Followers

Sunday, 1 November 2015

Kisah hantu dan 8 orang sahabat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini kisah benar yang diceritakan sendiri oleh si manusia yang melalui kisah ini satu masa dahulu. 

Kisah Hantu dan Lapan Orang Sahabat

Satu masa dahulu. Waktu itu kelapan lapan sahabat ini ditugaskan di satu kawasan ni untuk melakukan kerja kerja disini. Oleh kerana memerlukan mereka untuk stay lama disini, maka mereka memilih untuk menyewa dikawasan ini. Nama taman tak ingat, tapi setelah selesai semua urusan duit muka, sewa rumah apa semua maka berpindah lah kelapan lapannya ke satu rumah ni.

Hari hari awal mereka menakutkan. Mana tidaknya. Gangguan datang. Seperti ada bunyi seseorang sedang mandi dibilik air mereka sedangkan kesemuanya berada diluar. Habis tu? Sapa yang ada dalam bilik air? Apa lagi. Lari la mereka keluar dari rumah tu. Yang seorang ni, blurr blurr juga. Dah kawan kawan lari, diikutkan dia juga pun turut lari.

Malam itu, bergelimpangan lah mereka didalam kereta di stesen minyak shell. Tidur disana mengenangkan nak pulang kerumah. Masih lagi seram dirasakan. 

Makanya meeting dilakukan oleh mereka. Meeting tergempar. Bincang punya bincang punya bincang, memandangkan keadaan mendesak, tak mampu nak keluarkan duit lagi, untuk rumah baru untuk duit muka, sewa apa semua, maka diberanikan diri juga lah mereka berlapan pulang ke rumah itu. Hadap ajalah apa yang nak keluar janji tak payah dah nak sakit sakit badan tidur di stesen minyak lagi.

Malam itu, sebaik mendengar lagi bunyi air dalam bilik air. Mereka memberanikan diri. Beramai ramai tunggu depan bilik air. Seorang yang berani lagi, disepaknya pintu bilik air. Semua menantikan, mana hantu tu?

"Kalau hantu perempuan, kami nak tengok kau mandi bogel, kalau hantu laki, kami nak ajak kau main judi.."

Sejak hari tu, sampailah mereka pindah keluar dari rumah tu, dah tak ada lagi gangguan....

Saturday, 31 October 2015

Tidur sudah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tidur sudah sikecil saya tu. Tadi sebelum tidur tu. Masa ummi tengah solat apa semua. Saya kena temankan dia. Nak jugak jugk saya yang temankan dia. Nak ajak main. Gelak mengekek ngekek dia bergelak tawa. 

Kemudian, ummi sampai. Ummi tu sah mengantuk. Ajak tidur la. Saya beritahu dia saya nak solat. Tidurlah dulu dengan ummi. Nanti saya datang. Mula tu katanya ok la. Tapi lepas ummi tutup pintu. Dia pun ketuk pintu kekuat. Nak datang dekat saya. 

Bila sampai dekat saya, "abi teman laa, abg jangan p solat lagi.". Mula tu saya pujuk juga, dua tiga kali memang tak jalan. Nak juga saya ikut dia. Elok saya langkah masuk bilik, dia tutup pintu tu. 

Ohh rupanya dia nak tidur atas saya. Masuk bilik tu. Dia naik atas badan saya. Kepala lentok atas dada. Tangan peluk. Saya zikir. Tengok dah pejam mata tidur. Saya pun bangun. Rupanya belum betul lelap nya. Saya tidur balik dan sambung zikir. Lama sikit tu baru tidur betul. Barulah mampu solat. Ni dah nak sambung tidur balik dah ni. Esk kena bangun awal. Ada checkup pula. 

Hai la anak. Makin manja awak sekarang ya. Jangan isau ya. Kalau pasni ada adik pun. Awak tetap number 1 bagi Abi ya sayang. Abi sayang awak..


Wednesday, 21 October 2015

Aman Sentral - Parking Paling Loser Pernah Jumpa

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Sepanjang hidup, merata mall dah saya pusing. Baik yang kecik sampai yang besar. Baik yang biasa biasa sampailah yang ke canggih manggih, pertama kali jejak tempat ni serius boleh cakap ini lah MALL DENGAN SISTEM PARKING PALING LOSER SEKALI!! 

Pertama yang boleh cakap sebab apa tahu, konon system nak canggih la dengan sensor bagai, tapi sensor haram tak berguna pun. Banyak sensor yang tak function pun. 

Kedua, dah tahu sensor tak berguna, tak ada pengawasan plak tu. Bayangkan kita masuk mall, cari parking lima belas ke 20 minit, last sekali tak ada parking dan kena plak keluar balik dari mall cari parking lain. Dah la tu, sah sah kena bayar untuk pusing dalam ni ja. Teruk!!

Ini kesannya. Orang akan parking ikut suka. Bukan tempat parking pun letak juga. Asal boleh ja. 

Tiga, signage yang mengelirukan. Dua kali saya sampai. Kedua dua kali macam blurr dengan signage dia. Nak lalu kot mana? Keluar kot mana? Mana haluan keluar dan masuk. Last sekali sangkut di haluan bertentangan. Pening! 

Lagi, yang ini saya tak perasan banyak mall ada ka tidak, tapi still nak compare dengan mall lama kat alor setar ni iaitu city plaza tu. Walau parking basement dia tu kecil dan selalu penuh, tapi atleast solution untuk pencari parking tu ada bila mana tak berjumpa parking di bawah basement, mereka masih lagi boleh terus guna jalan ke atas untuk dapatkan parking. Mall lama kot tu? Mall baru cmni ka? Hampeh! 

Dan last kot rasa buat masa ni. Planning. Ini bab keluar dan masuk parking. Yang nak masuk dan yang nak keluar dari parking kena cross sesama mereka untuk masuk ke parking area. Kesannya, traffic jam la apa lagi. Serius sampai sekarang pun saya pelik macam mana planning ni? Kita yang agak tak berapa reti bab ni pn boleh fikir, "apa depa buat ni? Yang masuk patut masuk terus, yang keluar patut keluar terus, bukan berselisih di jalan sama, crossline untuk masuk parking." Serius pelik dan tak mahu datang dah kalau boleh. Loser!!


Tuesday, 20 October 2015

Belog hilang readers

Assalamualaikum dan salamsejahtera pada yang membaca. 

Belog ini mengalami kehilangan readers atau juga pageview yang menurun tahap gaban buat masa ni. Hairan ni. Sejak sejak didowngrade dari domain ke blogspot ni, berubah terus semua tu. 

Tapi tak adalah terganggu juga bab menaip tu. Tak ada pun sebabtu, cuma kesibukan sedikit ni membataskan juga aktiviti tu. Sibuk dengan anak bila balik kerja. Ditempat kerja sibuk kerja. 

Ni malam ni mnaip bila simanja kecil tu dah tidur. Manja sangat sekarang ni dengan saya. Langsung tak boleh renggang. Makanya telefon duduk jauh. Masa bersama dia. Tak apalah. Lebih baik yang tu, kan?

Saturday, 17 October 2015

Cobaan 1 2 3 : Gulai Ikan Kering

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dua hari ni isteri dok sebut sebut nak makan. Semalam keluar juga ke pasar kuala tu nak jenguk jenguk ikan, tapi tak berjumpa dengan ikan talang kering tu. Maka pulang la dengan hati yang hampa. 

Mai hari ni dia tanya, bila kita nak pergi beli ikan ni? Saya cakap tunda boleh tak? Malas pula nak ke kedai kan. Tapi kenangkan dia dah dua hari sebut, kesian pula dibuatnya. Mula tu nak ke pasar sesorang la. Dah kembar siam tu buat perangai pulak. Bagi dia mandi kolam pun takdenya dia mahu. Melekat di kaki ni. "Nak ikut abi..", "nak p dekat Abi..". Maka akhirnya kena jugalah bawa dia ikut ke pasar. Ummi tinggal rumah. 

Sebelum pergi tu sempat la lagi tanya Mama saya. Call sembang dengan dia tanya macam mana entah nak buat Gulai Ikan Kering ni. Tak pernah lagi pa mencoba buat sendiri sebab takut tak sedap. Tapi hari ni, teringin punya pasal ku gagahkan jua. Lagipun dah call tanya resepi, kan kan kan? Ehehe

Sampai rumah pun tak terus buat. Bagi kecik tu mandi kolam plak dah. Selesai semua. Dia pun dah pakai baju apa semua. Dia masuk tidur baru la dapat masuk bersilat di dapur tu. 

Gulai Ikan Kering Abi Style.

Bahan bahan:
ikan talang kering (ikut suka nak banyak mana, saya buat untuk kami dua makan ja)
Rempah ikan kering cap adabi
Santan
Bawang Putih 
Bawang Besar 
Daun Kari
Terung (Optional)
Lobak merah (Optional)
Air

Bahan diblend
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar

Cara nya:
1. Mula sekali blend halia, bawang putih dan bawang besar tu.
2. Lepas dah blend, campurkan dengan rempah tu. Gaul gaul dia. 
3. Masukkan rempah yang dah digaul dalam periuk, ikan masin tu bersama dengan air dan santan sekali. Kemudian rebus naik ja semua tu. Guna api kecil ja tau. Takut nanti pecah minyak plak santan tu. 
4. Sambil sambil tu, ambil bawang putih dan bawang besar, potong kecil kecil dan tumis dalam kuali lain. 
5.  Agak da mula masak gulai ikan kering kita, barulah masukkan lobak dan terung tu. Masukkan sekali bawang yang ditumis darat tadi tu. 
6. Sedia dah untuk dihidangkan. 


Selamat mencoba ya. Simple ja. 

Jadilah kan, habuan teringin teringin. ;)

Monday, 12 October 2015

Adakah yang pertama ini yang terakhir?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuk dari semalam ni. Semalam seharian di luar. Mulanya tak ada plan nak keluar pun, tapi sebaik colleague masuk office, beritahu dia nak menuju ke tempat yang saya tunggu tunggu tu, saya ikut terus. Minta izin la nak ikut tu sebab nak siapkan kerja.

Sebenarnya nak kena dapatkan gambar nak siapkan report untuk claim projek yang hampir sahaja siap tu. Dan macam biasa la, ada la manusia manusia yang kena jadi model untuk report saya tu. ehehe, sebenarnya ada kena tangkap gambar semasa melakukan kerja, jadinya since kerja dah siap lama, kena la berlakon sikit sikit kan?

Siap akhirnya.. Alhamdulillah. Hari ni tak sabar sabar nak siapkan report plak. tapi macam sibuk ja? bila nak siap tak tahu?.. esok gamaknya kan? boleh mesti boleh.. nak cepat siap ni.

Mana tahu yang pertama jadi yang terakhir kan? dah mula berusaha ni....

Friday, 9 October 2015

Khutbah Jumaat 09-Oct

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bacalah

Khutbah Jumaat hari ada beberapa isi penting yang saya rasa patut dikongsi demgan readers. Antaranya disebut khatib tadi bahawasanya antara sebab masyarakat makin teruk hari ini kerana keberkatan Al-Quran sudah ditarik oleh ALLAH. 

Berapa ramai hari ini yang buta Quran? Tak dinafikan yang buta Quran zaman ini bukan sesuatu yang pelik nak dibandingkan dengan zaman dulu. 

Sebab tu surah pertama yang ALLAH turunkan pada Rasulullah dahulu adalah surah Al-alaQ'. Ingat lagi tak ayat pertama yang bermaksud, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)". 

Terjemahkan kembali pada kita zaman sekarang. Bermulalah kembali. Tak tahu bukan masalah yang penting ada usaha nak tahu. Tak pandai atau gagap juga bukan masalah, berguru, insyALLAH satu masa nanti dengan izin ALLAH akan lancar dan baik bacaan nya. Moga dengan itu kita akan hidup dengan berpegang dengan panduan yang diberikan, dan mati kita satu hari nanti dibantu dengan syafaat Al-Quran dibawah sana. 

Barangsiapa yang tak pandai atau gugup membacanya tapi masih membaca, diberikan akan dia, dua pahala. Satu kerana membaca, kedua kerana dia berusaha membaca. 

Apabila dah pandai baca, berusaha sekali memahami tiap bait maksud di dalamnya. Kemudian beramal dengan nya. Itu yang sebaik baik sekali. Moga dengan kembali kepada ALLAH melalui kalam Nya, hidup akan menjadi lebih baik. Dan sentiasa dibawah payung rahmatnya. Mudah mudahan. Amin.

Thursday, 8 October 2015

Masuk gua

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari keempat dah kot no duduk dalam gua. Ahaha alkisahnya team y menjadi sokongan, dokongan tu kalah la ahad lepas. Kena tiga bijik tak tahan tu. makanya kalau istilah peminat bola sepak ni selalu lepas kalah masuk gua la. Tak pa takpa. Bagus jugak. Jerebu ni. Ahahaha. 

Tapi dalam pada tu asa tak syok juga. Sbb manager tersohor super saiya tu khabarnya nak sign dah dengan kelab musuh tradisi. Bagi yang suka jugak team yang manager tu pernah jaga dan dia punya taktikal suma ni. Rasa cam "grrrrr". Awat la ang nak p sana. P kelab lain tak boleh ka?? Makanya saya dan best pren sorang pun mulai stress. 

Kata saya pada dia, tgk keadaan team tu, rasa tak ada masalah untuk depa adapt dengan style manager ni. Sebab tengok yang dok ada dalam tu pun muda. N rasa boleh tahan juga depa main. Ini perasaan paling tak best tu. Grrrrr

N kelab kita ni? Dengan manager with philosophy tah pape tu? Hishhh... Meluatttt

Wednesday, 7 October 2015

00:58

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 00:58 . Baru balik dari main futsal. Misi mendapatkan kembali apa yang telah hilang. Yakni satu keyakinan dan percaya yang entah sudah lama hilang kemana. Mungkin juga telah turun bersama hujan ke tanah. Atau juga mungkin telah baik ke atas bersama wap wap air. Langsung tak ada jawapan kemana perginya. 

Adakala berasa semakin tak ada apa ketika melalui ujian yang menyinggah. Tapi mujur dipinjamkan seorang bidadari kecil bersama umminya. Yang masih ada menjadi pemangkin. 

Antara lambat atau cepat. Kebangkitan akan berlaku juga. Sama ada berjaya atau tidak. Yang penting permulaan nya. 

Moga dipermudahkan. Diberkati usaha ini. Amin.

Saturday, 3 October 2015

Getting harder and harder

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Getting harder and harder.

Semenjak menjak menjak ni la. Rasa segala hal menjadi sangat susah. Seriously rasa macam tu.

Bila bab kerja, boss yang seriously paling teruk dalam sejarah tu memang tak rasa boleh tahan. kalau tak mengenangkan keadaan yang memaksa mungkin tak lama kot dalam tu. tapi masih juga sedikit demi sedikit bersabar, mencari yang lebih baik sebelum mengundurkan diri.

Next is bab business. Rasa macam nak lari. tukar kapal lain. tapi bila renung balik. tak guna juga tukar kapal lain sebab nakhodanya kita belum tahu bagus ke tidak. dan setidaknya jika nakhoda sekarang tak begitu bagus, kita masih boleh lari perlahan lahan bina boat kecil dan bergerak sendirian. Tak kiralah macm mana pun, duduk di luar kawasan dan bersendiri mungkin rasa macam baik dari bersama mereka yang rasa tak mampu nak ikut ni.

Blogging. Kekadang rasa rindu, masa dahulu kala menaip, apa yang ada dalam minda apa yang terfikirkan dan rasa mampu memberi info juga inspirasi, tapi sekarang. nak menaip pn macam susah ja. bila ada idea, masa nak menaip tak ada. kekadang banyak yang nak dikongsi akhirnya tenggelam dengan masa yang berlalu.

Trading. kelaut? keangkasa? entah ke mana. nak menjenguk pun tak kunjung tiba waktu. bila nak buat tak pasti. nak sambung mengaji macam jauh dan susah ja. keadaan makin mengelirukan makin lama. apa pun tak nampak jalan nya. makin samar. kabur. mungkin lebih dahsyat IPUnya dari apa yang mampu difikirkan.

mengimpikan kejayaan macam mana andai kata apa pun tak berlalu dan tak berlaku.

Akhir sekali, entahlah...

Monday, 21 September 2015

Dushuk Dasham Abi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 


Dua tahun dah usia awak. Makin besar makin kuat dugaan dan cabaran sebagai seorang abi. 

Bagaimana nak corakkan awk menjadi hamba sebaik baik hamba.

Bagaimana nak usahakan agar tiap langkah abi dan ummi tak tersasar agar apa yang awak perhatikan setiap hari itu jadi pedoman. Bukan langkah tempang yang boleh sebabkan awak ikut. 

Banyak sangat. Mudah mudahan ALLAH permudahkan.

Semoga berjaya jadi iktibar, cermin yang baik buat anak. Amin. 

Tuesday, 1 September 2015

I am back.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Berbulan dah berlalu sejak akhir belog ini dimasukkan sesuatu sebagai habuan bacaan diri. Berbulan itu menandakan banyak juga perkara dah berlalu. Sama ada suka atau tidak sesetengahnya perlu ditelan tanpa dapat ditolak atau diluah. 

Banyak daripadanya juga bukan hal hal yang dirasakan mahu ditelan. 

Tak kurang juga yang takmampu digapai. 

Bertabahlah. Dia Lebih Tahu. 

Tuesday, 16 June 2015

Niat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Terbaca satu artikel baru baru ni mengenai riak di internet. Salah satu nya dia sebut pasal nak cerita pasal anak isteri suami la dalam media sosial tu. Nak kata terasa tak juga sebab jarang juga update hal hal berkenaan itu. Dulu mungkin ada, tapi tidaklah sekerap sesetengah orang tu. Tapi tak apa, saya tak rasa dia nak riak pn dengan apa yang dia katakan tu. Tapi mungkin menyampaikan keterujaan dia dengan satu satunya medium yang dia ada.

Bagi saya, hal hati tak ada sesiapa yang boleh persoalkan. Tak kiralah yang bercakap atau buat tu. Mungkin yang bercakap berasa apa yang dia kata tu betul, tapi dia lupa bahawasanya yang buat tu mungkin tak ada niat nak wat apa yang bercakap tu rasa, tapi macam saya sbut di rangkap atas lebih kepada menyampaikan keterujaan dia pada satu satu medium yang dia ada dengan harapan satu hari nanti, rindu rindu anak boleh juga scroll balik tengok perkembangan si manja semenjak dari kecil hingga hari ini.

Mungkin ada rasa betul apa yang saya cakap, mungkin ada rasa tak betul. Tapi bukankah pilihan di tangan anda? Macam saya sendiri, dahulu masa saya tak suka tengok sesuatu saya terus unfriend ja dekat FB tu, tapi lepas kena serang hari tu, saya pilih cara lebih selamat yakni dengan unfollow sahaja orang orang berkenaan, at least bila kita tak tengok kita tak adalah nak dapat dosa free sebab mengata bukan?

Kedua, hati kena cuci juga. Bersangka baik ja atas apa yang orang dah buat, sebab dengan berbuat demikian tak adalah nak rasa tak selesa ka apa ka dengan apa yang orang buat. Satu lagi cara la untuk kita satu cuci hati, kedua bersihkan minda dari gangguan bisikan bisikan yang tak baik tu. Sekurangnya terjaga diri kita. Kan itu lebih bagus?

Thursday, 11 June 2015

Don't stop believing!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

12:59AM. That someone is in the kitchen. Just now waking me up to help her preparing something which i had done earlier for the 1st pc, and now fr the second pcs.

Once, had think that the challenge is getting tougher fr both of us. But at the other side after realizing that ALLAH will never 'test' his men if He don't wish to put them in a higher rank.

Another factor is starting to really understand that as 'hamba', this is almost nothing to compare to what we have everyday in our life. He gave us life, but he never ask us to pay. He gave us the oxygen for free. In fact everything that 'so called owned' by us is actually not ours, but was only lend to us by Him. So what more are we expecting?

ALLAH LOVE us, thats why he keep on 'testing' us cause He want us and Him to 'keep in touch' always. Its good to see that happen, right?

Don't stop believing!

Wednesday, 3 June 2015

Bermula dengan susah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Menarik perkongsian pagi tadi. Iaitu bagaimana permulaan seorang yang sukses dalam bidang bisnes ni. Bermula dengan zero. Waktu ekonomi sangat teruk. Waktu tu hanya mampu sewa bilik. Anak dah dua orang. Betapa susahnya. 

Kenderaan pula downgrade dari satu ke satu. Mula tu pakai kancil lampu petak. Tak mampu bayar installment. Kena tarik. Dapat pakai saga lama megavalve. Besa la kereta lama. Buruk. Bumper dia keta lama ni tHu ja la besi. Masa tu bumpsr kena apa taktahu, terkopak. Dah kena berhenti tepi dan betulkan. Ikat dengan dawai masa tu sebab takut nanti tersenirih kereta orang dan calarkan kereta orang. Lagi, kereta tu tayar smpai botak nampak urat dah. Bawa juga dah tak ada pilihan. Pernah sekali, bawa masa hujan lebat, rasa stereng bergerak. Rupanya sebab tayar dah botak sangat tak ada grip pada jalan. Mujur la bawa perlahan. Tahan juga stereng kuat kuat takut kereta pergi dibawa ke tepi. Sangat bahaya!

Sampai lagi downgrade pakai moto yamaha 100 ekzos korek. Bunyi prangg punya kuat sakit telinga. Tapi buat tetap buat. Sedikit pun tak patah semangat. Buat juga. Walau RM5 dalam kocek, semangat kena kuat macam ada lima ribu dalam kocek. 

Masalah memang ada tapi sebelum keluar, asingkan masalah dan juga bisnes. Human business kan, aura tu penting. Maka bergeraklah. Dengan semangat yang jitu. Sampai berjaya sekarang ni. Cerita benar yang cukup untuk membuka minda bahawa susah itu dah tentu. Tapi adakah kita jadikan ia semangat untuk lebih keras kerja? Atau untuk lebih lena? 

Tuesday, 2 June 2015

Hujan

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni hujan. dari pagi tadi hujan. saya yang dengan moto dari Alor Setar ke Penang, berhenti 3x kali hari ni sebelum tiba di Penang. Pertama berhenti sebab nak mengelap tahi burung yang melekat pada visor helmet. Mula tu tak rasa nak berhenti pun tapi sebab bila kena hujan renyai renyai, berhenti juga la. Alasan sebab nanti tahi tu kena dekat baju, najis, dah tak boleh solat. kan?

Next berhenti kali kedua sebab masa tu nampak hujan lebat sikit. Berhenti pakai baju hujan, tapi tak pakai yang lengkap la sebab rasa hujan sikit ja. Last kali ketiga baru berhenti pakai lengkap. Hujan lebat betul hari ni. sampaikan tak berapa nampak jalan. Dalam 1 jam setengah jadi dekat 2 jam gerak pagi tadi. tapi tak apalah. nak wat macam mana kan?  Alhamdulillah dipermudahkan juga perjalanan tadi.

Ha tu atas cerita Hujan pagi. Cerita hujan petang plak tadi

Masa nak otw pergi solat tadi hujan. tengah jalan tu ada seorang pakcik tunggu tepi jalan. gaya nya menunggu saya. saya gagahkan pergi ke arah dia. terus dia bersyukur panjang. kerana saya singgah. mungkin kerana masa tu dah masuk waktu dan hujan. tambahan pula dia tak berapa sihat, perlahan sangat dia jalan pun. saya ambil dia terus ke masjid.

Sedang jalan dia cerita, kisah yang buatkan dia teringat sangat mengenai hujan. Katanya waktu tu dia sedang berada di Mekah, sedang menunaikan haji. Dia teringin sangat nak rasa hujan di sana. jadinya dia berdoa pada ALLAH. tup tup hujan turun. dapat juga dia merasa hujan di sana.

Dengar cerita dia mengenai hujan kan? Dalam sebenarnya bagi saya. kekuatan doa. kan?

apa lagi, moh doa. minta agar ALLAH kuatkan hati kita ke jalan ALLAH. bab dunia? biar dia aturkan buat kita nanti. tak yah risau. ada la tu.....

ADAKAH PELARIAN ITU AKU?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Terbaca situasi dalam gambar yang disertakan ni buat hati rasa sakit, satu anda juga tahu la kan, yang dideclare ada berbillion tu, tapi sayang, ia bukan untuk yang memerlukan, entah apa alasan nak diberikan sebelum ianya dapat menemui insan memerlukan, dan itupun penuh suka duka, disepak terajang dengan birokrasi, yang menghadapi ibarat meminta bagaikan pengemis untuk hak yang telahpun tersedia buat yang memerlukan.


Kedua mengenai kesediaan kita dalam menghadapi situasi kecemasan seperti ini. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Atau lebihnya kepada berserah kepada takdir Ilahi yang mana sudah pasti bukan dalam tangan kita tapi dalam kawalan Yang Maha Kuasa. Sedangkan 2 perkataan awalan sebelum bertawakal adalah berusaha dan berdoa.


Tetapi, jika sudah bersedia, andai tidak banyak, pasti sedikit sebanyak melegakan diri yang menghadapinya. Benar kata orang, "cakap mudah la, yang kena ni, apa hampa tahu".
Sebab tu hari ini kami bersungguh nak educate orang mengenai kepentingan mempunyai takaful. Mungkin mudah tak mudah mana, tapi susah, insyALLAH ada juga yang nak hulur cheque buat perasap dapur yang kian berhabuk kerana susahnya nak mencari habuan nak disuap.


Renung-renungkanlah. Yang keluar dari kocek anda itu untuk anda, dan andalah yang akan merasa manfaatnya satu masa nanti. Cepat atau lambat, bukan daya kami menjawab soalan itu. Wallahualam.
Untuk makluman lanjut mengenai Protection Income, bolehlah terus PM kepada saya, insyALLAH, sedaya upada membantu apa yang mampu.

Sunday, 31 May 2015

Tong Sampah Hitam

Assalamualaikum Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tong Sampah Hitam.

Satu tong sampah hitam, yang bertutup, seusai kami makan, kami buka penutupnya untuk membuang sisa makanan di tangan.

"Laa, penuh rupanya tong sampah ni."

"aah kan, tadi tak nampak pun cam penuh"

"Iya lah, tadi kan bertutup, mana nak tahu dia penuh kan?"

Lantas sambil berjalan meninggalkan tong tu saya tanya kepada dua sahabat di sebelah saya. Apa yang anda nampak pada tong sampah tu?

"tong sampah tu? ada sampah la, penuh." Jawab seorang sahabat.

Lalu saya tanya lagi. "Lagi?"

"Entah. Ada sampah la kot."

Lalu saya tambah, "simboliknya tong sampah itu macam kita la. "

"Ya macam kita la, dalam ada sampah" jawab seorang sahabat. Lalu gelak. tapi muka menampakkan kesedihan mungkin kerana ketidak berjayaan si dia atas usaha sebentar tadi.

Lalu saya tambah, "tak, dia macam ni, tong sampah itu ibarat kita, simboliknya, di dalam berisi idea, bagaimana nak membantu masyarakat, lagi berisi potensi kita. Tapi sayang, kita tak gunakan dia. Kita tak buka dia, dan tak didedahkan apa dia 'isi' di dalamnya."

Keduanya menghangguk. Mungkin ada benarnya juga kan?

hurmm... siapa tahu...

Wednesday, 27 May 2015

Abang kaki cengkoi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dalam pada dok bergerak merata jumpa orang ni. Banyak hint hint yang bagus bagus yang sampai ke perhatian saya.

Antara nya seorang abang yang singgah di mata saya kerana 2 waktu solat dia berada dekat dengan saya. Seorang abang yang solat dengan kaki kiri yang terpaksa dilipatkan seperti bersila untuk duduk diantara dua sujud. 

Besar sekali apa yang sedang cuba disampaikan untuk saya kongsikan. Bagaimana saya harap ianya dapat di interpretasikan demi menemui jalan Nya. 

Satu, dengan keadaan yang macam tu, dia masih lagi mampu 'check in' di awal waktu. Satu soalan patut dikumandangkan pada telinga kita yang 'sihat' ni. Kenapa dia mampu dan kita tidak? Kenapa kekurangsempurnaan dia tu dia lapor diri kepada ALLAH seawal waktu dan kita tak? Kita guna nikmat sihat itu untuk sibuk urusan kerja tapi kenapa tidak sibuk urusan ALLAH? Dan tunaikan hak Dia tiap kali tibanya waktu?

Kedua, jangan ditanya kenapa dia berada di sana. Adakah kerana dia satu masa dahulu seperti juga kita, tapi akhirnya insaf dan berubah. Tapi soal hati kita, kenapa kita yang melihat ini tidak jadikan kejadian ini sebagai satu motivasi kepada kita? Bukankah itu lebih baik untuk kita?

ALLAH berikan pengajaran sedikit demi sedikit pada kita, jika diambil untuk diinsafi maka baguslah, tapi andai kata sekadar berlalu, maka berlalulah juga pengajaran yang datang menghinggap tadi. 

Apapun, berserah sahaja kepadanya. Niat dan hati kita sentiasa cuba untuk bersangka sebaiknya dengan tiap kejadian ALLAH. Kita jangan menghukum, tapi jadikan tiap kejadian itu meletakkan kita semakin bawah dan bawah. Ingat, kita hamba ja. Apa Tuan kita nak bagi itu bonus. Terusanlah mengambil 'hati' tuan. Mudah mudahan dia redha dengan kita. 

Monday, 25 May 2015

Kegembiraan Bersyarat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam pagi Isnin. Pagi penuh barokah. Ujan yang turun memeriahkan lagi keindahan pagi. Menguji diri juga sebenarnya. Adakah kita cukup kuat melawan godaan tilam dan bantal demi menemui tikar sejadah bersujud kepada ALLAH apabila dilaungkan kalimah memanggil kita?

Pagi ini tak ada banyak ingin dikongsi, cuma memanjangkan perkongsian boss yang di berikan kepada saya dalam seminggu yang lalu. mengenai "kegembiraan bersyarat"

Ada orang gembira bila dia banyak duit. Ada yang gembira bila dia dapat buat sale. Ada yang gembira bila dia dapat rumah besar. Ada yang gembira bila dia dapat beli rumah yang besar, cantik dan selesa. TAPI apabila tiada contoh seperti di atas, hilanglah kegembiraan dia. Apa yang boss sampaikan kepada saya buat saya terfikir. Adakah saya ada dalam golongan tu. Dan kenapa perlu saya hidup dalam kelompok manusia yang gembira bersyarat ni?

Bukankah kita hidup ini juga adalah kurnia ALLAH yang sangat besar yang sangat Istimewa yang sangat hebat dah? Diberikan kita udara bernafas. Diberikan kita nyawa demi meneruskan kehidupan dan seterusnya memperbaiki diri untuk jadi Umat yang lebih baik. Kemudian dia berikan lagi yang paling besar nikmat IMAN yang mana tidak diberikan kepada semua orang? Semua itu cukup dah untuk kita syukuri dan gembirakan hati kita. Bukan dengan kegembiraan bersyarat tu.

Justeru hati haruslah dibetulkan niatnya. Semua kerana NYA. Gembiralah tanpa syarat, semua yang diberikan ini cukup untuk kita. dan berikan yang terbaik kembali kepada NYA sebagai balasan untuk semua yang dah diberikan ini.

Sunday, 24 May 2015

Seminggu tak ada Abi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tua dah. keke. cukup dah tarikh lahir yang mana akhirnya, cukup la umur untuk tahun ni. Rugi juga rasa sebab lambat, tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan pun untuk langkah ke depan lagi, tapi apa boleh buat, kena sabar buat seketika sambil berusaha agar tak berapa lama langkah masa depan itu sampai juga.

Pagi ni, insyALLAH pagi terakhir nak duduk macam ni, sebab insyALLAH lepas ni akan all out dalam mengejar impian. Kesian si kecil sebab ada ketikanya hati tidak cukup keras untuk meninggalkan dia . Tambahan bila dah makin cerdik ni. Kalau dulu Ummi nya kata kembar siam, memang sekarang juga sama. Tak adanya nak ditingglkan kita sebab dia nak kita ada selalu dengan dia. Makan nasi pun, masa disuap, di tenung jari yang memegang sudu tu (Note: bersudu sebab si kecil gemar makan ber-sup, makanya saya usaha juga bagi ada supaya mudah dia nak makan). Andai kata jari yang memegang tiada jari saya, makan ditolaknya, "nak Abi cuap.." tu antara ayat yang keluar dari mulut kecil manja saya tu.

Minggu lepas bagi saya agak getir. kenapa? sebab hari hari Ummi nya ceritakan perihal si anak yang tak berhenti henti mencari saya. Bangun pagi aja, akan di carinya saya. Sampaikan Ummi nya kena beritahu, "Abi mana ada, Abi kan kerja."

Kemuncaknya ada dua kisah, satunya di pagi Khamis, dia masih tidur waktu Umminya sedang bersiap dan memasukkan barang barang ke dalam kereta. Once dengan bunyi pintu juga kereta yang dah start, dia kelam kelibut bangun dari katil kemudian mencari saya, "Abi mai, Abi mai..". Hati Ummi mana yang tak rasa remuk mengenangkan anak yang tak habis habis teringatkan Abinya? Itu baru satu, banyak lagi jika nak dirungkaikan satu persatu kejadian yang berlaku minggu lepas ketika saya tiada bersama anak selepas minggu sebelum tu ada seminggu full bersama dia.

Petang tu saya sampai sahaja di sini, saya pulang nak ambil dia. Nampak sahaja saya ada di hadapan pintu rumah mak mengasuh dia, kelam kabut dia lari mendapatkan saya. Dah tak mahu apa dah sebab nak saya juga juga. Saya ambil dia lepas dari pintu di buka, dan cium cium dia. Seronoknya bukan main. Diceritakan versi dua oleh mak mengasuhnya pula. "Tadi dia tengok tv al hijrah tu, pastu dia tunjuk kat kak, 'abi.. Abi..'" Sedihnya mak mengasuh dia pula bila lihat sikecil sampai orang salam tv pun dah nampak macam abi.

Dua kejadian tu. Nampak biasa mungkin tapi berat mengenangkan. Adakah kali ini saya masih akan 'selow and steady'?? Demi anak. Pelishhh~~ 


Tuesday, 19 May 2015

Penggantungan kepada ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kembalinya ke zaman menaip nampak gaya begitu sukar dengan keadaan semasa. Kekadang bila rasa ingin menaip, rasa itu hilang bila tiba tiba muncul perkara lain lagi yang merencatkan sedikit sebanyak semangat yang ada tu.

Bak kata boss, tadi masa sedang berbual dengan dia, katanya bila kita dah berjaya "pecah telur", dalam erti kata mudah la bila duduk dalam dunia sale ni, maksud dia bila dah berjaya buat sekali sale, dia ibarat terlekat, akan jadi jadi jadi dan jadi lagi. Kerana apa? Kerana sedikit sebanyak aura positif mula mendekat, bermakna bila kita buat presentation, kita bawa bersama aura positif, dan itu kekadang berjaya mempengaruh prospek juga bakal client kita tu.

Lain dengan ketika kita 'lemah'. Aura negative itu walau sehebat mana kita buat presentation, ibarat macam tak ada 'spark' yang seperti menarik-narik bakal client untuk sign up. tak kiralah walau sebaik manapun produk yang kita bawa, ia pasti akan mengganggu presentation kita.

Cara melawan dia, adalah mindset kita. tapi sejauh mana hebat pun mind set kita pasti takkan berjaya juga melawan senjata terhebat ni. Tahu apa? PENGGANTUNGAN SEPENUHNYA PADA ALLAH.

Bagaimana? Macam mana? InsyALLAH, as times goes by, saya huraikan sedikit sedikit.

As for now, saya ada kerja nak buat lagi ni. Tapi saya tingalkan dengan satu pesanan, CUBA, CUBA, dan CUBALAH. Kita serahkan semua pada dia. InsyALLAH, ada la tu nanti kita nampak.

Sumber FB, insyALLAH jika diteliti, gambar ini akan berjaya huraikan point saya tu

Tuesday, 28 April 2015

Kerana ALLAH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Readers rasanya roughly tahu apa yang saya buat sekarang. Alhamdulillah, dalam perlahan, sedang berusaha membetulkan apa yang saya nak buat ni. Supaya jadi lebih baik. Tak dinafikan, hari hari jumpa orang tu kadang kadang rasa lemah, rasa malu, rasa semacam tambahan bila kita kurang bersemangat nak approach orang ni. Namun berkat usaha lambat laun syaa yakin perubahan bakal muncul.

Sejak saya mula ikt boss agency, follow dia, ikut direct coaching dengan dia rasa makin berubah juga diri ni. Satu yang saya suka dia nak terapkan kami "buat kerana ALLAH" , makanya tiap langkah perjalanan tu dengan zikrullah, selawat semua la. Hati pun kena niat juga perbuatan hari ini, hanyalah demi mencapai redha ALLAH. Dari sana hati makin tenang.

Dalam pada itu, bila kita niatkan kerana ALLAH, memang Dia jaga kita sungguh sungguh. Macam saya semalam la, aiaeahkan buat survey, dan disebabkan saya nak buat juga, masa saya pergi jumpa orang saya gunakan perkataan, "saya nak buat, esok saya nak tunjuk pada boss'. 

Nak dijadikan cerita, masa saya cakap macam tu saya jumpa seseorang yang  'ahli' agama. On the spot dia suruh saya duduk kat sana, perlahan lahan dia tegur saya. Dia educate saya agar "jangan menipu" bila kita buat kerja kerana nak "tunjuk" yang kita bekerja. SubhanaALLAH, ALLAH Maha Mengasihani, on the spot dia tegur saya dengan melorongkan seseorang demi membetulkan niat saya dan langkah kerja saya. Satu persatu diterangkan, diperjelaskan perbuatan saya tu. Syukurlah, kita dibetulkan secepat mungkin supaya tak terusan membuat salah. Saya bersyukur. Sangat berterina kasih pada ALLAH, juga pada pakcik polis yang diamanahkan menyampaikan teguran penuh hikmah tu. 

Di akhir kata sebelum kami berpisah, saya peluk dia, saya ucap terima kasih atas teguran yang diberikan. Alhamdulillah, ALLAH memang sayang kita. 

Monday, 27 April 2015

Berlakon kuat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dua minggu lepas, masa saya, isteri dan anak keluar berjalan. Tiba tiba isteri tunjuk carseat anak ni kat saya. Katanya murah. Memang murah banyak pun, sebab beberapa bulan lepas kami tengok harga dia dalam RM140+, sekarang tinggal dalam RM120+. Mula hari tu memang ada consider nak beli juga sebab rasa macam kerusi anak yang ada sekarang macam kureng untuk dia.

Tapi hari ni dok fikir banyak juga, jenuh fikir budget apa semua sebab takut overspent bila beli juga. Mungkin pada satu sudut ia nya macam satu kemahuan, tapi gali gali balik dia sebenarnya dah jadi macam keperluan. Tambah bila ada anak yang dah mula aktif meragas merata ni, jadi macam serik bila kenangkan anak pernah jatuh sebab tak reti nak duduk dendiam kat tempat dia masa saya drive.

Akhirnya, saya beli juga. Tu pun lepas ugut ummi ng baby, kalau kata tak guna juga, dah keluar duit ni, potong duit belanja dedua sebab tak cooperate. kakakakaka.

Dipendekkan cerita, memang digunakan dengan baik sebab kami cuba educate anak untuk guna sekarang sebab tak mahu jadi perkara yang tak diingini kepada dia. Alhamdulillah. Pertama kali guna, dah terbongkang dia lena atas tu. Alhamdulillah, selesa gamaknya kan?


Ni lagi satu, like a boss,  tengok cara duduk sudah la.


Ni berlaku kemarin dahulu. lihat cara dia duduk, konon nak minta bantuan la tu, nak suruh Ummi dia angkat dia, sampai senget-senget badan tu duduk. Tapi semestinya la Ummi pun dah tak bagi chance, ummi biar ja dia duduk macam tu, selagi tak sampai maka selagi tu la dia duduk sana, kecuali dia nak menyusu, barulah ummi dia ke belakang dan bagi dia susu.


Satu lagi, bila dia dah lama kena ikat dengan tali tu kan, mula la panggil panggil, antara Abi dan Ummi la, "Abi.... sangkuttt". nak suruh buka. saya tak layan pn, tapi saya tunjuk seat belt yang saya juga gunakan, maka dia pun diam.

Cuma satu lah......

Kalau jalan jauh, elok dia duduk sebelah saya la, kat belakang kalau, macam macam bunyi. Bukan boleh sekarang ni, nak kena pegang tangan abi masa atas kereta tu.

Manja sangatt~~

Sunday, 26 April 2015

Kurang sikit kott....

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak hampir sebulan tinggal sama ni. Memacam perangai si anak ni. Dahulu Ummi nya pernah la kata, nanti bila dia dah tinggal dengan Abi dia, mungkin kurang sikit la manja dia tu sebab dah nampak hari hari ni.

Last sekali, tak juga la. Anak lagi tak leh nak pisah dengan Abi dia. Nak mandi Abi, nak makan Abi, nak buat apa semua kena ada Abi. Sampaikan Abi nak menge-chef sekejap pun kena dukung dia. Dah tu tak jenuh nak ngangkat? Sekejap sekejap ubah p tangan kiri, sekejap sekejap ubah p sebelah kanan, sebab nak mengacau masakan dalam kuali tu.

Bawah ni gmbar masa kat stesen minyak, tengah dok menyusu tu, bila kita berhenti ja, terus nak ikut, lepas habis susu dia tu, lepas tu menapak naik atas kita. Mula malas ja nak bawa, tapi kang menangis pula, layankan aja la..



Terlalu banyak la jika nak disenaraikan sekarang kan? tapi takpa, pelan pelan ada perangai dia yang rasa macam nak geget lagi akan diupdate, bukan apa, satu masa nanti belog bakalan jadi arkib kenangan tuan putera kecintaan hati kami ni.

Monday, 20 April 2015

"Immediate Guarantee Fund Security"

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru baru ni ada bingit seketika dunia apabila ada ura-ura cadangan dari entah mana pihak saya tak ingat, katanya nak menaikkan umur pencarum KWSP kepada 60 tahun dari 55 tahun. Masa tu memacam la keluar bunyi dari serata lapis masyarakat, terutamanya yang bekerja dalam bidang swasta. Dilihat lihat, diperhatikan memang bagi saya apa yang mereka katakan itu ada benarnya.

Satu. Dah kerja swasta, bertahun tahun, kemudian datang masa rehat, masa tu la nak gunakan wang yang dah disimpan. Bagi saya, alasan nak 'jaga' wang tu dari dihabiskan oleh pencarum yang mana menurut kajian dihabiskan sangat cepat tu, tak boleh pakai. Senang cerita macam ni la, dia punya duit, dia punya suka dia nak buat apa. yang nak sibuk kenapa? by the way, kalau dia dah habiskan duit dia la katakan, ada ka dia pergi minta dekat kerajaan agar bayar dia bulan bulan, sebab duit dia dah habis? langsung tak masuk akal.

Lagi, alasan menaikkan umur persaraan tu memang dah saya tak setuju, inikan pula menaikkan umur bagi pekerja swasta. Yang kerja govt memang dah tahu, cukup masa boleh pencen, boleh dapat wang pencen tetiap bulan, ini yang swasta, apa lagi yang tingal pada mereka? ini ja yang ada last. Tapi bukan ini sahaja la, kalau yang terbuka minda ada wang tepi dari pelaburan tu ok la jugak, yang tak ada tu? harap ini sahaja macam mana?

Saya ambil contoh ayah saya sendiri, kami dah memang bukan orang berada kan, hari tu sekali ayah sakit, nak masuk wad, minta la nak keluarkan duit sendiri dari dalam KWSP tu, tahu apa jawapannya? tak boleh sebab sakit itu bukan sakit kritikal. Masa tu saya macam Watdepakk lahh, duit sendiri pun tak boleh nak keluarkan ka? gila, bagi saya memang tak boleh pakai alasan tu, kita menyimpan, dan kita perlukan, kenapa perlu tahan dari ianya dikeluarkan?

Sumber : FB - Lulu Caldina

Moral of the story senang ja, tak kiralah hak kita ka apa ka, andai kata ianya dikawal orang, susah nak kita keluarkan, nak gunakan. Tapi kenapa kita tak gunakan peluang yang ada nak dapatkan simpanan lain yang mana dah trusted boleh dikeluarkan dan digunakan?

"Immediate Guarantee Fund Security"

Yang pasti,
IMMEDIATE -  terus boleh guna bila diperlukan - Masuk wad, sakit dapat GL - terus guna.
GUARANTEE - hak kita, kita guna. Asal bayar cantik, policy hidup, Jalan..
FUND - wang cepat! wang benar! wang pasti!
SECURITY - tak boleh diambil orang lain, nak caras pun tak mungkin. sebab atas nama kita.

Ingat, sakit tak datang selalu, dia juga datang tak diundang, tapi yang pasti, bila dia datang, dan kita tak bersedia, memang garu kepala. Nak cepat, nak lambat dapat rawatan, atas kita, pilihan kita!

Ingat, Sihat sebelum sakit. !

Sunday, 19 April 2015

Agent VS Hantu kak Limah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak dua menjak menjadi seorang full timer takaful consultant ni, rasa macam seronok juga. Paling best semestinya sebab masa tu masa sendiri lah. Nak ke sana, nak ke sini, nak buat itu dan ini, semua tanpa perlu dapatkan izin sesiapa nak buat. Kekadang tu terfikir juga la, "adoihh asal rasa diri ni terlalu banyak masa terluang ni?" sampai tak tahu nak buat apa. Tapi cuba cuba juga la cari aktiviti supaya tak terbuang masa yang ada tu.

Tapi ada satu juga la yang kekadang tu merunsingkan diri, iaitu bila tak ada sale. Itu paling selop bila difikirkan tu. Ya lah, pernah satu masa dahulu, saya menolak habis kerja kerja marketing ni sebab saya tahu kena kejar target, kalau tidak susah. Tapi alih alih akhirnya ini bidang yang saya pilih masa saya berhenti dari makan gaji dan mengharapkan bidang ini akan memberikan kejayaan pada saya.

mahu tak mahu kena buat, betul tak?

Hari ini saya cuba berdiri dengan motivasi yang tinggal ni, nak buat yang terbaik. Renung renung tenung tenung ALLAH dah tunjuk dah jalan pada saya. Dimudahkan lagi jalan demi mendapatkan 'lesen' sah supaya boleh beroperasi, sekarang dah ada semua tu, adakah masih saya nak tunggu? nak tangguh?

Die Die Do!!

Buat yang mencari plan terbaik untuk diri dan keluarga, let me know, consultation is for FREE. 

Nadz
011-10952450

Sunday, 12 April 2015

Sekali lagi dipermudahkan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Maaflah. Lama saya juga saya menyepikan diri. Bukan apa. Semenjak pindah ni. Nak settle down dengan environment baru ni memang ambil masa sedikit. Satu per satu nak diselesaikan dan rasanya akan ambil sedikit masa lagi untuk betul betul bertenang. Lepas dari tu kena betul betul buat. Dan kena pastikan boleh dan berjaya. 

Minggu ni jadual packed juga. Dari pagi subuh sabtu tu, sampai lebih kurang jam 9 ke kL. Aktiviti sampai jam 5 lebih lepas tu terus pulang ke Ipoh. Sampai dalam jam 8. Bersiap, mandi dan makan lepas tu gerak pula sampai ke Penang. Jam 11:11 di Penang kemudian decide terus ke Alor Setar. Dalam jam 12 lebih sampai rasa dah lembik badan. Masa drive tu tak tahu cakap macam mana melainkan hanya ALLAH y guide perjalanan tu. Banyak kali rasa loss dan melayang. Tapi ALLAH guide dan lindung, sampai juga kat umah. Syukurlah tak ada apa apa yang berlaku. 

Pagi tadi, jam 5:30 bangun dan siap dah terus ke stesen bus. Jam 6:15 camtu sampai dan 6:30 dah naik bus. Alhamdulillah dipermudahkan jalan juga tadi. Sampai stesen dalam 7 lebih. Teksi pun dah ada. Terus naik balik rumah. Bersiap dan keluar pula sebab ada exm pagi ni jam 9. Masa sebelum keluar dan dah sampai memang dugaan betul sebab tak tahu tempat di mana. Masa sampai pun dah lewat masuk pun dah lewat. Tapi alhamdulillah ALLAH sekali lagi sebaik baik tempat berharap dan pemudahcara untuk exam pagi ni. Masuk lambat. Keluar awal juga dan alhamdulillah result saya cukup untuk meluluskan saya untuk lulus. 

Syukur syukur syukur ke hadratnya. Dimudahkan urusan sampai ke tahap ini. Mudah mudahan kemudahan yang diberikan ini berikan saya impak dan momentum yang kuat untuk saya betul betul push dalam business ni. Yakin kepadanya. Moga dimudahkan. Amin. 

Ha pada readers yang mencari perlindungan takaful atau mahu dapatkan maklumat lanjut mengenai takaful, boleh hubungi saya. Jangan risau. Tak perlu bayar pun nak tanya dan nak dapatkan maklumat mengenainya. FREE QUOTATION.

Thursday, 2 April 2015

Page 2/30 Chapter 4 2015

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Page 2/30 Chapter 4 2015. Pertama kali merasa pulang ke kampung isteri di hari Khamis. Pertama juga selepas saya pindah ke sana. Hari ni pagi tu, nak ke kerja dah, nak antar isteri masa tu, lepas tu dia mengadu yang dia rasa pening. dari semalam sebenarnya, katanya nak pitam pun ada rasa nya. Saya katakan tak payah pergi lepas tu suruh dia berehat lepas tu bila dah jaga dah bersiap apa semua terus ke klinik, selesaikan kerja sikit sikit lepas tu terus bergerak balik ke Ipoh. tapi ada dua perhentian la, satu di rumah saya, satu lagi rumah makcik isteri.


Ni ha dia. seronok sungguh dapat berjalan tempat seluas itu tanpa ada gangguan. Menonong ja jalannya tu. jenuh nak kejar.

Pertama kalinya la juga kan kira sampai ke kampung siang siang hari ni. Selalu tu kan memalam baru nak menjengah kampung tu kan. Petang tak banyak aktiviti, singgah sekejap ja dekat pasar malam yang baru nak buka baru balik rumah. Sampai rumah duduk sekejap minum air sikit lepas tu bawa anak keluar lagi.

Dah cakap dekat dia tadi nak bawa dia pergi tngok ikan dekat gunung lang tu. tapi tadi dah sampai rasa tak berapa best dah pun tempat tu. Kenapa ae? kata dekat isteri hari tu kami datang banyak ja ikan. terus isteri tanya, "abg, kita datang sini last setahun 7 bulan yang lalu tau.". terus ingatan mai balik. kakkakaka, lama sungguh dah tu. dari si kecik ni duduk dalam perut sampai dah keluar ni. Mungkin dalam jangka masa tu dah ada perubahan kan.

Esok, ada rancangan nak ke KL plak. Sebab ada kenduri kat sana Sabtu harinya. Perlahan lahan la ye, menyusun langkah. Banyak lagi nak dibuatnya tu. Macam malam semalam pun, dekat jam 1 baru sampai rumah sebab pergi jumpa client. Lepas tu hari ni balik kampung. Bagi masa kat diri beberapa hari nak betulkan diri, nak kuatkan diri, nak persiapkan diri sebelum berperang kembali minggu depan.

Saya rindukan juga dunia traders, sekarang perlu siapkan diri nak kembali macam dahulu. Sebab sudah sebenarnya sebab dahulu tak ada masa, sekarang ada masa, jadi kena tengok balik langkah langkah nak diambil tu, back testing sangat penting buat masa ni.

dunia belog, insyALLAH, andai ada kesempatan, akan cuba buat comeback for good. Sedang berusaha nak naikkan balik apa yang dah saya buat selama ini dengan belog. Bukan untuk orang pum, tapi untuk diri sendiri, kegembiraan sendiri. Seronok ingat satu masa dahulu, menaip dengan penuh minat dan harapan agar apa yang ingin disampaikan menusuk sampai ke hati.


Satu satu bakal menyusul. Jalan tak menoleh lagi lepas ni. Target dah ada. Realitikanlah.....

Wednesday, 1 April 2015

Akhirnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, tanggal yang dinanti tiba akhirnya. Saya akhirnya kembali juga ke pangkuan anak dan isteri setelah beberapa tahun tinggal berasingan. 31-Mar-2015, akan menjadi tarikh yang bakal diingati kerana tarikh ini saya kembali for goods ke pangkuan keduanya.

Kenang kenangkan, mula tu macam berasa takut juga kan,  tapi target masa depan menutup takut tu, lagi, ALLAH dah beri banyak petunjuk buat saya, sesuatu yang tak mudah, tapi inilah jalan yang ditunjukkan. Jadi kenapa dan apa alasan lagi untuk saya berasa resah? Cumanya sekarang saya kena merangka strategi bagaimana saya nak pastikan jalan kerja saya efektif. Itu mungkin subjektif, tapi ini kena juga saya redah diakhirnya. takkan masih lagi nak berasa selesa? Bukan masanya. Malah, sya dah khabarkan pada isteri, saya sedang mencari rentak di tempat baru, setelah jumpa, mungkin saya akan jadi super sibuk buat seketika waktu, tapi percayalah ini bukan untuk saya, tapi untuk semua.

Bab anak, pagi tadi saya bangun nak subuh dia pun bangun. Mula menangis saya tinggalkan dia, tapi bila pujuk elok elok, alhamdulillah dia faham. Isteri kata malam tadi dia jaga di tengah malam, cari saya. See, sekali lagi ALLAH sampaikan petunjuk pada saya. Caranya begini la, betapa anak memerlukan saya di sisi dia. Alhamdulillah, sekarang dah kembali for good. Dan macam saya khabarkan pada isteri la, sesibuk mana pun saya, tapi saya sudah tinggal bersama mereka, jadinya, tak ada lagi masa masa yang dibaazirkan berjauhan macam dahulu. Dan insyALLAH, saya akan buat yang terbaik agar masa berkualiti tu ada antara kami bertiga dan tak lupa juga keluarga di kampung sana.

Hari ini, 01-April-2015. Genap satu tahun tujuh bulan putera kecil kami tu. Alhamdulillah, istimewa sekali hadiah ulangbulan dia yang ke 17 ni. Bak kata isteri la, bila nampak dia nak merap ja dengan saya semalam, "orang baru dapat Abi...". saya senyum ja, tak apalah, saya ok ja melayan, cuma kekadang tu bila dia tak dengar cakap, saya sengaja buat marah, dia terus duduk diam di tempatnya. Lama kelamaan saya angkat balik juga. Dah nama pun trader kan, mesti nak tengok lappy, anak juga nak tengok sekali.

okeh, Abi bagi duduk atas riba, tapi jangan kacau ya?


Saturday, 28 March 2015

Coret pagi, 28-Mar-2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saat saya menulis coretan pagi ini. Saya sedang berada di hadapan kaunter satu pasar raya ini. Berhadapan dengan para customer. Menunggu dan menunggu sambil berusaha 'approach' sesiapa yang lalu dengan harapan, ada yang akan singgah dan 'tanya' supaya dapat saya limpahkan ilmu ilmu yang penuh di fikiran saya ini agar dapat membangkit 'awareness' yang sememang nya kurang ada dalam masyarakat kita hari ni.

Hari ini, hari kedua selepas semalam. Hari di mana saya pilih untuk perubahan berdarjahdarjah demi mencipta masa depan gemilang yang saya pilih sendiri disamping dorongan keluarga juga diri sendiri yang inginkan yang terbaik buat mama, ayah, mama, papa juga anak dan isteri tercinta. 

Hari demi hari mendekati titik mula ini, ALLAH lorongkan dengan berbagai 'petanda' yang sememangnya bagi saya cukup memberitahu yang tindakan saya hari ini, tindakan yang sangat tepat. 

Satu, bila mana sikecil kami demam dua minggu yang lalu. Masa tu isteri khabarkan dia mencari cari saya dengan memanggil saya. Tapi akhirnya sedar yang saya tiada lalu dengan sendirinya dia menyebut perkataan "abi kerja". Beberapa hari lepas itu, demam. Hari ketika saya pulang tu, esoknya dengan kuasa ALLAH dia pulih dari demam. 

Juga dalam minggu yang sama. Dah lena. Tengah malam. Ada dua kejadian fia terjaga dari tidur, duduk dan memanggil manggil saya. Kali pertama tu saya ada, mujurlah. Jadi saya datang dan tampilkan diri dihadapannya. Tapi kali kedua, hanya ummi yang ada memujuk dia dengan mengkhabarkan bahawa saya kan kerja. Mana saya ada. 

Keesokan hari tu pula saya berjumpa seorang abang yang juga sahabat karib saya di tempat kerja. Kami berbual tentang hari hari akhir saya di sana. Dan dia sebut saya perkataan yang buat saya rasa kuat, "hanya orang ada anak sahaja yang paham". Lega nya saya. Tapi rupanya dia lebih menyedihkan. Dia khabarkan pada saya yang anak dia baru sahaja meninggal sabtu yang lalu. Terkejut.! Saya terlopong saat itu. Muka dia juga berubah. Saya dapat lihat kesedihannya. Dan yang buat saya sangat sedih adalah dia tak mampu pulang untuk menatap wajah anak buat kali terakhir. Kerana dia ada di Malaysia, manakala anaknya di Bangladesh. Apa yang mampu dibuat hanyalah mendoakan. ALLAH sahajalah yang tahu betapa remuknya hati saat terjadinya perkara ini. Tapi alhamdulillah. Kuat juga hati dia saat bersangka baik dengan ujian ini. "ALLAH ada, Dia akan jaga mereka". Indirecly saya rasa ALLAH sedang sampaikan satu petanda lagi bahawa, saya sememangnya berada Di landasan tepat untuk keputusan ini.

Ketiga yang berlaku dalam berturut turut hari iaitu semalam saat seseorang berkongsi zaman gelap dia bermula dahulu. 


Bagi saya cerita ini takkan sampai tiba tiba melainkan ALLAH mengaturkan untuk saya mendengarnya dan memanfaatkan kisah ini untuk kami. 

Hati bertambah yakin lagi. Terima kasih ALLAH, saya juga pasti akan berusaha membuktikan bahawa, mustahil itu tak ada apa apa pun. Apabila kita lawan dia. Habislah dia. Ianya menjadi BOLEH! Mesti buat! Jangan cuba!!

Friday, 27 March 2015

Bismillah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, masa yang ditunggu tunggu tu sampai juga. Dimana saya akhirnya meninggalkan secara rasmi company yang saya bertapak selama hampir tiga tahun. Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang di sana. Dari zero, sampai ke tahap saya capai sekarang ni. Dari tak tahu apa apa, sampailah saya rasa boleh gagah juga la dengan apa yang saya buat sekarang ni.

Serius, memang rasa berat sangat nak meninggalkan tempat tu. Di mana saya beroleh banyak ilmu, ramai kawan kawan pun dah rapat dengan saya, tapi sampai sudah masanya. Bagi yang dah tahu, mereka terus tanya saya, "you balik Alor Setar la? Bagus la, dekat dengan anak isteri." Ramai juga yang tanya, "kenapa? kerja tak ok ka?", saya jawab, bukan, kerja sangat ok, dan saya buka cerita saya berjauh dengan anak isteri, terus mereka jawab, ha memang patut la saya pergi pun, tak boleh macam tu...

Lagi, ada yang tanya, kemana saya lepas ni? Adakah masih di Pulau Pinang? saya katakan tidak, saya ke Alor Setar. Ditanya apa haluan selepas ini, saya jawab "own business". Rata rata yang mendengar menyokong dan memberikan semangat yang saya rasa sungguh menakjubkan. Rata rata menyokong tindakan saya berani "melompat" ke bidang tu, dengan bidang saya sekarang yang sangat berlainan ni. Syukurlah, walaupun hanya kata kata, tapi saya anggap ianya sebagai doa, dan mengaminkan kata kata itu.

Hari ini, dengan lafaz bismillah, saya mulakan hari baru, dengan langkah baru, bersama misi masa depan yang saya rasa dah cukup jelas bagi saya untuk berjuang demi diri sendiri, family dan agama. InsyALLAH, saya pegang satu ja, ALLAH tu pasti bagi kalau kita berusaha, jangan takut untuk melangkah, asal ada usaha, insyALLAH, ALLAH kirimkan juga 'ganjaran'nya lambat laun.

Bismillahhirrahmanirrahim.. 

Tuesday, 24 March 2015

Geram tapi tahan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Marahnya rasa hari ni. Mana tidaknya. Buat hal pulak kedai yang saya tempah business kad tu. Kad siap dari minggu lepas tapi hari ni pun masih belum belum boleh ambil. Alasan tak ada orang nak hantar. 

Dari minggu lepas sebenarnya saya dok follow up, tapi tak ada tindakan. Tadi saya pergi lagi sekali. Alasan masih sama, saya khabarkan pada kedai tu suruh contact kedai lagi satu beritahu saya pergi ambil sekarang. Tahu apa jawabnya? Orang kedai tu tak bagi datang konon dah ketar sangat nak tutup kedai.  Padahal masih ada lagi lebih kurang 20 minit kot sebelum jam dia tutup kedai tu. 

Marahnya rasa. Geram jangan kata. Tapi kawal. Sangat kawal tadi. Taknak bagi budak yang jaga tu takut plak sebab bukan salah dia. 

Haishhh.. Macam ni la melayu meniaga. Hampas! Konon jaga ekonomi la sangat, macam ni lagi teruk saya pangkah kedai melayu. Lagi, pesanan buat yang membeli, apa apa sahaja, NEVER EVER PAY EVERYTHING. Sebab bila dah bayar semua. Jadi macam ni la. Kerja yang patutnya lebih bagus. Jadi lebih Hancus. 

Serius saya kecewa!

Monday, 23 March 2015

05:56AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:46AM

Jumpa lagi kita. InsyALLAH Isnin terakhir untuk slot diari sebab lepas ni tak ada lagi bangun pagi Isnin seawal ini untuk ke stesen bus pulang ke Penang. 

Pagi ni bermula dengan baik mula nya dari kami bangun. Bersiap lepas tu saya sendiri yang angkat anak masuk kereta. Bawa kereta sampai kat stesen bus, saya pergi beli tiket, anak pun jaga. Menangis nak ikut sebab saya tak ambil dia. Saya angkat dia lepas tu dia diam. Seronok memerhatikan bus kat sebelah dia ni ha. Lepas tu dah lama saya masukkan dia dalam kereta. Mula tu diam. Lama kelamaan. Menangis. Ummi buka tingkap untuk saya peluk dan kiss dia. Lepas tu baru ok terus ummi nya gerak. Sayu nya pagi bila anak menangis macam tu nak ikut kita...

Ahad minggu ni mudah semudahnya. Pagi hantar ummi ke tempat kerja. Lepas tu balik, main sekejap dengan anak sampai jam 9 lebih lepas tu mandikan dia. Lepas mandi dia minta susu dari saya. Saya bagi dan lepas tu dia ajak saya ke katil. Tapi sebab dia tak biasa tidur di katil dengan saya, dia minta saya letakkan kain buai. Enjut dia alhamdulillah terus lena. Masa tu la saya pun masuk dapur. Siapkan bahan bahan nak memasak. Hari ni menu kami lempung masak cabai, dan daging black pepper. Juga menu sup sayur anak, broccoli tofu telur. Yang menu anak tu terhasil sebab saya lupa lauk kami hari ni pedas, takut dia tak tahan, saya buat juga menu asing dekat dia. 

Dalam jam 12 macam tu anak bangun. Alhamdulillah la. Saya pun masa tu dah siap masak pun. Cuma sebab menu anak menu last minit jadinya lambat sikit la. Masa anak bangun ni la baru nak siap menu anak. Bangun dia tu mulut dah panggil saya dari dalam buai. Saya ambil dia. Peluk sikit, kiss sikit. Turunkan dia dari buai tu. Bagi dia bergolek kejap. Lepas tu tanya sama ada dia nak makan nasi. Terus saya ambil mangkuk dengan lauk dia tu. Suap dia. Alhamdulillah lalu makan dia. 

Lepas tu kami ambil ummi dia. Mujur dia nak duduk diam masa saya kata saya nak siapkan bekal kami. Tunggu ja dia dari jauh memerhatikan saya. Kemudian baru kami keluar. Macam biasa la port makan Ahad kami tu, ramai pula orang hari ni. Selalu lengang ja tempat tu. Lantaklah kata ummi. kami berhenti dan mula makan. Dia pun seronok juga tu. Nak juga makan lagi. Ummi layankan ja. 

Habis makan kami rehat sekejap baru balik rumah. Sampai rumah saya layankan dia nak main tu. Ada ja yang nk dia main. Saya bagi juga la dah dia nak main nanti menangis berhingus. Kesian pula. Lepas tu dia minta susu. Saya bagi, masuk buai dan lena lagi sekali. Alhamdulillah, dapat juga dalam 1 jam setengah. Tu pun jaga sebab beralih tempat gamaknya. Ya lah, tengah sedap dalam buai kena angkat masuk kereta.

Saya angkat sahaja dia,lepas tu tengok dah jaga. Tak apalah nak buat macam mana kan. Kami pun gerak sampai office ummi lepas tu sambung jalan. 

Lokasi baru main petang adalah di tepi sungai dekat mada tu. Taman jeragan ka apa saya tak ingat nama dia. Tapi seronok juga di situ. Gelongsor ada 4. Lagi luas untuk main kereta. Saya dan isteri rasa selesa sebab anak boleh main tempat ni tanpa ada gangguan. Syukurlah. Ada port baru nak main. Dan lagi, dekat dengan rumah nak balik kan. Hihihi

Apa kita buat, dia pun nak buat. Layankan ja lah..


Tak sabar ni nak balik minggu depan. Tak sabar nak layan kan dedua tu. Tambah si manja kecik tu. Sampaikan tengah tengah malam saya tak ada atas katil pun boleh dia jerit cari saya. Tu tengah dok tidur. Bayangkan la... 

Saturday, 21 March 2015

Demam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Minggu kurang sihat gamaknya. Anak mama mengasuh pun tak sihat. Pastu saya dan isteri juga macam tu di awal minggu. Tapi alhamdulillah tak jadi pape. Ok balik bila masa berlalu. 

Tapi lain pula dengan anak. Isnin tu tengok ok ja. Bila datang selasa rabu, isteri dah hantar sms kata anak macam nak mula demam. Khamis tu confirm dia hantar malam anak dah panas tubuhnya. 

Tapi mujur juga katanya bila badan anak dah demam, dia kejut ajak makan ubat, anak mahu bangun dan mahu makan ubat tu. Syukurlah. Gembira hati mendengar nya. Datang Jumaat tu saya dah tak sedap hati, cuti juga la hari ni. Nak balik tengok orang demam. 

Kata ummi, sepanjang minggu ni, dia kerja dok cari saya: dok "Abi.." Lepas tu x dengar suara saya sahut, gamaknya baru teringat kot yang saya tak ada di hari weekdays, dia sendiri yang sebut "jaa..". Terlintas mungkin pesanan saya hari tu yang saya kerja. 

Mungkin demam rindu kot kan? 

Hari ni saya ada sini. Alhamdulillah. Sihat dah. Syukurlah.. 

Friday, 20 March 2015

Jumaat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jumaat datang lagi. Seronoknya kenangkan masa yang akan dihabiskan bila sampai ke sana nanti. Untuk pengetahuan, saya dalam bus ja ni, on the way pulang ke rumah untuk hujung minggu selepas seminggu la lebih kurang berPJJ sebab kerja di tempat yang satu jam lebih jauh dari isteri dan anak. 

Minggu ni sedikit special. Jumaat terakhir sebelum saya menukar karier dalam bidang baru yang saya pilih semata mata demi mencapai cita cita tinggal sekali bersama anak isteri setelah lebih dari setahun setengah jadi Abi hujung minggu. 

Sampaikan waktu berbual dengan rakan sekerja juga supplier yang berbangsa cina pun mereka macam terkejut malah nada tu tak setuju la berjauhan macam ni lama macam ni. Gelak ja la saya. Dah keadaan tak mengizinkan. Betul tak? 

Sekarang dah bersedia. Akan saya pastikan. Tahun ini tahun menuai kejayaan. Pasti boleh! Mesti boleh! 

Thursday, 19 March 2015

Challenge

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Saya baru pulang. Malam ini korbankan kelas Mandarin untuk sharing business takaful. Habis dari sharing masa dekat kedai tu, UM tu tanya saya. Lepas tu leader saya khabarkan yang saya bakal terus mula dengan fulltime. Dari cara diperhati saya nampak macam dia tak berapa gembira. 

Tiba tiba dia kata, "nak buat business kurang kurang kena ada dalam tangan setahun ke dua tahun duit untuk survive" 

Saya menung sekejap tadi. Adakah ini sebagai satu peringatan buat saya yang memang macam gamble melompat ke dimensi ni? Senyap dan cuma menggangguk. Terus saya set ini sebagai satu cabaran, kalau hati kata boleh, mesti boleh. Saya akan buktikan. Satu tahun dari sekarang. People will recognize me as 'somebody'. 

Ehehe. Sahaja ja buat panas. Dia ada juga sebut tadi, boleh dapat kalau betul betul fokus buat betul betul. Tak mustahil. Tapi yang pasti dia dah beritahu tadi, setahun ke dua tahun memang all out masa dia sebab nak bina based yang kuat. 

Sekali lagi saya yakin hati kata Ya dan saya mesti boleh buat.

Lagi ditambah nya, ada satu kereta mewah yang dia jumpa di masjid tuap kali masuk waktu solat. Siapakah orang itu? Businessman. Ya dia makin kaya. Kenapa? ALLAH dah janji, kita cari akhirat, PERCUMA ja kita dapat sekali dunia. 

Yakin yakin! Saya pasti boleh! 

Wednesday, 18 March 2015

Suara pagi yang menggembirakan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tak berapa hari dah ni. Sungguh tak sabar. tambah tambah makin lama anak tu makin cerdik, satu per satu karenah tu buat makin tak sabar nak pindah sana.

Salah satunya, pagi Sabtu hari tu, bangun bangun ja tidur, mata tu pun tak buka penuh lagi dah mulut keluar perkataan "Abi...". Cari saya rupanya, hai la anak, sejuk hati ni ha, bila dengar perkataan tu sendiri masa dia dok pusing sana sini mengeliat masa bangun tidur tu.






Bila dah dengar perkataan tu, terus Ummi dia suruh saya pergi sambut. Ambil dia. Saya pun bangun, pergi dekat dia. Senyum la apa lagi. lepas tu buka mata luas luas terus datang duduk atas riba. Sebut nama saya, sebut nama Ummi. Kena cium sedas tu dah tentu la.

Anak ni kekadang bila bangun pagi kan, dia tak nampak orang selalu dia menangis. Kena juga ada orag sbelah dia baru dia tak menangis. Macam hari hari ada Ummi la. mujur pagi ni kami ada sana, kalau tak jenuh..


Tapi tengok juga la, kata Ummi kekadang dia bangun pagi pagi tak ada pun takpa, tengok mood juga. Macam selalu tu cerita ummi nya, bangun pagi cari Ummi tak ada kat sebelah, dia pun keluar bilik sambil sapu sapu mata dan sebelah tangan tu dok heret bantal.

Boleh bayang dak? aduuu.. hihihihi.

Monday, 16 March 2015

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi isnin. 05:45AM. 

Minggu baru sudah bermula. Masa yang perlu tak lama lagi. Tak sabar menanti tapi hati degup kencang juga. Agak risau tapi belajar kuatkan hati. Sebab, semenjak makin dah dekat ni, makin kiat dugaan cabaran dia. Lihat 2 minggu kebelakang ni sudah. Mengantuknya lain macam. Bangun pagi mata macam ada lekat gam. Risau juga la. Tapi kena kuat. Ingat apa matlamat. Kena pastikan berjaya. 

Minggu ni, asalnya saya ada class kat kL, tapi batal sebab tak ramai yang boleh datang. Aduuu sayangnya la. Semua dah plan alih alih tak jadi. Tapi agak syukur juga sebab saya pun macam rasa berat nak pergi. Rupanya ALLAH tunaikan juga apa yang saya rasa nak buat pada permulaannya. Jadinya minggu ni kami dengan plan sendiri ja sabtu dan ahad.

Petang Khamis tu saya sendiri yang datang ambil keduanya. Sebab ada tugasan area sini. Balik tu singgah ambil mereka berdua.

Jumaat, macam biasa kerjanya. Tak ke mana pun. Tapi petang ke hospital juga. Melawat anak kecil baru family kami yang masuk ke hospital. Kesiannya la. Tapi inilah dugaan dan cabaran. Redha itu jalan terbaik bagi semua.

Sabtu tu bawa anak pergi mana ja pun. Mula pergi buat kad saya. Teruk plak rasa dah sembang, dah bayar baru saya tahu kad tu lambat nak  siapnya. Aduhh.. Balik tu ada kenduri, lepas tu ke rumah toklong dia.Saja melawat ja sebab nenek suma ada sana. Seronok juga dia tu. Pantang ada peluang. Sakan.  Masa kami pasang khrmah tu, orang lain tak layan. Dia paling eksaited sekali. Dia yang datang bawah khemah. Sibuk ja tau. Kakakakaka

Minggu datang ni kemain tak sabar. Hati tak sabar tapi hati juga kena kuat. Mesti boleh!

Saturday, 7 March 2015

Minggu hilang fokus

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Minggu tak fokus

Dua minggu ni. Memang minggu saya hilang fokus. Sungguh. Alasan tak ada tapi tak tahu kenapa. 

Minggu lepas. Blogging. Kantoi. Nak menulis tak ada rasa. Tengok pun malas. Inikan pula menaip. Bayangkan satu satunya yang rasa ok pun masa dapat ilham mencoret minggu lepas. Habis tu. Entah. Terbang ke mana. 

Next, kerjaya masa depan. Lepas dah daftar. Rasa macam ah. Stuck. Apa aku nak buat ni. Hang dekat sana. Nak buat itu nak buat ini. Strategi langsung tak rangka. Habis macam tu ja. 

Lagi, trading. Juga hancur. Bayangkan harapan untuk masa depan cerah ni saya tinggal terus. Nak kata tengok hanya sekadar tengok. Action tak ada. Nak cuci cuci mata tengok dan analysis pun tak buat. Semalam call cikgu kena tegur sikit, yang outstation macam kamu kena rajin lebih sikit. Kalau bersungguh kejap ja nak paham tu. Saya macam nak senyum tak senyum. Nak nangis tak nangis. Tak ada kata. Apa ni saya? Mana p saya yang rajin sangat dulu kala ni?

Kerjaya masa depan. Dua minggu ni pun kurang berjalan. Sampaikan kemarin pun dah jmpa sahabat seperjuangan. Sampaikan pesan pesan pada dia. Tapi bila saya balik? Layu balik.padahal masa cerita bersemangatnya bukan main. 

Kenapa ni? Ahh

Monday, 2 March 2015

05:47Am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

2-Mar-2015, 05;47AM

Pagi baru datang lagi. Kali ni pagi yang dinanti. Sebab masa tu akan datang dalam masa terdekat. InsyALLAH tak sampai sebulan lagi. 

Pagi ni bangun dalam 5:15AM. Bangun dan siap. Sebelum mandi tu ada ummi buat apa tak tahu, dia suruh kumur sebab katanya nafas berbau. Haduh, saya rasa runsing bab nafas ni. Nmpak gaya kena cepat pergi dentist ni. Berbau plak dia. Tapi mujurlah ada orang yang ambil tahu dan dia terus ambil tindakan. Maceh ummi. Lepas tu siap siap suma, sampai stesen bus jam 05:43 macam tu. Tengok bus dah standby dah nak jalan. 

Minggu ni pun macam minggu selalu la. Bila Ahad yang ummi nya kerja sayalah yang mengasuh manja kecik kami ni. Semalam pun sama. Dan dia alhamdulillah. Tak ada masalah. Pagi lepas hantar ummi kerja, saya goreng telur dan suapkan dia makan. Lepas habis makan. Dia minta susu. Saya bagi susu. Dia menyusu. Masa susu habis dalam botol dia pass botol kepada saya alih alih tengok lali dan lena. Syukur, mudah betul. Masa tu saya bersiap nak makan tengah hari pula. Masak lauk bekal tengah hari kami. Siap masak, packing apa semua, cun cun anak pun bangun. Terus angkat. Masuk kereta gerak kat ummi. 

Hari ni lauk lauk yang ummi request dan teringin ja. Sayur goreng, dan daging black pepper. Alhamdulillah, sampai dedua tu belahak la saya suapkan. Yang lawaknya belikan anak air kotak, kobon nak suruh dia duduk belakang, ummi abi nak makan. Dah dia tak mahu pergi. Rupanya dia pun nak makan sekali. Seronok suap dia makan tengah hari tu. Berebut dengan ummi. Bila lambat suap ka n masa tu suap ummi. Bising mulut tu minta. Hihihi saya senyum puas. Sebab dia lalu makan.

Lepas habis tu kami balik. Dia dah minta susu. Tapi dia buang air besar pula. Saya mandikan dulu, siap apa semua baru bagi dia susu. Ni pun satu lagi cerita lawak. Agaknya lambat kot saya bancuh susu tu. Dia tak puas hati, dia pergi buka laci, ambil botol susu dia pass kat saya. Saya tunjuk ke dia, saya tengah letak susu pun dalam botol lagi satu. Faham tu. Bijak nya lah saya rasa. 

Lepas tu ambil dia letak dalam buai. Dnjut sampai dia lena. Alhamdulillah. Lama juga sampai dekat jam 5 baru jaga. Tu pun sebab saya silap angkat dia. Kalau tak rasa tu lajak lagi. 

Petang ni bawa dia main di playground awal sikit. Tapi kmi pula yang tak syok. Awal sangat. Panas. Tapi layankan juga la dia main. Lepas tu balik sambung main dalam rumah. Lepas ummi solat, keluar balik. Ummi bawa pusing dengan kereta dia depan rumah. Saya pula lari kejap depan padang. Main bola. 

Penunggu yang setia

Lepas balik main. Anak dah tak ketahuan. Nak peluk saya. Ummi tak bagi la. Kan saya peluh. Anak baru lepas mandi. Tapi dah dia tak mahu. Kena juga bagi pakai baju. Pampers apa semua. Lepas tu mandi siap apa semua. Kena teman dia main. 

Main main main. Suka sungguh . Sampai bila kita dah penat. Dia mengamuk. Haishh Fateh Uwais. Abi pun letih juga yayang oih. Dah la main tu kena dukung. Naseb la abi...... Hihihi

Friday, 27 February 2015

24 Feb 2015

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Selasa lalu, tanggal 24 February 2015. Akhirnya saat yang dinanti tiba juga. Setelah lama plan dibuat, akhir nya saya gagahkan juga untuk selesaikannya. 

Mula tu pagi dah jumpa boss. Ok ja la masa tu.pergi salam dia. Wish selamat tahun baru sebab minggu lepas dia cuti awal, tak sempat saya wish. Lepas tu ada juga masuk bilik dia. Hantar barang. Pun ok. Lepas dari tu, mai tengah hari nampak dia dah mula sibuk. Ada ja orang yang datang jumpa dengan dia. Saya nak masuk serah tapi tak masuk masuk juga sebab ada orang. Takkan nak serah masa ada orang kan. Kalau boleh tu nak 'diam sampai hilang'. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampai petang. Ingat lagi 2-3 minit nk balik dah kot saya nampak clear. Saya bawa surat dalam buku. Kepit dalam tu. Kat luar tutup buku dengan dokumen. Masuk dalam tu, Berlakon sekejap, bawa dokumen minta sain, lepas tu terus serah. 

Dia pun tanya. Surat apa ni? Dengan rasa tebal muka nya saya jawab surat resign. Dia buka surat tu perlahan lahan. Baca. Saya rasa dia baca ayat bawah tu kot bunyi macam firm nak 'pergi' dia tanya, taknak consider ka? Saya jawab tak kot. Dah dia kata, jangan main main. Saya cakap tak. Dia diam. Masih beberapa kali tanya. Saya geleng kepala. Last dedua diam. Dan dia pun cakap. OK. Baru saya pun ucap terima kasih dan. Terus keluar dari bilik tu. 

Dah keluar saya siap siap tutup pc lepas tu angkat beg dan balik. Hihihi

Mula tu berat juga. Entah kenapa rasa berat. Tebalnya muka nak beritahu. Nak hantar surat n so on dekat boss tu. Tapi ada la ummi hantar satu pic tu. Bg semangat katanya. Ehehe. Alhamdulilah. 

Selesai akhirnya. 

Thursday, 26 February 2015

Cerpen : Dahsyat

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Dahsyat

******************
 
"Selamat tinggal. Sampai sini sahaja. Saya minta maaf" 

"Awak panggil saya datang sampai sini, hanya untuk ini?"

"Maafkan saya. Selamat tinggal awak. "

"Saya perlukan penjelasan. "

"Anggap sahaja tiada jodoh antara kita. "

Kata kata akhirku, ketika meninggalkan dia pada hari itu. Sebaik selesai meluahkan kata kata yang terpendam itu, aku terus kabur dari pandangannya. Pergi sejauhnya dari pandangan matanya. Langit juga mendung, ibarat hatiku yang remuk redam ini. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak pula pergi mencari ruang berteduh, tapi terus sahaja berada dibawah hujah itu, saat ini juga air mataku berjurai. Selebat hujan yang sedang turun ini.

"Ah biarkan, biarkan ia turun, biarkan ia turun dan membasuh perasaan yang kupendam selama ini. Biarkan ia pergi, dan turun menemui bumi. Selamat tinggal perasaanku, selamat tinggal perasaanmu." Gumam Aidil Ayyas di dalam hatinya.

Sejak dari hati itu, dia kabur dari hidup Aina Qareena. Tiada lagi kedengaran gelak tawa keduanya. Tiada lagi kemanjaan dan kemesraan seperti yang menjadi kebiasaan kedua pasangan muda yang bercinta itu. Hubungan itu putus akhirnya. Putus atas sebab yang tak pernah diketahui. Aidil Ayyas juga sudah tidak pernah kelihatan semenjak dari itu. Sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati, tidaklah diketahui Aina Qareena.

******************

"Kau biar betul, budak tu dah sangat baik dah dengan kau, terima sahajalah."

"Entah, aku rasa macam belum bersedia. "

"Bila baru kau nak bersedia? Kau masih nak menunggu si dia yang dah hancurkan hati kau tu? "

"Dia dah disemadi dalam lipatan sejarah, jangan lagi kau sebut tentang dia. "

"Aku tanya ja, kau jangan marah pula, aku nampak kau ni, mulut ja kata benci, tapi hati menanti, sudah sudahlah. "

Aku akui, apa yang diperkatakan Aleesya Qaisara itu benar sekali, sekuat mana hati cuba menolak dia, tapi langsung tak pernah aku ini membencinya walau sekelumit pun, atau mungkin aku sememangnya sedang menanti si dia. Entah bagaimana, tapi hati berat mengatakan satu hari nanti, kami akan bersama. Ah, sudahlah Aina Qareena, itu semua mainan fikiran kau sahaja, mana mungkin si pengkhianat cinta itu berfikir sepertiku. Kan?

******************

"Aina Qareena,  kamu gagal membuktikan yang kamu sudah punya calon sepertimana kamu khabarkan pada Mama, jadinya, seperti yang kita dah janjikan, Mama akan kahwinkan sahaja kamu dengan pilihan Mama tu. "
"Tapi Mama, kan Mama cakap Mama akan berikan Aina sedikit masa lagi. "
"Aina, jangan nak berdolak dalih lagi, Mama tahu, hati Aina masih ingatkan si dia tu kan? Sudahlah Aina, entah sudah di mana dia pergi, tak lagi ingatkan Aina, kenapa perlu Aina hukum diri Aina macam ni."
"Ya sayang, dengarlah kata Mama tu, bukan bererti Mama Papa paksa Aina, tapi kami sedang cuba untuk memulihkan Aina, mana tahu cinta yang tak ada di hati tu berpaut dengan bakal imam yang kami pilih ni. "

Dengan berat hati, aku, Aina Qareena, akhirnya bersetuju juga dengan permintaan kedua Papa dan Mama ku. Aku faham, betapa beratnya hati mereka memikirkan aku. Dan aku juga tahu, bagaimana ambil beratnya mereka terhadapku. Jodoh yang dipilih mereka ini kata mereka sudahpun mereka fikir masak masak, malahan, keduanya tekad setelah solat istikharah yang dibuat mereka berat ke arah jodoh yang mereka pilih ini. Keduanya mendapat 'ilham' bahawa ini calon terbaik buat puteri kecintaan mereka yang satu ni. Aku tak ada kata lagi, terima sahaja. Mungkin ini masa nya untuk aku melangkah hadapan. Bukan terbawa bawa lagi dengan masa silam yang menyakitkan itu.

"Selamat datang masa hadapan, selamat tinggal mimpi, selamat jalan sejarah"


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


******************

Harinya akhirnya tiba. Hendak ditolak tiada alasanku, hendak diterima tiada 'hatiku', namun apakan daya, perancangan Papa dan Mama, bukan sesuatu yang senang kutepis, tambahan pula mengenangkan 'jodoh' dari ALLAH yang diilhamkan buatku. Aku pasrah, pasrah dengan suratan ini.

"Hai Aina, takkan muram lagi?" Soal Aleesya Qaisara sambil mencuitku. Aku tidak membalas, hanya diam, tanpa kata.

"Aina, aku nak ingatkan kau, saat kau menerima jodoh yang ditentukan ini, menandakan kau sudah menerima jalan yang kau pilih ini, redhakan lah hati itu, jangan dibuat Papa dan Mama melihat kau begini, pasti mereka sedih." Aleesya Qaisara menambah. Dia ni sahabat aku yang sangat baik, juga merangkap anak angkat Papa dan Mama, dengan dia tempat aku mengadu sejak sekian lama. Benar katanya.



 Aku nikahkan akan dikau dengan puteri aku Aina Qareena binti Adha Arfan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit sahaja.

Aku hanya mendengar dari jauh ucapan itu. Sengaja aku mohon dari Mama dan Papa untuk jauh dan terlindung dari bakal suamiku, biarlah aku menatap wajahnya sebentar lagi ketika dia menyarungkan cincin ke jariku ini. Biarlah aku jadi antara yang terlambat menatap wajahnya itu. Biarlah, biarlah. Aku mungkin masih perlu masa untuk memujuk hatiku menerima takdir yang ditetapkan buatku ini. Aku tunduk, terus tunduk mengenangkan perjalanan aku yang bakal bermula tak berapa lama lagi ini.

"Assalamualaikum wahai isteri.."

Aku gugup saat aku mendengar suaranya. Aku kenal suara itu, tapi tak mungkin insan itu yang datang akhirnya mengutip kembali apa yang ditinggalkan nya sebelum ini. Aku yakin itu bukan dia, mungkin

"Maafkan aku adinda Aina Qareena. Tika diri memilih untuk pergi tanpa di halau, diri ini jugalah yang memilih untuk menebalkan muka meminta dikembalikan adinda untuk milik penuh tanpa ada lagi sebarang halangan yang menolak kita dari bersama."

Suara itu gugup sewaktu meluahkan kata kata itu. Saat dia mengangkat selendang yang sengaja aku guna untuk mengurung wajahku, aku dapat lihat wajah lelaki itu, air mata nya berjurai sewaktu meluahkan kata kata itu. Dan aku, hanya Tuhan sahajalah yang mengerti betapa gembiranya hati ini. Tanpa aku sedar, aku dah melompat meluru ke atas tubuh insan itu, "gedebuk" juga bunyi kepala si dia terhantuk di lantai ketika dia rebah waktu aku meluru kehadapan memeluk dia. Air mata ni dah ibarat empangan pecah dah.

"Hishhhh, gelojohnya kamu Aina, malu Mama tahu." Usik Mama.

Opss... Lepas tu baru aku sedar, MasyaAllah, malunya, rupanya Ibu, Ayah, Mama, Papa dan Aleesya turut bersama dalam bilik itu bersama kami, menunggu sekali waktu itu, mujurlah mereka tidak benarkan sesiapa masuk melainkan mereka untuk upacara menyarung cincin tu, kalau tak taubat malu aku, satu dunia dah nampak aku. Tapi tak apalah, aku peduli apa dengan dunia, dia suamiku, dia imamku, dia milikku. ALhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih memakbulkan doaku yang selama ini tak pernah putus aku utuskan setiap kali aku selesai bersolat.

"Hoi Aleesya.. kau dah tahu kan?"

 Belum selesai aku malu dengan lompatan ibarat harimau membaham mangsa tadi, dah jadi satu lagi kejadian yang buat aku sendiri tergelak mengenangkan, aku kejar pula Aleesya dalam bilik tu, aku cubit dia semahunya, aku tampar dia sekuatnya, dan akhirinya dengan pelukan air mata kegembiraan. Patutlah dia menggesa aku terima pinangan itu, rupanya dia dah tahu sejak dari awal lagi. Aleesya Aleesya. Aku marah ni aku marah ni.

Petang kami itu, bergelumang dengan air mata kegembiraan. Alhamdulillah ya ALLAH. terima kasih. aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini.

******************
 
Kenapa akhirnya patah balik kepada saya?

Suamiku terdiam. Aku perhatikan sahaja dia dari sana, perlahan lahan dia mendampingiku, lantas dipeluknya pinggangnya dari belakang. Perlahan lahan keluar suara dari mulutnya dibisikkan ke telingaku.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu. atas sebab itu, aku kabur, kerana adanya aku menjadikan kamu hamba yang lalai, lalai dengan cinta aku.

Pasti jiwa takkan bisa , hidup tanpa hadirnya kamu. Ya aku tak mampu hidup tanpa kamu, tapi aku akan rasa lebih rugi andai kita terus hidup sebagai hamba yang lalai, hamba yang degil, yang membuat Dia murka dengan tiap saat yang kita bazirkan untuk cinta, bukan untuk Nya.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Ketika aku memilih untuk kembali kepada kamu, aku sudah benar benar bersedia, bersedia menjadikan cinta kita cinta yang akan mendekatkan kita dengan Ilahi, cinta yang akan buat kita lebih rapat dengan kebaikan, keindahan hidup sebagai hambaNya, mudah mudahan kali ini cinta yang berputik kali kedua ini, bakal meluaskan jalan ke syurga yang diredhai.

"Aku cinta kamu, terlalu cintakan kamu... "

Saat kata kata itu sampai ke ruang telingaku, aku seperti mahu rebah, kerana kata kata itu, ianya keluar dari hati, dan ia sampai ke hati. Aku menangis lagi, ah cengeng nya aku. Aku kalah lagi dengan permainan kata kata suamiku. Waktu itu, sebatang jari singgah di bawah kelopak mataku, mengelap air yang mencurah dari tadi. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini, peliharalah ia sampai ke taman taman syurga, aku terlalu dambakan keindahan ini berkekalan sampai ke taman syurgamu..


******************

Maafkan kanda sayang, tidaklah kanda melangkah hanya kerana kanda terlalu cintakan kepada NYA. Kanda sedar ketika kita berhubungan dahulu, kanda telah menyebabkan dinda taksub dengan cinta, bukan hanya dinda, tapi kekanda juga sama. Ketika itu, tiada jalan lain yang terfikirkan di hati melainkan dengan menjadi watak musuh yang meninggalkan adinda. Waktu itu, kanda rasa kandalah insan yang sangat jahat kerana berbuat demikian, tapi apakan daya, andai masih lagi kekal dengan kedudukan kita tu, rasanya saat ini kanda bukan kanda yang dinda nikahi. Bersyukur juga pada ALLAH, kerana dengan izin dan limpah kurnia dia hari ini kanda kembali memetrai janji yang pernah kita buat tu.

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

 Ya dinda, kanda berbuat keputusan demikian kerana kanda tak mampu lagi menghalang kita dari berbuat perkara perkara yang tak baik tu. Kanda tak mampu menolak setiap kali syaitan membisikkan kata kata keramat menyatakan betapa indahnya hubungan haram ini sedang kita mengetahuinya, namun kita berlindung disebalik, "tak apa bercouple, kita memang plan nak kahwin"

Kanda juga takut dinda, takut dengan apa yang Rasulullah SAW pernah sebutkan satu ketika dahulu,

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid)

Sisi berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah karena keumuman tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram. Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita.

Jadi atas sebab itu, kanda terpaksa memilih untuk pergi. Untuk menjadi seorang 'musuh' demi menguatkan hati untuk pergi. Maafkan kanda.

******************
 .
"Abang, orang tunggu kat office tau, jangan lambat, dah janji nak lunch sekali kan? "
"Ye baik, baik. nanti abang sampai ya, B jangan tunggu kat bawah lagi tahu, nanti orang tengok abang jeles. "
"Ye lah, Ye lah, tapi kan abang, kan B berpurdah ni, orang mana nampak pun muka B?"
"Tak kira, tak kira, tak boleh juga, jangan tau. "
"Baik encik suami, perintah faham. Roger and out. "

Seperti biasa, kehidupan kami, suami dengan perniagaan nya yang dimulakan beberapa tahun lalu, dan aku masih lagi bekerja di pejabat Papa menguruskan perniagaan nya yang semakin membesar, syukur ALLAH kurniakan dia rezeki, mudahkan perjalanan perniagaan Papa. 

"Abang dah sampai". Aku senyum. SMS kuterima. Walaupun lambat 7 minit dari selalu, tapi sampai akhirnya. 

"Lambat sampai Abang?. tadi janji dengan orang taknak datang lambat, dah janji kot. Merajuk ah. Ucapku. sengaja mahu menguji encik suami.

"Ye lah, Abang minta maaf ya sayang. Abang buat ni tadi." sambil tangan menghulurkan bento yang disediakan nya. SubhanaALLAH, aku terkejut betul, dia ni sememangnya penuh dengan kejutan, padahal tadi dia kata dia ada hal kalut kalut di luar, rupanya dia balik cepat cepat dan sediakan bekal buatku. Dah la tu, lauk kesukaana ku plak tu, hish dia ni kan. tak jadi aku nak merajuk. 

"Hehe, tak jadi merajuk la Abang, kita nak makan kat mana ni sayang?" Ucapku. sambil tersengih kerana melihat lauk kesukaanku didalam bekas tu, dengan baunya lagi, wallahh.. kecur liur dibuatnya. 

******************

Perjalanan cinta itu sangat subjektif. Apakah itu derita? Yang mana satu sebenarnya bahagia? Ianya di interpretasikan secara berbeza bagi setiap orang. Adakala yang kita nampak bahagia itu hanya berselindung disebalik senyum dan yang kita yakin sedang menderita bergelak kesyukuran dengan kisah hidupnya. Namun yang pasti, ALLAH dah sebut pada kita, boleh jadi kamu rasa itu lebih baik bagimu sedangkan ia tidak, dan boleh jadi itu kamu rasa buruk bagimu sedang baik bagimu, kamu tak tahu kerana kami yang Maha Tahu. 

Seperti aku mula kurasakan derita, tapi disebalik cerita ia sebenarnya permulaan bahagia. Dalam aku berasakan aku terperangkap dalam derita hati ditinggalkan, dia juga sebenarnya duka kerana meninggalkan tetapi memilih utk kekal dalam derita kerana dia ingin membina asas kukuh sebelum benarkan hubungan itu terpaut. Akhirnya, dia kembali kepadaku bila sudah sedia, tapak dan asas dah ada, sekarang menghubungkan dengan landasan atau jambatan ke syurga. Hidup sementara, mati bila bila, tapi adakah kita hanya mahu bahagia sementara kemudian derita selama lama di sana. 

"Baby, nanti dah keluar abi cakap baby number dua tau. Ummi number 1. Jadi jangan harap nak rebut abi dengan ummi tahu.?" Ucapku sambil menyapu perut bulat berisi benih cinta kami ni. 
"Ehh dia sepak lah B, marah kot sayang cakap camtu. Hihihi"tambahku. 
"Ahaha, ada ada ja la sayang ni. Tak kot. Anak tak boleh buat apa, tak ada ummi tak ada baby kan? " balas suami ku. Dia turut sama mengusap perutku. Hari ni genap 9 bulan kandunganku. Kami menanti penuh sabar waktunya. 

"Abang,  sakit..." Tiba tiba, terlalu sakit kurasakan. 
"Ha sudahhh, nak bersalin dah ka? "
"Sakit Abang..." Suamiku bergegas, dipimpinnya tidak, tapi terus mendukung aku menuju ke kereta, terus ke hospital. 

"Abang dah janji nak teman B kan?"
"YaB, abang teman  teman. Kan dah janji tu." Tangan nya kemas menggenggam tanganku. Dikucup lembut dahiku. Saat itu kurasakan betapa hebatnya kuasa yang Esa yang menjadikan hambanya ini dengan rasa cinta terindah ini. Benar katanya, carilah yang halal kerana dari sana datang keberkatan. Kebahagiaan yang total.

Aku semakin lemah. Semakin lama semakin kerap kontraksi. Dari 30 min satu dah jadi 15 min dah sekarang sakit semakin kuat. Maka makin kuat juga lah genggamanku pada jemari suamiku. Dia terus sabar menemaniku. Mulutnya terkumat kamit berzikir. Berdoa agar dipermudahkan jalan ku. 
 
"Push.. Bagus dah tu Puan. Sikit lagi Puan.." Jerit Nurse. Dia memberi semangat kepadaku, minta aku terus kuat berjuang. Aku masih meneran, buat yang terbaik agar cepat selesai. Aku dah tak larat, sakitnya. Baru aku faham kenapa Mama terlalu sayangkan aku, susah rupanya berjuang saat ini. Ya ALLAH, kuatkanlah aku. 

"Puan, lagi Puan. sikit lagi Puan. Encik, tolong, pangku tubuh isteri Encik macam ni, beri kata kata semangat kepada nya. "

"Boleh sayang boleh, teruskan meneran, sikit lagi tu. " Bisik suamiku. 

"Encik mai sini, nak tengok kan macam mana baby keluar, mai sini." Panggil Nurse. 

******************

"Abang." Bisikku. 

"Abang.." Bisik lagi. Memanggil suamiku.

"Huh, sayang cam mana? Dah selesai ka? ehh Abang kan mana ni? Soal suamiku. Sambil mengangkat tubuh dan kepala menerawang kiri dan kanan.

"Hishhh, kenapalah Abang tak beritahu yang Abang ketar dengan darah, dah pengsan kat sana, nasib la masa tu Baby dah keluar, kalau tak jenuh nurse pening nak settle mana satu tadi. Ahaha, lawak la Abang ni."

"Dah janji kan? Takkan abang nak kata tak boleh, Lagipun Abang ingatkan Abang boleh tahan darah tu tadi, sekali...." Balas suamiku. Belum pun sempat dia berkata kata lagi, Satu ciuman paling manis aku hadiahkan buatnya. "Terima kasih Abang. Abang yang terbaik, dan akan selamanya jadi yang terbaik buat B"


******************

"Alhamdulilalh encik, encik sesuai sekali dengan isteri encik, andai setuju, sila turunkan tandatangan di sini, dan kita akan jalankan pembedahan ini segera "

"silakan doktor, jangan buang masa lagi, ini mungkin satu satunya cara untuk menyelamatkan dia."

"Encik, maafkan kami, setelah puas kami buat  full checkup, barulah kami dapati organ isteri encik sudah rosak. Maafkan kami kerana tak dapat kesan benda ini lebih awal, kami juga hairan, macam mana isteri encik begitu kuat sampai sekarang dapat bertahan. "

"Tak apalah doktor, siapalah kita untuk mendapat gambaran jelas mengenai kehidupan, kunci itu hanya ada pada ALLAH. apa pun doktor andai itu sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan dia, saya rela. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia dapat diselamatkan. "




"Aidil, perlukah Aidil yang buat benda ni, kenapa tak bagi Mama dan Papa ja yang buat?"

"Mama, Papa, kan Aidil pernah janji akan menjaganya, walau dengan nyawa, Aidil sanggup buat apa sahaja untuk nya Mama, Papa. Aidil dah sakiti dia satu masa dahulu, berilah peluang kepada Aidil untuk buat kali ini, insyALLAH Ma, Pa, doktor pun kata tak berisiko sangat pun, tak ada apa apa la tu kot. "

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Tetap cinta selama-lamanya

Cinta, sesuatu yang tak terungkap dengan kata. Ianya indah, keindahan tak terbayang dimata, tak terucap di kata, namun, kadang kadang, ianya dinodai, bila sepadannya ia digunakan demi menggapai syurga abadi, ianya disalahgunakan. Salah laku dan dosa lebih sinonim dengannya. Ketika itu, hati memilih untuk kekal kerana ke'sedapan'nya, namun hati yang tak mahu berganjak itu akan kekal dengan dosa, memusnahkan keindahan yang sepadannya menjadi nikmat kepada fitrah semulajadi. Percayalah, andai sudah ditentukan, ianya pasti bertemu, tak perlulah dirisaukan cinta yang belum hadir. Luh Mahfuz menceritakan segalanya Jodoh, Rezeki, Hidup dan Mati. Biar ia sampai ketika kita bersedia, bersedia menjadikannya landasan untuk menuju jalan syurga. Waktu itulah cinta ada pada kemuncak keindahannya. Cinta yang menuju jalan ALLAH itulah Cinta yang sejati, cinta yang doa doa akan abadi, bukan hanya disini, membawa ke taman di sana. Mudah mudahan. Amin. 

Doakan aku dan dia. Doakan semuanya. 

Tetap cinta selama lamanya...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA