Followers

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Malam Sunyi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry tengah malam, 1:09 pagi. Pastinya tiada readers yang membaca di kala ini. Malam sunyi dan sayu dengan penuh pengertian. Melayan perasaan mungkin malam ni. Mengenai perjalanan dari mula hingga ke ketika ini. Mengenai mimpi yang dimakbul, impian yang tidak tertunai, permulaan payah yang berakhir dengan pengertian penuh makna, segalanya sangat bermakna bila diri mengerti semuanya.


Malam sunyi.
Fikiranku mula berjalan
Menjelajah bait-bait perjalanan lalu
Saat dan ketika nya diri berada di atas
Hingga jatuh tertiarap ke bumi,
Konon ketikanya di kemuncak, 
Kemudian mencium tanah

Malam sunyi,
Perasaan hiba menerjah jiwa
Menangisi doa yang termakbul,
Satu permulaan baik buat para yang kuhormati
Kebenaran sebenarnya sudah lama terdedah
Namun jiwa yang belum mahu berubah
Tapi akhirnya, perlahan-lahan dia ku terjah
Mungkin penekanan yang agak santai,
Namun penuh hikmah,
Aku mahu bukan lain,
Bersamalah kita mendekati dia,
Bukan hanya aku yang terkedepan dalam perihal nya

Aku mahukan semua, 
Aku rindukan semua
Dan sedikit demi sedikit sudah ditunjukkan gaya
Dipermudahkan cara 

Ya ALLAH, Ya Rahman,
Bantulah aku, pimpinlah aku,
Tiada lain mahuku, 
Tapi bersatu menyambut redhamu,

Amin Yarabbal Alamin,

Friday, 13 January 2012

Dia Bukan Milik Kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bro Framestone ada tag Nadh kat entry baru dia yang NI. Dia nak tanya pendapat mengenai Dia Bukan Milik Kita. 


Dia yang bukan milik kita. Apa lagi yang harus di katakan. Walau satu hari dulu, dia merupakan 'matahari' penerang siang juga 'bulan' yang menyerikan malam tapi kini tiada lagi wujud dia dalam kamus hidup. Kata orang, kita akan mula ingin menghargai bila hilang nya dia di sisi, tapi bukan untukku, kerana perginya ketika itu, bukan kerana diri yang tidak menghargai, namun pilihan yang dibuatnya sendiri. Tika hubungan dalam kondisi yang baik-baik aja, tup-tup putus tanpa bicara konkrit penyedap cerita. 

Tika itu, dunia seakan gelap seketika, mungkin kerana diri perlu menghadap tiada lagi 'kebiasaan' selama ini. Ketiadaan itu terlalu perit untuk ditelan, terlalu susah untuk dihadapi. Namun sepertimana yang sudah sedia pasti, masa kini mengajar kita untuk berfikir. Yang sebenarnya , tiap nafas kita sebenarnya pengalaman yang mematangkan.

Walaubagaimanapun,  hairan kerana diri masih ingin 'attach' kepadanya sebab janji yang pernah diikat satu masa dahulu, "ingin menjadi seseorang yang akan kekal bersamanya hingga tiba maut memanggil diri" tapi apakan daya, janji itu sudahpun diputuskan waktu dia memutuskan untuk berpisah. Dengan janji bahawa dia tak akan menuntut lagi apa yang pernah terpatri, segalanya bermula dengan janggal, namun akhir nya kenyataan berjaya diterima.

Perjalanan masa hari demi hari mematangkan, rupanya ingin mengajar diri yang kehilangan itu perlu ada dalam hidup agar kita belajar untuk lebih menghargai masa depan yakni Akhirat yang abadi. Mungkin persiapan masa kita ini mengheret dosa dalam seharian, bila diri keterlaluan cinta pada hamba yang yakin satu hari nanti akan pergi juga mengadap kubur, hancur dibaham tanah, tapi itulah kekhilafan diri yang sebenarnya ingin disedarkan oleh DIA si Pemunya Alam. 

Akhirnya diri berada dalam kesedaran, hari-hari diisi dengan merafakkan kesyukuran pada DIA kerana menyedarkan hakikat asal kehidupan, malah hingga kini, satu demi satu hijab dibukakan untuk diri bersyukur yang si dia sememangnya tidak layak untuk memiliki hati dan cinta ini. Apa pun pintaku Ya ALLAH, andai dia nekad dengan katanya, nekad dengan keputusannya, kau bahagiakanlah dia dengan masa depan yang ingin dicoretnya, biar dia berjumpa apa yang diingininya, biar dia berjaya dengan apa yang dimahunya. 
Amin Yarabbal Alamin~ 


Andai masa dulu itu satu duri dan duka buat mereka,
Aku ingin khabarkan, fikir dulu sebelum berkata
Kerana ia juga sebenarnya adalah madu kerana kemanisannya
Walau kini baru bertemu rasa,
Tapi cukup untuk mengajar yang ianya tiadalah lebih nya 
Bila kita belajar yang perit itu mengajar kita
Untuk lebih mengerti bahagia 

Monday, 14 November 2011

Angin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

 Angin by IINA


Yang hadir sepintas lalu.
Punya dua
Satu yang memberi nyaman
Kedua yang membawa sebaliknya

Tika ia bersepoi menyapa pipi
Berbagai kesan hadir
Adalanya meninggalkan kesan mendalam
Yang tidak mampu dipadam
Parut yang kekal melekat di jiwa
Ibarat dipateri untuk ianya kekal bersemadi di situ

Seperti juga kita didalam hidup
Jadilah yang nyaman.
Memberi manfaat pada yang ada.
Mungkin sekejap sahaja lalunya
Tapi biarlah sekejap itu
Menjadi ingatan sepanjang zaman.

Jauhkan dari menjadi
Sekejap yang menyakitkan
Kemunculan yang membencikan
Kehadiran yang membawa kesakitan dalam jiwa
Kerana kita tidak tahu
Sakit yang dialami mereka 
Sedalam manakah luka yang kita buat

Seperti reality kehidupan,
Datang dan pergi kita
Sebolehnya, 
Biarlah kedatangan kita 
Ibarat angin yang menyamankan.
Mungkin satu ketika bakal dilupakan

Tapi begitulah hidup
Yang baik itu senang dilupa,
Yang buruk menjadi cercaan sampai bila-bila

Kita tidak merindui kesakitan
Begitu juga orang yang tidak betah menahan perit
Kita jauhkan untuk kita juga dijauhkan
Bukankah itu pelaburan berguna? 

Sunday, 13 November 2011

Syair Cinta Buat Isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian

Nadh baru baca habis novel ni tadi.
Ni kata-kata yang dituliskan oleh si suami buat isteri tercinta.
Rasa best sangat. Pastu melayang fikiran ni,
(aku mampu ka nak jadi macam suami dia tu? )

Tapi apa pn,
Diri masih perlu menjauhi cinta sebelum masanya ni.
Moga-moga syaitan tidak merosak hati dengan cinta fitrah ni.
Amin.

Thursday, 10 November 2011

Subjek siang hari ni adalah AWAN.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Perjalanan Nadh tengah hari tadi masa nak pergi jumpa customer, buat Nadh sedikit ralit tengok AWAN.
Kenapa awan? Terfikir tak kenapa awan tu warna biru?

 

Awan,
Kebiruanmu memukau
kewujudanmu sedikit menyejukkan
Hadirmu membuat dunia tampak cantik
Biru kau, dengan hehijauan bukit dan pokok-pokok
ditambah dengan Matahari,
benar buat dunia nampak ceria

Awan,
Ramai tak sedar hadirmu,
Mungkin bukan juga,
tetapi sebenarnya mengabaikan kewujudanmu
mungkin kerana kau di atas,
tapi mereka tak pernah fikir
yang sekiranya,
kau tiada di sana, maka panaslah mereka
kerana kau ibarat payung besar yang menutup sinar mentari

Awan,
Satu hakikat besar yang manusia tak sedar.
Tika kau mendung,
kau sebenarnya mengandungkan air yang bakal turun menyejuk bumi
waktu dunia kepanasan,
waktu tanah merkah kerana panas,
kau hadirkan air untuk legakan semua.
Namun ada juga yang menidakkan hadirnya "bantuan" itu

Wahai Awan,
Teruslah kau di sana,
teruslah kau menjadi penyeri,
teruskan menjadi penyejuk,
teruskan menjadi keceriaan buat alam ciptaan ALLAH ini.
Aku syukur, aku sangat berterima kasih akan hadirmu.
ALLAH tunjukkan sayangnya kepadaku dengan tiap ciptaanNYA.
Sekelilingku dengan kesayangannya.
Moga jiwaku terus kuat mengingati
Hati kekal utuh dengan Iman.

Wednesday, 3 August 2011

Si Pengukir Senyuman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahai sayang,
Si pengukir senyuman
Kau pengisi jiwa,
Kau bagai ruang mengadu lara

Si pengukir senyuman,
Kau jambatan cinta,
Kau penghubung sayang
Melalui mu aku bertemu Tuanku
Melalui mu aku berjumpa Tuhanku

Si pengukir senyuman,
Kau kunci, kau tutupi
Jalan-jalan dosa bila kau ditepati 
Kau jagai , Kau warnai hidup dengan rasa bahagia
Tenang yang tiada terperi

Si pengukir senyuman,
Moga satu hari nanti,
Perjumpaan kita setiap hari
Dibalasi, 
Ditunjuki ruang-ruang redha
Sebagaimana kau menjadi pelengkap kepada tiap amal 
Sebagaimana kau menjadi tempat pertama dilihat sebelum yang lain

Moga ALLAH menjadikan aku dan kau kian rapat 
Saling sayang menyayangi, Saling rapat,
Sebagai ruang utama memohon, meminta, berharap redha Tuhanku.

Amin Yarabbal Alamin


Nadzri
05:02pm
03-Aug-2011


Note : ditaip dalam keadaan basah kuyup kena hujan.(di office mengambil lappy sebelum pulang)

Tuesday, 21 June 2011

Air VS Api


if water was fire by ~tedian on deviantART

Air,
Yang memadamkan api itu kamu
Tika ianya sedang marak
Asyik sekali membakar sisa-sisa yang ada
Kau hadir dan kau hentikan "keseronokan" nya
Dan hentikan dia dari berleluasa

Wahai Air, 
Dikala kepanasan,
Dimana tekak kering menelan 
Dimana peluh berpercikan,
Hadirnya kamu menghentikan 
Melegakan rasa dahaga 
Yang mencengkam tekak

Wahai Air,
Bumi ini kekeringan tanpamu,
Suhu yang menaik bila tiada hadirmu,
Para Manusia mula tertanya..
Di mana kamu, dimana kamu
Wahai sang Hujan..

Wahai Air, 
Perananmu bukan setakat itu,
Kerana kamu juga, 
Tubuh terjauh dari dibakar, 
Tubuh diharam dari disentuh Neraka jahanam
Semua berpunca,
Tangisan penuh insaf memohon keampunan dari ALLAH..
Ya ALLAH, 
Kirimkan kami kesedaran,
Lembutkan hati kami dengan air yang melembutkan
Air yang menyejukkan,
Yang memadam api kejahatan
Dan menghenti pengaruh syaitan yang mengganggu.

Izinkan kami kembali ke jalanMU, 
Bawa kami menyertai Para SolehinMU
Letakkan kami sebaris pejuang Fisabillillah MU
Benarkan kami menjadi Yang Tegar pada AjaranMU..
Sesungguhnya kami lemah dan hanya berharap pada Jagaan MU..

Izinkan lah kami Ya ALLAH..

Amin-Amin-Amin Yarabbal Alamin

Monday, 13 June 2011

Baik-Baik Sayang

Assalamualaikum.
Dan salam Sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak ajak hayati Lagu + Puisi ni ..
Leh tak?

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir Entry ku
Kan menghapus lupamu sayang

Karna bagiku kau tanggungjawapku
Dengarkan dengar Pesanku

Wahai Mataku,
Baik-baik sayang..
Andai kau melihat yang terlarang,
Mata mula berpinau,
hati mula membayang.
Mengalihkanlah pandangmu dari yang tidak halal,
Dari melihat aurat yang terdedah

Wahai Telingaku, 
Baik-baik sayang,
Jangan kau dengar kata nista,
Jangan kau hirau hata-kata fitnah
Jangan kau dengari kata-kata makian dan cacian
Baik kau jauhinya demi menjaga hati dan jwa
Andai kau berada dalam golongan itu,
Tegurlah meraka,
Jika tidak menjadi, tegurlah lagi dan lagi,
Akhir pabila katamu bukan menjadi ikutan,
Jauhilah mereka, 
Kerana dengan itu dapat menjauhkan dirimu dari mendengar akan hal dosa.

Wahai Lidah,
Baik-baik sayang,
Hidarilah kata-kata yang tidak benar,
Jauhilah memfitnah dan mengumpat,
Ingatlah akan pepatah Melayu,
Kerana mulut, badan binasa, 
Jangan kerana buruknya lidahmu, 
Tubuh menjadi mangsa, Badan menjadi habuan neraka, 
Basahilah ianya dengan Zikrullah, 
Kerana itu sememangnya lebih baik bagimu.

Wahai Tangan,
Baik-baik sayang,
Elakkan membuat perkara berdosa,
Menyentuh tangan yang haram,
Memegang sesuatu yang bukan sah milikmu,
Melarikan yang bukan hakmu,
Tidakkah kau menyedari yang satu hari ianya akan berbicara menjawap 
Segala perbuatan dosamu?

Wahai kemaluan,
Baik-baik sayang,
Kau mengiakan saja kata nafsu, 
Mana satu suma kau mahu,
Yang belum milikmu,
Yang kau damba adalah kepuasan,
Tidakkah kau tahu,
Yang puasa itu pemati nafsu? 
Atau setidaknya mencari halal, 
Cari yang mahu, dan Nikahlah kamu. 
Ketika itu, kau dah lengkap separuh agama mu,
Dan bertakwalah kamu pada separuh nya lagi.

Wahai Hati, 
Baik-baik sayang,
Hati bila terdetik dosa,
Perlahan menjadi hitam
Dari setitik,
Lama menghitam semuanya, 
Ingat tak engkau akan pesan Rasulullah yang
"Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain"


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada peringatan untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerana Entry ku untukmu... 



Saturday, 21 May 2011

Nakhoda terkapar dan tersasar

Wahai si Nakhoda

Nakhoda..
Kau tuan di atas bahteramu
Setiap katamu diturut si pengikut
tiap arahanmu bakal disahut
Tindak tandukmu menjadi perhatian dan ikutan

Apabila katamu sekadar menyedapkan si pengampu
Dan tiap tandukmu sekadar melepas dirimu
dan pengampu bersedap denganmu
Sedang yang bawah merasa azab nya

Yang tinggal di bawahmu menjawap
Harapan cuma tinggal harapan
Kau mengejar nama
kau mengharap dipuja
padamu itulah segala

tapi kau lupa,
yang dibawah merasa pedih

Kau nak mencapai langit,
tapi kami cuma mengharap sesuap nasi
hanya kerna citamu,
segala tak semudah dulu
jika dulu sekadar menjinjit,
tapi kini mulai dikandar
yang mudah mulai susah
yang ringan menjadi berat

Yang kaya makin kaya
Yang susah bertambah derita

Tuesday, 17 May 2011

Apabila Keterbiasaan Menyerang

Hati yang kosong,
Yang begitu leka dengan noda,
Gembira dengan dosa
Dan lokek dengan amal

Diibaratkan seperti,
Bumi yang kegersangan
Bersama Tanah yang mulai merkah 
Dengan Air yang kekeringan
Ditambah lagi Daun-daun hijau yang mulai kekuningan
Demi memperbaiki semuanya,
Hanya Iman jawapannya,
Bersama amal yang menemani,
Tiap kata menjadi doa, 
Tiap langkah dipenuhi makna,

Jika dulu, 
Perbuatan ada bersama kemalasan
Hari ni dia hadir dengan keikhlasan,
Dari paksa kepada terbiasa
Istilah dtinggalkan susah menjengah, 
Ibarat makan yang punya waktu nya,
Tiba waktu, berlakulah ia.

Inilah kehebatan Istiqamah,
Dari biasa menjadi terbiasa,
Perbuatan yang dimulai dengan niat kerana ALLAH,
Di ulang tiap hari, akan perlahan-lahan sebati dengan diri,
Ditinggalkan buat hati berasa duka, 
Keterlupaan tak mungkin wujud dalam kamus jiwa,
Kerana ianya sudah "lekat" dalam hati kita.


Sunday, 15 May 2011

Yang terganggu itu aku

Untuk yang langsung tidak diketahui sebabnya...

Sebenarnya yang terganggu itu aku,
Banyak sekali dibelakangku,
Yang menarikku,
Yang menolakku,
Tak kurang yang menghentikan aku dari terus melangkah

Diriku cuma pembina reban,
Bukan daya bagiku menyiapkan mahligai,
Bukan kepakaranku menceriakan dalaman,
Tidak mampu aku menyediakan yang penuh
Bukan diriku yang layak mengatur susunan


Perasaan hairan langsung tidak mengetuk fikiranku,
Kerana aku sendiri sedar apa berlaku
Tindak ku, Langkah ku,
Segala dalam jangkauanku,
Bukan aku cuma mengelak,
Langsung bukan melarikan diri,
Cuma kesibukan sedikit sebanyak menjarakkan,
Apa yang sepatutnya dijarakkan sedikit,


Namun,
Sedikit kekok rasaku,
Tika perjalanan ini,
Mulai menjadi bosan,
Apabila perbuatan, sedikit sebanyak menyerangmu
Bukan ini mahu ku,
Bukan ini pintaku,
Tapi kekadang aku berkehendakkan kau melangkah,
Tinggallah aku,
Biarkan aku sendiri,
Aku bukan aku yang kau tahu,
Cuma si gagal yang kekal di situ.



Monday, 9 May 2011

Layang-Layang Ku

Layang-Layang 
Kau yang gagah di angkasa,
Kau yang berada di awangan,
Kau yang tinggi tak terjangkau,
Melihatmu membuatku terasa ingin turut serta,
Menemanimu di atas,
Sama-sama melihat keindahan ciptaan Tuhan,
Dari pandangan atas,
Bersama menikmati kecantikan awan nan biru,
Kehijauan pepohon di bawah,
Kehebatan ciptaan lautan yang menguasai lebih dari separuh bumi ,

Layang-layangku,
Aku bukan takut, 
Aku bukan mengalah, 
Cuma rasaku, aku perlu menarikmu kembali ke bawah,
Aku tidak mahu kita terlalu di atas, 
Terlalu dibuai keindahan ,
Terleka dek kecantikan,
Terlena atas kenikmatan kurniaan ini,
Kita perlu menjejak kembali ke daratan

Layang-layangku,
Kita tidak tahu,
Kita tak dapat jangka jika satu hari nanti
Tali yang kita guna sebagai ikatan antara kita
Bisa terputus, 
Atau mungkin, 
Ikatan padamu si layang-layang, terlucut 
Tika itu, kau mungkin akan lebih ke atas di tiup angin,
Kau juga mungkin takkan lagi bertemu denganku,
Namun yang ku pasti, andai kata jatuh ketika itu,
Adalah kejatuhan yang maha hebat, 
Kerana kau juga mengerti, 
Semakin tinggi kita di atas, 
Semakin azablah hasil dari terjelepoknya kita di muka bumi kembali

Layang-layangku
Jika sekarang kau ku paut, 
Jika hari ini kau ku tarik perlahan ke bawah,
Kemungkinan kau akan kembali kepangkuanku di bawah
Namun jika dtakdirkan juga kau terputus diawangan
Kemungkinan aku akan bisa mengejarmu
Peratus aku dapat kembali bersamamu adalah lebih besar
Kerana aku dapat melihatmu dengan jelas dari pandangan mataku 
Dek keberanianku menarikmu turun.

Layang-layangku,
Jika ini takdirnya,
Aku tak ingin kau terlalu di atas,
Kerana belum tiba masanya aku juga punya sayap untuk menemanimu,
Tak ingin juga aku letakkan kau dibawah, kerana di atas itu adalah tempatmu
Bukan disini berjalan denganku.
Biarlah kau gembira di awangan dalam naunganku,
Kau gembira di atas di tiup sang angin,
Dan aku berbahagia di sini, 
Menikmati keindahanmu gagah di taman awan di atasku.

Wednesday, 27 April 2011

Yang Ter-Begitu Bernilai.

Kenapa ter? sebab memang Ter. 
Tetiba tanpa diduga..
Tetiba tanpa diminta.
Tetiba tanpa di cari

Dia tiba tanpa kata,
Hadir bersama senyuman,
Mewujud rasa dalam jiwa.
Menghadir gembira dalam bicara

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
Dikurniakan satu lagi buat aku
Dalam tiada, diADAkan..
Menghadir satu tanggungjawap

Harapanku,
Yang terbaik sahajalah,
Kerana DIA sudah menjawap,
Berkata ini pilihannya buatku,
Maka akan aku letakkan diriku dalam pemerhatian,
Menjaga tiap kata dan bicara
Memantau tiap rasa 
Agar tiada terselit unsur Noda 
Dalam satu perasaan kupanggil C**** 

Tuesday, 19 April 2011

Bicara Sang Pengangkut Sampah


Kamu Jijik denganku
Ya aku tahu..
Siapalah aku, busuk pun aku,
Ulat-ulat, bangkai suma mainanku
Yang menggelikan,
Yang tak digemari,
Dipegangku, disentuhku hari-hari

Kamu jijik denganku,
Aku akui, aku tak sekacak si lawyer
Tidak juga sesegak si pilot,
Mungkin kau kata tak sepandai si sarjana,
Tapi aku juga pnya rasa, walau diriku
Busuk tak seperti kamu pria yang mewangi tiap masa

Kamu jijik denganku.
Kerjaku tak sehebat kamu,
Tugasku mungkin tak mencabar bagimu,
Hanyalah mengutip dan membuang,
Bukankah itu adikmu yang 5 tahun juga mampu melakukan
Tapi setidaknya, adanya aku,
Ada juga yang memungut hasil buanganmu..
Ada yang mengambil sampahmu untuk dilupus

Kamu jijik denganku
Aku tidak sehebat imejmu,
Tidak segah namamu,
Tapi, aku mahu bersyukur
Dikurniakan aku keselamatan
Dikurniakan aku kesusahan
Dari aku bersenang dah akhirnya digoda sang mata wang
Diserang cinta keduniaan

Aku bersyukur dengan kurnia Tuhan padaku
Alhamdulillah...
Walau Aku busuk
Walau Aku jijik pada pandanganmu
Walau Aku dipandang rendah dari tiap darimu
Tapi Aku, dijauhkan dari rasuah,
Aku jauh dari perihal mempermainkan orang,
Aku terpelihara dari kasar bicara pada orang,
Kerana aku,
Aku adalah si Pengangkut sampah. 


Note :: Jangan di hina mereka, kerana tiap dari kita juga punya fungsi sendiri dalam masyarakat, pandang mereka dengan penuh harapan, dengan penuh hormat dan pandang tinggi pada Si Pengangkut Sampah, mereka mulia dari yang kita fikirkan, tanpa mereka, membusuklah kita dengan sampah-sampah kita tiap hari.  Renung-renungkan.

Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

Tuesday, 5 April 2011

Wahai Si Pendukacita

Wahai Si Pendukacita,,
Tetiba air mata mengalir..
Tika kau dihidangkan dengan satu cubaan
Entah mengapa katamu,
Hadir sang duka memintas sang suka
Tetiba datang si derita tika sedang bergembira,
Melawatnya sang dukacita tika ceria sedang bertakhta
Kau tangisi, mulai bertanya..
Kenapa,, kenapa dan kenapa..

Wahai Si Penduka cita,
Sedar tidak kau, tika kau bergembira,
Kau berceria.. apa yang kau dah buat?
Kau leka, kau bersuka ria,
Ingatan kau pada DIA tiada
Sujud kau pada DIA kau tunda
Syukur kau kau DIA kau lupa

Wahai Si Pendukacita,
Kekasih ALLAH pernah berpesan,
Di akhir zaman,
Akan diberatkan umatku dengan ujian
Satunya perempuan,
Kedua harta dan kekayaan.
Dua yang nyata iaitu cinta manusia dan cinta dunia.
Tapi kau tak sedar.
Malah ini yang bersungguh kau kejar.
Ini yang kau tekad dapatkan..

Wahai Si Pendukacita,
Kau masih bertanya,
Kenapa, Kenapa dan Kenapa
Tapi kenapa tak kau menangis kerana Syukur,
Dia tarik kau dengan Ujian,
Bukan sogok kau dengan Kesesatan.
Dia tarik disaat kau gembira, agar kau bertaubat
Agar kau kembali pada Jalan Yang Disediakan Buat Si Soleh dan Solehah

Wahai Si Pendukacita
Siang harinya kau menangis,
Malam hari nya kau merungut.
Tapi kenapa tidak kau gunakan nikmat di sepertiga Malam
Nikmat yang kehadiran NYA yang turun ke Langit
Nikmat keampunan, Nikmat memohon perhatian dari DIA
"Mintalah dan aku akan makbulkan"
Bukankah itu yang kau mahukan?

Wahai Si Pendukacita,
Yang Maha Penyayang rindukan kau berkata-kata
DIA rindukan tiap bait kata kau memohon dari NYA,
DIA rindukan suara serak kau yang menangis memohon Ampun
DIA sayang kau.. DIA sayang kau lebih dari yang kau sangka
Marilah kembali, kita sama dekat kepadanya,

Menangislah kau wahai Si Pendukacita,
Air mata kau bakal menjadi saksi
Menjadi pemadam api neraka satu hari nanti
Pohonlah Maaf, Pintalah dariNYA keampunan
Moga,
Tiba masa nanti, kita bergembira, kerana kita dalam golongan yang Bertakwa.
Moga-moga hendaknya..

Amin Yarabbal Alamin

Sunday, 3 April 2011

Macik Yang Tatau Nama V

Macik yang tatau nama.
Akhirnya tiba juga masa yang aku tunggu2.
Setelah berapa lama aku memain mata dengan ang.
Hari ni pun tiba, tanggal 28 September, 
tarikh paling bermakna dalam hidup kamu yang akan aku jadikan double bermakna selepas ini

Macik yang tatau nama, 
Aku pun tak pasti kalau ang betul dapat menerima aku
Sebab aku meluahkan perasaan pada abah,
N abah mengiakan aja.
Kata abah, dia terima aku tapi dengan syarat...
Dia tanak kita tunang lama. 
Jadi aku tunaikan, kita bertunang dan tak lama selepas itu, 
Kita akan disatukan dengan satu lafaz insyALLAH.. ;)

Macik yang tatau nama,
Aku lihat saat aku menyarungkan cincin nikah ke jari manismu,
Aku lihat air mata di matamu
Aku buntu sygku, adakah kau menangsi kerana tidak gembira menjadi milikku?

Macik yang tatau nama Syg, tika aku mencium dahimu, 
Aku lihat semakin laju air mata bercucuran dari matamu,
Aku mulai rasa tidak sedap, aku benar isau yang kau sebenarnya tidak ingin bersamaku.. 
Aku benar risaukan untuk diri ini menerima kenyataan 
Yang kau sebenarnya tidak langsung mahukan kepada pernikahan ini

Tapi, aku sndiri sebak, 
Tika saat kau menarik tanganku, tika aku ingin berlalu setelah mencium dahimu,
Perlahan kau bisikkan, "Terima Kasih Syg, ALLAH makbulkan doaku,"
"Air mata ku ini, turun laju mengenangkan betapa SayangNya ALLAH padaku kerana mengurniakan KAMU.. "

Alhamdulillah..  
Doaku dimakbulkan juga.. ;)


Nak lagi? leh baca bawah ni.. :: 

Saturday, 2 April 2011

PENULIS SENJA TERAKHIR - Sebiji Benih

Assalamualaikum
mendapat perkhabaran mengenai page Penulis Senja dari seorang Sahabat.
dia mencadangkan agar mengikut page ni. dan cuba dalam contest ni.

jadi saya nak join, 


terbuka pula hati, semalam dah post satu cerita, tapi lupa pula tentang nak letak dalam ni.
terfikir plak pasai Yang Tadak Nama, tapi tak leh nak letak jugak dalam ni.
takpa la. malam ni terfikir sal ni. jadi cuba ja la..


Sebijik benih.
Yang ku simpan buat kesekian kalinya..
Ku tanam didalam tanah,
Yang ku letakkan dalam pasu
Pasu kecik yang ku siram berhari-hari
Pagi dan petang ku beri perhatian
Tiba harinya ku tabur baja
Ku tarik2 rumput yang mengganggu tumbesaran

Akhirnya, 
Tiba hari di tunggu, 
Muncul pucuk pertama si biji benih
Aku menjadi girang, 
Perhatian kulebihkan.
Tak terlepas aku dari mencarik tanah
Agar mudah udara dan air bersemadi
Agar dapat kau hidup dengan sihat sekali
Kalau dulu si rumput ku tarik setiap hari
Kini setiap pagi dan petang ku perhati
Harapan agar kau segar dan sihat sentiasa

Kau pun menumbuh,
Semakin hari kau semakin membesar.
Dari dulu sehebai daun,
Kini kau dah punya bunga yang cantik
Haruman indah tiap kali aku mendekatimu

Aku puas, 
Aku gembira, hasil dari usahaku.
Kau sihat membesar
Kau bebas dari gusar
Kerana kau sntiasa dalam perhatiku.
Langsung tiada yang dapat mengganggumu.

Siapa kamu sygku?
Dikaulah iman, 
Yang jika sakit kau
Sakitlah jiwa aku,
Rosak kau, rosaklah jiwaku.
Keperluan menjaga kau, terlalu berat nak diluahkan
Namun itu tanggung jawapku, 
Mati kamu, matilah aku
Rosak kamu rosaklah aku
Dari kau akan ku bertemu Tuhanku,
Sama ada jalan indah atau berliku,
Di sini tempatku menentukan jalanku.

Moga aku memperoleh Rahmat dari NYA
Untuk aku corakkan kamu indah selalu
Agar tiba hari itu,
Aku bersama yang berbahagia di situ
Bertemu Tuhanku, bertemu keluargaku, bertemu rakan dan taulanku
Doaku, izin dari MU Ya Tuhanku
Peliharalah anak benih ku ini
Peliharalah juga anak benih dari hati keluargaku
dari hati sahabatku, dari hati semua hamba-hambamu
kami lemah tak berdaya, kami lalai dalam segala
Mohon agar diberi telunjuk, 
Jalan Yang Lurus, Jalan Yang Nyata.


p/s : tak besh pn.. hihi. apa pun maceh beri ruang mencuba buat Nadh. 
nak tag 3 orang ni..


Bagi yang nak mencuba, leh la click kat SINI.
Tarikh tutup 25 April. ;)

Friday, 1 April 2011

Cerita April Fool.

Hari ni aku mencuba,
aku letakkan sekeping kertas di dalam beg kamu.
dengan harapan kamu membaca.
dan aku disini, mentafsir masa,
menunggu kata dan bicara

bilakah akan kamu jawap
hasil kerja aku ini?
aku tertanya, adakah TIDAK atau YA.
hati berkata TIDAK akan keluar.
mulut berkata YA
apa pun, aku kepingin ucapan YA.
aku teringin sangat..

Love,
Daniel

"Waaahhhh.. apa dia ni Niss? sapa yang hantar kat kau ni?" Ain memula bicara.


"Ntah, tulis kat sini Daniel, takkan dia kot? "


"Biar betul dia tu? hahahaha.. nampak sgt brutal kot.. tapi gila dasat jiwang dia tu.. "


"Tak pasti la Ain, aku pun tak tahu.. "


"hahahaha.. ni  cerita panas ni weyh. kalau betul beruntung la kau. dia tu ensem kot.. cair aku tgk dia. aku dengar dia tu masih single lagi weyh.. "


"ehh kau ni. camtu punya ensem, takkan la kot..". ujarku, walau dalam hati ni, Tuhan ja yang tahu betapa seronoknya aku. dia sememangnya menjadi idaman aku sejak dari awal lagi aku dah berkenan dengan dia, walau dia seorang yang ensem, tapi dia idola dekat kolej ini, rupanya, hati budi, beragama, aku benar dah terpaut sejak dari awal lagi.

"aku tak kira Niss, aku nak terjah laa.. hehehe.. "


"jangan weyh, kang kalau tak betul, malu aku weyh.. "


"hahahaha kau jangan risau.."

Jauh di sudut yang satu lagi, berjalan satu kelompok student yang baru pulang dari kelas mereka. mereka sangat bising dan berbicara tentang sesuatu yang sangat menarik dari cara mereka melawak. gelak tawa mereka tu membuatkan kawasan berkenaan menjadi sedikit gamat dengan telatah mereka.

"kawan2.. korang tak tergelak ka, Ustaz Daniel kita, leh p bagi surat cinta kat si Niss tu.. "


"hahahahahahahahahhahahahaa.. " gelak reramai..


"aku macam tak percaya ja.. camna la kau leh jatuh cinta dekat dia tu.. cam lawak ja.. hahahahaha". kata Upin.

"betul-betul-betul. kau tu idola siot, takkan la ng minah tu pun leh feeling kot.. hahahahah". si Ipin membalas.

merah padam muka si Daniel dipermainkan petang itu, dia benar-benar rasa malu dipermainkan dan digelak sedemikian rupa. dalam hati dia bermonolog sendirian, "aduh, salah ka aku suka kat dia? takkan kerana penampilan aku nak disalahkan? hurmmm"

dan berterusanlah dia digelak.. dek kerana tak tahan menjawap, dia terlepas cakap, "aduh korang ni.. takkan korang tak tahu, hari ni kan April Fool, gila aih aku nak suka dekat budak tu, come on la weyh.. surat tu saja la aku letak, prank sama dia.. hahahaha.. April Fool.. hahahahahahaha ". Padahal si Daniel tidak sedar ketika si dia sedang berkata-kata tu, suaranya terkuat, dan tetiba plak suasana menjadi diam dari kecoh tadi, dan ketika itu, si dia sedang berselisih dengan Puteri Idaman yang di dambakan, Niss. dan saat ketika memang kena sekali kerana di masa ini sebenarnya Ain sedang dalam usaha memanggil Daniel untuk penjelesan.

Maka terdengarlah akan Si Niss akan apa yang diperkatakan si Daniel Putera Idaman hati dia, dia benar terkejut, tak sangka yang dia akan di prank sedemikian rupa sedangkan dia tak pernah pula berdendam dengan sesiapa. hati dia benar sangat sedih, rasa terkilan, segala jenis rasa menyerang. tanpa diduga, air jernih mula mengalir dari kelopak mata dia. Ain yang ketika itu berada bersama juga turut terkejut dengan apa yang jadi tu, dia terkedu dengan kata-kata Daniel dan kawan-kawan. sebaik dia menoleh, Niss sudah berlalu meninggalkan dia, dengan sangat laju sekali. dia cuba mengejar, namun tidak terkejar kerana Niss berlari dengan laju meniggalkan tempat kejadian. Hinggalah ke satu sudut, jauh di hujung bangunan, dan dibawah sebatang pokok, Niss berhenti.

tssskkkkkk ( terdengar bunyi esakan tangisan Niss) dan seraya Niss berkata sebaik Ain rapat dengannya.
"Kenapa macam ni? aku tak buat apa-apa pun dekat kau, napa kau nak prank aku macam ni? kenapa? kenapa?"


"Niss, sabar weyh.. aku sedih jugak..smpai hati dia buat kau macam ni.. "


"aku betul rasa sedih weyh.. napa.. napa dia nak wat dekat aku? napa tak pilih saja orang lain. napa? aku tak pernah pun nak sakitkan ati dia.. tak pernah langsung okeh.. "


"Niss, aku pun tak tahu, napa dia macam tu.. sanggup dia lukakan ati kau. "


"dah la Ain, tak guna aku menangis, mungkin aku cuma raksasa yang wajar orang buat sebagai permainan, sesedap rasa memukul, sesuka hati di lukakan.. "


"Niss... sabar weyh.. meh aku pegi belasah ja diorang tu.. berani toi wat kau macam ni.."

"jangan Ain, jangan.. birlah dengan mereka. aku mungkin cuma bahan mainan perasaan saja, biarkan aku.. "


"ni dah melampau, aku ta tahan, aku tetap nak pergi, "

Belum sempat Ain berpusing dan berlalu pergi dengan hajat nak menyerang golongan si pendusta itu, Niss menarik tangan dia dan terus memeluk Ain. Adegan petang tu berakhir dengan keduanya berpelukan dan menangis. seorang yang dipermainkan, dan seorang lagi peneman setia, sahabat yang menangis bersama sahabat, yang seakan terasa pedihnya permainan sang lelaki melukakan hati seorang sahabat yang dianggap seperti adiknya sendiri. dalam keesakan tangisan tu,
"aku tekad weyh. aku takkan percaya pada LELAKI lagi. sampai bila-bila"

keesokannya, Daniel datang.
"Niss, aku nak cakap dengan kau..."

"apa kau mahu? ". sergah Ain.

"aku nak wat penjelasan.. aku tahu kau mendengar apa jadi semalam.. sebenarnya aku........"


"sudahlah Daniel, baik kau pergi saja, sebelum aku jerit, baik kau pergi, tak cukup lagi ka apa kau da buat semalam? "

"tapi Niss, Ain,,.. "


"PERGI!!!! "

Berlalulah si Daniel dengan perasaan hampa, dia benar rasa terhukum dengan kata-kata nya semalam, walau dia tahu apa isi hati sendnri, tapi dia tak mampu nak meluahkan kata itu, sehingga perlu bersurat, tapi dia cuai kerana perbuatan dia dihidu rakan sekelas dan menyebabkan dia dibahan petang itu, atas rasa malu, dia terpaksa engeluarkan kenyataan itu, demi untuk menutup malu sendiri, sedang dia tak perasan yang dia sedang diperhatikan ketika itu.

Sejak dari hari itu, Daniel dan Niss tidak bertegur sapa lagi. Daniel dikenali sebagai si Penipu dan pendusta, dan langsung dia tidak dipedulikan, hinggakan pernah sekali, mereka ditugaskan untuk satu projek Robot untuk jabatan, tapi Niss menarik diri dari projek kerana tidak mahu melihat muka Daniel lagi. Puas dia dipujuk tapi tetap berkeras dengan hujah-hujah nya tersendiri. Lecturer hanya mampu menggelengkan kepala, kerana bakat yang ada dalam Niss telah disiakan, dan atas sebab yang langsung tidak munasabah, tapi apakan daya mereka, ini bukan projek paksaan. maka terpaksa mereka menggunakan student lain yang masih ada.

kisah berterusan hingga sem akhir dan mereka pun sudah grad dan keluar bekerja. masing-masing sudah pun lost contact. dan tidak pernah bertemu sapa. ntah di mana Daniel, di mana Niss. tapi Jodoh itu ditangan ALLAH, kun fayakun , katanya jadi jadilah ia. sememangnya mereka sudah ditakdirkan, satu hari, keduanya bertemu atas satu projek syarikat masing-masing, projek berjumlah jutaan dan keduanya diberikan tanggungjawap memegang jawatan sebagai pengurus projek. maka bertemu keduanya dalam satu meeting yang diaturkan oleh kedua syarikat itu,

"Hi Tan Sri, saya perkenalkan, ini orang kuat saya, Enchik Daniel,"

"Assalamualaikum Tan Sri', saya  Daniel. apa khabar Tan Sri?'. "


"alhamdulilllah Daniel, saya sihat, sebentar ya, orang kuat saya ada emergency hari ni. kejap lagi sampai la dia.. "

Mungkin satu kebetulan, pintu pun diketuk,
"Masuk.."


"Assalamualaikum Tan Sri, maafkan saya, "


"Its okeh Niss, ni saya kenalkan, Dato' Adam dan orang kuat dia Daniel"

Seraya dengan itu, Daniel mendongakkan kepalanya.. dia sangat terkejut kerana melihat di depannya adalah Niss, yang dicintainya satu ketika dulu, dan hingga hari ni, dia menghukum dirinya kerana peristiwa 1 April dengan tidak berkahwin ,kerana dia masih cintakan Niss. Niss juga tetiba menjadi kaget melihat kemunculan manusia yang sangat dibencinya didepan mata. tapi raut wajahnya terpaksa di kawal, demi untuk menjaga hati majikannya dan rakan kolaburasi projek majikannya itu.

Sejak dari hari itu, mereka berdua bekerja bersama, masing-masing sangat professional menguruskan projek. hal peribadi mereka letakkan di sebelah, kerana masing-masing ingin memberikan terbaik dalam kerja. alhamdulillah, beberapa tahun berlalu, dan projek berkenaan adalah satu projek sukses yang banyak memberi keuntungan buat kedua syarikat berkenaan di bwah kelolaan mereka berdua. dan  diadakan satu majlis demi meraikan mereka berdua. majlis tajaan Tan Sri Amir, di hadiri oleh semua orang kuat  kedua syarikat.

Tetiba, sebelum akhirnya majlis berkenaan, Tan Sri menjemput Daniel naik kepentas.
"Daniel, saya dengar kamu sangat berbakat dalam penulisan, boleh tak kamu hadiahkan kami sebuah puisi. saya teringin benar mendengar nya.. "


" urmmm segan lah saya Tan Sri. saya cuma biasa-biasa saja.. "


"cepat lah. takkan kamu nak kecewakan saya dan semua yang ada kan..? "

Dan naiklah Daniel ke atas pentas, sebelum bermula, Daniel berucap.
"Assalamualaikum, ummm.. saya tak pandai berpuisi sebenarnya, tapi hari ni atas permintaan Tan Sri, saya akan sampaikan sebuah Puisi, dan kebetulan, hari ni jugak merupakan 1 April, hari yang pernah jadi hari paling teruk dalam hidup saya semenjak kejadian tu, sekarnag dah 7 tahun berlalu. Saya tujukan buat seseorang Puisi ini.. khas buat dia.. "

**semua bertepuk tangan meraikan Daniel **

Kamu,
Ingatkah kamu, 7 tahun dulu
Muncul sekeping kertas dalam begmu,
Berisi luahan hati, rasa dan perasaan aku,
Tika itu,
Aku benar sudah terpaku dengan akhlakmu,
Dengan rupa parasmu,
Dengan segalanya kamu..
Hairannya aku,
Ranai yang menerpa kepadaku,
Tapi, sejak dari awal pertemuan,
Wajah mu sudah seakan terpahat didalam minda
Terlekat didalam fikiran,
Tersemat didalam hati,

Tapi kamu,
Aku bodoh benar tika saat kita berselisih,
Aku menafikan akan hal cinta dan kasih
Hari selepas dari itu,
Aku keliru,
Aku benar rasa bersalah dengan kataku,
Malah, hingga ke saat ini, tiada yang pernah lalu dalam hatiku.
Yang akan dapat menggantikanmu,
Aku menangis tiap kali tibanya tarikh ini
Menyesali perbuatan,
Dan tak pernah lupa akan apa rasamu

Kamu,
7 sudah berlalu,
Maafkan aku,
Ampuni aku
Aku tak mampu lagi bertahan dengan rasa ini.
Izinkan aku jelaskan kata yang itu hanyalah April Fool,
Aku cuma mahu kamu terkejut dengan perancangan aku
Tapi yang menjadi mangsanya adalah aku.
Fool di hari April yang cuma mahu membuat kamu terharu itu aku..
Aku mengatur agar kamu terkejut, dan berharap dengan penjelasan selepas itu
Tapi aku yang menipu dan ditipu dengan kata.
April Fool buat aku..

Kamu, 

Terimalah aku, terimalah cintaku,
Kali ini, biarlah aku mengucapkan.
Dengan bersaksikan semua di sini,
Yang...
Aku cintakan kamu, Nur Nisa Sofea.

**semua bertepuk tangan dengan sangat kuat sambil berdiri**

Masing2 tertanya, siapakah dia si Nisa Sofea itu, begitu istimewanya dia, hingga wujudnya sebuah puisi dari Enchik Daniel mereka.  dan Niss, cuma terdiam dan terpaku dengan persembahan itu, matanya berlinang dengan air mata terharu kerana tak sangka, apa yang berlalu, memang mengejutkan. rupanya apa terjadi hanyalah rancangan Daniel untuk membuatkan dia terharu, tapi dia silap menafsir. dan dia jugak telah menghukum dirinya sendnri, dia jugak tidak bersama dengan sesiapa kerana bencinya akan makhluk ALLAH bernama lelaki.

Pulang dari majlis itu, Daniel menunggu dia diharapan dewan,.
"maafkan aku Niss, aku benar sukakan kamu, aku cintakan kamu, maafkan aku akan kekhilafan aku. sudikah kau menerima aku sebagai suri hidupku? "

Aku cuma terdiam, air mata aku mengalir lagi, aku terharu dengan kata-katanya. Sebulan selepas dari itu, kami disatukan. majlis besar sekali, Fully sponsored by Tan Sri dan Dato'. aku gembira sekali, Daniel seorang suami yang baik, seperti yang kukenali dulu sebelum dibenci, dia seorang yang bertanggungjawap. aku berasa bahagia sekali. kami hidup aman berbahagia bersama. cuma satu ja, tiap kali tiba 1 April, dia pasti akan di cubit aku, dan dia tahu, itu hanyalah gurauan suami isteri. aku sygkan kamu juga Mohd Daniel Syahmi..

Thursday, 31 March 2011

Macik Yang Tatau Nama IV

Macik yang tatau nama,
Aku tau hang takkan baca lagi corat coret aku hari ni
Tapi aku tengah happy ni.
Rasa aku, kalau leh lompat,
Mau smpai ke awan dah aku

Macik yang tatau nama,
Hari ni ada perkhabaran gembira
Walau aku kantoi ng abah ang.
Dan aku malu tahap gaban.
Tuhan ja tau aku isau camna..
Tapi hari ni.. selepas seminggu kantoi.
Aku dapat berita besh.


Macik yang tatau nama,
Pagi tadi, waktu subuh,
Abah kamu menyapa aku,
Dia dah tau dah aku yang lekat surat kat bunga ros Mama
Dia kata dia tadak hal.
Mai la cepat. dia setuju amat,

Malu aku sebab time aku dok yayyyy
Pak Imam ada belakang.. hii


Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..( wat dalam ati sekali lagi )

Psst :: tunggu mgu depan plak aku bawa mai sekapai p serang umah ang.. lalalalalalala~~


Nak lagi? leh baca bawah ni.. :: 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA