu jenuh la nak sejuk balik. Tacing teruk-teruk ni. Buruk jenis ni, kekadang tu, perkara kecil nak marah, lepas tu taknak bermaafan. Kekadang makan tahun.
2. Golongan Cepat Marah Cepat Sejuk.
Golongan pertengahan. Spesis ni jenis telinga nipis. Cepat betul marah. Pantang ada yang tak kena, marah terus. Tapi baiknya dia ni, bila da marah. Cepat pula sejuknya.
3. Golongan Lambat Marah Cepat Sejuk
golongan ni golongan paling special. Tebal sungguh hati tu, susah nak terasa, nak naik angin, dan bila berlaku, cepat pula redanya. Golongan ini terbaik, dan PATUT DICONTOHI.
''bila marah itu, kamu sedang duduk, maka berdirilah, bila kamu sedang diam, maka bangunlah berjalan. Sekiranya tidak boleh, ambillah wuduk. Marah itu api. Dan api itu syaitan. Dan air itu 'pemadam' kepada api''
Bulan Ramadhan ni bulan KESABARAN. Apa kata kalau kita golongan Pertama n Kedua, kita guna untuk Upgrade jadi golongan yang terbaik tu. Bukan senang nak jumpa kan bulan ni, setahun sekali ja, tahun depan plak tatau nak jumpa lagi ka tak. Umur ni entah panjang atau tak sampai waktu tu. Kita guna kaw-kaw jum. Kasi Bersih sebersihnya lepas selesai bulan ni.
Note : kita kira kita saja boleh marah, cuba fikir murka ALLAH tengok. Kalau DIA marah camna plak?? Tetttt~~
Note lagi :: tak nak marah? Jangan buat bagi orang marah. Hati-hati dalam tiap tindak tanduk kita. Boleh aihh.. :)
Photos | Program Kembara Ramadhan
Semalam, kalau semua ada membaca entry Nadh tentang intro Program Kembara Ramadhan mesti tahu kan yang group Kami Blogger Utagha ada buat satu event kat Perlis.
Program yang diberi nama Program Kembara Ramadhan ini bertempat di Masjid Al-Sakinah Kampung Padang Melangit, Perlis.
Rombongan dari Pulau Pinang bermula seawal jam 2:00pm (sepatutnya la). Tapi telah terlambat disebabkan kelembapan teknikal oleh Nadh sendiri. Rombongan 3 biji kereta oleh, Mikro, Naim, Tatia, Fatyn, Atin, Cik Zai, Nadh n Nadzli.
Kemudian kami sampai di RnR Gurun untuk menunggu kereta dari Sungai Petani yang dinaiki oleh, Nur Lina, Farhana, Siti Jusiza n Hafiz Rahman.
Kemudian perjalanan diteruskan hingga tiba di Alor Setar.
Lokasi : Depan rumah Syakira
kat bawah ni Nadh kongsi la serba sedikit apa jadi semalam ya. ;)
Selesai saja Majlis sumbangan, buka puasa, solat
Selesai program di Masjid, bergerak ke Padang Bandaran Perlis (kot), depa dok panggil KERIS ja semalam
Group PHOTOS.
Beberapa yang telah mencuri tumpuan
Adik Rosyam Nor ni. Bakal Blogger masa depan? (betoi ka ni? pepandai ja )
Saturday, 20 August 2011
Program Kembara Ramadhan (intro)
Sebelum entry keluar malam ni, Nadh kongsi dahulu sekitar majlis kembara Ramadhan ya. :)
Segmen | BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA
Enchik BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA!!
Nak jugak sila cepat. Sampai pukul 2 ja tau. ;)
sila click kat SINI.
Segmen | Tak nak merokok bersama Pilihan Hati
Nadh " Tak nak Merokok bersama Pilihan Hati "
(nak join sila click gambar)
Slogan :
Merokok = KAYA. Lebih ASAP, lebih GAYA, lebih DUIT nak bayaQ hospital nanti.
Fasa Akhir. Kita cam mana?
Friday, 19 August 2011
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Thursday, 18 August 2011
TIPS | Pantang larang Power Point
Aii suma? Rindu Nadh tak? (Ehhe..macam la nak ada kan?). Okeh la, mood demam ni, tapi sehari tak mencoret rasa tak lengkap plak.
Entry langsung xberkaitan dengan puasa kan? Tapi saja nak share jugak. Sebab Nadh pernah ckp dengan readers nak buat entry berkaitan presentation hari tu. Jadi hari ni Nadh tunaikan la.
Iaitu mengenai Pantang Larang Powerpoint.
1. Sepertimana yang kita tahu, nama dia pun Power Point kan, jadi adalah tak ''Power'' dia bila didalamnya terkandung banyak sangat kata-kata atau isi. Atau dalam bahasa mudah, kita letak karangan dalam tu.
2. Power Point yang power adalah yang didalamnya terkandung isi pendek, atau dalam omputihnya 'point form'. Kemudian kita huraikan isi dari point-point kita tadi.
3. Lagi satu, nak power kita boleh coretkan sepatah dua didalam, mungkin untuk kita tau isi apa dari dalam tu, agar kita tahu apa kita nak kata.
4. Power Point yang power selalunya meninggalkan persoalan dalam hati audience. Sebab, apa yang kita tulis dia tak tahu ka, jadi dia semestinya tercari2 isi apa kita nak sampaikan.
5. Adalah tak power bila kita membaca sahaja apa yang ada dekat slide tu. (macam la readers tak nampak apa kita tulis kan?) sebab tu kita kena letak isi dan hurai dengan kata-kata sendiri.
6. Elakkan menggunakan warna yang terlalu terang. Ini menyebabkan audience sakit mata tengok slide kita.
7. Gunakan tulisan yang besar (jangan la besar sangat), dan bukanlah kecil sangat, tapi seeloknya tulisan yang 'just nice' agar audience mudah melihat.
8. Dilarang gunakan background yang pellk-pelik pada slide. Nak tau napa? Pelik tu buat orang gelak. Terlalu menarik pula buat orang lagi fokus pada gambar, bukan pada presentasi kita.
9. Kalau mampu, slide yang bergerak dengan menekan pun okeh, ini dapat elakkan audience dri tahu apa isi seterusnya kita nak cakap. Pun begitu, andai dah tersedia semua pun tak ada masalah, kita yang present kan, olehan kita boleh buat ianya jadi menarik.
10. Last sekali, (rasa cukup takat ni kot), elakkan kesalahan-kesalahan bodoh diatas slide kita. Sebab, kekadang audience ni suka ja cari kesalahan kecil untuk diperlekehkan. Nak elakkan, double triple check dulu sebelum mula.
Itu sahaja setakat ini ya. Mungkin dilain kali, Nadh boleh huraikan tentang presentation skills plak ya. :)
Note :: slide power yang mempresent tak pandai pun jadi tak menarik jugak, jadi kenalah pandai. ''best presenter always know hw to attract the audience''
Sekali Lagi | Tinggalkan dengan persoalan?
Note lagi :: Kisah tinggal dengan persoalan kat SINI.
Spontaneous Thursday #2
Wednesday, 17 August 2011
Segmen | BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH
Segmen petang " BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH "
mengenai " Kenapa Perempuan Curang? "
Kenapa?
Giveaway Raya By Miss Nadya
Lepas satu, satu, sekarang dah terlepas dua, ni yang ketiga. Orait. Taknak terlepas lagi, maaf tuan tanah, bukan tanak tapi tak sempat.
Nadh nak join sekali la " Giveaway Raya By Miss Nadya "
Orait, GA ni akan berlangsung sampai 18-August jam 12 tengah hari sahaja.
Sapa nak sila click kat SINI tau.









































