Followers

Showing posts with label Haram. Show all posts
Showing posts with label Haram. Show all posts

Wednesday, 1 June 2011

Kita Masih Mencari Yang HARAM.. KENAPA ??

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entry pagi Nadh hari ni setelah Nadh bincang dengan Boss pasal Bir Halal tukaQ jadi Haram ni.
Cuma sedikit perkongsian dan buah fikiran dari Nadh yang naif ni.
Nadh terkenan dengan satu ayat ni yang mengatakan,

 “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah).

Maka dengan itu, dapat kita simpulkan, HARAM la kalau LEBIH walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan ada berkata yang :
[ Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi. ]

Pendapat Nadh, mudah ja :
Napa perlu mencari yang HARAM sedangkan dah disebutkan yang :

“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar: Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).


Note :: Kenapa mencari sedang dah disebutkan? Kenapa tak sabar kejap? Sedang ALLAH juga ada menyebut dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud :

" Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! "

Rujukan berkaitan :

Masa tu nanti, ampa minum la sampai kembong perut na..

Fikir-fikirkan, Renung-renungkan.. Kita mampu mengubahnya.. :)


Saturday, 21 May 2011

Mari kita pakat-pakat wat diam....

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera kepada bukan Muslim yang membaca.

Pagi-pagi ni Nadh terpanggil nak berkongsi hal ni dengan semua.


Sebenarnya Nadh dah mual dengan berita dalam negara kita ni, sama ada dari TV ataupun dalam surat khabar ni, KONON NAK BAGITAU SILA BERHATI-HATI, TAPI TAK DIBERITAHU APA YANG NAK HATI-HATI TU. TAMBAH-TAMBAH SOAL HALAL DAN HARAM MAKANAN NI. KALAU TAK PASTI, TAK PAYAH LAPOR LA, SENANG CITA.

Nadh langsung tak paham apa yang depa nak sampaikan ni, konon ada unsur tak halal la, TAPI TAK BAGITAU, awat ada orang tau ka tempat tu? apa yang pengguna tahu sal tempat tu betul-betul ada sijil halal ka dak?

MACAM NI AMPA PANGGIL MENJAGA KEBAIKAN PENGGUNA KA?

"Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.” (al-An'am : 145)

Dalam sebuah hadits disebutkan: Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima sesuatu kecuali yang baik.”

ALLAH juga ada berpesan, dalam Firmannya :

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah." (Al-Baqarah : 172)

Kemudian Rasulullah menyebutkan seorang laki-laki yang menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut lagi berdebu. Orang tersebut menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: “Ya Tuhanku .. Ya Tuhanku ..” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan baju yang dipakainya dari hasil yang haram. Maka bagaimana mungkin do’anya akan dikabulkan?” (HR. Muslim, shahih).


Note :: Maaf sekiranya Nadh agak emo, sebab Nadh memang menyampah dengan perkara macam ni, bukan sebab apa, KITA ORANG ISLAM NI, YANG MASUK DALAM PERUT TU SAMA ADA HALAL DAN HARAM TU MAINKAN PERANAN, HARAM YANG MASUK TU, WALAU KITA TAK TAHU TU AKAN EFEK JUGAK AMAL KITA, sebab tu Nadh kecewa dengan karenah media ni, kekadang tu, DAH SAH TAK HALAL, pastu masuk TV, gtau restoran, lepas tu blurrkan nama dia, BUAT YANG TAHU DEPA TAK P LA, TAPI YANG TAK TAHU CAMNA? Dari sana pun dah nampak betapa depa tak berat soal HALAL HARAM ni. Sangat menyedihkan la bagi Nadh..


Buta+Pekak+Bisu=CINTA