Followers

Monday, 27 June 2011

Dulu lemakku dilindung, kini tubuhku ditayang

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsi kenapa Nadh tak suka perempuan gemuk jadi kurus.

Anda pernah tengok tak program-program kesihatan menguruskan badan ni? Nadh sebenarnya tak berapa suka tengok perempuan yang join program-program ni. SEBAB?

1. Bila dah kurus mereka jadi cantik? 
Bukan sayang. bila kurus jadi cantik alhamdulillah la. TAPI bukan sebab ni. Sebab Nadh tak suka adalah apabila dah kurus, mulalah pakai baju kecik + ketat nak tunjuk badan dah kurus, lepas tu bergaya ala-ala model untuk tatapan orang. Hello sayang, bukankah tubuh badan kamu tidak sepatutnya jadi tatapan insan bernama LELAKI di luar ni? 

Sedih sebenarnya tengok iklan-iklan kurus ni. Kalau dulu masa bdan besar, baju pun BESAR-BESAR sebab nak lindung lemak-lemak di bdan, tapi hari ni dah berani pakai Kebaya, agar kelihatan bentuk tubuh yang dah mengecil tu. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Tak ada maknanya bila "Dulu lemakku dilindung, Tapi kini tubuhku ditayang". ALLAH beri nikmat, tapi awal-awal kita dah KUFUR kepada NIKMATNYA. Adakah bersyukur namanya itu bila kita tak Syukur dengan nikmatnya dek kerana kita dah Kufur pada Nikmat ni? Tak mustahil dia tarik balik kan? 

Bukan erti Nadh dengki atau apa, (hello, Nadh slim okeh). Tapi Nadh tegur sebab Nadh ambil berat. Harapnya yang membaca, yang ada kaitan, ambil berat apa Nadh kata ni. 

Renung-renungkan...

15 comments:

qudwa said...

agreeee...!!!

saye pn x suke jgak...mcam x brsyukur la dorg nih...

kiera'sakura said...

<---- tak suka pakai kebaya

risa said...

halo haloooooooo
dah set dalam kepala nak buat entry neh...sekali adik dah buat plak..
memang tau..ada yg dah cantik terus tanggal tudung plak..pakai ketat2..
kesian lah meka2 neh

Eera Shera said...

nympah tgk iklan ubat kurus mesti gambar dorang masa gemuk pakai elok je..bila dah kurus gila seksi..hehe

fRaMe+LenSeS said...

Qudwa :: sdih kan? dulu baik ja jaga, skg dah dapat apa yang mahu, tayang2kan..

Kiera :: bgs2.. :P

Kak Risa :: dah lama kak adik simpan menda ni dalam otak, pagi ni adik cakap ja la. alang2.. :) kak pn wat la.. mungkin readers adik tak macam readers akak. kak cakap jugak tau..

Eera :: itulah Eera.. T.T

msredcheesecake said...

Mr nadh,
Bagus jugak gemok ni...kita mesti nak pakai baju besar2 yg tak seksi...

Fay said...

setuju sgt! kita adalah diri kita. x perlu malu n x perlu utk jd org lain.. ^^

fRaMe+LenSeS said...

MSred :: itulah. :) tau takpa .

Fay :: ;)

cik najihah said...

setuju!
dulu kemain alim je bile dah kurus lagi makin nak tunjuk2..
aduhai

nora amila ghazali said...

setuju2.. hurmm takut plak nak kurus... oppsss... hihihi...

bersama kak Es said...

bagus nadh entry ni!!!

Nadh sangat alert . Betul2 kadang2 orang terlepas pandang.. nak kurus , dah kurus kufur nikmat pulak dah .

Подтверждаю said...

as salam..
yup. bila mana kehendak dituruti lebih dari keperluan, begitu la jadinya..

selagi kita sedar, sedar-sedarkan mereka.risau juga tengok..ditambah lagi dengan program realiti

>_<

Iffah Afeefah said...

terfikir jugak nak wat entry gini

tp tgk abju dibadan sendiri

tak nak la=P

cik pulau said...

cik pulau lak,.
dulu slim..
tp skang bila jadi penternak lemak berjaya ni..
urmmm....

lalala~

fRaMe+LenSeS said...

CN :: arap kita tak macam tu la kan.. amin2..

Nora :: nak kurus silakan. tapi jaga2 .. tu ja alg nak pesan..

Kak Es :: itulah kak. arapnya yang membaca amek iktibar la. bukan semudah itu, ALLAH da bagi dah.. kita la kena jaga yang selanjutnya..

Pakcik :: realiti TV tu pakcik? tak larat nak kata dah.. isau..

Iffah :: ahahaha.. awat ng baju dibadan sendiri tu?

Cik Pulau :: hihiih. hat tu no komen.. ahahhaha. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA