Followers

Tuesday, 16 May 2017

Kisah perempuan bernama cina

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Haha. lama tak menaip, rujuk rujuk dalam draft ada kisah kisah banyak rupanya yang belum di siarkan. Jadinya hari ini, kita mulakan dengan ini.

Seorang perempuan yang cantik bernama cina, seorang yang sangat menarik perhatian bak kata sahabat saya ni. Mereka berkawan, berkenalan, dalam satu program menambah pendapatan ni la. Sahabat ceritakan, mereka berbual, dan dia tak berani nak tanya lebih atas dasar respek juga kepada orang ni.

Saban hari, sahabat gemar juga membuka page si dia ni, rajin mengikuti pergerakan perempuan cantik bernama cina ni. Kekadang dibelek belek album gambar perempuan cantik bernama cina ni, wahh, dia memang sebaik baik ciptaan, cantiknya.

Satu hari dia dikejutkan, membaca satu status di laman sosial hasil update dari adik perempuan cantik bernama cina ni, kata adiknya, kakak, (nama perempuan ni, nama melayu), baru sahabat tahu yang rupanya dia seorang melayu, lain sungguh penampilan dia di wajah muka buku ni, lain sangat dari bayangan seorang perempuan melayu beragama islam yang menutup apa yang disyariatkan ditutup tu. Tambahan namanya lagi yang ala ala cina bersama rupa nya, langsung menidakkan yang dia adalah seorang melayu.

Kata si adik, perempuan cantik bernama cina ni sedang tenat dan dimasukkan ke ICU di sekian sekian hospital, sesapa yang berharap nak melawat bolehlah melakukan sedemikian. Dalam tidak dapat menghadam lagi perempuan cantik bernama cina ni sebenarnya adalah seorang melayu islam. Dalam masa sama, dalam terkejut, sahabat masih lagi mendoakan dia. Nota: ayah sahabat meninggal kerana penyakit yang sama, namun bagi sahabat, perempuan cantik bernama cina ni masih muda, mungkin ayahnya sudah tua masa tu, jadi ketahanan badan melawan penyakit lemah, ni masih muda, kuat kot. InsyALLAH esk lusa baik la tu. gumam sahabat di dalam hati.

Beberapa hari kemudiannya, satu update lagi muncul, bahawasanya si perempuan cantik bernama cina sudahpun menghembuskan nafas terakhirnya di dalam wad, dia akhirnya meninggal kerana sudah tak dapat melawan tu. Sahabat terkejut, dan dalam masa sama dia berasa yang

Soalan dalam hatinya satu yang bermain dalam ingatannya, "dia meninggal dengan cara ni, esk Atib dan Rakib datang, macam mana dia nak jawab marobbuka, wa nabiuka". soalan ni terus terusan menyerang hati sahabat sampai akhirnya dia sampaikan soalan sama dengan seorang ustaz ni.

Tahu apa jawapan Ustaz? Teruslah doakan dia, mana tahu doa kita mampu membantu dia di sana.

Satu lagi jawapan Ustaz, tanya diri kita, jika kita berada di dunia baru sepertinya nanti, adakah mampu kita juga menjawab soalan yang sama??

Tanya hati, tanya diri, tanya IMAN.

di manakah kita?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA