Followers

Wednesday, 14 July 2010

Si pengangkut sampah

Kisah perjalanan aku bermula sekitar pukul 5 pagi.. jam mula menjerit seawal pukul 4.00 pagi..
Menjerit2 sepertinya memanggil2 namaku.. bgn3.. tika ku mula tersedar.. ku mula mengambil langkah, tuala yang kusangkutkan di ampaian kucapai, dan terus meluru ke bilik air rumahku. .

Kira2 pukul 4.30 aku slesai membersihkan tubuh badanku.. dan selesai berpakaian..
Aku capai pula kunci moto ku, dan berjalan keluar.. engine moto ex5 c70 ku pn dihdupan.. prehhh..prehh… paham2 sahaja lah.. moto lama.. ni pn kira nasib la si dia tidak membuat perangai,, tidak banyak karenah.. kalau tidak.. haru biru aku dibuatnya.. apa pn.. motosikal ini, banyak berjasa buatku.. ada juga aku terfikir, mahu sahaja ku “upgrade” kenderaan ku.. tapi bila difikir2 kembali.. ini bknny keperluan.. cukuplah aku maintain sahaja yang aku ada.. mungkin wang itu, boleh juga aku alirkan ke tmpat lain..

Selesai engine ku dipanaskan.. aku pn mula membawa motoku keluar dari kawasan umah.. baju aku, faham2 sahajalah..3 lapis .. 4.30 pagi.. sejuk sangat,.. tak mampu aku nak menahan.. badan sudahlah seperti tiang lampu, kurus dan keding.. mana nak cukup lemak nak panaskan badan aku.. dek kerana itu, kutebalkan pakaian ku.. jarak antara rumahku dan tmpat aku bertugas tidak lah jauh mana… kira2 dalam 15-20min sahaja. tapi paham sajalah… aku kan merempit.. merata ceruk aku redah.. dan sudah kebiasaan, aku tiba di destinasi dalam kira2 10 minit sahaja.. ;)

“oii mat, awal sampai?” sapa penyeliaku, encik Jeff.

“besa la abg.. da bgn awal, gerak la awl.. kurang2 leh jugak la nak standby..” jawpku.

“apa sgt la yang kau nak stndby tu mat.. hihi.. ada2 ja ko ni..”
Aku hanya bisa tersenym, encik Jeff ni, walaupn dah dalam kira2 hujung 40an,tapi dia ni masih maintain.. aku tak nafikan.. dia seorang kawan juga boss yang baik.. yang memahami.. hampir stgh tahun aku bersama mereka.. namun aku enjoy berada dengan mereka..

Sambil ku berbual dengan encik Jeff, datang la kawan-kawan aku yang lain.. pak cop, pak pin, uncle dev dan abg mat. Semua ini adalah kawan-kawan aku yang meneman aku sepanjang aku berada di sini.. walaupn aku yang paling muda antara semua, tapi aku seronok berada dengan mereka.. walaupn datang dari tempat yang lain2, kami suma sepakat, satu kepala la orang kata.. aku selesa sangat, mereka selalu sangat beri aku nasihat-nasihat yang berguna..

Dan sekarang pukul 5.00, kami pun memulakan perjalanan kami.. kerja macam kami ni.. tak glemer.. malah orang pandang hina.. ye la kan.. ucuk.. wekk.. nak muntah la.. apa suma ada.. tapi bak kata pak cop, orang paling tua dalam group kami ni..

“ biarlah apa orang nak kata, kita kerja halal.. bkn kita kaco orang pn..agpn ALLAH da beri kita kerja. Patutnya kita syukur..bagi pak cop, kerja kita ni mulia.. walaupn dipandang hina.. mmg kita ucuk. Tapi kita berkhidmat untuk orang.. “

“setuju abg cop.. kalo kita tak keja, sapa nak kutip sampah2 yang depa kata ucuk ni..? “ sampuk abg mat..

Aku hanya tersenyum.. benar kata mereka.. kita wat kerja halal.. watpa nak malu.. mmg la tak glemer.. tapi apa ada pada glemer tu kalo glemer tu buat kita dilaknat ALLAH.. chewah.. cam ustat lak dah aku ni.. ehhee..

Tapi kan.. aku rasa suka.. walaupn tiap hari aku berhadapan ng sampah, ucuk, ulat, dan macam2 lagi yang menjijikkan di mata orang lain.. hati aku senang.. benar kata pak cop, ini ALLAH da bagi pada kita.. kenapa perlu kita hina dia.. patutnya, kita syukur.. sebab hari ni ALLAH syg kita.. dia bagi kita rezeki.. dia bagi kita rasa pengalaman idup..

Bagi aku. Dalamannya.. aku rasa.. kerja yang hina ni da beri aku satu kekuatan yang aku rasa orang lain tadak.. apa dia kekuatan tu? Kekuatan hati.. penerimaan aku.. aku rasa .. hati aku kuat.. masa aku ng kawan2 aku.. yang lebih matang dari aku.. yang lebih berpengalaman.. banyak memberi aku pengajaran.. nasihat.. aku dpat rasakan erti sebenarnya hidup ini.. bygkan di lua sana.. berapa ramai yang tiada kerja?berapa ramai yang tak makan sebab tadak duit? Berapa ramai pula yang menderita kerana kesusahan hidup.. tapi aku.. syukur.. aku punya kerja (walau orang kata tak glemer), aku punya duit (walau tak banyak), aku punya moto (walau tak style, tak laju), aku punya kawan-kawan, aku mampu beri family aku makan, dan paling penting.. aku rasa syukur ng nikmat ini..

Alhamdulillah. Alhamdulilah.. Alhamdulillah.. ALLAH sygkan aku.. aku syukur sangat.. sebab idup aku. Tak senang.. tapi aku pn tak susah.. cukup semuanya.. bila aku mula fikir aku susah.. aku fikir yang lagi susah dari aku.. bila aku rasa payah.. aku fikirkan yang idup lagi payah dari aku.. semuanya cukup.. ALLAH beri aku nikmat mensyukuri.. aku sedar.. tiap apa yang diberi ada hikmah.. cuba bayangkan.. kalo aku senang, byk duit.. arta banyak.. sedangkan aku tidak beramal? Camna? Bagaimana aku nak menjawap di sana nanti? Aku teringat pula.. aku duit banyak, arta banyak.. mesti idup pn tak senang mana.. ni dok pikiaQ ni.. sat orang mai rompak la..pecah umah la.. macam2 ada skg ni.. pikir2 lagi.. aku byk duit.. hari2 sibuk ng kerja.. kejar tu.. kejar ni.. ada ka masa aku ng ALLAH.. sedangkan aku byk da diberi nikmat dari dia.. agak2 aku bersyukur ka kalo aku ada ditempat tu.. jadi aku mula buat kesimpulan sndiri.. inilah yang terbaik bagiku.. aku kembali tersenyum……

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA