Followers

Thursday, 7 July 2011

Input VS Output

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Input VS Output. 
Apa yang readers faham dari penyataan Nadh kat atas tu? 

Input : Untuk entry ini, Nadh nak ambil sebagai PERINGATAN, PERCAKAPAN, TEGURAN kita dalam hidup kita seharian.
Output : HASIL AKHIR DARI PERINGATAN, PERCAKAPKAN, TEGURAN kita tadi.

Nadh teruskan dengan perkongsian kita. 
Seharian, kita hidup, kita bisa memberi input kepada yang berada dengan kita, mungkin adik-adik kita, mungkin sahabat-sahabat kita, sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita, dan sebagai bloggers, input itu, kita utarakan kepada readers kita. Kekadang itu, kita menasihat mereka. Yang tak baik, apa yang perlu diperbetulkan. mengingatkan kepada ALLAH dan macam-macam lagi.

Dan Outputnya, adalah hasil dari teguran dan nasihat kita tadi. Adakah ianya berkesan? Sejauh mng ana apa yang kita sampaikan terlekat kedalam hati yang ditegur? Itu baru satu, dan sekiranya terkesan, apa kesan ataupun output dari input yang kita berikan itu? 

Terfikir tak kita, yang bercakap itu kita, dan kita harapkan si dia yang kita tegur mengikut kata kita, tiba-tiba satu hari hal yang sama menimpa kita, adakah kita cukup hebat untuk hadapinya, contohnya, menasihat si putus cinta agar melupakan si dia yang mengecewakan, sampai satu hari, kita pula yang hadapinya, yang putus cinta tu kita, tak mustahil yang kita lagi teruk-teruk dari yang ditegur tadi.

Nadh tambah plak ungkapan ini " Cakap Tak Serupa Bikin "

Sebab itulah, walau sehebat mana pun seseorang, dia masih perlukan seseorang untuk berkongsi. Walau dia adalah seorang kaunselor, motivator terhebat, tapi dia tetap adalah manusia, mungkin dia kuat dari segi lain, tapi untuk diri sendiri, dia sendiri mungkin perlukan seseorang untuk diluahkan apa yang terbuku dihati.

Jadi beringatlah wahai semua, yang kita sebenarnya dalam menegur dan memberitakan peringatan pada orang, kita dalam masa sama adalah mengingatkan diri kita sendiri, dan proses perkuatkan diri kita sendiri agar, jika suatu hari nanti, kita tidak akan terkesan malah termotivasi sendiri dari kata-kata kita yang laku. Bukan kita dimotiBASI oleh orang lain sebab kata makan diri. 

Apapun, tempat terbaik untuk berserah dan mengadu hanyalah pada ALLAH. Sebagai hamba, kita tertakluk kepada dia, dan satu-satunya yang TAKKAN TINGGALKAN SISI kita HANYALAH DIA.

Renung-renungkan.

Rezeki ALLAH yang luas dimana-mana

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Mula skali Nadh panjatkan berbanyak-banyak syukur pada ALLAH, kerana dengan limpah kurnia dia, kita peroleh apa yang kita ada ni.


Nadh sebenarnya nak kongsi betapa Nadh happy tgk kehidupan Abg Razak sekarang. Nadh tidur dekat rumah dia. Walaupun dia sekarang dah berhenti dari kerja tempat Nadh kerja sekarang, tapi kami semua masih berhubung. Macam adik beradik mungkin lagaknya.


Nadh tumpang gembira n bersyukur sebab Nadh tengok banyak perubahan ni. Kalau dulu kat sana, kami semua macam melarat ja, tapi sekarang sejak dia pindah sini, dah berubah. Tengok dah senang balik.


Ini salah satu Bukti kekuasaan ALLAH yang mana dia berikan rezeki kepada kita dari sumber yang tidak kita jangka. Dan dalam salah satu firmannya, "..kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu..dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa.."

syukur alhamdulillah.. Masa dia dah tiba. Nadh gembira dan terus mendoakan...


Note :: Nadh akan mulai rindukan teguran dari dia. Kalau dulu kat sana, dia yang jaga Nadh, tapi sekarang Nadh dah kena jadi orang yang berdikari. :')

Jitra, sampai dah ni.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Akhirnya sampai kat Jitra. Sangat penat. Dan meletihkan. Direct dari Ipoh tadi, berhenti mandi segarkan badan, kemudian berhenti isi minyak dan berhenti last makan tadi.

Gerak balik tadi pukul 12:30 tadi. Memandu sorang-sorang. Syahdu ja malam ni memandu. Aduii la.. Dengan lagu nya yang syahdu, memang kena dengan mood melayan laa..

Banyak yang dikenang tadi.. Moga diri terus kuat dan tabah menghadapi segalanya.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA