Followers

Saturday, 11 June 2016

Diari Ramadhan : 6 Ramadhan

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Lama tak mencoret. Kali ini langsung tak mahu sebut tentang comeback ka apa sahaja. Biarlah bila ada entry, adalah, tak ada, tak adalah. Pernah satu masa rasa nak buat, tapi kekadang kekangan yang tak mampu nak dielakkan buat perasaan itu hilang. Mungkin ada hikmahnya juga, tapi rindu juga kepada dunia blogging ni yang pernah jadi nadi kepada kehidupan satu masa dahulu.

Tanggal 11 June 2016. Masuk hari ini sudah lebih dari sebulan berjauhan dari kedua buah hati saya tu. Satu bidadari syurga, dan satu lagi manja kecil yang tak pernah lekang dari ingatan. Ops lupa pula nak sebut ada lagi seorang manja kecik. Yang ini rasanya nanti jadi manja Ummi ni. Sebab tak mahu pun dekat saya. Tak apalah, tak kisah sangat, biarlah ada geng Ummi sorang tu. Kang mati kutu plak kan? Yang saya pula mati kutu juga, jenuh fikir nak dukung yang besar tu kat mana, yang kecil ni kat mana? hihi.

Hari ini, perjalanan dari Pulau Pinang, setelah 2 hari bermalam di sana. Lama tak ada banyak masa diluangkan dengan Ibunda. Terutama selepas dah pindah ke Alor Setar ni. Kekangan bermacam mengehadkan saya. Bila dah balik ke sini, sunyi la balik. Ya lah, sepanjang di sana, ada Mama nak temankan saya, ada kawan sembang. Kawan berjalan. Kawan makan. Hai macam macam aih.

Hari ini, masak juga. tak ada masak yang sedap pun, biasa sahaja. Ya lah, mana tidaknya, tertidur tadi. Sedar dah jam 6 lebih. Nasib baik dah keluarkan lauk, makanya hari ini bersup ayam sahajalah kita sampai ke sahur nanti. Memang dah biasa macam tu, lauk, nasi masak cecukup untuk dua kali makan. Sekali berbuka, sekali lagi bersahur la. Tunjuk lauk tadi dekat isteri, dah kena bebel dengan dia. Main bantai ja pakai mangkuk dah ada sikit sumbing. Ahaha, saya pun tak perasan ada sumbing tu. Main ambil ja. In fact sejak dok masak makan ni, sup aja berhari hari. Kata setengah orang, depa tak tahan makan menda sama ja setiap hari. Saya tak juga. Ok ja. Janji dapat makan, dapat tenaga dan kenyang dengan ihsan ALLAH. cukuplah kan?

Bazar ramadhan? ehe, tak sampai lagi hingga ke hari ini.....

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA