Followers

Monday, 16 May 2011

Ice Cream dan kaitannya dengan KITA.

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat semua pembaca yang bukan Muslim.

Hari ni Nadh nak kongsi mengenai
" Ice Cream dan kaitannya dengan KITA. "

Ilham entry ni ketika Nadh ada bersama Jiah tengah hari semalam ketika sesi potosut adik-adik Nadh n kengkawan depa, masa Nadh n Jiah pergi ambil kereta kat Padang Kota. Berhenti seketika Nadh dan Jiah dan makan eskrim ni.



Mari Nadh relatekan ice cream dan kaitannya dengan kita. Cuba tengok Ice cream KIRI dan KANAN.  KIRI yang tidak CAIR, KANAN pula semakin mencair di hari yang PANAS. Baik, mari kita jadikan DIRI KITA, dan AKHLAK sebagai ICE CREAM. Hari yang PANAS sebagai CABARAN dan DUGAAN di hari ini. Dan CAIR sebagai KANTOI atau TERPENGARUH.

Yang di KIRI adalah yang belum CAIR. iaitu diri kita dan akhlak kita tanpa gangguan, ataupun jiwa yang masih bersih. Dan KANAN yang sudah digoda oleh unsur-unsur luar yang ingin merosakkan diri dengan gangguan-gangguan nya.

Sebagaimana CAIR NYA ice cream, yang dari segala sudut mengalirnya cairan ice cream ke serata arah cone ice cream tu, macam tu jugak la kita sentiasa diuji dan akan ada aja kegagalan dari mana-mana sudut kehidupan kita ni. Walau macam mana kita cuba untuk mengelakkan, akan ada juga unsur tu cuba datang merosakkan kita.

Walaubagaimana pun, bukan bererti kita tak boleh nak lawan dugaan tu kan? Dalam hidup, pergaulan kita ini sebenarnya adalah salah satu yang dapat menampung dugaan-dugaan tu, kerana Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Sepertimana sabda Rasulullah SAW

Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka sip pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah juga ada menggariskan beberapa perkara dalam bersahabat :

1. HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN
Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

2. HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

3. MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

4. MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Note :: Jadi kesimpulan yang leh dibuat, bersahabat itu turut menyumbang kepada siapa kita kemudian harinya, berkawan dengan yang baik, pasti akan membuat diri kita menjadi lebih baik, dan yang tidak baik pula membawa 2 kemungkinan disebaliknya pula, sama ada kita yang mengikut ketidak-baikan mereka, atau, mereka terinspirasi dek kebaikan kita dan terikut dengan kita. Apa pun, semuanya adalah dari diri kita sendiri.



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Sekian. Yang terlebih baik dan sempurna tu dari ALLAH,
Yang terkurang lagi serba kurang tu dari Nadh.
Moga mendapat manfaat.

19 comments:

peep said...

saya nk jadi aiskrim kiri insyaALLAH..

cik najihah said...

nice ...
entry kamu bagus..
btw terliur pulak tengok aiskrim tu hihi

fRaMe+LenSeS said...

Peep :: Nadh nak jugak.. :D

fRaMe+LenSeS said...

Cik Najihah :: hehe.. terliur.. semalam Nadh ng adik smpai tak larat nak makan. banyak sgt.. heheh.. :D

|| A Lady Named .. Yantiey || said...

terbaek! keep it up writing good knowledge! br mama 2 ice cream xsmp selang 1j smlm ;p

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

wah!! pemilihan kawan tu amat penting, mak ayah corak kita dari kecil.. bila besar mostly kawan yang coarak kita.. lau terpengaruh ke arah keburukan, maka rosaklah kita..
thankz abang atas nasihat yang cukup bermakna.. psss.. nant belanja adik aiskrim tau.. huhuhu

fRaMe+LenSeS said...

Yantiey :: maceh kamu. :D

Dek Nazzs :: ice cream.? leh.. hehehe

udin said...

perkongsian yg terbaek.. sama2 lah kita renungkan.. pilihlah sahabat yg dpt membimbing kita ke arah kebaikan.. :D

Fakhrul1409 said...

hurmmm..dah lama xmkn aiskrim tu..dlu 50 sen je..

fRaMe+LenSeS said...

Ya Udin :: ang salah satu mutiara kan? sahabat aku.. :D

Fkhrul :: la ni mana ada singgit besaQ tu dah.. mahai kot.. :D

Farhana Jafri said...

tp xsmstiny kita berkwan dgn yg baik je kn.. dpends on nafsu kite la.. klau kite x bukak pntu nafsu kite i.allah xd yg buruk jd.. brkwan jgax yg buruk akhlak and ubah dy jd baik mcm kita :)

jemput singgah ANASAURUS :)

fRaMe+LenSeS said...

Farhana :: tu Nadh kata dekat bwah tu, 2 kemungkinan, antara kita jadikan depa lebih baik, atau kita ngikut depa.. suma atas diri kita sndiri kan.. :D

Black_roses92 said...

sokong sgt2!! sebab tu kena pndai memilih kawan.. bukan nya pilih kawan ikut bnd xelok..huhu..

pencari cinta said...

kesimpulannya jangan cepat cair

MamaEma said...

baru jer beberapa minit lepas makan aiskrim..MIL belanja...kling2x..bunyi motor aiskrim masih kedengaran tika ini....

entry yang baik untuk menilai diri kita sendiri...

Farah Azurah said...

ngah makn ais krim ni ..hehe

fRaMe+LenSeS said...

Black Roses :: ye.. betoi jugak kata kamu tu. :D

Pencari Cinta :: betoi jugak.. tamo cair cepat na.. :D

Mama Efa :: wahhh.. beshnya ice cream. nadh nak jugak..

Farah :: kamu ny pasai la ni. malam ni Nadh pn cari eskrim.. hehe

kiera'sakura said...

pernah bersembang dengan seorang sahabat pasal menegur teman yg laen... nice..

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: teguran bermakna n berisi ni kita kena amek perhatian.. kan? :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA