Followers

Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

Hey Please stop the corruption!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi berpeluang berbual dengan enchhik Boss n Abg Mie. Topic petang tadi adalah mengenai corruption. To be honest Nadh tersangat la terkejut dengan pendedahan depa tu.

1. Ada satu company ni, nak masuk tender, awal-awal lagi orang tu dah sound, "saya nak 5 series sebijik".

2. Pen bernilai 1000+ markup sampai jadi 5000. Can you imagine? hanya sebab pakat-pakat makan sorang sikit. Dan the best part is, that pen is going to be used for one occasion ONLY. 

3. Baru nak buka tender keluar harga je, dia dah gtau apa dia nak. Berapa percent, berapa lot dia dapat. BELUM DAPAT PROJECT LAGI TAU?

4. Tiket 1st class masa baru nak masuk tender.

Semua ini adalah beberapa contoh yang Boss n Abg Mi sebutkan petang tadi pada Nadh. Bagi orang yang baru nak kenal dengan dunia ni, Nadh mengucap panjang tadi. Serious tak sangka sampai macam tu tahap corruption dalam dunia kita sekarang ni. 

Kata pacik, jika digunakan kuasa, nama dan apa yang dia ada untuk dapat kan projek, dia jatuh atas hukum HARAM. Mudahnya, dia ambil kesempatan atas apa yang dia ada tu. TIADA AMANAH di situ. Dan hasil mula dari yang HARAM adalah HARAM la sampai ke bawah. Macam Boss Nadh cerita kat tenpat dia tu, ada sorang wakil rakyat tu, ada 7 company bawah dia. Setiap apa project yang keluar, memang dapat kat dia la. 
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188)

Rasa sedih sangat kan, zaman sekarang ni, setiap yang ada cable tu hidup senang la, nak hidup kita kena masuk dalam kelompok depa, sebab kalau tak masuk kita tak dapat project. Dan akhirnya, yang geng-geng tu ja la yang akan dapat semua tu. Yang kecil-kecil ni pakai tak makan la.  Dan yang golongan baik ni plak la akan nampak 'pelik dan asing' sedangkan mereka ini yang berpegang pada apa yang ALLAH katakan.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfaal : 27)
Penutup perbualan tadi Nadh kata dekat abg Mie, selagi mana manusia tak ikut jalan ISLAM, selagi itu semua ni akan berleluasa. SERIOUS!Kerana bila diri serah kepada ALLAH, kita akan tahu yang tiap segala yang diberikan itu adalah AMANAH yang perlu dijaga lagi dipegang dengan sebaiknya kerana satu masa nanti dia akan ditanya kepada kita.

p/s : syukurlah kami menjauhi perkara ni.

Wednesday, 14 December 2011

Kita sudah ditakdir bertemu

Assalamualaikum. Dan salam.sejahtera pada yang membaca.

Kita sudah ditakdir bertemu.
Aku dan kamu
Kemudian Hati berubah rasa,
Dari kamu berubah sayangku
Kawanku, ai lap yu
Alhamdulillah Cintaku dan cintamu akhirnya disatu

Kita sudah ditakdir bertemu
Cinta dua menjadi tiga
Aku dan kamu akhirnya
Mendapat permata yang di doa
Sudah lama sudah berkira
Akhir terlahir juga di alam dunia

Kita sudah ditakdir bertemu
Lahirnya permata yang dicintai
Ibarat kertas yang putih berseri
Dan aku pemunya warna warni
Hijau biru merah kuwarnai
Dan kamu pula belajar mengenali
Walau sehebat mana kamu kutatangi
Akhir kamu dikaki sendiri
Tindak kamu mencerminkan kami
Baik buruk, disayang atau dikeji

Kita sudah ditakdir bertemu
Semua ini bukan untuku
Tapi ini mandat Tuhanku
Kerana kamu amanah untukku
Biar sekarang kau bencikn ajaranku
Tapi nanti kau tersenyum selalu
Dan aku juga mahu
Kau tercatat sebagai solehin Tuhanku
Yang ingatkan aku dalam doamu

Kita sudah ditakdir bertemu
Bercucuran aku dalam doaku
Tidak henti mendoakan kamu
Jadilah sesuatu yang masyarakat mahu
Akhlak terpuji lagi disegani

ALLAH memilihmu anakku
Pejuang ALLAH yang dijanji syurga buatmu.
Walau apa kerjamu, biar apa jadimu
ALLAH itulah tunjang yang satu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buta+Pekak+Bisu=CINTA