Followers

Monday, 5 December 2011

Jangan terlalu berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak cakap pasal memaksa orang suka kita. Leh tak? Sebab tadi kan terbaca entry Boss kat SINI, lepas tu semalam pn ada jugak la kaitannya dengan SUKA kat entry NI. Jadi hari ni, nak cakap pasal paksa orang suka. 

 "Nganga kaih, meh ai nak cuap..." by funmaafia

Dalam hidup, sudah menjadi norma buat kita untuk suka, kemudian disimpan didalam hati dan akhirnya bila sudah tiba saat dan ketika yang kita rasa tepat, kita akan berusaha untuk meluahkan. Tak macam cerita Doraemon, episode 03-Dec-2011 yang mana seorang pakcik Nobita perlukan sebuah patung untuk meluahkan isi hati. 

Dan akhir sekali, bila dah meluahkan, semestinya hati mahukan untuk memiliki hati yang di sana, kerana sudah sekian lama perasaan disimpan, dan berkali ingin dicurah, namun belum punya kata untuk ianya diterjemahkan dengan penuh rasa agar si dia dapat memahami hati yang sudah lama mendamba si dia.

Tetapi langit bukan selalunya cerah kan, 2 kemungkinan sudahpun tersedia untuk kita. Satu berupa jawapan Ya, dan satu lagi Tidak. Yang mana akan bawa juga dua kesan iaitu gembira dan kecewa. Sekiranya Ya jawapannya, pastilah hati akan girang menyambut kata Ya yang sudah lama di nanti, akan tetapi, bila mana Tidak yang muncul dari bibir dia, diri akan mula berasa tidak selesa, kekecewaan mungkin menyerang. 

Apa pun, hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh kita PAKSA kan. Macam gambar atas ni, memaksa si dia makan pisang yang bukan rela nya, boleh tengok kan macam mana dia palingkan muka, macam tu juga bila kita paksa orang untuk menerima kita. Jadi yang lebih baik adalah memberi peluang untuk dia berfikir dan bertenang. Mana tahu kan satu hari nanti dia akan berubah hati. 

Tapi peringatan juga buat kita. Jangan terlalu berharap.

10 comments:

Sunah Sakura said...

boss....masih lagi berharap...

aDisH.sHidA said...

masih lagi mengharap....huhuhu

azam said...

:) harapan palsu ke??

AWAS

Anum said...

betul2
hati dan perasaan x leh di paksa2

Iffah Afeefah said...

Xnk harap da
uhuhuhu

sea_lavender said...

erm sye tiada harapan~~ cuma terfkir2 dgn tindakn sndiri

Rozuan Ismail said...

mana boleh paksa orang suka kita.biar dia suka dari hati

AmirFX said...

Ehem2... Katakan tidak kalau tidak suka katakan ya kalau suka... hihi...

Cik Pulau said...

ehhmm..nak setuju jugak aci tak? hehehe..
jangan terlalu berharap...
apatah lagi pada benda yang tak pasti.
kelakk..kita yang merana..
papepun..
banyakkan berdoa agar apa yg kita harapkan terbaik untuk kita..^^,

azwa amani said...

setuju nadh.. masa depan tak tahu dan Allah Maha hebat dalam merancang.. jadi jngan terlalu mnegharap dan org2 tertentu jangan pula memberikan harapan dengan banyak..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA