Followers

Sunday, 11 February 2018

Page 11, Chapter 2, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Up dan down kehidupan.

Alhamdulillah masuk hari ni ingat dah ada dalam 7 hari saya bergerak secara intensive dengan kerjaya baru ni. Dalam lima hari awal tu, sungguh memberangsangkan. Boleh dikatakan non stop request saya dapat saban hari. Walau tak berapa banyak macam expectation, tapi boleh la, alhamdulillah, for a beginner saya cuba yang terbaik untuk buat nya.

Cuma semalam dan hari ini, kurang betul bagi saya. Bila kurang sudah semestinya la pendapatan pun kurang. Ada sedikit gangguan di sana. Untuk orang yang dalam keadaan saya ni, memang terkesan juga serba sedikit. Hingga isteri ingatkan,

"kalau kata ada 3, untuk 3 la rezeki yang ALLAH bagi tu, kalau kata 5, mesti la ALLAH bagi untuk 5 juga, lupakah abg yang beritahu ini?"

Allahuakbar. macam macam saya boleh lupa saya yang cakap menda ni. bukankah saya yang beritahu dia menda ni. Hari ini, dalam tekanan sya sendiri lupa apa yang saya katakan dulu. Benar kan, kita manusia terlalu mudah lupa, terutamanya bila diuji. Alhamdulillah la saya ada juga yang mengingatkan, mudah mudahan lepas ini saya tak jadi lagi macam tu.

Lepas dari itu, saya lebih tenang rasanya.

"kalau kata ini yang termaktub buat saya bagi hari ini, saya redha, saya terima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah..."



Kehidupan diteruskan.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA