Followers

Monday, 3 June 2013

Minggu baru

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu baru ya. minggu lepas dah berlalu. Apa bakal berlaku minggu ni? banyak soalan bermain kat fikiran ni. Kehidupan yang berlalu menjadi semakin mencabar. Nak ditolak perjalanannya, semestinya bukan kuasa kita yang menghadapinya.

Cadangan terbaik, adalah berharap yang ujian demi ujian yang menimpa ini merupakan satu cara untuk ALLAH hebatkan iman di dada kita. Perkuatkan kalimah yang kita perbaharui tak kurang 5 kali sehari. Meletakkan kita sebaris bersama para para manusia bertakwa yang dijamin tinggu kedudukannya di sisi ALLAH.

ALLAH menjanjikan yang terbaik dalam kehidupan. yang sebenarnya kita tak sedar. Andai saya kupas satu persatu, pasti anda akan rasa terlalu panjang list nya. tapi kita ambil mudah. bagaimana hujan yang datang selepasnya pelangi yang cantik.

Saya pernah satu ketika, mengharapkan yang hujan akan turun dan turun tanpa hentinya. tapi satu masa ALLAH sedarkan saya yang sebenarnya Dia punya jalan ceritanya yang tersendiri. Kita tak boleh lah nak mengharapkan kesedihan selalu, atau kegembiraan setiap hari sebab ALLAH Maha Adil. Tika kita perlukan sesuatu, Dia sentiasa akan ada bersama kita. kan?

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Lydia Miza said...

Segala yg tersurat tak
Mampu kita ubah atau ajakkan masanya walau sedetik. Kesedihan yg muncul mungkin jd menguat hati di masa akn dtg

kiera'sakura said...

sebab Allah kan nak bagi apa yang kita perlu bukan ape yang kita mahu ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA