Followers

Showing posts with label Saf. Solat. Show all posts
Showing posts with label Saf. Solat. Show all posts

Monday, 20 June 2011

Hidup dan TOTAL LOSS

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entah kenapa status Adik kat Fb memberi ilham untuk Nadh berbicara petang ni.  Sebelum bermula baik Nadh ceritakan tentang kerugian yang dihadapi ataupun dalam istilah eksiden keta orang sebut sebagai "Total Loss". Tak banyak yang boleh dibicarakan, tapi Nadh nak letak situasi yang kita kehilangan, dari sikap kita sendiri.

Kejadian : Accident , Kereta Hancur, (cemin pecah, remuk teruk-teruk) 
Status : Kereta TOTAL LOSS
Penyebab : Bawa kereta macam pelesit, tak ikut peraturan jalan raya, kerja nak speed ja, walau ditegah melakukannya. Sebab TAK SABAR nak CEPAT
Kesan : MATI, cedera seluruh badan. Koma, Cacat seumur hidup, Paling dasat hilang orang kesayangan
Peringatan : "Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (Al-lmran : 200)

Kejadian :  Cinta (Syaitan LEVEL)
Status : Belen (TOTAL LOSS)
Penyebab : Jatuh cinta tahap gaban, tak takut Mati, Tak takut balasan ALLAH
Kesan :  Kurela serahkan tubuhku buat tatapan dan kau merasa sedapnya
Peringatan : "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."(Hadis Riwayat Baihaqi )

Kejadian : Makan Rasuah
Status : Kaya raya didunia, Balasan di akhirat menanti + penerima sampai ke bawah-bawah rasa (TOTAL LOSS)
Penyebab : Tak cukup segala yang dah diberi, Nak LAGI dan LAGI
Kesan : Pendapatan tak berkat, anak-anak isteri MAKAN DUIT HARAM.
Peringatan : "Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas." (Al-Imran : 112)

Kejadian : Menderhaka kepada Ibu dan Ayah
Status : Dilaknat ALLAH (TOTAL LOSS)
Penyebab : Hidup sengsara, Tiada Redha ALLAH
Kesan : Sengsara, andai kata tak sempat mohon maaf dari keduanya. hidup akan dihantui kesilapan ini
Peringatan : “ Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa “

Kejadian : Meninggalkan solat
Status : Berat dihisab di Mahsyar nanti
Penyebab : Terlalu diberatkan dengan hal dunia, tak rasa solat itu penting,
Kesan : Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya, Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt., Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam, Hilang cahaya soleh dari wajahnya, Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala (TOTAL LOSS)
Peringatan : "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.." (Al-Muddatstsir : 42-43)


Note :: TOTAL LOSS bila yang tahu tapi MASIH BUAT..

Moga mendapat manfaat.

Sunday, 15 May 2011

Cerita pagi Nadh

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada pembaca yang bukan muslim.

Nadh baru sahaja selesai menunaikan solat subuh ni. Diri terpanggil berkongsi sesuatu pagi ni. Iaitu apa yang nadh panggil sebagai nikmat pemberian ALLAH pada Mama, Ayah n Adik-adik nadh. Yang menariknya di sini adalah, tiap pagi, dengan rumah yang dekat dengan surau ni, jadi cambest tau, dekat surau azan, kat sini nadh dah terjaga, rasa tenang sangat dengan bunyi-bunyi alunan memuji ALLAH dipagi hari, seronok tu toksah kira la, betapa indahnya disini. Alangkah indahnya jika disana semudah ini.

Teringat zaman nadh budak dulu, zaman baru nak besaQ, masa tu rajin jugak ke surau ni, pastu masa nak solat, nadi dimarah pakcik mana tah, sebab berada disaf yang dihadapan, dia suruh nadh enjak ke saf belakang, sedangkan ketika itu saf yang dihadapan yang rompong, padahal waktu tu, imam dah nak solat. Tapi bila dah besar ni, teringat kisah tu rasa nak gelak jugak, aii la, nadh ni kecik sangat kot, tu yang pakcik ni ingat budak-budak kot? Hehehe BTW, pasal saf ni Nabi Muhammad ada bersabda yang berbunyi :

"Tegakkan saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah saf nescaya ALLAH akan mnyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya ALLAH akan memutuskannya" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA