Followers

Monday, 5 August 2013

Sehingga ke akhir hayat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca .

Beberapa hari mengira untuk meninggalkan ramadhan tahun ini. Aadakah cukup amal kita tahun ini? adakah kita berjaya meninggalkan nya dengan amalan amalam soleh yang bakal membantu menjamin ruang kita di dalam syurganya? hanya iman bakal memberi jawaban pada soalan berkenaan kan?

Hari ini saya macam biasa . masih lagi bekerja. seperti biasa saya suka bila bekerja saya akan berbual dengan operator operator yang ada. alhamdulillah mereka juga sangat friendly dan melayan aja saya ni.

hari ni saya bertemu dengan seorang kakak yang menhidap kanser rahim. pada mulanya saya tak berapa tahu, tapi lama kelamaan rasa bersalah pula sebab sebut pasal anak dengan akak tu.

satu yang saya kagum, akak tu cerita, dia ada offer pada suami dia agar cari isteri baru andai si suami benar berkehendakkan kepada zuriat, tapi tahu apa jawapan suaminya? "hingga ke akhir hayat saya nak bersama awak". sebak pula bila kenangkan mereka kan?

siapa yang tak mahu ada anak kan? tapi mereka di berikan ujian macam tu. buat saya berfikir, betapa dalam nya kasih si suami dan akak tu juga. walau dia sakit tapi masih lagi sanggup nak hidup sendiri hanya kerana inginkan si suami dapat yang terbaik.

solute awak berdua. ALLAH aja mampu beri anda kegembiraan di duunia dan akhirat. dan saya, mendoakan. Moga ALLAH pelihara anda berdua akak.

di kesempatan ini, sama sama bantu saya aminkan doa ini, agar ALLAH panjangkan umuur akak tu. katanya tadi, ikt ilmu kedoktoran, dia cuma ada lagi 2 tahun aja. Dokte ada tanya dia, anda tak mahu buat kimo kah? tapi dia menolak. tak mahu katanya.sedihnya.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kiera'sakura said...

syg rasa syg tau kenapa dia xmau. sebab boleh jadi kalau hayat dia masih panjang nanti klu x dikurniakan anak tuk dorg. suami dia xdpt zuriat pulak. mungkin itu yang akak tu fikirkan. tp wallahualam

Buta+Pekak+Bisu=CINTA