Followers

Saturday, 26 November 2011

Dah tiada baru nak kalut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, sepatutnya Nadh ada date dengan seorang sahabat Nadh (lelaki tau) sebab ada hal dunia sikit yang nak dibincangkan antara kami, perihal kawan-kawan jugak la.

Then suddenly dia call, terpksa membatalkannya sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia. Sembang punya sembang, dia ada sebut sesuatu dekat Nadh.
"masa dia dok ada, sapa pun tak kalut, la ni dia dah p, baru semua nak kalut..".

Sebenarnya apa yang sahabat Nadh cakap tu memang betul kan? Semasa dia hidup, tak pula nak pergi ziarah, sakit demam dia ka, tiada pula yang peduli, bila dia dah pergi, baru la nak tacing tacing nangis meratapi pemergiannya.

Ini bukan budaya semua, tapi kebanyakannya sekarang lebih sibuk mengejar harta, wang segala yang bawa senang, tapi kes trpencil seperti ini diabaikan. Kita rasa bertanggungjawap nak pergi selepas meninggal, tapi tidak semasa sakit. Semasa ada lagi dia hidup dimuka bumi. Bukankah bila kita pergi kita bawa semangat kita untuk dia tumpang demi melawan sakitnya?

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).

Hadis diatas jelas menceritakan, Betapa besarnya balasan yang pergi melawat orang orang sakit, bukan hanya kita beri dia semangat, malah sinar baru seperti memberikan harapannya. Dan yang penting, kita dah gembirakan dia dengan kedatangan kita. Bukankah menggembirakan orang itu satu lagi perbuatan yang mulia?

Nadh harapkan, para readers tak macam tu. Kita hargai yang ada semasa hidupnya dan mendoakan selepas perginya dia. Peringatan buat diri Nadh sendiri juga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Iffah Afeefah said...

mnusia leka

tak reti hargai

Raisya Haris said...

Manusia cepat leka~

SoLy SoLicious said...

hargai mnusia tika masih hidup ^^

myblog said...

thanks for good entri..
kadang kit alupa bende2 macam ni..kalau tak di ingatkan.
Datang dari Hanif Bloglist
( http://hanifidrus.blogspot.com)

.ain. said...

manusia. biaselah. dengan alasan " sibok lahhh. susah dapat cuti."

Rozuan Ismail said...

betol tuh. kita ni bila kehilangan sesuatu baru kecoh nak cari balik

AmirFX said...

Entry nie macam ada kena mengena dengan aku jer.. Baru lepas tadi ada orang tua bagitau kat aku yang makcik yang jaga kiterang time kecik tengah sakit.. Lepas nie nak pergi jenguk la makcik tu...

mas saari said...

memang selalu terjadi camni... masa ada diabaikan bila dah tiada barulah nak menyesal!

jadi hargailah orang tersayang di sekeliling kita..

azwa amani said...

manusia memang mcm tu kan nadh.. dah kehilangan baru menyesal..

Nong Andy said...

Kita manusia yang mudah lupa.. mudah alpa.. mudah hanyut.. mudah ikut kata setan.. mudah lupa daratan..

alhamdulilah. ada juga yang sudi nak ingatkan.. terima kasih..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA