Followers

Showing posts with label Anak Soleh. Show all posts
Showing posts with label Anak Soleh. Show all posts

Tuesday, 23 January 2018

Page 23, Chapter 1, 2018

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni hari Selasa. Hari kedua anak manja besar sekolah bagi minggu ni. Beruntung dia minggu ni sebab dia sekolah kurang sehari. ehehe. Hari Ahad hari tu kan cuti, maka minggu ni cuma sekolah 4 hari sahaja. Saya kata untung bukan apa, tadi dia dah hampir tak mahu ke sekolah dah, dah keluar "alaaaa...." sebab dia segan la tu. Asbab abi tak ada nak temankan dia kat luar sekolah hari hari.

Pagi ni, baby bangun awal sungguh. Dalam 640 macam tu jaganya. Masa tu saya baru nak solat. Kalih kalih tengok dah ada kat luar bilik. Jadinya kena pergi ambil dia. Dengan dok bergosok mata tu, jalan huyung hayang. Dah ambil tu, dia cari ummi. "ummi?" soalnya. Saya jawab Ummi tak ada, dah keluar. pergi kelas. Dia tanya lagi. Saya katakan, tak percaya sudah, pergi la cari. Dia bangun dari atas ribaan saya, menuju ke bilik saya. Lepas dia tengok dan cari tak jumpa, dia kembali. duduk balik atas riba saya. Saya nak bangun solat, tapi terpaksa bagi dia duduk kejap, ambil msa sikit bagi dia sedar. Tapi dalam dok duduk tu, saya dok tepuk tepuk, di bantainya pula lena atas riba. Adess baby.

Lepas tu saya bawa ke bilik. Elok naik katil, saya turunkan dia atas katil. Dah bangun pula. Saya ubah kedudukan, kot situ tak kena, kot sini tak kena. "Tak mau" kata nya. "Ndoiii.". Tiga empat kali dia cakap, ohh baru saya faham, rupanya dia nak tidur dalam buai, tak mahu saya tidurkan atas katil. Saya tunjuk buai kepada dia. "Nak masuk ndoi ka?" dia jawab, "ndoi..". Baru faham. hihihi. saya pun masukkan dia dalam buai. Lepas tu dia cakap "dudukk.." Saya pn duduk. Ehehe, kalau nak tahu budak ni memang pandai. Dia tahu dah kalau sekalu masuk buai tu akhirnya akan di pasang buai elektrik tu nak enjut dia. Dia bunyi sesiap suruh duduk. bermakna nak maklumkan abi suruh tunggu dia la. Memang tak tinggl pun anak aih. Sampailah awak tidur baru la abi akan switch to elektrik tu. :D 

Next tu barulah boleh solat. Mengaji dan selesai ja akhi dah jaga. Masa tu dah jam 730. Macam biasa, anak berdua ni, bangun bukan boleh paksa apa apa lagi. Kena bagi masa bertenang dulu. Masa ni la keluar dialog perenggan pertama tadi tu. Dia tanya tanya tu. Elok lepas saya pujuk pujuk, bangunlah dia, ke bilik air. Mandi. Selesai mandi, bagi susu, dia menyusu dekat jam 750 baru kejutkan baby ajak ke rumah mak. 

Cerita dia hari ni pun lambat lagi la ke sekolah anak seorang tu. nak salahkan baby pun tak juga, dia bangun awai, tapi kena suruh tidur balik. Salahkan akhi, dah biasa keadaan macam tu. Gamaknya salah abi la kot kan? Singgah plak kedai beli sarapan anak. Baru ke sekolah.

Depan sekolah, drama nak mula dah, "abi tunggu la akhi." 

Saya balas, mana boleh, "kan dah janji?" 

"hurmmm.. satgi abi mai amek awai tau.."

Saya hantar dia sampai depan pintu, dia bawa kasut ke rak kasut bawa beg. Sambil tangan 'tabik' tanda dah selesai. 

Steady akhi. :D

Monday, 22 January 2018

Semua Untukmu.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semua Untukmu.

Haaa. tertaip sudah entry ni. Sebenarnya tadi pagi. Ha pagi tadi la. ada perubahan sedikit. Oh ya terlupa nak cerita dari awal. 

Masuk minggu ni  minggu keempat la anak teruna besar saya masuk sekolah.

Al kisahnya macam ni la. Minggu lepas Ummi budak tu konplen dekat saya, dah masuk 3 minggu dah, kenapa masih layan budak tu, tunggu dia juga kat depan sekolah tu. Orang lain dah entah ke mana hala, saya juga dok layan lagi budak sorang tu. 

Sebenarnya budak tu bukan tak mahu kesekolah, tapi biasalah, manja kededek kata umminya. Dah hantar nak juga di tunggu nya dekat depan pagar sekolah tu. Makanya sebab malas nak bising bising saya layankan juga. tapi bukan sengaja layankan. Sebab saya memerhati hari ke hari, bila dia sampai macam mana karenahnya kat sekolah tu. 

Andai kata lepas hantar saya terus pergi, dia tak nampak lagi, dia akan menunggu di depan pagar sekolah tu. Tu belum kira dia pusing tak nampak saya terus dia lari nak mencari saya. Kan dah satu masalah dekat cekgu dia. 

Oh ya, untuk pengetahuan, saya bagi masa dekat dia. Minggu awal saya tunggu sampai habis. Sedikit demi sedikit saya pendekkan masa tu bila masuk minggu baru. betul la kata orang tak boleh bagi muka sangat, tapi saya pun kekadang confuse juga, kalau saya blah awal apa aja saya nak buat, seronok juga kekadang menunggu dia. Tengok dia beraktiviti kan. hihihi

Masuk minggu ketiga memang saya dah plan, akan jadi minggu terakhir menunggu lama ni. Sebab minggu lepas saya bagi dia 30 minit tunggu sampai dia duduk, kemudian saya pun pergi. Tapi sebelum tu saya dan dia buat perjanjian, minggu lepas adalah minggu terakhir saya menunggu dia, sebab saya kena masuk kerja awal. 

Pagi ni. adalah hari dituntutnya janji dia tu. 

Bangun ja tidur dia dah minta saya tunggu dia. Sekurangnya macam minggu lepas, sampai dia duduk. Tapi saya terangkan perlahan lahan dekat dia. Masa dah tamat, tak boleh lagi nak menunggu dia macam sebelum sebelum ni. Saya juga perlu meneruskan tugasan saya. Dia setuju. Alhamdulillah juga pagi ni ada Ummi menemankan. 

Masa sampai depan sekolah dia minta lagi, saya tahu dia takkan membantah kalau dipaksa pun sebab dia berjanji. Even ummi dia pun tahu, dia 'mencuba nasib' mana tahu abi dia mengalah dan dengar kata dia. Masa dia masuk ke kawasan sekolah. dia tunggu di depan pintu pagar. sambil memerhati kami berdua di luar. Muka sedih. Tapi masih melambai lambai kami yang sedang bergerak meninggalkan dia di sekolah.  

Alhamdulillah. Selesai satu bab. 

Okeh, ni baru la ending nya kepada apa berlaku tadi. yang menyebabkan entry ni saya tak taip, adalah sebab saya nak tengok apa berlaku masa ambil dia tadi.

Alhamdulillah. dia ok. Senyum masa saya ambil dia. dia kata "Abi kena pergi kerja awal kan. esok abi hantar depan pagar pastu dah babai akhi, abi boleh terus pergi kerja."

Saya senyum. Alhamdulillah. 

Semuanya untukmu sayang. apa saya buat hari ini, saat ini. semua untuk mereka. berdoa pada ALLAH terus diteguhkan hati ini. Dimudahkan urusan, perjalanan dan semua nya.

Semuanya untukmu......




Saturday, 15 February 2014

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, awal awal pagi isteri dah call saya. Tak silap jap 6:17am. Kejutkan saya sambil mengadu anak demam.  Katanya suhu badan Fateh Uwais masa tu 37.9. Saya pula yang dah terbangun terkejut macam tu terus tak lena.

Lepas sahaja saya advice dia apa nak buat saya bangun. Aduh. Jem. Sakit sangat rasa. Elok terjaga kejap ayah panggil, ada sahabat tunggu di bawah nak pinjam helmet. Saya turun dan diperhatikan ayah, tapi dia tak cakap apa apa, cuma pelik gamaknya tengok saya turun tangga. 

Lepas selesai tu, naik atas nak solat subuh. Lebih teruk. sakitnya. langsung tak boleh nak tunduk. Sempat satu rakaat saya buat, lepas tu batalkan solat tu sebab tak mampu tahan sakit lagi. Kemudian, solat berdiri. tak tahu nak fikir macma mana dah, nak tunduk sakit, nak duduk kan menunduk, sakitnya tak tahu nak kabo. Terpaksa rela saya solat juga, solat berdiri. Memang terpaksa. Selesai aja, bersiap apa semua, turun bawah. Mama tanya, dah saya cerita, terus Mama panggil datang dekat untuk Mama sapukan ubat dekat saya di belakang pinggang saya.   

Di pejabat, kerja banyak pagi ni. Ada aja yang kena buat. dengan nak kena tukar packaging di store sebab tak cukup orang nak buatkan, ya la, mana tak nya, ada production pun tak mahu support. dah la menda ni berkaitan dengan kesalahan depa juga yang melawan saya masa awal development dulu kan.. Aduih.. ini memang dugaan la. sebab banyak nak kena tukar. 680 pcs part nak hantar bersamaan dengan 17 bins yang berkuantiti 40 pcs per bin dari kotak yang berisi 52 pcs satu kotak. Bayangkan lah. tapi redha aja. buat sambil hati hati sebab takut makin sakit. 

Dalam masa sama Ummi SMS, katanya demam anak naik. panggil saya ke sana. Actually memang nak pergi, cumanya plan saya mungkin antara awal dan lambat sahaja, mana tak nya dengan keadaan kerja yang banyak ni. serabut weh.. Tapi mujur, mungkin dalam kesulitan ada kemudahan juga kan, sakit saya la kesulitan dalam kemudahan tu. Sakit tu sebab untuk saya ke klinik nak jumpa doktor, boleh juga nak dapatkan MC, tak perlu cuti nak pergi jemput buah hati saya yang tak sehat tu. 

Kul 12 saya balik juga. Mula sekali saya pergi klinik. selesai ke klinik. terus balik rumah. Siap dan mintak tolong ayah hantarkan ke stesen bus. Alhamdulillah la, sampai kt stesen bus terus ada bus nak ke sana. kul 2 lebih macam tu bus jalan, dalam 3 lebih saya sampai sana. Since keduanya belum sampai, saya baik tingkat atas cari surau untuk solat. Elok habis ja depa dah sampai.




Ni ha muka manja yang demam. senyum sikit ja dekat Abi dia ni. Kesiannya lah. dengan mata berairnya, dengan idung yang selesema tu. aduh. Tak sedar tergugat juga saya tengok anak macam ni. Sedihnya.. Saya angkat dia, senyum dia masa saya angkat. saya cium cium dia. lagi tambah senyum tu. Tapi nampak dia tak berapa sehat. Tak cergas macam selalu. Selepas itu saya tukar kedudukan dan memandu kereta tu. Lokasi pertama klinik. Nak bawa si kecil ni jumpa doktor dahulu. Tapi sebelum tu Ummi nak singgah beli barang dia. Saya kata pergilah, saya akan tinggal dalam kereta bersama anak. 


ni ha keseronokan si kecil ni bila saya bagi peluang jumpa dengan stering kereta. Tengoklah tu, nak aje di gigitnya stering tu. Tak bagi nak pegi, dah bagi dibuatnya stering tu macam cekelat pula. tu belum lagi di tekannya hon tu dengan perut dia.

Selepas ke klinik, kami pulang. Seperti saya cakap tadi la, dia tak meragam, tapi juga kurang aktif macam selalu (kurang aktif ja saya kata, aktifnya tu tak boleh kata, tak diam macam tu juga. hihi). Dalam kereta sepanjang highway tu Ummi kata, ni anak kita ni demam pasai rindu Abi kot. Saya senyum, mungkin juga kot kan. mata tak alih dari tengok saya masa memandu. pastu nak aja 'sentuh' saya. tak dengan tangan, kaki tu nak aje 'kena' juga kat abi ni. lepas Abi kalih ja, tu ha, bagi senyuman.  Ohh Uwais sayang.. Maafkan abi ya. kita belum mampu tinggal bersama lagi.. Moga sampai masa tu nanti. Amin. 


Satu yang saya rasa sangat istimewa budak ni. Senyuman tu. dalam tak sihat masih mampu tersenyum buat Abi dan Ummi. Terima kasih Yayang. Abi Ummi syg awak sampai bebila.
 

Friday, 24 February 2012

Anda anak paling PENYAYANG DALAM DUNIA.

Assalamualaikm. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Nadh dah dua hari terfikir pasal ni tau. Mengenai jawapan yang mungkin untuk anak-anak dara di luar sana. Bila mana ditanya pasai rambut dah aurat yang didedahkan mereka.

"kenapa kamu tidak menutup aurat? "

"Saya belum bersedia. "

"Bila baru kamu akan bersedia? "

"Yang kamu nak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah. Ibu dan Ayah tak pernah kata apa-apa tentang nya."

"Kamu mesti sayang sangat dekat ayah kamu kan?"

"Eh mesti la. Anak mana tak sayang ayah dia. "

"A'ah kan~~ pasal tu kamu intend nak share percent-percent kejayaan kamu kat dunia ni kan?"

"Eh mesti la. Anak-anak kan buah hati ayahanda dan bonda, aku mesti la nak dia dapat yang terbaik dalam dunia ni kan?"

"A'ah kan. Itu tanda kasih sayang kamu dekat dia la ni ye? "

"Eh kejap, apa maksud kamu ni?"
"Kamu tahu tak, purata rambut manusia atas kepala ni ada 100,000. Darab dengan 10 orang yang memerhatikan, kamu dapat 1,000,000 kejayaan, lepas tu katakanlah kamu berikan percent kejayaan pada ayahanda itu sebanyak 10% percent sahaja, dah dia dapat 100,000 kejayaan kamu, tapi sayangnya dia tak dapat 10% sebab , dosa anak dara bujang itu ditanggung oleh bapanya sehinggalah dia bersuami, jadi kiranya, kamu kongsi 100% kejayaan kamu dengan bapamu. "

"Heyyy.. "

"atau kerana sayangnya kamu hingga kamu tak sanggup berpisah dengannya hinggalah apabila kamu mendapat balasan sepertimana cerita Rasulullah dalam peristiwa israk mikrajnya ketika dia terjumpa wanita yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih kerana wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."
"Hurmmm.. "

"Kamu begitu memperjuangkan kasih sayang kepada ayahanda, tapi sebenarnya kamu itulah yang memberi berat di lengan kirinya setiap hari dengan berdegil untuk mengikuti apa yang ALLAH dah tetapkan, jangan lah terlalu fikirkan diri, tapi fikirkan mereka.

- BERAPA BANYAK MEREKA DAH BERSUSAH SEJAK DARI KAMU KECIL HINGGA DEWASA? - BERAPA BANYAK KEDERAT MEREKA DAH DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUKMU?
- BERAPA KALI MEREKA TERLUKA DENGAN TINGKAHMU YANG NAK ITU DAN INI TAPI TIDAK MAMPU MEREKA BERIKAN?
- BERAPA KALI MEREKA CEDERA, HANYA KERANA BUAT KERJA LEBIH BILA KAMU INGIN MEMBELI BUKU-BUKU BARU, MEMBAYAR YURAN-YURANMU? 

Fikirkanlah wahai anakanda sekalian. Mereka dah cukup bersusah hanya untuk melihat kejayaan kita, hanya demi melihat kita sihat sejahtera seperti sekarang. TAPI APA BALASAN KITA? Adakah DOSA itu satu balasan terbaik buat jasa dan titik jerit perih mereka? Air mata kesusahan mereka? 

Anda memang anak PALING PENYAYANG DALAM DUNIA.

Wednesday, 14 December 2011

Kita sudah ditakdir bertemu

Assalamualaikum. Dan salam.sejahtera pada yang membaca.

Kita sudah ditakdir bertemu.
Aku dan kamu
Kemudian Hati berubah rasa,
Dari kamu berubah sayangku
Kawanku, ai lap yu
Alhamdulillah Cintaku dan cintamu akhirnya disatu

Kita sudah ditakdir bertemu
Cinta dua menjadi tiga
Aku dan kamu akhirnya
Mendapat permata yang di doa
Sudah lama sudah berkira
Akhir terlahir juga di alam dunia

Kita sudah ditakdir bertemu
Lahirnya permata yang dicintai
Ibarat kertas yang putih berseri
Dan aku pemunya warna warni
Hijau biru merah kuwarnai
Dan kamu pula belajar mengenali
Walau sehebat mana kamu kutatangi
Akhir kamu dikaki sendiri
Tindak kamu mencerminkan kami
Baik buruk, disayang atau dikeji

Kita sudah ditakdir bertemu
Semua ini bukan untuku
Tapi ini mandat Tuhanku
Kerana kamu amanah untukku
Biar sekarang kau bencikn ajaranku
Tapi nanti kau tersenyum selalu
Dan aku juga mahu
Kau tercatat sebagai solehin Tuhanku
Yang ingatkan aku dalam doamu

Kita sudah ditakdir bertemu
Bercucuran aku dalam doaku
Tidak henti mendoakan kamu
Jadilah sesuatu yang masyarakat mahu
Akhlak terpuji lagi disegani

ALLAH memilihmu anakku
Pejuang ALLAH yang dijanji syurga buatmu.
Walau apa kerjamu, biar apa jadimu
ALLAH itulah tunjang yang satu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buta+Pekak+Bisu=CINTA