Followers

Showing posts with label Ice Cream. Show all posts
Showing posts with label Ice Cream. Show all posts

Monday, 16 May 2011

Ice Cream dan kaitannya dengan KITA.

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat semua pembaca yang bukan Muslim.

Hari ni Nadh nak kongsi mengenai
" Ice Cream dan kaitannya dengan KITA. "

Ilham entry ni ketika Nadh ada bersama Jiah tengah hari semalam ketika sesi potosut adik-adik Nadh n kengkawan depa, masa Nadh n Jiah pergi ambil kereta kat Padang Kota. Berhenti seketika Nadh dan Jiah dan makan eskrim ni.



Mari Nadh relatekan ice cream dan kaitannya dengan kita. Cuba tengok Ice cream KIRI dan KANAN.  KIRI yang tidak CAIR, KANAN pula semakin mencair di hari yang PANAS. Baik, mari kita jadikan DIRI KITA, dan AKHLAK sebagai ICE CREAM. Hari yang PANAS sebagai CABARAN dan DUGAAN di hari ini. Dan CAIR sebagai KANTOI atau TERPENGARUH.

Yang di KIRI adalah yang belum CAIR. iaitu diri kita dan akhlak kita tanpa gangguan, ataupun jiwa yang masih bersih. Dan KANAN yang sudah digoda oleh unsur-unsur luar yang ingin merosakkan diri dengan gangguan-gangguan nya.

Sebagaimana CAIR NYA ice cream, yang dari segala sudut mengalirnya cairan ice cream ke serata arah cone ice cream tu, macam tu jugak la kita sentiasa diuji dan akan ada aja kegagalan dari mana-mana sudut kehidupan kita ni. Walau macam mana kita cuba untuk mengelakkan, akan ada juga unsur tu cuba datang merosakkan kita.

Walaubagaimana pun, bukan bererti kita tak boleh nak lawan dugaan tu kan? Dalam hidup, pergaulan kita ini sebenarnya adalah salah satu yang dapat menampung dugaan-dugaan tu, kerana Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Sepertimana sabda Rasulullah SAW

Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka sip pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah juga ada menggariskan beberapa perkara dalam bersahabat :

1. HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN
Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

2. HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

3. MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

4. MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Note :: Jadi kesimpulan yang leh dibuat, bersahabat itu turut menyumbang kepada siapa kita kemudian harinya, berkawan dengan yang baik, pasti akan membuat diri kita menjadi lebih baik, dan yang tidak baik pula membawa 2 kemungkinan disebaliknya pula, sama ada kita yang mengikut ketidak-baikan mereka, atau, mereka terinspirasi dek kebaikan kita dan terikut dengan kita. Apa pun, semuanya adalah dari diri kita sendiri.



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Sekian. Yang terlebih baik dan sempurna tu dari ALLAH,
Yang terkurang lagi serba kurang tu dari Nadh.
Moga mendapat manfaat.

Wednesday, 1 December 2010

di tengah2 malam ni

Butterscotch ,

Ice Cream ,
Chocolate


Ya ALLAH.. macam2 aihh aku tgh2 malam ni..
nak p beli camna.. kedai da tutup..
tu dia.. ngidam kalah ppn ngandung aiihhh..
jenuhhh~~ hahahahaha..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA