Followers

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, 27 June 2011

Dulu lemakku dilindung, kini tubuhku ditayang

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsi kenapa Nadh tak suka perempuan gemuk jadi kurus.

Anda pernah tengok tak program-program kesihatan menguruskan badan ni? Nadh sebenarnya tak berapa suka tengok perempuan yang join program-program ni. SEBAB?

1. Bila dah kurus mereka jadi cantik? 
Bukan sayang. bila kurus jadi cantik alhamdulillah la. TAPI bukan sebab ni. Sebab Nadh tak suka adalah apabila dah kurus, mulalah pakai baju kecik + ketat nak tunjuk badan dah kurus, lepas tu bergaya ala-ala model untuk tatapan orang. Hello sayang, bukankah tubuh badan kamu tidak sepatutnya jadi tatapan insan bernama LELAKI di luar ni? 

Sedih sebenarnya tengok iklan-iklan kurus ni. Kalau dulu masa bdan besar, baju pun BESAR-BESAR sebab nak lindung lemak-lemak di bdan, tapi hari ni dah berani pakai Kebaya, agar kelihatan bentuk tubuh yang dah mengecil tu. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Tak ada maknanya bila "Dulu lemakku dilindung, Tapi kini tubuhku ditayang". ALLAH beri nikmat, tapi awal-awal kita dah KUFUR kepada NIKMATNYA. Adakah bersyukur namanya itu bila kita tak Syukur dengan nikmatnya dek kerana kita dah Kufur pada Nikmat ni? Tak mustahil dia tarik balik kan? 

Bukan erti Nadh dengki atau apa, (hello, Nadh slim okeh). Tapi Nadh tegur sebab Nadh ambil berat. Harapnya yang membaca, yang ada kaitan, ambil berat apa Nadh kata ni. 

Renung-renungkan...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA