Followers

Sunday, 12 June 2016

Penangan tinggal jauh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Cerita pasal PJJ lagi nampaknya saya hari ini. Ehh. kenapa ya? 

Sebenarnya ada juga hikmah kepada apa yang sedang kami hadapi ni. Kekadang bila difikirkan, ada baiknya juga dalam kesedihan kejauhan yang menimpa tu. Salah satunya adalah, saya mula belajar menyusun masa yang ada ni. Bukan kata dahulu tak tersusun, cumanya kali ini, berasa lebih baik penyusunan masa tu bersama dengan tentatif yang dah direncanakan didalam kepada otak. 

Ada perkara yang tak mampu saya buat dah bertahun tahun, tapi kali ini on track. Berjaya juga dilaksanakan kembali. Alhamdulillah, ada kebaikan. Harapannya, walau selepas ini pun, masih akan berjaya nak melaksanakannya juga. Dengan baik, kerana dengan adanya bulan latihan amal ini, akan menjadi lebih baik dari sebelum ketibaan nya, moga dengan tarbiah yang sampai di bulan ini, dapat diteruskan kebaikannya walau selepas pemergiannya. 

Lagi, bila dah rasa kekurangan ini, mula rasa nak buat lebih baik lepas ini. Contohnya, bila dah tak ada hero sorang tu di depan mata, rasa kosong. Rasa lepas ni nak buat lagi baik dekat dia, nak ambil hati dia, manjakan dia balik gantikan balik masa yang dia hilang ni. Didik dia jadi yang lebih baik lagi. Terus terang, gembira bila tiap kali isteri cerita perkara yang dah dibuat oleh hero sorang tu. Antaranya, cerita bermain. Dia tak ada mainan kereta kecil, jadi dia akan pinjam dari abang sepupu dia, tapi bila satu hari Opah belikan satu untuk dia, dah dia tak hirau lagi kereta orang tu. Dia letak di sebelah, dan bila ditanya, kenapa adik tak main kereta tu? katanya, dia dah ada kereta dia. Seronok dan sebak memikirkan bagaimana anak sekecil itu mampu berfikir sebaik itu. tak ada lagi melainkan syukur kepada ALLAH atas apa yang dikurniakan. Mudah mudahan, kebaikan itu, kekal sebati bersamanya hingga saat ALLAH mengambil kembali dia kepangkuan ALLAH. amin.

Selain itu, sedar bahawa nya, tak ada yang lebih lagi yang diri ini mahukan, tapi sebenarnya kebahagiaan beribadat bersama keluarga yang ada bersama. InsyALLAH lepas ini nak masukkan elemen tu lebih lagi dari sebelum ini, suntik semangat tu, suntik kedalam hati semua, agar sama sama buat yang lagi baik, mudah mudahan, bukan di sini sahaja, tapi destinasi selanjutnya nanti, kita semua juga bakalan tinggal bersama. Tak ada lah yang lebih baik melainkan berada bersama bukan hanya didunia, tapi juga hingga destinasi akhir kita nanti iaitu akhirat. 

Hanya kepada ALLAH kita berserah, hanya kepadanNYA kita meminta, mudah mudahan kebaikan akan kekal bersama kita. Dan hati menerima setiap perjalanan dengan yakin bahawa 'hikmah' itu ada, walau kita tak pernah faham apa 'hikmah' disebalik apa yang berlaku itu. Tapi percayalah ia ada, dan itulah yang terbaik, dan sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang kita tak tahu......

12 June 2016
07:54 AM

1 comment:

Ana Syanaz said...

uwais always be so cute nadh..bijak comel..geram ja..selalu tgk gambar dia kt fb kiera..hehehe..selamat hari raya nadh..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA