Followers

Showing posts with label Darah. Show all posts
Showing posts with label Darah. Show all posts

Wednesday, 6 July 2011

Kenapa perlu jadi Upin dan Ipin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Selamat pagi semua. Hari baru ni. Apa pula hari ni yang ALLAH susunkan buat kita kan? Apa pn ianya mesti menarik dengan penuh hikmah dan rahmat ALLAH. 

Nadh tgk blog dlm hp ja hari ni. Jumpa entry mengenai upin dan ipin pagi ni.

Leh tak nak kongsi kenapa kita perlu jadi Upin dan Ipin dalam berkeluarga?

1. Ipin sentiasa membetulkan apa kata Upin. "betul, betul,betul.."
2. Upin dan Ipin tak gaduh teruk-teruk.
3. Upin dan Ipin selalu bermesyuarat sebelum buat keputusan. Dan selalunya keputusan yang muktamad adalah dari persetujuan bersama.
4. Upin tak pernah tinggalkan sisi Ipin. Macam tu jugak kita, kena la sentiasa ada bila diperlukan adik beradik kita.
5. Kalau main permainan, Upin mesti akan tag team dengan Ipin. Maksud disitu adalah, keutamaan, kita perlulah utamakan adik beradik kita dalam apa hal sekalipun. Akan tetapi dalam hal kerja, kenalah professional. 

Note :: kisah bukan sekadar kisah, cerita bukan sekadar cerita, yang baik kita simpan, yang tidak untuk dijadikan sempadan. 


"air yang ditetak tidak akan putus ibarat darah yang ditubuh, walau kering sekalipun, talian masih boleh dikesan dengan DNA.."

wallahualam

Friday, 17 June 2011

Seharian Nadh dengan DARAH

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni hidup Nadh seharian dengan kisah darah ja. Mulanya pagi dengan jenis darah budak-budak keja sebab nak register kursus TM Niosh. Nadh terpaksa call suma nak dapatkan jenis darah masing-masing..

Nadh :: Abang, abg spesis darah apa?

Abg Falah :: Aku darah O Nadzri. 

Nadh :: Okeh abg, Abang Shafiq darah apa plak?

Abg Falah :: Dia pn darah O jugak Nadzri. 

Nadh :: Oihh abg, sukati ja, mentang-mentang abg darah O abg pun nak bagi dia darah O. tanya la dulu abg. 

Abg Falah :: Ehhh.. ahahahahha.. 


Lepas tu dengan Abg Mie

Nadh :: Abg, abang spesis darah apa?

Abg Mie :: aku mana tau aku darah apa Nadzri..

Nadh :: ala, abg pilih la abg nak darah apa? ada A, B, AB dan O. Pilih ja.. hihihi

Abg Mie :: ahahahahha... buleh macam tu plak? 

Nadh :: Ya la.. dah taktau.. pilih ja la.. hihi Okeh la abg, since abg Pion AB, Abg Shafiq n Abg Falah O, Abg amek AB jugak la. senang sikit..

Selesai dua cerita pasal Darah. Ingatkan habis dah kat sana, tapi lepas Solat Jumaat, Imam umumkan sapa nak derma darah boleh pergi kat satu ruang kat dalam Masjid, depa ada wat derma darah. 

Nadh pn dah excited gla tadi, mula tu nak pergi terus, tapi lepas teringat, motor park ikut suka dan halang orang nak gerak, cita-cita terpaksa dibatalkan. dan Nadh pun pulang ke opis balik. Dalam dekat pukul 3 baru keluar nak derma darah. 

Masa Nadh sampai pakcik tu cakap depa dah nak balik. Tapi lepas slow talk dengan doktor, (dia shian kat Nadh kot) **wat muka comei dan senyum2 comei nak amek ati dokte** Maka dibenarkan Nadh jadi orang terakhir nak derma darah. 

Dokte tanya, "Napa mai lambat? tak terus lepas solat tadi ja?"

Nadh cakap la, "ingatkan tadi dokte habis kul 5. Rupanya Nadh silap tengok la dokte. 15:00. Bukan pukul 5. Mintak maaf la dokte"

Dokte :: Ehh. takpa la adik. 

Dan selesailah menderma darah tu. Lama dah tak derma darah. Cuma Nadh rasa bersalah sebab buat depa tertunggu-tunggu n terpaksa balik lambat sebab menunggu Nadh. T.T

(tadaaa.. bukti kena tadi.. hihihi.. sangat seronok sebab lama dah tak wat)

P/s : Ehhh.. sat-sat.. Nadh dok tanya darah suma orang, darah Nadh pn Nadh lupa. Nasib baik la pergi derma darah tadi. Akhirnya tau darah Nadh adalah A. hihihi


Buta+Pekak+Bisu=CINTA