Followers

Showing posts with label Wonderbloggers. Show all posts
Showing posts with label Wonderbloggers. Show all posts

Monday, 10 October 2011

PERLU DIPANJANGKAN : Bantuan WonderBloggers Diperlukan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh nak memanjangkan berita ni. Harapnya sampai kepada yang sudi membantu.


2011/10/04 -

Ibu berjalan kutip derma untuk anak sakit jantung

ALOR SETAR: Seorang ibu terpaksa menahan rasa malu bagi merayu bantuan orang ramai dengan pergi dari satu pejabat ke satu pejabat untuk mengutip derma bagi menyara kehidupannya dan keluarga selain merawat anak bongsunya yang mengalami masalah saluran jantung.

Rohariza Che Lah, 32, terpaksa berbuat demikian selepas anaknya disahkan mengalami masalah kesihatan itu sejak dua minggu lalu manakala suaminya Hisham Zainol, 36, pula tidak lagi mampu bekerja berat setelah patah kaki dan kini bertongkat selepas terbabit dalam kemalangan tujuh bulan lalu.

Rohariza mengetahui penyakit anaknya, Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 bulan selepas membawa anaknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menerima rawatan kerana mengalami masalah pernafasan.

"Selepas mendapat rawatan, baru saya tahu yang anak saya sakit dan doktor masih belum pastikan lagi sama ada penyakit anak saya serius atau tak. Tapi anak saya perlu sentiasa mendapatkan rawatan dan saya tak mampu nak tanggung kos rawatan itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tongkang Yard di sini.

Dia yang mempunyai tiga orang anak berumur antara dua bulan dan tujuh tahun, berkata kehidupannya sekeluarga juga tidak menentu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Saya tidak bekerja manakala suami pula tidak mampu melakukan kerja-kerja berat kerana mengalami kemalangan jalan raya sejak tujuh bulan lalu. Sekarang ini kami hanya bergantung kepada belas ehsan jiran-jiran sahaja," kata Rohariza yang tinggal di bilik sewa dengan kadar sewa RM80 sebulan.

Keadaan bilik sewanya yang seperti stor simpanan barang itu juga sangat daif. Dengan keluasan hanya kira-kira 1 meter x 6 meter, di situlah tempat tidur, tempat masak dan makan serta menumpang tandas jiran.

Rohariza berkata, sebelum melahirkan anak bongsu, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM10 sehari manakala suaminya mengusahakan sawah yang disewa.

"Tetapi selepas bersalin dan mendapat tahu anak saya sakit, saya sudah tidak bekerja kerana tiada siapa yang jaga anak manakala suami pula akan keluar rumah membantu orang ramai apa yang patut bagi mendapatkan duit upah untuk menampung kehidupan kami. Saya keluar minta derma daripada orang ramai dan pergi dari pejabat ke pejabat untuk meminta sedikit wang bagi membantu rawatan anak saya," katanya.

Dia juga sudah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dua bulan lalu dan masih belum mendapat maklum balas berhubung permohonannya.

Sesiapa yang berhasrat membantu keluarga Rohariza boleh datang terus ke bilik sewanya di nombor 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. - BERNAMA

Diharapkan ada yang sudi membantu. Dan memanjangkan entry ni.

Terima kasih.

Wednesday, 7 September 2011

PERLU DIPANJANGKAN : Bantuan WonderBloggers Diperlukan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Teliponnn.. teliponn berbunyikkk..
Ada Orang dalam bahayaaa..
Ada orang dalam bahayaa..
Ada orang dalam bahayaa.. di sana...

OPsss...Sekali da terikut Wonderpets plak. hihi.. Sebenarnya kan, Nadh nak maklumkan, ada seseorang memerlukan bantuan kita sebagai bloggers. Nadh tak sure ada berapa orang dalam dunia blog ni, dan Nadh juga tak tahu berapa orang yang sebenarnya membaca entry-entry para bloggers sekalian, tapi Seseorang memerlukan bantuan kita.


Bantuan di sebarkan message ini ke dalam kotak-kotak dashboard orang, iaitu mengenai Adik Erieka Suhana Amarrusdee yang memerlukan sebanyak RM15,000.00 supaya dia dapat menjalani pembedahan kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di bahagian jantungnya. 
 
Adik Erieka Suhana menderita jantung berlubang, dan pernah pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub kerana berdepan masalah saluran darah sempit. 

Kita hanya berusaha, yang dapat menyelamatkan anak di bawah ini hanya ALLAH SWT. Sekiranya setiap kita masukkan RM10 dalam akaun BSN ibunya yang tertera di akhir laporan akhbar, insyaAllah sekiranya 1500 orang berbuat demikian akan tertunailah hajat ibu di bawah ini. Bersyukurlah banyak-banyak atas nikmat Allah kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang sihat walafiat.

Buat perkara baik, jangan tangguh-tangguh. Sekiranya anda mahu membantu, bolehlah dihulurkan ke :
Akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama ibu adik Erieka Suhana, Kak Ezzatul Zurin Mohd Zain atau hubungi terus talian 012-344 3904.


Sedikit bantuan tapi AMAT BESAR MANFAATNYA pada Adik Erieka Suhana.

Terima kasih semua. Moga ALLAH merahmati anda.


Sumber : Email dan Sinar Harian 06 Sept 2011

Buta+Pekak+Bisu=CINTA