Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan 24. Sekejap masa berlalu. dah hari ke 24. Tak tahu berapa berbaki umur kita. Entah ada lagi entah tidak ada lagi Ramadhan untuk kita tahun depan. Apa pun masa depan bukan apa yang kita kena runsingkan tapi kita minta dan doa agar ALLAH berikan kita keampunan dan menerima segala yang dah kita usahakan demi mendapat Redha Nya.
Sabtu baru ni balik kampung di Selama. Lama dah jejak kaki kat sana pun semenjak dah tak lagi travelling ikut group tu. Masih ja pergi tapi kurang banyak la. kalau dulu tu tiap minggu mau .
Oh ya. biasa la sampai ja kak bagitau tu "abg hang kat belakang nu, tunggu adk dia balik. " haha adik la sgt.
Actually segan nak balik pn takut kacau kak menjahit. Orang tu ada tempahan baju raya banyak, kang balik dengan depa nak melayan kita lagi, kan mengganggu. Jadinya bagitau abg hari tu kata takbalik kot. Segan nak kacau kak. Baju Ira tu abg pos ja la. Ingat dapat green light la. tapi tau apa dia reply? "Adik adik abg suma dah balik buka puasa kampung, hampa bila nak mai? "
So kesimpulannya tak upaya la kan, jalan juga la kisahnya. haha
Dipendekkan cerita, dok menyembang kami dengan bermacam isu tu abg kuaq cita mengenai Khalifah Umar yang kata dekat Rasulullah SAW.
"Ya Rasulullah, kau tu pemimpin utama, bukan kecik kecik anak, aku sendiri rasa segan dan malu tengok rumah kau, tempat tidurmu, dhoif sangat. sedang pemimpin lain, ada istana, makan sedap-sedap, bersenang lenang."
Balas Rasulullah SAW:
" ALLAH dah sediakan kat kita Syurga. Balasan abadi di sana, kenapa kita nak kena kejar dunia tak seberapa yang ALLAH bagi kat orang kapir ni.. " bunyi lebih kurang camtu la ayat tu aku x berapa ingat.
abg tambah,
"Utsman Affan tu, dia punya la nak miskin, sanggup tu dapat harta dia infak, infaj suma harta sebab takut esok ni mati Rasulullah kata yang ada banyak harta lama nak kena soal siasat ni. Dia punya risau infak suma harta, bayangkan kisah kurma rosak tu. baru nak gembira takdak duit, tiba ALLAH balas berlipat kali ganda. Dia dah risau. tapi akhirnya mata meninggal kain kafan pn tak ada duit nak beli.."
"kita buat ja apa patut, janji ada makan, bagi anak anak sekolah. sudah. "
"buat apa nak kejaq sangat. esk mati tinggal suma juga. "
"nak cari umah, beli umah 2-3 bijik, duit banyak, konon tinggal kat anak esk anak mati tak berebut, hang tau ka anak hang esk ni macam mana?. La ni ya la depa dengan hang, esk dah kawen, ada bini la, jmpa kawan la. hat tu suma cucuk ka, habis dah suma. Hang dok bawah sana terok. Suma dok berebut"
Insof...