Followers

Wednesday, 14 December 2011

Kita sudah ditakdir bertemu

Assalamualaikum. Dan salam.sejahtera pada yang membaca.

Kita sudah ditakdir bertemu.
Aku dan kamu
Kemudian Hati berubah rasa,
Dari kamu berubah sayangku
Kawanku, ai lap yu
Alhamdulillah Cintaku dan cintamu akhirnya disatu

Kita sudah ditakdir bertemu
Cinta dua menjadi tiga
Aku dan kamu akhirnya
Mendapat permata yang di doa
Sudah lama sudah berkira
Akhir terlahir juga di alam dunia

Kita sudah ditakdir bertemu
Lahirnya permata yang dicintai
Ibarat kertas yang putih berseri
Dan aku pemunya warna warni
Hijau biru merah kuwarnai
Dan kamu pula belajar mengenali
Walau sehebat mana kamu kutatangi
Akhir kamu dikaki sendiri
Tindak kamu mencerminkan kami
Baik buruk, disayang atau dikeji

Kita sudah ditakdir bertemu
Semua ini bukan untuku
Tapi ini mandat Tuhanku
Kerana kamu amanah untukku
Biar sekarang kau bencikn ajaranku
Tapi nanti kau tersenyum selalu
Dan aku juga mahu
Kau tercatat sebagai solehin Tuhanku
Yang ingatkan aku dalam doamu

Kita sudah ditakdir bertemu
Bercucuran aku dalam doaku
Tidak henti mendoakan kamu
Jadilah sesuatu yang masyarakat mahu
Akhlak terpuji lagi disegani

ALLAH memilihmu anakku
Pejuang ALLAH yang dijanji syurga buatmu.
Walau apa kerjamu, biar apa jadimu
ALLAH itulah tunjang yang satu
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Miss Nadya said...

mendalam maksudnya di puisi ini nadh..

Iffah Afeefah said...

suka sgt

lap yu ke lap tingkap nadh

Suhaili Sarif said...

doa yg terbaik utk takdir ini :)

AmirFX said...

Lap u too.. haha...

FasiHaH SupiaN said...

very nice :)

Nong Andy said...

best... 'likes!'

kiera'sakura said...

copy siap2 nak bagi kat anak nanti :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA