Followers

Sunday, 19 June 2011

Adakah ini bererti dengan kehilangan kita baru akan berubah?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera. 
Nadh kurang mood la malam ni. Bukan tak ada idea untuk entry, cumanya tak bersemangat nak update cerita yang diharapkan tu. Dan tanpa mood, tak rasa nak mencoret apa-apa pun. Jadi perjalanan malam ni hanyalah melawat-lawat folder dalam lappy sampailah terjumpa video ni. 


Adakah benar, kita akan hanya sedar yang kita kehilangan sesuatu bila kita kehilangannya?

Sama macam dalam video ni, Nobita akhirnya menjadi seorang yang berguna selepas dia kehilangan Doraemon yang menjaga dia selama ini? Tiada lagi yang menasihat dia. Tak ada dah yang nak berleter suruh dia buat kerja sekolah, tiada lagi mesin-mesin untuk menjaga hati dia dan langsung tak ada dah yang nak temankan dia waktu dia dibuli, waktu dia tak habiskan kerja sekolah dan sebagainya.

Dalam hidup, sejauh mana kita sebenarnya menghargai yang ada bersama kita, jangan ambil yang lain, since hari ni adalah hari Ayah, kita renungkan, sejauh mana penghargaan kita terhadap ayah kita? sejauh mana kita dah gembirakan dia? sejauh mana kita dan dia, hubungan kita dengan dia? selembut mana percakapan kita dengan dia? 

Sekiranya hari ni, kita terasa kita pernah berdosa dengan Ayah, mintalah maaf darinya, pohonlah agar dia maafkan kita. Dia juga manusia biasa, kekadang kita mungkin terlalu mengikut perasaan kita. terkadang kita hanya fikirkan mahu kita, sedangkan kita tak terlintas nak menyelami hati dan perasaan mereka.

Nadh bercakap sebagai seorang yang masih ada mereka. Bukan sebagai yang tak ada dah mereka kerana sayangnya ALLAH kepada mereka dan menjemput mereka dahulu sebelum kita. Kita takkan memahami perasaan itu selagi kita tak bermuhasabah diri kita, tak percaya, tanya yang sudah tiada, betapa mereka idamkan memegang tangan Ayah, mencium pipi Ayah, bersembang dengan Ayah.

Hargailah selagi kita masih berpunya dan memiliki.. 

Fikir-fikirkan, renung-renungkan.


10 comments:

aiman said...

kita selalu tak sedar kita punyai sesuatu sehingga lah kita kehilangannya :)

Sunah Sakura said...

hargailah selagi mereka masih ada...

Iffah Afeefah said...

ermm betul nadh

ai pun sllu bile ilang nak terase

nga taip entry lebih kurang mcm ni

psl khilangan

tp nntila up

cik pulau said...

betol..
thanks atas perkongsian..

fRaMe+LenSeS said...

Aiman :: betul tu.. da ilang baru nak kalut kan?

SUnah :: betul la tu..

Iffah :: sila2. :)

Cik Pulau :: ;)

Подтверждаю said...

as salam..

yup.sandaran-Nya dalam mengingatkan kita hamba-Nya, tak terjangkau dek pemikiran kita yang lemah ni.

apa2 pun, selagi kita beringat, ambil pendekatan yang mudah.moga ia tak menjadi halangan kelak dalam ibadah..
ameen..

NoRa DaDiLLa said...

Betul sgt Nadh.. bile dah hilang tu baru nak hargai... saya pun dah xde ayah.. mmg rindu sgt2 dgn arwah... perit tau rase kehilangan tu... huhu..

kiera'sakura said...

hargai selagi mereka masih bersama kita... sayang papa sayang ayah...

aque said...

first time tgok cerite doremon yg final ni... sangat tersentuh....

thnaks :)

fRaMe+LenSeS said...

Pakcik :: waalaikumussalam. amin2 pakcik. sama-sama la kita mengingatkan ya. :)

Nora :: umm maaf ya Nora. Nadh mengingatkan plak nt kamu sedih. maaf ya..

Kiera :: syg jugak. :)

Qque :: tersentuh kan? nadh tgk pn tersentuh.. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA