Followers

Tuesday, 14 January 2014

Pengalaman Mengasuh Sendiri Tuan Putera Fateh Uwais

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Terpanggil nak menaip malam ni. Semua gara gara Puan Permaisuri Hati la ni. Semalam dok pujuk pujuk saya taip sesuatu buat dia. Alasan dia sebab semalam saya mengasuh anak. Nak tahu pengalaman saya semalam.

Okeh. Begini alkisahnya.

Awal bangun semalam. Siap ja pagi tu, terus saya ajak gerak. Mula tu saya kejutkan Tok Ma dan Wan si kecil kami ni. Cium la Wan dengan TOk Ma dia tu, pastu terus kami gerak. Perjalanan biasa ja, nak kata laju tak lah selaju saya menelan liur kenangkan hari ni bakal harungi ujian baru dalam kehidupan seorang Abi. Nak kena mengasuh Tuan Putera hari ni. Sebaik sampai ke Alor Setar dan hantar Ummi selepas beli makanan untuk dia, terus saya gerak balik ke rumah.

Sesampai nya di rumah, tak ada banyak masalah, dia baik sekali. Diam sahaja bila tiap kali saya bercakap dengan dia. Sesekali tersenyum, menandakan dia faham apa yang Abi sedang sampaikan. Saya parking kereta, kemudian masukkan dia di dalam rumah. Sambil tangan mendukung dia, sebelah lagi memegang barang untuk dimasukkan ke dalam bilik. 

Ni ha Tuan Putera masa di rumah. Masa saya temankan dia main di atas katil. 

Sebaik selesai bermain, dia dah mula bunyi. saya tahu dia dah mula lapar. Selain mengantuk. Mana tak nya, Tuan Putera bangun awal pagi ni, dah la tu, tak mahu sambung tidur plak tu semasa di dalam perjalanan ke Alor Setar. Dalam pukul 8:30 macam tu, dia lena, selepas saya berikan dia susu dan dodoikan dia. Mula tu tak mahu, mata dok terpandang pandang motor buai dia yang ada tergantung di atas tu. Tapi lepas saya pujuk, dan beritahu dia saya akan henjut dia. Tak guna aih menda tu. Masa tu mata pun mula lali. Dan tertidur.

Saya guna peluang tu nak isi perut dengan bersarapan. Tak lama pun Tuan Putera lena, 9:30 macam tu dia bangun. Saya angkat dia (masa tu air pun dah tersedia), lepas selesai buka pakaian dia, saya pun mandikan dia. Seronoknya dia bila jumpa air. Habis di tepuk tepuk air dalam besen tu. Senyum ja dia. Saya apatah lagi. ehe. Selalunya bila ada Ummi atau Tok Ma atau Opah, tak ada nya depa bagi saya buat, mesti depa nak buat, hari ni saya juga buat sendiri, tanpa ada sesiapa yang observe apa saya buat. Alhamdulillah, lega sebab tak banyak masalah. Tapi kan, ada juga masalah nya. Tahu apa? terlupa nak ambil towel anak. hihihi. Dah dipeluk Tuan Putera tu, kesian dia sejuk kena air. hihihi

Next, masuk dalam bilik, bagi dia pakai baju. Ya ALLAH, baiknya lah Tuan Putera. Senyum bila saya minta izin pinjam tangan dia sebab nak pakaikan dia baju. Perlahan di berikan tangannya dengan senyuman untuk saya pakaikan baju dia..

Nah, gambar saya hantar pada Ummi. lepas Tuan Putera mandi. 

Lepas pakai baju, normally Tuan Putera akan tidur. Tapi sebelum tu dia mesti nak minum susu. Saya sediakan susu buat dia sekali lagi. Tu pun lepas dia dah mula nak mengamuk sebab mengantuk. Pun alhamdulillah, tak lama pun saya henjut dia, dia tidur lagi. Kali ni lama dia tidur. Dari jam 10:30 sampai dah pukul 1235 macam tu tak silap saya. Ada Ummi nya tanya, napa Abi tak tidur sekali? Saya cakap tak. Nak tahu kenapa? Dia suka betul tarik bantal yang saya letakkan di atas dada dia bila dia tidur, tak nyenyak jadinya saya nak tidur bila kenang, dia kan tutup muka tu bila dia tarik bantal. Konon tidur memalu la tu ye yayang? ehehe

Jam 1240 macam tu, saya terpaksa angkat dia. TERPAKSA. dah sampai masa kami gerak ke office Ummi tu. Kang sian tak makan pula la Ummi dia tu. Saya angkat dia, tu pun lepas dah hidupkan engine kereta, ONkan aircond kereta, dah angkat barang barang masuk sebab dia tidur. Masuk sahaja kereta, tak ada nya dia nak lena. Mata beso ja. Tapi tak mahu nak sembang dengan saya.

 Ada sesiapa nak teka apa lah agaknya yang difikirkan nya tu?

Sampai di pejabat Ummi. Ummi dah pun tunggu di bawah. Si kecil ni, nampak ja Ummi, tahu aja lah, senyum la. Apa lagi. Kami pun pergi makan dan seterusnya selepas saya hantarkan Ummi ke pejabat, kami pulang. Masa otw pulang tu dia dah tak senang duduk. Saya tahu, dia memang mengantuk agi tadi masa saya angkat, tapi taknak tidur, sampai di rumah dia dah menangis, saya park kereta pun dah macam apa lagi nak bagi dia diam.

Petang ni lagi senang, tak lama pun dodoikan dia, dah terlelap. Memang dia sangat mengantuk lah tu. Pun lama juga dia tidur, dari 2:30 sampai ke 4:30, waktu saya SMS Ummi nya, dia masih tidur. Kata saya tak berani nak janji sekejap lagi bawa dia pergi ambil Ummi dengan keadaan dia yang dah mandi sebab nampak dia sedap sangat tidurnya. Tak lama selepas itu, dia bangun. Memang dia menangis. Gamaknya mengigau lagi la tu. Saya angkat dia. Dan pujuk. Tak menjadi. Saya susukan dia. Terus diam. Tapi yang lawaknya, bila habis sahaja susu, terus dia menangis lagi. Heran saya kali ni. selalu tu beri 3oz, memang dia takkan habiskan dan tinggal baki 1 oz, tapi kali ni 2.5 oz dia habiskan dan dia menangis nak lagi. Menggagau saya sekejap. Saya pujuk dia dengan tunjuk dekat dia yang saya nak bancuhkan susu dekat dia. Saya letak susu dalam botol dia, kemudian masukkan air cuma bila sampai ke nak masukkan air panas, saya cakap dekat dia " sayang duduk bawah sat tau, Abi nak letak air panas ni." . Siap saya buat susu, dia pun diam. Langsung senyum.

Kemudian saya beritahu dia. "Abi bagi sayang mandi ya?" Dia senyum. Saya beritahu dia lagi, "sekejap tau sayang, Abi nak buat air mandi dekat sayang, tunggu sekejap tau." Sama juga kali ini, alhamdulillah, tak banyak songeh masa saya mandikan dia. Mudah sangat. Senyum sendiri saya bila tengok kegembiraan Tuan Putera masa di mandikan. Selesai mandikan, saya pakaikan dia baju. Selesai ja cepat cepat saya gerak. Mana tak nya, dah 5 lebih. Kesian pula Ummi menunggu dia.

Tapi akhirnya, kami yang menunggu. Ehehe, Ummi dekat atas lagi dan kami dah sampai. Sebaik dapat pada Ummi. Kira selesailah pengalaman ni kan? Ummi take over la sat. Tak perlu lah nak share pengalaman selepas itu. hhihi


Ni ha, muka dia sedang menanti Ummi. Rindu lettewww~~


Opsss. Habis sudah pengalaman pertama saya mengasuh Tuan Putera. Apa yang boleh saya katakan, Im enjoying this moment very much. Thanks to this Dearest Prince, My Lovely Wife and also not forgotten, Beloved Mama for supporting me.

Tiada yang lebih indah bila melihat para kesayangan berada di depan mata dengan tangan sendiri menjaganya.

Doakan moga satu hari nanti, kami sendiri bakal mengasuh anak bersama sama. Rezeki tu ada di mana mana. Sabar dan bersabarlah. Moga ada jalannya. Amin Yarabbal Alamin.

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Tabik! Kami doakan ampa

aDisH.sHidA said...

uwais anak yang baik...

eh nadh..aima pernah cite dengan kami di tempat keja nya..mmg budak2 x dibekalkan bantal..riso mcm tertutup muka tu la...ampa cer tanya aima...

Kira Sakura said...

terima kasih abi untuk hari yang membahagiakan kami berdua tue. sayangggggg abi keketat ;)

Z@i Z@mR33 said...

Tahniah...dh pndai dh ngasuh ank sensorang...hehehehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA