Followers

Showing posts with label Buah Fikiran. Show all posts
Showing posts with label Buah Fikiran. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Yang dikejar dan yang tak perlu dikejar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesaikan janji dengan akak Nadh , lepas tu dah selesaikan janji dengan boss Nadh. Juga dengan macik tu. Sekarang ni Nadh ambil masa untuk diri sendiri pula lah. Lama rasanya tak berbual-bual dengan buah hati ni kan? Malam ni curi masa sedikit sebelum masuk tidur nak berbual.

Nadh ada sebutkan dalam entry lepas Nadh iaitu INI tentang DUIT-DUIT-DUIT . hari ini Nadh cuba nak perincikan apa yang terkandung didalam entry itu buat tatapan para readers belog Nadh ni.

Segalanya bermula masa pagi tu Nadh terdengar dalam radio kot tak silap masa tu ada sebut tentang "kearah negara maju dan berpendapatan tinggi. ". Lepas tu Nadh terus terfikir. (Maaf andai ada yang tidak setuju ye. )

Maju. Apa sangat yang ada dengan MAJU yang sedang diperjuangkan? bangunan tinggi? kereta besar? rumah besar? bandar yang hebat dan besar gedabak? Berpakaian moden dengan mendedahkan tubuh badan, kononnya mengikut fesyen? Banyak kemudaratan dengan perkataan ini yang sedang merosakkan minda kita masyarakat dunia.

Salah satunya, MAJU dalam erti kata barat yang memisahkan AGAMA dan DUNIAWI, yakni AGAMA itu menyumbang kepada kemerosotan MAJU dalam masyarakat. Tak percaya? Cuba renungkan beberapa contoh di bawah yang Nadh lampirkan. 

1. Bila kata maju, fesyen pun kena up to date ye? masa tu mula la kain kurang di sana sini, yang menutup pun terbelah, yang tertutup pun terjojol, yang tersimpan pun terdedah. Maka lahirlah golongan berpakaian untuk 'menampilkan diri' di khalayak ramai. Si yang melawan peredaran zaman dipandang sebagai KOLOT sedangkan, Aurat itu untuk ditutup, bukan ditayang.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

2. Bila kata maju, rumah pun kena besar, kereta kena besar, segalanya kena besar, bangunan kena tinggi-tinggi. Owhh lepas tu ramai lah yang MATI KUTU. Lari hutang ye. Tak percaya sila pergi rujuk dekat luar, berapa ramai yang berhutang hanya untuk nampak HEBAT? Lihatlah laporan berapa ramai yang MUFLIS. Bukankah sudah diingatkan kita tentang hutang didalam salah satu Hadis Rasulullah :
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." (Riwayat Ahmad)


3. Bila maju lagi, diri nak senantiasa nampak MEWAH, KAYA, HEBAT. Dan bila landas agama di lempar ke tepi, mulalah berselera besar mengalahkan kemampuan, AKHIR SEKALI, APA YANG BOLEH MAKAN SUMA MAKAN, HALAL HARAM BELAKANG KIRA. Apa itu? RASUAH ! PENIPUAN! PENINDASAN !
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."(Al-Baqarah : 188) 

Tapi masa ini, siapa yang kisah? Bukankah nampak masyuk di mata manusia itu HEBAT? Apa sangatlah balasan yang tidak dinampak di mata itu bukan? Walau sebenarnya Rasullullah pernah berfirman :
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)


4. Bila MAJU, segalanya berubah, taraf hidup meninggi, yang kaya menjadi JUTAWAN, yang sederhana bertukar miskin, dan yang miskin menjadi PAPA KEDANA. Dulu mak ayah kita dengan 15 sen sehari dapat makan, buat tambang ke sekolah, dapat beli makanan ringan lagi, tapi kini , RM10.00 sehari pun belum tentu mencukupi. Bayangkan yang hidup susah, dengan pendapatan rendah, dengan perbelanjaan yang makin TINGGI, apa jadi akhirnya? JENAYAH pun berleluasa. BUKAN BUAT JENAYAH SEBAB NAK KAYA, TAPI SEBAB NAK HIDUP!!
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Abu Hurairah)


Bagi Nadh, tiada apa yang salah hendak berjaya cuma sebaiknya ROH ISLAM itu dititipkan EXTRA didalam jiwa agar tiada berlaku perkara buruk dalam mencapainya. Sepertimana Hadis diatas tadi yang menyatakan : kesan buruk bila Ilmu Islam dihapuskan.

Muncul FITNAH, "ISLAM tidak membawa MAJU, ISLAM membawa kemerosotan" ,
Berleluasa sifat kedekut "Manusia menindas disebabkan hendak LEBIH KAYA"
Banyak jenayah "dimana-mana pun ada bukan? Dan diperincikan Rasulullah salah satu nya jenayah BUNUH, lihat kembali di luar kita, banyak berlaku sekarang, contoh terbaik, ragut yang menyebabkan kematian?  "

Sekiranya ini yang dikejar, bukankah ianya tidak perlu dikejar bila mana hasilnya mendatangkan banyak musibah. Bukankah kita sepadannya hidup dalam kesederhanaan.?
" Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al-Furqaan : 67)

Dan yang sebenarnya, ALLAH sudah berpesan pun dalam AL-Quran tentang yang dikejar dengan mengikut pandangan mata barat al-kafiruun dalam Surah Thaahaa ayat 131 yang bermaksud : 
"Dan janganlah engkau menunjukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." 


End of the story, semua ini UJIAN bukan? Terpulanglah pada yang membaca membuat perbandingan. Bagi Nadh ISLAM itu terbaik sebab segalanya penuh dengan kesederhanaan, dan penuh pengharapan buat semua, bertentang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang yang hanya bersifat sendiri dan penindasan. Bersamalah kita berdoa agar ISLAM kembali diangkat di mata dunia, bermula di ruang tanah air kita sendiri, dan yang penting sekali, dalam jiwa, hati nurani kita dahulu. Amin Yarabbal Alamin.

Monday, 5 December 2011

Jangan terlalu berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak cakap pasal memaksa orang suka kita. Leh tak? Sebab tadi kan terbaca entry Boss kat SINI, lepas tu semalam pn ada jugak la kaitannya dengan SUKA kat entry NI. Jadi hari ni, nak cakap pasal paksa orang suka. 

 "Nganga kaih, meh ai nak cuap..." by funmaafia

Dalam hidup, sudah menjadi norma buat kita untuk suka, kemudian disimpan didalam hati dan akhirnya bila sudah tiba saat dan ketika yang kita rasa tepat, kita akan berusaha untuk meluahkan. Tak macam cerita Doraemon, episode 03-Dec-2011 yang mana seorang pakcik Nobita perlukan sebuah patung untuk meluahkan isi hati. 

Dan akhir sekali, bila dah meluahkan, semestinya hati mahukan untuk memiliki hati yang di sana, kerana sudah sekian lama perasaan disimpan, dan berkali ingin dicurah, namun belum punya kata untuk ianya diterjemahkan dengan penuh rasa agar si dia dapat memahami hati yang sudah lama mendamba si dia.

Tetapi langit bukan selalunya cerah kan, 2 kemungkinan sudahpun tersedia untuk kita. Satu berupa jawapan Ya, dan satu lagi Tidak. Yang mana akan bawa juga dua kesan iaitu gembira dan kecewa. Sekiranya Ya jawapannya, pastilah hati akan girang menyambut kata Ya yang sudah lama di nanti, akan tetapi, bila mana Tidak yang muncul dari bibir dia, diri akan mula berasa tidak selesa, kekecewaan mungkin menyerang. 

Apa pun, hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh kita PAKSA kan. Macam gambar atas ni, memaksa si dia makan pisang yang bukan rela nya, boleh tengok kan macam mana dia palingkan muka, macam tu juga bila kita paksa orang untuk menerima kita. Jadi yang lebih baik adalah memberi peluang untuk dia berfikir dan bertenang. Mana tahu kan satu hari nanti dia akan berubah hati. 

Tapi peringatan juga buat kita. Jangan terlalu berharap.

Saturday, 3 December 2011

Harimau Malaya menyatukan kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru lepas tengok TV3. Hari ni dokumentari tertua Malaysia tu berkongsi tentang Harimau Malaya. Sambil mata melihat, kepala otak Nadh berlegar-legar, tambah-tambah bila Nadh tengok kumpulan Ultras Malaya yang jadi penyokong sampai mati pasukan Harimau Malaya.


Nadh rasa kagum bila tengok semangat tu, malah Nadh terharu bila tengok satu Malaysia yang menyokong bola sepak, tambah-tambah lepas habis Sukan Sea minggu lepas tak silap Nadh. Masa tu, kalau sapa yang dok online FB, leh tengok la macam mana sokongan yang diberikan kepada pasukan kita. Seriously awesome. 

Baik, kembali kepada semangat tu. Semangat Harimau Malaya. Sebenarnya kan fikiran Nadh dok teringat sesuatu. Kalaulah semangat Harimau Malaya yang menyatukan semua rakyat tu menjadi semangat yang menyatukan semua Umat ISLAM di setiap seantero dunia. Hairan kan? Bola dapat satukan semua orang, tapi kenapa kita tak ambil Islam yang bertuhankan ALLAH, dengan penyampainya Rasulullah SAW dan petunjuk ikutan yang tersedia Al-Quran dan As-Sunnah?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Mari kita bermimpi sekejap dengan Nadh, (tapi sebelum tu, sila mula dengan kalimah "Bismillahhirrahmanirrahim..")

1. Masa semua orang tengah menghapdet "Malaysia dah score sebijik, thanks to Bad". Cer bayangkan ye, kita ramai-ramai hapdet, "WAKTU SOLAT ISYA DA MASUK, MEH JEMAAH". Lepas tu ada plak kat seberang sana jawap "JEMAAH JOM..", Seberang sini pun balas, "AZAN DAH PANGGIL,MARI-MARI, DAHULUKAN SOLAT JOM..". Nadh rasa boleh menitik air mata tau kalau jadi macam ni.

2. Harimau Malaya punya pasal, ada lagu macam kat atas tu. Cuba la bayang ye, "LAGU TU ADALAH ZIKRULLAH.." . Sini sana dok berzikir, seronok jerit, ALHAMDULILLAH, kalah terima dengan INNALILLAH, lepas tu REDHA, tak ada la nak marah-marah, maki hamun. Semua yang indah-indah ja yang keluar dari mulut tu. Yang keluar dari mulut adalah "SANGKA BAIK" yang senantiasa percaya janji-janji ALLAH dan senantiasa memuji ciptaan dan perjalanan hidup dari ILAHI.

  • Harimau Malaya menyatukan hati kita, tapi ISLAM mengajar kita. Kenapa perlu bermusuhan? Nadh hairan macam semalam Nadh tengok satu persidangan satu kumpulan tu, takkan la sampai nak kena chop Tuan Guru agama tu bawa ajaran sesat. Nadh sedih la. Macam mana Harimau Malaya satukan kita, kenapa tidak AGAMA ISLAM yang sebenarnya tunjang tu buat kita lebih kuat. Kalau mana BOLA SEPAK tu tak semua suka, tapi AGAMA ISLAM ni suma dah dilahirkan dengannya, tapi kenapa kena bermusuhan? 

  • Kalaulah Harimau Malaya bersama Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Nazmi Faiz tu adalah ikon kejayaan pasukan, kenapa tidak KEPIMPINAN, AKHLAK, TUNJUK AJAR RASULULLAH SAW, TEAM WORK PARA SAHABAT, itu yang dijadikan pegangan kita? Bagaimana mantapnya mereka bersatu satu ketika dahulu hinggakan kini ISLAM boleh dikenali diseluruh pelusuk dunia? Hairan dan sangat sedih bila Umat Islam kini sedang bercakaran, sedang para kafirun bergelak ketawa melihat kita berpecah belah.

  • Kalau lah JERSEY KUNING HITAM Harimau Malaya itu samakan kita di pandangan orang. Tapi kenapa tidak AL-QURAN bersama juga As Sunah yang dari ribuan tahun dulu ditinggalkan kepada kita, kenapa tidak ia jadi TRADE MARK kita sebagai UMAT ISLAM? Dah diceritakan didalamnya bagaimana kita HARUS hidup dan APA YANG PERLU DIKEJAR DALAM HIDUP, tapi masih juga nak tolak. Sedangkan kita tahu ianya merupakan KEKUATAN KITA bila ianya DIFAHAMI dan DIHAYATI. 


Note :: Nadh pernah kata kepada seorang sahabat, selagi mana manusia tak ikut ALLAH, selagi itulah dunia takkan aman. Sedih, tapi bersamalah kita mendoakan, agar ISLAM akan kembali bangkit dan MEGAH bersama UMAT YANG PATUH kepada ALLAH. Jika bangkit dengan 'nama' tanpa TAKWA, langsung tiada guna. Moga-moga ALLAH makbulkan doa Nadh ni. Amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA