Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Entry pagi Nadh hari ni setelah Nadh bincang dengan Boss pasal Bir Halal tukaQ jadi Haram ni.
Cuma sedikit perkongsian dan buah fikiran dari Nadh yang naif ni.
Nadh terkenan dengan satu ayat ni yang mengatakan,
“Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah).
Maka dengan itu, dapat kita simpulkan, HARAM la kalau LEBIH walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan ada berkata yang :
[ Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi. ]
Pendapat Nadh, mudah ja :
Napa perlu mencari yang HARAM sedangkan dah disebutkan yang :
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar: Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).
Note :: Kenapa mencari sedang dah disebutkan? Kenapa tak sabar kejap? Sedang ALLAH juga ada menyebut dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud :
" Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! "
Rujukan berkaitan :
Masa tu nanti, ampa minum la sampai kembong perut na..
Fikir-fikirkan, Renung-renungkan.. Kita mampu mengubahnya.. :)

13 comments:
boss nak minum arak sama-sama ngan semua kat syurga~~~~ ameen.....
skang ni org lebih suka yg haram dari yg halal.. nauzubillah...
Mgkn d sbb kn sifat manusia yg suka mencuba sesuatu yg baru,
pastu, ble da cuba jd ketagih,
Sunah :: amin2.. Nadh mendoakan. :)
Mizz :: itulah.. kita jaga diri kita dari berbuat demikian ya. :)
Kami dan Mereka :: umm.. pada2 la nak mencuba pn.. T.T
em minum jelah air masak huhu
tak faham kenape orang sekarang ni ramai yang nak sangat minum yang haram padahal yang haram tu tentu banyak keburukannya. hai dunia.
-_-
nasib penah minum skali je.. tu pn duluuuuuuuu la
gamaknye kdg2 mnusia suda mule mnhalalkan pe yg haram..nauzubillah
Nadh..ila tag Nadh
http://akukanila.blogspot.com/2011/05/kenapa-aku-berblog.html
sy pernah di hasut utk minum arak.. tp sy jijik... bau pun dh busuk..
Alhamdulillah tak terjebak..
Cik Najihah :: elok gak tu.. baik untuk kesihatan..
Cik Ayeza :: a'ah. mendoakan depa sedar la.. n kita juga moga dijauhkan.. amin
Saia :: da tobat. alhamdulillah aa.. :)
Ila :: itu la.. Nadh da join semalam. hehe
SZ :: alhamdulillah la SZ dijauhkan dari arak kan.. syukur.. tahniah..
erk tak tringin minum ark
tp kalau kat syurga tatau la tingin ke tak
thanks ats perkongsian ni.. peringatan utk semua supaya x terjebak.. yg dah terjebak cepat2 la kembali ke pangkal jalan.. sesungguhnya pintu taubat masih terbuka.. huhu~
Miss Ran :: tu la.. heran, kononya mabuk untuk ilangkan tensi, lepaskan tekanan, tapi tindakan tu hanya untuk jangka masa sekejap. shian depa Nadh doa depa ebrtaubat la..
Udin :: maceh bro sudi singgah. sama2 la mendoakan. n agar kita tak termasuk dalam golongan ni. amin
Post a Comment