Followers

Tuesday, 22 April 2025

Masa

 Assalamualaikum wbt.  dan selamat membaca.

 

Masa. 
Kadang tu kan. rasa cepat sangat berlalu. 

Macam pagi ini . Tak ada aktiviti pagi ini sebab takut anak lambat tadi. tak sempat nak disiapkan orang kata dia punya 'gears' nak beraksi. Jadi nya balik terus tadi dah tak keluar. Dok menghadap laptop dari jam 8 kot kurang lebih tadi. Tup jeling jam pada sudut kanan bawah dah 10:21 pagi.

Rasa macam tak cukup tangan. Ni dah nak kena persiap diri nak gerak nak jemput budak sorang tu sekejap lagi jam 1045. Lepas tu sibuk selama bberapa jam. Sebelum bertenang balik sampailah jam 6 nanti mula berjalan balik sampai rumah dah dalam 640 petang. maksud dah selesai la semua nya tu. 

Rasa tak cukup masa kan. Kejar banyak benda. Kadang rasa pening. Banyak nak buat tapi faktor masa tu tak tercapai akal nak buat. sebab tak sempat.

Moga ALLAH berikan keberkatan masa buat kita semua.

Tak apalah yang slot dunia kita tak sempat. Moga kuota slot akhirat tu ALLAH mudahkan untuk kita istiqomah buat dan tak tinggal. AAmiin

Wednesday, 9 April 2025

Khutbah Raya 2025


 Assalamualaikum wbt dan selamat membaca. 

Apa khabar readers? Rasa belum terlambat kan untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca. Hari ni tanggal 09 April 2025, dah kira kira 10 hari kita menyambut syawal. Saya doakan agar mudah-mudahan madrasah Ramadhan yang baru meninggalkan kita ini melekat dan membuahkan / menuai hasilnya pada bulan bulan selepas nya hasil yang dah kita usahakan tu. Yang baik kekal, yang buruk juga kekal ditinggalkan dari kamus hidup kita. Malah menjadi lebih baik dan terbaik kita sebagai Hamba, mudah-mudahan juga apa yang kita dah usahakan diterima ALLAH dan diberikan keampunan kepada kita. 

Oh ya panjang pula yang dia punya pembuka. haha sebenarnya tak ada apa. saja nak share ja. Khutbah solat Aidilfitri tahun ni yang bagi saya sangat sangat bermakna. Dah umur 30+ dah saya ni. Tapi sepanjang hidup dan ke masjid dengar khutbah raya nya tak pernah lagi rasa ada khutbah yang sangat bermakna dan juga berbekas di hati. Selalu nya biasa-biasa ja. oh ya jangan la bash saya ya. ni pendapat saya sahaja. mungkin yang membaca pernah terdengar yang lebih baik lagi kan. cuma bagi saya, ini mungkin antara yang berbekas. Ringkas sangat tapi bagi saya dia bagus dan bermakna. 


Khatib ingatkan kita, pagi pagi raya ni, kita tarik tangan pasangan kita, kita kucup dan ucap terima kasih. Khabarkan kepada nya terima kasih kerana bersabar dengan kita selama ini. Terima kasih kerana telah menerima kita seada nya, terima kasih sebab membesarkan anak kita, terima kasih kerana telah bertungkus lumus berperah keringat mencari rezeki hanya untuk keluarga kecil kita. Kadang kita mungkin terlepas pandang betapa pentingnya dia di sisi kita sebagai tunggak kekuatan kita selama ini. Yang isteri menjadi kekuatan ketika si suami lelah dalan mengharungi cabaran hidup. Suami pula tempat berlindung tika isteri longlai menghadap liku-liku cabaran menjaga keluarga. Kadang kita lupa nak berterima kasih. Kita sibuk sehingga kita tak sempat nak ucapkan kata yang bermakna sangat kepada pasangan kita walau ringkas tetapi bila diucap, ibarat hilang segala penat lelah hilang. PENGHARGAAN yang kita rasa biasa tapi LUAR BIASA sebenarnya bila diungkapkan. 


Kedua kata khatib, jika masih punya ibu dan ayah, pegang tangan mereka, kucup tangan keduanya dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Kerana tanpa mereka. kita tak ada dan menjejakkan kaki ke tanah hari ini. Tanpa jerit perit ayat, tiadalah kita hari ni menreplikasi role dia sebagai ayah, atau tiada kita hari ini sebagai ibu yang menjadi nadi keluarga. Ucapkan terima kasih kepada mereka.kucup mereka tanda kita sayang dan kasih kepada mereka. Apa yang mereka beri kepada kita semasa kecil kita itu apa yang 'hasilkan' kita hari ni. tak terbalas jasa mereka, terbayar dengan wang, dengan apa sekalipun kasih sayang dan perhatian mereka kepada kita selama ini. 

Sekiranya tiada lah keduanya, jangan lah kita lupa mendoakan kepada mereka. Jangan kita lupa melawat kekuburan mereka. Doa itu penghubung, diri kita kena berusaha menjadi anak soleh dan solehah kerana itu satu satunya dari 3 harta yang mereka tinggalkan di dunia ini yang mampu meneruskan legasi kebaikan yang akan ALLAH ambil kita untuk mereka di alam sana. Ingat. apa yang berlaku kita kena teruskan apa yang berbaki, dan jangan lupa teruskan menuai kebaikan. Bukan hanya untuk diri kita, tapi insyALLAH kebaikan dia ada manfaat buat mereka. 

Banyak lagi yang disebut pada khutbah tu. Tapi yang kedua ini paling terkesan. Iya benar. Watak watak ini penting kepada kita. Moga ALLAH berikan kepada mereka segala kebaikan dunia dan akhirat. Dan mudah-mudahan kita juga tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur atas tiap yang telah dikurniakan kepada kita. 



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA