Followers

Monday, 10 October 2011

PERLU DIPANJANGKAN : Bantuan WonderBloggers Diperlukan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh nak memanjangkan berita ni. Harapnya sampai kepada yang sudi membantu.


2011/10/04 -

Ibu berjalan kutip derma untuk anak sakit jantung

ALOR SETAR: Seorang ibu terpaksa menahan rasa malu bagi merayu bantuan orang ramai dengan pergi dari satu pejabat ke satu pejabat untuk mengutip derma bagi menyara kehidupannya dan keluarga selain merawat anak bongsunya yang mengalami masalah saluran jantung.

Rohariza Che Lah, 32, terpaksa berbuat demikian selepas anaknya disahkan mengalami masalah kesihatan itu sejak dua minggu lalu manakala suaminya Hisham Zainol, 36, pula tidak lagi mampu bekerja berat setelah patah kaki dan kini bertongkat selepas terbabit dalam kemalangan tujuh bulan lalu.

Rohariza mengetahui penyakit anaknya, Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 bulan selepas membawa anaknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menerima rawatan kerana mengalami masalah pernafasan.

"Selepas mendapat rawatan, baru saya tahu yang anak saya sakit dan doktor masih belum pastikan lagi sama ada penyakit anak saya serius atau tak. Tapi anak saya perlu sentiasa mendapatkan rawatan dan saya tak mampu nak tanggung kos rawatan itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tongkang Yard di sini.

Dia yang mempunyai tiga orang anak berumur antara dua bulan dan tujuh tahun, berkata kehidupannya sekeluarga juga tidak menentu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Saya tidak bekerja manakala suami pula tidak mampu melakukan kerja-kerja berat kerana mengalami kemalangan jalan raya sejak tujuh bulan lalu. Sekarang ini kami hanya bergantung kepada belas ehsan jiran-jiran sahaja," kata Rohariza yang tinggal di bilik sewa dengan kadar sewa RM80 sebulan.

Keadaan bilik sewanya yang seperti stor simpanan barang itu juga sangat daif. Dengan keluasan hanya kira-kira 1 meter x 6 meter, di situlah tempat tidur, tempat masak dan makan serta menumpang tandas jiran.

Rohariza berkata, sebelum melahirkan anak bongsu, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM10 sehari manakala suaminya mengusahakan sawah yang disewa.

"Tetapi selepas bersalin dan mendapat tahu anak saya sakit, saya sudah tidak bekerja kerana tiada siapa yang jaga anak manakala suami pula akan keluar rumah membantu orang ramai apa yang patut bagi mendapatkan duit upah untuk menampung kehidupan kami. Saya keluar minta derma daripada orang ramai dan pergi dari pejabat ke pejabat untuk meminta sedikit wang bagi membantu rawatan anak saya," katanya.

Dia juga sudah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dua bulan lalu dan masih belum mendapat maklum balas berhubung permohonannya.

Sesiapa yang berhasrat membantu keluarga Rohariza boleh datang terus ke bilik sewanya di nombor 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. - BERNAMA

Diharapkan ada yang sudi membantu. Dan memanjangkan entry ni.

Terima kasih.

5 comments:

cikki's said...

kedai makan ape ni upah sehari RM10? kejam betul majikan tu.. kat tempat cikki ni pun kerja kedai makan sehari upah RM40..

CikTomyam said...

salam en. nadh =p

kesian baca kisah depa..

sama2 kita doanakan anak dia cepat sembuh kan..

huk..syukur betoi dengan apa yg kita ada sekarang..

Miss Nadya said...

Insyaallah. Mari lah kita sama2 membantu..Amin.. Nad nak share ye entry ini..terima kasih..

aimie amalina said...

T____T
sedihnye la aihhh
kasih ibu sanggup buat ape je utk anak..

fRaMe+LenSeS said...

Cikki :: dalam tu tulis. Nadh copy paste ja. cian kan?

CIk Tomyam :: amin2. sama2 kita mendoakan ye.

Miss Nadya :: sila2 share. maceh sangat sudi share.

Aimie :: betul. tapi anak? hurmm.. moga kita bukan dari spesis tu la.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA