Followers

Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Malam Sunyi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry tengah malam, 1:09 pagi. Pastinya tiada readers yang membaca di kala ini. Malam sunyi dan sayu dengan penuh pengertian. Melayan perasaan mungkin malam ni. Mengenai perjalanan dari mula hingga ke ketika ini. Mengenai mimpi yang dimakbul, impian yang tidak tertunai, permulaan payah yang berakhir dengan pengertian penuh makna, segalanya sangat bermakna bila diri mengerti semuanya.


Malam sunyi.
Fikiranku mula berjalan
Menjelajah bait-bait perjalanan lalu
Saat dan ketika nya diri berada di atas
Hingga jatuh tertiarap ke bumi,
Konon ketikanya di kemuncak, 
Kemudian mencium tanah

Malam sunyi,
Perasaan hiba menerjah jiwa
Menangisi doa yang termakbul,
Satu permulaan baik buat para yang kuhormati
Kebenaran sebenarnya sudah lama terdedah
Namun jiwa yang belum mahu berubah
Tapi akhirnya, perlahan-lahan dia ku terjah
Mungkin penekanan yang agak santai,
Namun penuh hikmah,
Aku mahu bukan lain,
Bersamalah kita mendekati dia,
Bukan hanya aku yang terkedepan dalam perihal nya

Aku mahukan semua, 
Aku rindukan semua
Dan sedikit demi sedikit sudah ditunjukkan gaya
Dipermudahkan cara 

Ya ALLAH, Ya Rahman,
Bantulah aku, pimpinlah aku,
Tiada lain mahuku, 
Tapi bersatu menyambut redhamu,

Amin Yarabbal Alamin,

Monday, 14 November 2011

Angin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

 Angin by IINA


Yang hadir sepintas lalu.
Punya dua
Satu yang memberi nyaman
Kedua yang membawa sebaliknya

Tika ia bersepoi menyapa pipi
Berbagai kesan hadir
Adalanya meninggalkan kesan mendalam
Yang tidak mampu dipadam
Parut yang kekal melekat di jiwa
Ibarat dipateri untuk ianya kekal bersemadi di situ

Seperti juga kita didalam hidup
Jadilah yang nyaman.
Memberi manfaat pada yang ada.
Mungkin sekejap sahaja lalunya
Tapi biarlah sekejap itu
Menjadi ingatan sepanjang zaman.

Jauhkan dari menjadi
Sekejap yang menyakitkan
Kemunculan yang membencikan
Kehadiran yang membawa kesakitan dalam jiwa
Kerana kita tidak tahu
Sakit yang dialami mereka 
Sedalam manakah luka yang kita buat

Seperti reality kehidupan,
Datang dan pergi kita
Sebolehnya, 
Biarlah kedatangan kita 
Ibarat angin yang menyamankan.
Mungkin satu ketika bakal dilupakan

Tapi begitulah hidup
Yang baik itu senang dilupa,
Yang buruk menjadi cercaan sampai bila-bila

Kita tidak merindui kesakitan
Begitu juga orang yang tidak betah menahan perit
Kita jauhkan untuk kita juga dijauhkan
Bukankah itu pelaburan berguna? 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA