Followers

Tuesday, 14 February 2012

Yang dikejar dan yang tak perlu dikejar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesaikan janji dengan akak Nadh , lepas tu dah selesaikan janji dengan boss Nadh. Juga dengan macik tu. Sekarang ni Nadh ambil masa untuk diri sendiri pula lah. Lama rasanya tak berbual-bual dengan buah hati ni kan? Malam ni curi masa sedikit sebelum masuk tidur nak berbual.

Nadh ada sebutkan dalam entry lepas Nadh iaitu INI tentang DUIT-DUIT-DUIT . hari ini Nadh cuba nak perincikan apa yang terkandung didalam entry itu buat tatapan para readers belog Nadh ni.

Segalanya bermula masa pagi tu Nadh terdengar dalam radio kot tak silap masa tu ada sebut tentang "kearah negara maju dan berpendapatan tinggi. ". Lepas tu Nadh terus terfikir. (Maaf andai ada yang tidak setuju ye. )

Maju. Apa sangat yang ada dengan MAJU yang sedang diperjuangkan? bangunan tinggi? kereta besar? rumah besar? bandar yang hebat dan besar gedabak? Berpakaian moden dengan mendedahkan tubuh badan, kononnya mengikut fesyen? Banyak kemudaratan dengan perkataan ini yang sedang merosakkan minda kita masyarakat dunia.

Salah satunya, MAJU dalam erti kata barat yang memisahkan AGAMA dan DUNIAWI, yakni AGAMA itu menyumbang kepada kemerosotan MAJU dalam masyarakat. Tak percaya? Cuba renungkan beberapa contoh di bawah yang Nadh lampirkan. 

1. Bila kata maju, fesyen pun kena up to date ye? masa tu mula la kain kurang di sana sini, yang menutup pun terbelah, yang tertutup pun terjojol, yang tersimpan pun terdedah. Maka lahirlah golongan berpakaian untuk 'menampilkan diri' di khalayak ramai. Si yang melawan peredaran zaman dipandang sebagai KOLOT sedangkan, Aurat itu untuk ditutup, bukan ditayang.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

2. Bila kata maju, rumah pun kena besar, kereta kena besar, segalanya kena besar, bangunan kena tinggi-tinggi. Owhh lepas tu ramai lah yang MATI KUTU. Lari hutang ye. Tak percaya sila pergi rujuk dekat luar, berapa ramai yang berhutang hanya untuk nampak HEBAT? Lihatlah laporan berapa ramai yang MUFLIS. Bukankah sudah diingatkan kita tentang hutang didalam salah satu Hadis Rasulullah :
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." (Riwayat Ahmad)


3. Bila maju lagi, diri nak senantiasa nampak MEWAH, KAYA, HEBAT. Dan bila landas agama di lempar ke tepi, mulalah berselera besar mengalahkan kemampuan, AKHIR SEKALI, APA YANG BOLEH MAKAN SUMA MAKAN, HALAL HARAM BELAKANG KIRA. Apa itu? RASUAH ! PENIPUAN! PENINDASAN !
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."(Al-Baqarah : 188) 

Tapi masa ini, siapa yang kisah? Bukankah nampak masyuk di mata manusia itu HEBAT? Apa sangatlah balasan yang tidak dinampak di mata itu bukan? Walau sebenarnya Rasullullah pernah berfirman :
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)


4. Bila MAJU, segalanya berubah, taraf hidup meninggi, yang kaya menjadi JUTAWAN, yang sederhana bertukar miskin, dan yang miskin menjadi PAPA KEDANA. Dulu mak ayah kita dengan 15 sen sehari dapat makan, buat tambang ke sekolah, dapat beli makanan ringan lagi, tapi kini , RM10.00 sehari pun belum tentu mencukupi. Bayangkan yang hidup susah, dengan pendapatan rendah, dengan perbelanjaan yang makin TINGGI, apa jadi akhirnya? JENAYAH pun berleluasa. BUKAN BUAT JENAYAH SEBAB NAK KAYA, TAPI SEBAB NAK HIDUP!!
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Abu Hurairah)


Bagi Nadh, tiada apa yang salah hendak berjaya cuma sebaiknya ROH ISLAM itu dititipkan EXTRA didalam jiwa agar tiada berlaku perkara buruk dalam mencapainya. Sepertimana Hadis diatas tadi yang menyatakan : kesan buruk bila Ilmu Islam dihapuskan.

Muncul FITNAH, "ISLAM tidak membawa MAJU, ISLAM membawa kemerosotan" ,
Berleluasa sifat kedekut "Manusia menindas disebabkan hendak LEBIH KAYA"
Banyak jenayah "dimana-mana pun ada bukan? Dan diperincikan Rasulullah salah satu nya jenayah BUNUH, lihat kembali di luar kita, banyak berlaku sekarang, contoh terbaik, ragut yang menyebabkan kematian?  "

Sekiranya ini yang dikejar, bukankah ianya tidak perlu dikejar bila mana hasilnya mendatangkan banyak musibah. Bukankah kita sepadannya hidup dalam kesederhanaan.?
" Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al-Furqaan : 67)

Dan yang sebenarnya, ALLAH sudah berpesan pun dalam AL-Quran tentang yang dikejar dengan mengikut pandangan mata barat al-kafiruun dalam Surah Thaahaa ayat 131 yang bermaksud : 
"Dan janganlah engkau menunjukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.


End of the story, semua ini UJIAN bukan? Terpulanglah pada yang membaca membuat perbandingan. Bagi Nadh ISLAM itu terbaik sebab segalanya penuh dengan kesederhanaan, dan penuh pengharapan buat semua, bertentang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang yang hanya bersifat sendiri dan penindasan. Bersamalah kita berdoa agar ISLAM kembali diangkat di mata dunia, bermula di ruang tanah air kita sendiri, dan yang penting sekali, dalam jiwa, hati nurani kita dahulu. Amin Yarabbal Alamin.

8 comments:

Anum said...

good entry :)

oli-go said...

sy setuju dengan pendapat Nadh...Maju menyebabkan manusia makin lalai dan lupa...bila makin banyak kemudahan, manusia makin kurang berusaha...cth yang terdekat adalah diri sy sendiri...

Ayuni said...

setuju, kenapa maju dinilai melalui duit yang banyk.....

azam said...

bila berduit jgn lupa kepada yang susah

kiera'sakura said...

yup setuju yg penting bermula dgn diri kita dulu.. kalau lah semuanya ambil langkah mcm tue kan... kita mendoakan :)

Sunah Sakura said...

lebih baik MAJU dalam agama daripada mundur ke belakang dengan majunya duniawi semata...

Are_Rull said...

ARUL SOKONG PENDAPAT ANDA !!

Iffah Afeefah said...

jgn kejar benda tak penting kan nadh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA